Saturday 14 December 2013

Result PSPM

Assalamualaikum..

PSPM apa bende tuh? Aku rasa kalau SPM mesti ramai yang tahu but now I'm talking about PSPM yang hanya berapa ketul je tau benda apa kan?

Ok PSPM ni stands untuk Peperiksaan Semester Program Matrikulasi. Well aku kan student Matrik so haruslah ambik exam PSPM ni. Aku amik exam ni bulan Oktober lepas and resultnya diumumkan hari selasa 10/12 hari tu.

Debaran nak tau result ni penangan dia lebih hebat daripada nak tau result SPM dulu. Yelah result PSPM nilah yang akan menentukan pointer yang akan dibawa sampai sem 4 nanti. Yang pasti aku MEMANG kena struggle hingga titisan peluh terakhir sebab pointer aku tak banyak pun.

Tapi syukur alhamdulillah, dengan usaha hari tu I totally deserved it. Aku syukur gilloss sebab takde failed. Itu yang aku dok doa hari-hari and alhamdulillah ALLAH kabulkan :)

Kawan SAMTISH ramai giloss result hebat belaka! Aku terasa sangat kerdil lagi hina~ Aku tanya ramai pointer diaorang semua above 3.0. Boleh dikira dengan jari berapa ketul bawah 3.0. Budak akaun ada 2 orang 4flat. Perghh! Ada yang 3.9 , 3.8 , 3.7 yang pasti hebat la. Bangga aku jadi kawan korang! Tak salah kalau aku nak tumpang glamour korang kan? Hahaha. 

Tapi kalau korang baik kati, patutnya share la kepandaian korang tu kat aku. Biar kita sama-sama berjaya..#eh

Kat KMM ni budak non-muslims ramai bapak dapat 4flat. Taktau depa makan apa jadi pandai cenggitu. Wa jeles uolls!




Sunday 24 November 2013

Sekolah terchenta PART 2

Assalamualaikum..

Ok kali ni aku nk sambung lagi story pasal keberangkatan aku ke SAMTISH. Entry lepas aku  stop sampai musolla kan? Sekarang moh kita ke kawasan asrama pulak.
Asrama perempuan (aspuri) je aku sempat jejak. Asrama lelaki (aspura) tak sempat la pulak. Sori.

Secara kasar tak nampak sangat perubahan. Tapi bila diamati secara halus dan mulus, banyak jugak penambahan dekat kawasan aspuri. Time aku datang tu, ada pekerja tengah menyimen dekat pintu masuk aspuri tu. Tak tau la nak tambah apa. Tapi yang aku nampak, makin banyak pokok-pokok bunga ditanam. Mendamaikan dan sejuk mata memandang. Nak tangkap gamba kat situ tapi ada halangan pulak. Ada macam tape yang halang laluan keluar masuk kat situ. So kitaorang boleh pandang dari jauh je.

Laluan tu ditutup sebab pokok-pokok tu nampak macam baru ditanam. Mungkin dia tak nak pokok tu dipijak kalau orang dok lalu-lalang situ. (pendapat aku)

Ada air mesin gedegang kat kawasan aspuri. Wow heaven giloss! Dulu mesin air just ada kat aspura je. Sangat lah tak adil kan? Dulu aku and the gang kalau tiba-tiba rasa nak minum air tin, kitaorang akan seludup tanpa rasa malu ke aspura. Takpun mintak tolong je budak laki belikan. Tapi leceh!

Kitaorang dulu memang mengada-ngada! Time koop bukak tak rasa haus nak minum air. Tapi kalau waktu prep, lepas solat kt musolla..haa time la rasa haus tu menjelma dan koop pulak dah ditutup. Memang dulu tak puas hati gila kat budak aspura sebab diaorang ada mesin air tu.

Mesin air gedegang kat kawasan sekolah pun dah ada jugak. Kalau tak silap ada la dalam dua lagi kot mesin air tu kat belakang pejabat dan belakang bilik koko. Mesin untuk isi air kosong pun ada aku rasa. Wah nikmat!

Lagi cerita pasal aspuri, bilik tv/bilik tarbiyah dah takde. Aku taktau mana tv tu dicampak. Bilik tu dah bertukar jadi dorm. Bapak la. Terkejut giloss kitaorang bila bukak pintu bilik tu tengok ada katil, locker bagai. Siap ada budak tengah me-landing lagi kat atas lantai. Lantai bukan sebarang lantai siap ada karpet lagi. Kelas ko jahh!

Stor yang kat sebelah tandas D.0 tu pun dah bertukar wajah. Stor yang dulu hanya dipandang sepi sekarang dah jadi dorm akhirnya. Dulu stor tu macam tempat jin berjoget je aku tengok. Bersepah dengan segala benda. Tapi sekarang dah jadi dorm. Lantai diaorang pun karpet aku rasa. Cat warna kuning.

