Sunday, 15 March 2020

Jogja March 2020

Assalamualaikum..

Hari ni nak share budget and itinerary sepanjang di Jogja dari 4/3/2010-11/3/2020. Tiket flight dah dibeli dari bulan March 2019 time Air Asia ada buat promo. ( So sangat ditegaskan ye kami bukan saje-saje beli di musim Corona Virus ni) . Lama gila post ni aku peram huhu. Sebenarnya nak pilih gambar tu yang malehh. Ni pun hadam je la apa yang ada. 


Aku berada di Jogja selama 8 hari 7 malam. Peh lama gila kan. So sad masa kitaorang pergi Jogja ni adalah musim hujan. Jadi memang ada hari tu, segala aktiviti memang kena postpone due to heavy rain. Dan di Jogja ni, kalau tengah mood dia baik pancaran matahari memang ibarat sejengkal dari kepala. Panas nak arwah.

So tiket flight kita pagi pukul 9.25 am dari Malaysia. Dari rumah ke airport KLIA 2 around 5 am. Settle solat Subuh yang sangat extreme, ber-mask bagai. Then ready naik flight, total perjalanan dalam 2 jam 20 minit. Around 12.15 pm waktu Indonesia sampai Adisucipto International Airport. Settle luggage semua, Pak Supir pun dah siap tunggu.

First thing first, beli simcard. Simcard ada macam jenis. Aku beli sim Simpati. Orang kedai tu cakap brand ni bagus sebab coverage dia seluruh Jogja dan luar Jogja. Kalau brand lain, maybe sim tu murah tapi tak cover luar Jogja. Sim Simpati ni, aku beli 9GB data internet tapi dia macam ada pecahan-pecahan kuota dia. Separuh boleh guna dalam area Jogja, separuh boleh guna luar kawasan Jogja. Bagi aku coverage Simpati ni memang mantap. 

P/s: Data sim Simpati ni untuk Facebook ada dua mode:
1) free mode (semua post bergambar, gambar loading). tapi still boleh baca post orang, dan kita boleh post, post bergambar
2) data mode (boleh tengok gambar)

sebab nak jimat kuota data, aku dan kakak guna free mode untuk Facebook.

Untuk Instagram, kitaorang lenjan je layan video semua. 

9GB aku kongsi berdua dengan kakak aku, hari last tu (Day 8) baru dia bagi noti data untuk kawasan Jogja dah habis kuotanya. Tapi still kuota luar Jogja still ada. Walaupun kuota dah habis tapi still lepas untuk whatsapp. 

Then, pergi makan dekat Pondok Bakaran JL Imogiri. Kedai ni sepanjang 8 hari kat Jogja 3 kali kitaorang makan sini sebab kedai ni paling kena dengan tekak Melayu kitaorang. Harga makanan dia pun murah, ada wifi, tandas bersih, surau pun ada. Cuma surau open air. 



Untuk itinerary sebenarnya kita dah buat draft sendiri, apa kita nak buat sepanjang di Jogja. Tapi Pak Supir ada buat adjustment sikit mengikut jarak perjalanan. Banyak jugak dia ubah dan dia bagi kita choice kalau tempat yang kita nak pergi tu lebih kurang, dia tanya nak pergi jugak ke tak. Pastu semua tempat kena bayar entrance fee. So memang kena selected sikit tempat yang betul-betul nak pergi je baru kita pergi.

Selepas checked in homestay, our first destination is Gumuk Pasir. Dekat sini, spot selfie/bergambar je. Dia macam pasir tambak dekat Melaka tu (apatah nama dia). Cuma dekat Gumuk Pasir ni pasir dia warna hitam. Cantik kalau bergambar, tapi nasib tak bagus time ni hujan bapak lebat. So sempat amik gambar sikit je.




Walaupun hujan tapi sebab excited first day sanggup tunggu hujan reda. Tapi hujan dekat sini, kejap lebat kejap reda. Next, jalan kaki pergi Pantai Parangtritis. Dekat je jalan kaki tu. Ombak pantai dia kuat gila. Tak berani nak pergi dekat-dekat.

*entrance fee ke Gumuk Pasir tu, sorang 10,000 rupiah

Next, dah frust kan asyik hujan je. Jadi kitaorang decide nak try bakso. Pak Supir tu pun bawak pergi Bakso Pak Bardi Jalan Parangtritis. Dekat sini, semua kena kejutan budaya tekak. Haha masing-masing cannot brain masakan Indonesia. Semua orang makan tak habis. =(



Sumpah harga makanan dia murah gila. Dan please note, here in Jogja, Teh Es tu bukan Teh Ais Malaysia yang bersusu tu. Dekat Jogja semua kedai served Teh Es sebagai Teh O Ais tapi rasa bunga ke rasa apatah. Tapi tak sama rasa dengan Teh O Ais Malaysia. Tapi so far aku boleh je telan Teh Es tu.

Hari kedua, jauh sikit perjalanan kita. Kami ke Goa Pindul + Sungai Oyo. Dekat sini kita buat aktiviti air. Macam water rafting tapi guna pelampung besar, aktiviti ni dipanggil 'Tubing'. Aktiviti ni best la jugak, kita macam menyelusuri air sungai masuk gua, pastu tubing lagi sepanjang Sungai Oyo (Sungai Oyo ni sungai terpanjang di Jogja dan berhubung dengan Pantai Parangtritis). Ada part tu memang air dia deras gila. Enjoy je benda tu. Pastu dekat sini ada package jurukamera ikut kita sepanjang aktiviti. Jurukamera tu akan tangkap kan gambar dan amik video. Berbaloi hasil kerja dia. 