Ramai sangat ke pelajar aspuri sampai aras bawah pun jadi dorm? Haa tu la soalan yang dok berlegar-legar dalam kepala hotak kitaorang. Rupa-rupanya dorm tu just digunakan untuk budak STPM yang menumpang asrama time exam. Maksudnya kat sini, bila waktu persekolahan biasa tak wujudlah dorm aras bawah.

Lagi apa ea perubahan aspuri? Takde dah rasanya. Tandas again aku tak sempat usha. Bila dah balik rumah baru aku rasa menyesal tak tengok tandas. Dah la tandas surau pun aku tak sempat usha. Ciss. Sebaik aku sempat tengok tandas sekolah aras bawah. Bagi aku tandas sekolah SAMTISH tu kira ok la nak dibanding dengan tandas sekolah lain. Boleh je feeling-feeling bila nak melabur tu. Erkk.

Aku kalau tandas tu bersih baru feeling syok nak melepaskan segala hajat. Hahaha.

Ok la aku stop sampai sini dulu. Aku rasa ada sambungan PART 3 la. Ada lagi story pasal sekolah ni. Tapi nanti lah aku sambung~

Sem 2 is start! Wish me luck ok? Ingat aku dalam doa korang. Tenkayu!


Saturday 23 November 2013

Melawat sekolah terchenta PART 1

Assalamualaikum

Kali ni aku nak story pasal aku mencemar duli ke Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin. Weh lama giloss tak melawat sekolah..almost setahun kot. Banyak gilaa perubahan dekat sekolah terchenta tu. Bumi SAMTISH banyak mengamit memori, mendewasakan aku..banyak gila jasa sekolah tu kat aku.



Aku plan nak pergi sekolah pun last minute sebenarnya. Nak amek sijil SPM. Pung-pang planning kat twitter, akhirnya terjadi lah keberangkatan aku ke sekolah. Aku bawak bodyguards iaitu Fanad Nordin dan Fakhira MF. Cehh ayat nak meletops je! Haha.

Kitaorang pergi dalam enam orang macam tu. Fat Hamdan, Nad Malek dan Jihau Fuzi campur aku dan bodyguards, kecoh jugak la bila suara-suara sumbang kitaorang bersatu. Bergegar sekolah jadinya. Burung-burung yang enak bertenggek kat bumbung sekolah terus bertebangan dek terkejut mendengar gelak ketawa kitaorang. Haha.

Memang havoc! Serius terus rindu zaman sekolah dulu. Mulut kitaorang ni tak habis-habis dok pot-pet memWOWkan segala pembaharuan sekolah. Dari belum masuk pintu pagar sekolah, perkataan yang keluar dari mulut kitaorang adalah wow, huyyoo, tak aci dan sebagainya untuk menyerlah kan kejakunan kitaorang. Kelakar giloss.

Yelah mana tak jeles, dari jauh kitaorang dah nampak ada traffic light dekat pintu pagar sekolah. Bila nak dekat pintu masuk tu, lagi lah mulut kitaorang bising. Mana taknya, kat bus stop tepi sekolah tu bapak cantik! Tak main dah lantai simen. Tak silap aku lantai bus stop tu warna oren. Memang dah dihias cantik untuk budak-budak junior. Ciss!

Pastu kan siap ada public phone berdiri megah kat tepi bus stop nuu. Zaman aku dulu (alaa tahun lepas je kot takde la lama sangat kan) public phone hanya ada dekat tepi kantin dan tepi dewan je. Memang quantity public phone tu nampak banyak tapi hancuss hanya seketul dua je berfungsi dengan mantopp. Kalau nak guna public phone tu, terpaksa la beratur panjang even hanya nak bagitau parents ada extra class.

Dalam kawasan asrama memang ada banyak lagi public phone tapi budak outsiders haruslah say NO ENTRY to asrama. kahkahkah. Cerita pasal asrama ni nantilah dalam post lain la pulak ok. Kalau mau disumbat dalam ni memang boleh buat novel Siti Rosmizah kot.

Jalan raya yang bertentangan dengan pagar sekolah tu pun dah dihias cantik-cantik. Siap ada traffic light. Perghh. Dulu kan susah giloss nak melintas dekat depan sekolah tu. Mana taknya, segala jenis kenderaan dari sekecik semut sampai sebesar gajah semua dok lalu-lalang guna jalan raya tu. Bertarung nyawa nak melintas jalan tu. Dah la bawak kereta macam F1. Laju giloss.

In future, dengar cite kenderaan parents pun dah tak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. Depan pintu pagar tu akan disediakan tempat parents untuk hantar dan amik pelajar. Aku pun tak dapat nak imagine macam mana keadaan tu sebab jalan raya depan tu kan sibuk giloss. Pihak sekolah nak buat macam tu demi keselamatan pelajar. Sebab ada je parents yang selamba badak bawak kereta laju dalam kawasan sekolah. Itu kan membahayakan nyawa pelajar.