Package aktiviti Tubing tu ada banyak, tapi package yang kitaorang amik harga dia 190,000 rupiah seorang. Jurukamera, tak ingat dia kira macamana harga jurukamera tu tapi ni untuk 5 orang, seorang bayar 40,000 rupiah.

Next, makan lobster dekat Gunung Kidul. Murah gila lobster sini. Dia ada dua jenis set masakan. Kitaorang pilih set yang harga 750,000 rupiah. Set makanan termasuk air, nasi putih,sotong goreng tepung dan ikan bawal. Boleh makan 4-5 orang set ni. Kenyang nak mampus.






*entrance fee ke Gunung Kidul tu, sorang 5,000 rupiah.

Next, pergi Pantai Timang. Kena naik jeep, satu jeep harga 350,000 rupiah bahagi 4 orang, seorang bayar 87,500 rupiah.



Main attraction at Pantai Timang, haruslah cuba naik Gondola dia. Harga seorang 200,000 rupiah. View dekat Pantai Timang ni Masyaallah cantik gila. 





Hari ketiga, perjalanan diteruskan ke Candi Borobudur. Cuaca sangat baik time pergi ni. Panas lit lit. Panjang gila pengalaman aku dekat Candi ni (sila rujuk diakhir post blog ni). Candi ni takde apa pun kat situ, dia cuma tempat bersejarah. Tapi okay untuk pergi sekali seumur hidup. Alang-alang dah sampai Indonesia kan.






*entrance fee ke Candi Borobudur, sorang 350,000 rupiah.

Next pergi Punthuk Setumbu. Ni pun tempat bergambar jugak. Nak pergi ke spot bergambar tu kena mendaki bukit bertangga. Lecak jugak tiak!





*entrance fee ke Punthuk Setumbu, sorang 50,000 rupiah.

Next, pergi Galeri Ayam. Kat sini takde apa yang menarik sangat. Tapi katanya tempat pengambaran untuk Ada Apa Dengan Cinta (movie femes Indonesia). Galeri Ayam ni adalah tempat ibadah untuk semua agama. Dalam tu macam galeri je. Dan sebenarnya bentuk bangunan ni adalah Burung Merpati bukan Ayam (panjang kisah dia, nak tahu lebih lanjut..sila datang sendiri ke sini).








Hari keempat, kita bangun seawal 3 am. Our destination is to go Gunung Merapi nak tengok sunrise. Before ke Jogja ada berita mengatakan Gunung Merapi baru meletus. Tapi penduduk dekat situ masih chill, rilek dan lepak lagi sebab katanya Gunung itu hanya "batuk" dan tidak serius. Maka kami gagahkan diri untuk lihat sendiri. Pepatah ada mengatakan, lebih baik pergi sendiri sekali daripada mendengar tentangnya berulang kali'.






Then kita pun ada pergi melawat kawasan yang pernah terjejas masa Gunung Merapi meletus pada tahun 2010. Teruk jugak kawasan tu. 



Next, kita pergi Umbul Ponggok. Dekat sini aku paling ralat sebab taktau selam/tahan nafas dalam air. Rugi tiket masuk. Pastu dekat sini pun hujan lebat gila.





*entrance fee ke Umbul Ponggok, sorang 150,000 rupiah.

Untuk makan kita try Satay Klatak dekat Satay Kambing Josss JKN Imogiri Barat. Dekat sini, satay dia jauh gila beza dengan satay Malaysia huhu. Tapi untuk try kan, why not makan je la.



Hari kelima, diteruskan dengan pergi Museum Sultan. Dekat sini takde apa yang menarik, dia macam museum untuk Kesultanan Jawa. Lepas tu macam ada persembahan tarian/music Jawa. Boleh la kalau nak layan kejap persembahan tu.




*entrance fee ke Museum Sultan, sorang 15,000 rupiah.

Kitaorang pun sempat pergi Batik Painting Hery's Art Gallery. Ni macam galeri batik, banyak lukisan batik lawa-lawa. Boleh dibeli lukisan tu dengan harga bermula 140,000 rupiah. Nak masuk sini free je. 



Next, shopping ke Malioboro dan Pasar Beringharjo. Dekat je antara dua tempat ni. Banyak gila barang dan murah-murah dekat sini. Cuma kena pandai tawar-menawar lah.

Hari keenam, dimulakan dengan penuh semangat waja. Semua orang sedondon pakai baju Mustard Colour. Tapi sayang hari ni bumi Jogja menangis hujan lebat sepanjang hari. Maka banyak gila aktiviti tertangguh. Tapi kita still teruskan juga perjalanan ke Jurang Tembelan Kanigoro. Dekat sini lawa gila, sempat bergambar kejap je lepas tu hujan lebat.







*entrance fee ke Jurang Tembelan, sorang 3,000 rupiah.

Then try makan dekat Thiwul Ayu Mbok Sum, Mangunan. Aku order Nasi Thiwul Ayam. Rasa dia, bercampur rasa menyesal sebab order benda pelik-pelik pastu tak boleh telan. Haha. So far, makanan lain dia okay je. Aku yang salah order.



Next, masih gigih nak bergambar walaupun hujan. Kita pergi ke Hutan Pinus. Tapi still, hujan lebat maka banyak masa berteduh dari hujan je.





*entrance fee ke Hutan Pinus, sorang 3,000 rupiah.

Next, ke Kedai Tugu Chocolate. Kat sini jual macam-macam jenis cekelat. Harga ada murah, ada mahal. Yang best, ada tester untuk cekelat tu semua. Kalau rasa taknak beli, makan je la tester hehe.



Next, kitaorang ke Malioboro Mall. Saje jalan-jalan tengok Mall dia. Harga barang dalam Mall mahal, sama je macam Mall dekat Malaysia. Next, kitaorang  try makan Mcdonals Indonesia. Setelah order dan makan, lagi sekali tekak kami terkena kejutan budaya. Hmmmm lain gila rasa Mcd Indonesia dengan Mcd Malaysia. Tujuan asal memang nak rasa dan buat perbandingan, so kita layankan je la setiap apa yang dah di order. 

Hari ketujuh, hari paling banyak bergambar dan habiskan duit untuk gambar. Hari ni cuaca sangat behave dan mentari memancar seluruh alam. First destination on that day, Pule Payung. Ni memang tempat untuk bergambar je. Dekat sini kita macam-macam spot untuk bergambar, tapi kitaorang pilih spot yang best je. 

Semua tempat spot bergambar, sudah disediakan Photographer dia sendiri. Sediakan duit je untuk bayar khidmat diaorang. Satu spot gambar kebanyakkanya dia akan snap gambar kita dalam at least 6 keping. Kita boleh dapat 3 atau 4 keping softcopy gambar free. Selebihnya kalau nak jugak, sekeping gambar bermula harga 3,000 rupiah sekeping.

*entrance fee ke Pule Payung, sorang 10,000 rupiah.

Untuk bergambar dekat basikal, 25,000 rupiah sorang. 

Basikal
Jembatan Ke Syurga, sorang 10,000 rupiah.


Jembatan Syurga
Giant Swing sorang, 25,000 rupiah.


Giant Swing
Next ke Kalibiru. Sini pun spot bergambar. Time ni masing-masing dah terciduk kepenatan. Kitaorang naik gojek untuk sampai ke puncak dari tempat parking. Harga gojek, 5,000 rupiah seorang.

*entrance fee ke Kalibiru, sorang 20,000 rupiah.

Then ke Spot Kano, sorang 30,000 rupiah.


Spot Kano
Dekat Kalibiru ni kitaorang bergambar dekat Spot Kano je sebab spot lain lebih kurang dengan spot dekat Pule Payung. Bazir je lepas tu harga dia mahal sikit dari Pule Payung.

Next, disebabkan semalam hujan lebat. Hari ni kami teruskan lagi misi ke Hutan Pinus lagi sekali. 


Takde apa pun kat sini, cuma view batang-batang pokok Pinus. Port bergambar je.
*entrance fee ke Hutan Pinus, sorang 3,000 rupiah. 

Next, ke Pinus Pengger. Ni pun pergi satu spot bergambar je. Pastu balik. Sebab rasa macam dah kejung pipi asyik tersengih kerang busuk sepanjang hari bergambar.

*entrance fee ke Pinus Pengger, sorang 3,000 rupiah. 



*entrance fee ke Spot Tangan, sorang 2,000 rupiah. 

Lepas tu nak softcopy dari photographer kena bayar lagi. Dia kata sekeping 4,000 rupiah. Tapi ada discount, kitaorang punya gambar ada 41 keping dia jual 165,000 rupiah. Bahagi 5 orang, sorang untuk gambar 33,000 rupiah.

Next, dinner dekat RM Olahan Ndeso Bukit Pengger. Not recommended. Tak sedap!

Hari kelapan, akhirnya hari last di Bumi Jogja. Destinasi kita ke Kilang Bakpia Pathok 25. Bakpia ni macam kuih. Korang should try Bakpia ni. Dia sedap kalau panas-panas, kalau dah sejuk tak sedap dah. Lupa nak snap gambar kilang dengan bentuk Bakpia ni. 

Bakpia Pathok 25 ni agak pricey sikit. Kalau korang nak yang murah-murah berlambak dekat Pasar Malioboro. Cuma Pak Supir tu cakap kalau Bakpia Pathok 25 ni fresh dari kilang. Ko akan jumpa bermacam Bakpia nombor-nombor lain seperti 51, 125 etc.

Then kita pergi lagi shopping ke Malioboro dan Pasar Beringharjo. Habiskan semua duit. Memang betul habis licin duit.



Aku tukar duit RM 1400 dengan rate 1 Juta Rupiah bersamaan RM 330. Kat Jogja kalau bawak duit bawah RM 1000 pun boleh dah hidup sebab makanan dia sangat murah dan semua entrance fee masih kategori murah. Cuma kalau terkena rasukan syaitan untuk shopping mungkin kena bawak duit lebih sikit. To be honest, aku memang banyak gila shopping sebab terlupa azan dekat telinga hehe.

Total semua perbelanjaan aku:

*perbelanjaan ni semua dah bayar dari Malaysia

Tiket flight pergi balik : RM 292 sorang
Luggage 40 KG pergi (20 KG/RM79.50) : RM 159 (bahagi 3 orang, RM 53 sorang)
Luggage balik 20 KG : RM 79.50 sorang
Tripcare 360 Takaful : RM 51.60 dapat 25% discount, RM 38.70 sorang
Homestay untuk 8 hari : RM 933 (bahagi 8 orang, sorang ±RM 117)
Total: ±RM 580.20

*perbelanjaan harian ni semua termasuk dalam RM 1.4k bersamaan 4,620,000 Rupiah yang aku tukar

Disclaimer : Ada supir untuk 5 orang dan ada untuk 8 orang disebabkan, 5 orang stay Jogja 8 Hari dan 3 orang stay Jogja 6 hari. So ada hari naik van, ada hari naik kereta Avanza.

1st Day:
Supir : Kereta Avanza 400,000 rupiah (bahagi 5 orang, 80,000 rupiah sorang)
Simcard Simpati 9GB : 120,000 rupiah (bahagi 2 orang, 60,000 rupiah sorang
Makan : 175,000 rupiah (bahagi 5 orang, 35,000 rupiah sorang)
Pantai Parang Tritis : 10,000 rupiah sorang
Bakso : 20,000 rupiah sorang
Susu : 15,300 rupiah sorang
Air mineral : 11,600 rupiah sorang @ 2 botol besar
Sabun Basuh Baju : 3380 rupiah sorang

Total 1st day: 235,280 rupiah sorang (±RM 72)

2nd day:

Supir : Van 650,000 rupiah (bahagi 8 orang, 81,250 rupiah sorang)
Roti + choc : 26,200 rupiah sorang
Goa Pindul + Sungai Oya : 190,000 rupiah sorang
Gambar : 40,000 rupiah sorang
Tandas : 3,000 rupiah sorang
Lobster : 750,000 rupiah (bahagi 4 orang, 187,500 rupiah sorang)
Jeep: 350,000 rupiah (bahagi 4 orang, 87,500 rupiah sorang)
Gunung kidul : 5,000 rupiah sorang
Gondola : 200,000 rupiah sorang

Total 2nd day: 820,450 rupiah sorang (±RM 249) 

3rd day:
Supir : Van 650,000 rupiah (bahagi 8 orang, 81,250 rupiah sorang)
Breakfast : 30,000 rupiah sorang
Borodur : 350,000 rupiah sorang
Magnet : 100,000 rupiah @ 10 pcs (bahagi 2 orang, 50,000 rupiah sorang)
Baju : 325,500 rupiah sorang
Baju Merah : 55,000 rupiah sorang
Baju batik : 102,000 rupiah sorangJeep : 14,000 rupiah sorang
Makan di Serba Sambal : 29,500 rupiah sorang
Puntuk Setumbu : 50,000 rupiah sorang 
Air mineral : 1,000 rupiah sorang
Galeri Ayam : 50,000 rupiah sorang
Kopi Cinta : 20,000 rupiah sorang
Tandas : 2,000 rupiah sorang
Alfamart : 22,250 rupiah sorang

Total 3rd day : 1182,500 rupiah sorang (±RM 359)

4th day:
Supir : Van 650,000 rupiah (bahagi 8 orang, 81,250 rupiah sorang)
Jeep gunung merapi : 500,000 (bahagi 4 orang, 125,000 rupiah sorang)
Gambar merapi : 17,000 rupiah sorang
Tandas : 2,000 rupiah sorang
Makan : 10,000 rupiah sorang
Tandas : 2,000 rupiah sorang
Indomie : 5,000 rupiah sorang
Umbul Punggok: 150,000 rupiah sorang
Baju kebaya : 105,000 rupiah sorang
Bakpia Kukus : 40,000 (bahagi 4 orang, 10,000 rupiah sorang)
Satay klatak : 40,000 rupiah sorang

Total 4th day : 577,250 rupiah sorang  (±RM174)

5th day:
Supir : Van 650,000 rupiah (bahagi 8 orang, 81,250 rupiah sorang)
Bubur : 11,000 rupiah sorang
Kopi : 4,000 rupiah sorang
Sosej : 9,000 (bahagi 2 orang, 4,500 rupiah sorang)
Telekung : 115,000 rupiah sorang
Baju : 167,500 rupiah sorang
Sultan Museum : 15,000 rupiah sorang
Makan : 53,925 rupiah sorang

Total 5th day : 452,175 rupiah sorang (±RM138)

6th day:
Supir : Van 650,000 rupiah (bahagi 8 orang, 81,250 rupiah sorang)
Tandas : 2,000 rupiah sorang
Hutan seribu batu : 2,500 rupiah sorang
Jurang tembelan : 3,000 rupiah sorang
Hutan pinus : 3,000 rupiah sorang 
Makan : 33,000 rupiah sorang
Mcd : 51,000 rupiah sorang

Total 6th day : 175,750 rupiah sorang (±RM54)

7th day:
Supir : Kereta Avanza 400,000 rupiah (bahagi 5 orang, 80,000 rupiah sorang)
Kuih : 5,500 rupiah sorang
Coffee : 7,000 rupiah sorang
Tiket masuk : 2,000 rupiah sorang
Pule Payung : 10,000 rupiah sorang
Basikal : 25,000 rupiah sorang
Jambatan : 10,000 rupiah sorang
Giant swing : 35,000 rupiah sorang
Gambar : 9,000 rupiah sorang
Gojek : 5,000 rupiah sorang
Kalibiru : 20,000 rupiah sorang
Spot Kano : 30,000 rupiah sorang
Tandas : 5,000 rupiah sorang
Hutan Pinus : 3,000 rupiah sorang
Pinus Pengger : 3,000 rupiah sorang
Tangan : 2,000 rupiah sorang
Gambar : 165,000 rupiah (bahagi 5 orang, 33,000 rupiah sorang)
Ice cream : 32,000 rupiah 5 orang
Makan : 42,800 rupiah sorang

Total 7th day :754,500 rupiah sorang (±RM229)

8th day:
Supir : Kereta Avanza 400,000 rupiah (bahagi 5 orang, 80,000 rupiah sorang)
Telekung huda : 50,000 rupiah sorang
Batik : 100,000 rupiah sorang
Bag : 100,000 rupiah @ 4 pcs
Bakpia : 40,000 rupiah sekotak
Makan : 51,520 rupiah sorang

Total 8th day : 421,250 rupiah sorang (±RM128)

Total ±RM 1.4k 

Ni anggaran perbelanjaan aku. Memang habis RM 1.4k aku, hutang lagi RM 12 duit kakak aku sebab duit Rupiah dah tak cukup. Hehe.

Diingatkan ada baju aku dan kakak aku kongsi as souvenirs untuk family members. Sebab tu nampak macam banyak pulak perkataan baju kennn dalam budget tu. And banyak jugak things yang kitaorang share. Itu pro pergi berdua dengan kakak, boleh share banyak benda. 

Sedikit Facts Jogja:
-Semua tandas disini tiada getah paip. Semua guna gayung.
-Semua tandas hatta tandas dekat Petrol Station harga masuk 2,000 rupiah. Pastu semua tandas menggunakan konsep kejujuran dimana, hanya tabung tapi takde orang jaga untuk bayaran. Sila jujur untuk membuang!
-Surau dia kebanyakkannya campur laki perempuan, takde penghadang. Tempat wudu' open air.
-Kebanyakkan surau dia jugak open air dan tiada kipas. Hanya guna 'kuasa alami'.
-Kebanyakkan/hampir semua LELAKI simpan kuku panjang (Jari Kelingking).
-Sarapan memang terus makan Bakso, Soto, Bakmi. No Nasi Lemak, Roti Canai.
-Kebanyakkan kedai makan ada Wifi.
-Makanan Jogja memang tak kena dengan tekak melayu kita, tapi pelik bin ajaib Indo mee dia makan hari-hari pun takpe kita boleh telan. 

Tips ke Candi Borobudur,  
(Aku copy post Instagram aku je laa)

Please jangan dilayan:
1) orang yang sewa payung sebelum pintu masuk. Harga 10,000 rupiah. Kalau masuk dalam sikit kawasan dekat dengan tempat daftar masuk, 5000 rupiah je. Tapi murah je ni kalau convert Ringgit Malaysia.

Orang jual/sewa payung & topi ni, ko belum turun kereta/van dia dah terpacak depan pintu. Siap package kejar lagi.


2) orang yang jual segala macam mak nenek dekat kawasan dalam candi tu. Harga dia mahal pastu paksa-paksa orang beli. Dia akan kejar kita. Pastu harga dia tukar, tukar. Lagi kita cakap taknak lagi laju dia paksa kita, buat ayat sedih dan buat kita kesian. Padahal harga barang dekat gerai-gerai sekitar lagi murah dan bermacam pilihan. ( tapi still kalau korang tak kesah harga, beli je )

Tadi ada orang jual tshirt ni, tak sure sehelai berapa. Kitaorang nak beli 5 helai, 100,000 rupiah dia tak kasi. Kena bayar 110,000 rupiah dengan design yang macam hampeh. Kita mintak discount tak kasi.Tapi paksa2. Tapi beli je sebab macam ntah la kesian ke kena pukau ke haha ntah. Tapi dah beli, tengok kat gerai luar2 tu, 7 helai boleh 100,000 rupiah je.

3) orang jual keychain ke magnet ke lagi laa memaksa je kejenya. Jiwa kena kental yee main lari2. Once ko layan dia, dia akan paksa ko beli. Pastu ko pun rasa kesian. 4 fridge magnet bodoh2 tu nak jual 100,000 rupiah. Gilaa. Aku tadi ntah macam malas kot dia nak kejar2 aku (kesian pun ye kot), aku nak beli je. ( time ni otak belum berfungsi untuk convert ke RM), aku macam dah nak keluar duit, dia main nak tarik je duit aku. Sebaik ada kakak ku, yg sedikit bijak menyelamatkan aku dari tertipu. Kat kedai luar2 tu 10 fridge magnet baru 100,000 rupiah. Ada kawan aku beli 14 fridge magnet harga 100,000 rupiah.

P/s: tapi kalau tak kesah harga beli je la dari peniaga2 tu. Sebab memang kesian la jugak sebab macam kena kejar2 orang berpanas bagai. Tapi still kalau boleh jimat, ada yang murah, buat apa beli yang mahal kan?


Okay sampai di sini je kisah 8 hari di Jogja. Kalau ada yang aku tak cerita tu, maaf la yee. Tapi you guys feel free to ask me anything. Aku akan jawab kalau tahu.

Aku rasa everyone should sekali la at least melawat ke Jogja. Not bad tempat dia. Dengan budget yang minima pun dah boleh pergi Jogja. Tapi secara jujur, budget aku memang melebih-lebih kalau exclude shopping.


Byee Jogja!





Thursday, 30 January 2020

#8 tyrawrite

People always think words from you hurt them.

Little they know, their words also hurt you.

But you prefer not to show the pain behind all their words.

You keep it inside, then walk away bring along the pain.

Wednesday, 1 January 2020

Selamat Datang Kereta Terbang 2020

2020,

This year I will letting go and healing.

I just need to stop worrying, wondering and doubting.

If I have to lose people to get where I need to be, then I am okay with that.

Believe in Allah plans, His plan always be greater and more beautiful than all the disappointments.

It is only matter of time.

Don't go with the flow, grow with the flow.

Sending love to everyone who is trying best to heal from the things they don't discuss.

2020 will be wonderful Insyaallah.

*tajuk dan post takde kaitan haha


Sunday, 29 December 2019

Life Update in 2019

Assalamualaikum..

Setelah berzaman tak taip blog, busy ntah buat apa. Makin dah nak menuju usia Perak (25 tahun), makin malas nak update segala Social Media. Harapkan story whatsapp je la orang akan tahu aku hidup lagi atau tak. Sekarang rajin usha dari jauh je semua socmed. Nak likes gambar orang dekat IG pun malehh. Tapi harapnya gambar aku, orang jangan malas ye nak sumbang like. Haha



So far 2019 being so much learning process, so much roller coaster emotion, yang sedih yang gembira yang so-so. Semua in this 2019!

Kita mulakan dengan awal tahun 2019, result exam sem 7 keluar sipi-sipi Dean List. Then result sem 8, Alhamdulillah dapat jugak title Dean List. 5 sem try hard gila nak Dean List, at last Allah bagi rezeki dekat sem last.

Then tahun ni jugak, benda paling best happened. Convocation Day, 4 tahun belajar come to the end. Pastu bila dah hadap dunia pekerjaan, rasa ruginya dah habis belajar. Sebab dunia belajar best gilaaa. Nak sambung Master tapi tak nampak lagi keperluan dia. Maka bye-bye Master. 

Ingatkan dah habis belajar senang untuk dapat kerja. Selagi ko bukan 'Mandarin Speaker', 'Work experience 2 years above', mimpi je la mampu untuk kerja dalam bidang ko nak. 

Berlambak resume dah bertebaran hantar, nak dekat 10 interviews dah hadap tapi still tak dapat lagi kerja yang aku nak which is Engineer. Tapi takpe, macam aku selalu bagitau di socmed aku, aku bukan mahasiwa memilih pekerjaan. Apa je rezeki yang Allah bagi, aku try ambil, try adapt and try push the best out of me. 

Cuma tu la, gaji yang kecil menyebabkan self motivation aku down! Cakap lelebih kang, orang cakap aku tak bersyukur. Kahkah!

Lagi, di tahun 2019 ni aku belajar lagi satu benda which is please la myself don't put high hopes to same people again. Whatever happened between us, ahh lantak laa. Aku serahkan semua pada tangan Allah untuk rawat hati aku. Apeenii ayat macam sedih + sendu gilaaaaa. Saya doakan anda bahagia dan Allah akan bahagiakan saya lebih dari bahagia anda. Aminnn.

Whatever happened this year really taught me so many things. I have learned a lot.

Akhir sekali, harapnya 2020 will bring me more happiness, Allah akan rezekikan kerja yang terbaik untuk aku, kerja yang akan meningkatkan semangat aku dan segala yang baik-baik untuk aku insyallah. 

O Allah! I seek refugee in You from grief and sadness, from weakness and from laziness, from miserliness and from cowardice, from being overcome by debt and from being overpowered by men (other peope)
Sahih Bukhari 7:158













Tuesday, 23 July 2019

Doa is wireless

Assalamualaikum..

Kali ni aku share beberapa doa dan ayat Al-quran yang aku amalkan. Dan guess what, some of my friends pun amalkan benda yang sama. And we are so excited bila cerita pengalaman masing-masing with these doa kebanyakkannya cakap mujarab. (Insyallah dan Alhamdulillah)

First, potongan ayat yang aku baru-baru je (tak sampai lagi setahun) amalkan adalah doa Nabi Yunus. Ayat ni housemates aku yang pekenalkan kat aku. Mula-mula tu aku selalu dengar je cerita yang diaorang akan amalkan ayat ni bila diaorang rasa takut/cuak. Tapi aku tak penah rasa nak try amalkan pun. Tapi satu hari tu aku scroll twitter, ada thread pasal doa ni bersama kebaikan/kelebihan dia. Sejak dari tu, alhamdulillah aku try hafal and amalkan. Dan alhamdulillah doa ni memang boleh buat aku tenang dan sentiasa percaya Allah akan berikan apa aku nak (with usaha of course!).



Thread yang aku baca kat twitter tu memang bagus gilaa sampai aku ter impress untuk amalkan jugak.

Next, adalah ayat penyeri wajah/untuk lembutkan hati orang yang lihat kita. Ayat ni lagi bertebaran orang cakap bagus. Ayat ni sedikit panjang. Tapi kalau dah hafal, rasa pendek je. Ayat ni aku dah amalkan dari before puasa tahun ni, saje nak amalkan untuk penyeri wajah. Hehe.

Yang ayat kedua (bawah) tu, hafal/amalkan yang dalam kotak tu je. Ayat ni, aku ada baca ianya untuk elakkan orang rasa nak marah kita. Senang kata, ni ayat pengasih versi islamik. No guna-guna minyak dagu dan nasi kangkang. 



Doa ni, kawan aku pun ada share..sejak dia amalkan ayat ni memang rasa diri dia, jarang orang marah, jarang berselisih faham dengan manusia. Then kalau nak jumpa bos/orang besar2 takde la rasa takut sangat. Dia amalkan doa ni time study dulu. Ada jenis pensyarah tak suka students masuk class lambat. Tapi one day, dia terlambat sikit..dia terus baca ayat ni. Luckily, lecturer tu tak marah pun kat dia. Pastu dia ada jenis lecturer suka point students untuk jawab soalan kat depan class, dia amalkan ayat kedua tu, (sebab taknak jawab kat depan) alhamdulillah so far tak penah kena jawab kat depan. 

Next, ayat-ayat common macam ayat kursi, ayat seribu dinar tu lagi lah perlu kita amalkan. So far aku amalkan ayat kursi everytime aku keluar rumah masa zaman study dulu. Kan aku bawak motor je, dengan keadaan jalan raya kat Parit Raja tu memang tawakkal atas Allah amatlah perlu tinggi untuk perlindungan (perjalanan pergi balik universiti) yang kadang-kadang stay up kat library 2-3 pagi baru balik rumah sewa. Alhamdulillah setakat ni Allah lindung, tak pernah accident dan jumpa benda pelik-pelik atas jalan raya.

Next, doa mencari jodoh/keluarga bahagia. Yang ni paling best so far. Kalau rasa sedih dengan cinta manusia, rasa macam down je kan asyik single and lonely..meh la amalkan doa ni. Bukan la kata, doa ni boleh terus jatuhkan bakal zauj/zaujah dari langit. Tapi bila amalkan ayat ni, automatik ko akan rasa nak perbaiki diri sehabis baik dan percaya jodoh semua tu Allah akan bagi insyallah dan ko takde la meroyan benda bukan-bukan. (Ni memang aku sematkan dalam kepala otak tiap hari!)



Next, surah-surah yang kalau boleh tiap malam amik la masa 15-20 min untuk baca which are surah Al-Waqiah dan surah Al-Mulk. Seriusly surah Waqiah ni memang powerful gila untuk bagi rezeki dan buat kita rasa cukup dengan rezeki yang Allah bagi. Mula-mula aku amalkan surah ni, memang rasa panjangnya surah ni (80 lebih ayat). Tapi kalau dah biasa baca, ko akan rasa ayat dia sebenarnya pendek je.

Kelebihan Al-Mulk pulak adalah untuk menerangi kubur kalau tak silap. Well jenis banyak dosa macam aku ni, memang kena weh amalkan surah ni sebab takut dalam kubur nanti gelap. Huhu

Next, ada masa memang down gila nak mati. Rasa macam ada je tak kena. Time macam tu, memang laju je la selak Al-quran carik surah Ar-Rahman. Kadang, memang berderai weh baca surah ni. Insaf kejap kalau baca tang 'nikmat Tuhan yang mana yang kamu dustakan' tu..Bagi aku, surah ni memang macam surah memujuk buat aku. Once aku habis baca je surah ni, aku akan lebih menghargai apa yang aku ada dan try persetankan benda yang menyerabutkan kepala.

Okay sebenarnya banyak lagi doa/ayat aku amalkan. Tapi setakat ni jelah eh aku share (sebab dah panjang sangat). Moga-moga kita semua mendapat kebaikan dalam apa jua kita lakukan. 

Aku share ni bukan tujuan riak. Hanya untuk kita sama-sama amalkan apa yang bagus. 









Saturday, 13 July 2019

Done Degree!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah akhirnya dengan bangga dan riak nya aku nak mengumumkan yang aku dah habis belajar untuk degree. Haha. Semalam all the unofficial results untuk last sem (Sem 8) dah terpapar. Dan sekarang memang tunggu convo bulan 10 nanti insyallah. Can't wait!


Thanks to all who direct and undirectly bear with me in this roller coaster journey. Kalau nak sebut satu-satu sampai convo mungkin tak habis listkan.

Thanks kawan-kawan yang selalu ada susah dan senang. Yang sama-sama ada time buat benda berfaedah mahupun benda melagha kan. (#YTJT)

Yang selalu mengajar aku subject-subject yang susah. (You just know who you are, Cikgu). Housemates ku juga yang sama-sama bersengkang mata study, hafal and share notes bagai. Cerita pasal SV, PSM masing- masing with lots of emotions. 

And to Zaha, thanks setia bersama aku dari tahun 1 sampai 4. Banyak gila benda la kalau nak berterima kasih dekat Zaha ni. I make it short, I love you!

To Group Circle of 9 too, thanksss too. Korang paling banyak mewarnai hidup aku dekat UTHM.

Dan of course to Ibu Ayah, adik beradik dan kaum kelurga yang lain. (Eh ucapan beria gilaaa). Thanks to Ayah yang selalu bagi duit tiap minggu. Yang tak pernah berkira pasal duit. Thanks Ibu, yang selalu pesan jangan give up, there are always a rainbow after raining.Thanks kakak yang selalu bagi kata-kata semangat dan bagi pinjam duit, belanja ink printer and so on. To adik-adik Hafiz, Huda and Alif thanks selalu layan Ktyra yang sentiasa terhibur dan perlukan hiburan.

Oh lupa to my Final Year Project Supervisor too. Thanks to Dr Musli Mohammad for all the guidance you give and also for the A for both my PSM 1 and PSM 2.

Oh lupa thanks juga pada who his cute name Adudu. (I don't know whether you know or not that name is for you haha). You bring me a lot of turbulent emotion. Some can bring me smile some can bring zzz to me. 

Oh lupa lagi, thanks pada kawan-kawan matrik jugak. Ramaiiiiii nya nak sebut. All i can say, you know who you are! Thanks walau jarak memisahkan kita, tapi hati sentiasa mendoakan. ececeh

This journey is nothing without you guys.

Sampai sekarang, still tak percaya dah habis belajar. Dari umur 3 tahun kot belajar kat tadika sampai umur 24 tahun ni. Such a long investment!

But this is just beginning for another chapter in my life Insyallah. Dan sebenarnya memang wujud yee perasan takut untuk hadap alam pekerjaan. Bila aku job hunting, peh rasa diri ini sangatlah kerdil. 

Akhir kata, sila kira berapa banyak perkataan 'Thanks' yang wujud dalam post ni huhu. Itu menunjukkan yang aku memang berterima kasih gilaaa pada semua yang terlibat. 

Kepada kawan-kawanku, Happy job hunting and job interviews, berjaya dapat kerja untuk membantu keluarga masing-masing. Doakan aku jugak yee.



Friday, 12 April 2019

Master atau Kerja?

Assalamualaikum..

Soalan aku, master atau kerja? Lately ni, dua benda ni la selalu mengganggu kedamaian aku.

HELP!

Ada masa aku okay je nak sambung master, ada masa aku rasa malas. Ada masa aku terus nak kerja nak pegang duit berkepuk-kepuk. Malas dah nak menyibuk-nyibuk belajar bagai nak rak. 

Aku taktau la pathway hidup (career) aku apa. Kadang rasa malas nak kerja industri. Rasa nak kerja bidang pendidikan. Tapi rasa macam tak cukup pandai nak mengajar.

Benda paling aku risau kan, umur aku dah 24 tahun. Tapi satu hape aset kekayaan pun aku takde. Kalau sambung master, ntah ntah 25 atau 26 kot baru habis. Pastu aku jamin aku akan gatal nak sambung Phd pulekk.

Dah tu bila nya aku nak mengumpul duit? Aku banyak gila kot angan-angan yang perlukan duit untuk dilaksanakan. Ke hidup aku akan bermula di usia 30s? Huhu.

Ye aku tau setiap orang ada time zone tersendiri yang Allah dah aturkan. Tapi still, inside me ada banyak gila benda mencanak-canak aku sedang pikirkan.

Huh.

Ke aku patut buat master ni PJJ? Tapi tu la, aku tau limit diri aku. Aku kalau dah penat (kerja), memang buku ke mana, study ke mana. Memang menghadap ceiling/dinding terus terbongkang kelangit aku bermimpi lol.

Tapi, aku tau untuk mendapatkan sesuatu, kita memang kena korbankan sesuatu yang lain kan. Aku boleh je korbankan masa tidur, rehat dan usia remaja untuk push diri belajar bersungguh-sungguh demi segulung master ni.

Tapi tu la, takut tak cukup kuat. Takut ter-rebah di pertengahan jalan. Hmm

Hari tu aku ada tanya kawan-kawan aku kat twitter, 'kenapa diaorang sambung master?'
Kebanyakkannya ada matlamat yang jelas. Aku ni je ha matlamat tak jelas huh.

Then aku ada la tanya, 'takpe ke kita ni sampai ke-tua belajar. Separuh hidup dihabiskan untuk belajar?'

Then, kawan aku jawab, 'it is better separuh umur habis untuk belajar daripada separuh hidup habis untuk kerja je'.

Damn. Deep betul --'

Lagi satu, kalau aku PJJ master..better amik dekat UTHM atau UITM Shah Alam? Ni pun rungsing jugak ni. Sanggup ke aku dok ulang alik Shah Alam-Johor kalau PJJ? Sebab aku dah ada few potential SVs dari UTHM. Kalau boleh nak stick je dengan UTHM.

Ke SV dari UITM pun not bad? (aku tak survey lagi)

Kewangan lagi kalau nak sambung master. Okay sebenarnya pasal kewangan ni, ni bukan masalah besar. Sebab kalau aku sambung master kt UTHM under research mode (FULL TIME) dapat elaun sara hidup. Jumlah dia cukup je untuk aku ulang alik Keluang Mall/JB tiap minggu lol.

Dan aku rasa, untuk yuran pendaftaran pun insyallah takde hal kot nak carik duit tu. 

Tapi kalau PJJ, hmm cukup ke duit gaji nak tampung?

K soalan paling LAST!
Takde orang ke nak ajak aku kawen after aku habis degree ni? Kalau ada senang, kita boleh discuss together what should we do lol

Sebab kan, bila aku tanya semua orang apa patut aku buat, semua jawab 'ikut suka ko la'...

Hmmm.

So sampai disini je dulu bebelan aku. Moga-moga urusan aku Allah permudahkan. 


Muka serius time intern hari tu. Gambar ni takde kaitan tapi lantak laaa haha