Seterusnya, kita beralih pulak ke Surau Al-Khalili. Surau yang telah lahirkan ramai imam muda bersuara lunak. Heh. Dekat surau ni pun banyak juga perubahan. Antaranya ada pagar besi sebelum jubin hijau. Maybe untuk mengelakkan kucing or anjing masuk kawasan surau kot. Tapi pagar besi tu, besinya jarang-jarang. Aku rasa kalau haiwan tu bijak, boleh sangat nak menyelit-nyelit kat besi tu dan masuk me-landing dalam surau.

Dalam mussolla lagi la gempak ko tau. Setiap tiang kat musolla tu ada kipas. Siap bertambah lagi sebijik dua kipas besar berdiri yang selalu guna kat dewan tu. Mesti budak junior akan khusyuk + tawadhuk untuk solat berjemaah kan tahun depan?..* mata pandang atas, tangan kat bahu.

Tapi jangan pulak nanti, bila ada ceramah kat depan, budak-budak buat ceramah bersama 'ahli usrah' sendiri kat belakang. Takpun nanti ada yang enak mengulit mimpi.  Alaa macam aku and the gang selalu buat dulu. Hahaha.

Kitaorang tak sempat la pulak nak mengintai any perubahan kat bahagian solat muslimin, bahagian atas dan tandas surau. Tabir musolla pun dah bertukar ke warna coklat sekarang. Langsir tingkap tak pulak ditukar. Ntah mungkin takde peruntukan lagi.

Pasal perubahan kat musolla tu pun ada budak junior yang kecoh bagitau kat kitaorang. Si Wafa dengan Sasa saje je diaorang nak menambah api kejelesan SENIOR! hahaha.

Tapi dengar cite semua perubahan tu baru je seminggu dua ni dalam proses siap. Kiranya batch 96 pun tak sempat nak enjoy kemewahan bagai tu. Semua perubahan ni surpise utk junior tahun depan la gamaknya.

Ada banyak lagi nak cerita..tapi kita jumpa lagi dalam PART 2 ok?

Sunday 13 October 2013

Kesian ko wahai belog

Assalamualaikum..

Hai bertemu kita lagi dalam belog yang semakin dibiar sepi ni..kesian aku tengok belog ni..dah macam tak bertuan je gayanya. Dah laa buruk lagi hodoh. Aku bukan taknak bagi kasih sayang kt ko wahai belog..tapi ko pun tau yang aku ni takde anugerah bakat kreatif utk mekap ko lawa2..Ini jelah yang aku mampu..pleaseee paham kekurangan aku..ok?

Seperti yang diketahui umum (ceh umum ler sangat) belog ini telah wujud dari zaman berzaman dahulu kala..tetapi yang memusyilkan MENGAPAKAH ianya langsung tidak menunjukkan perubahan positif sejak ia dilahirkan?..aku melihat engkau ini ibarat bayi cacat yang langsung tiada perkembangan otak..

Aku berkata demikian adalah kerana jikalau belog ini seorang bayi, ia adalah bayi yang kira2 berumur 10 bulan. Bayi yang berumur dalam lingkungan sedemikian patutnya sudah pandai tersenyum bahagia jikalau diacah2 oleh si ibu dan ayahnya. Berlari, berguling mahupun melompat mungkin sudah hebat. Tetapi engkau ni wahai sang belog mengapakah sungguh sadis sekali dirimu. Engkau aku lihat seperti langsung tidak bisa tersenyum malahan asyik menangis teresak2..

Aku tak menyalahkan dirimu kerana dirimu sungguh BERHARGA..puihh.
Aku tau ini semua salah tuan engkau!

Cis sungguh malang dirimu wahai belog! Engkau mendapat tuan yang sangat pemalas..Nah ini dia muka tuan engkau. Muka pun sudah jelas kepoyoannya..


Sunday 14 July 2013

Salam Ramadan 1434

Assalamualaikum..

Yuhhu.. apa khabar iman anda? Iman aku baik-baik sahaja. Mungkin sedang berbolak-balik..aku sendiri tidak pasti. Yaa entri kedua setelah berbulan-bulan lahirnya blog ini..SALAM RAMADAN dari aku yang berada di perantauan..hmm perantauan la sangat. Melaka je kot. Hehe. First time berpuasa jauh dari keluarga.

Dulu time hostelian pun dah biasa berjauhan tapi dulu setiap minggu boleh balik. Sekarang hmm kena kuatkan diri sebab nak dekat raya nanti baru aku menjejak Shah Alam bandaraya terCINTA..sob2

Berpuasa di bumi KMM (Kolej Matrikulasi Melaka) ni banyak perbezaannya..tapi alhamdulillah ALLAH masih permudahkan urusan aku. Walaupun juadah berbuka dekat kafe KMM ni tak semeriah bazar-bazar ramadan lain tapi so far ok jee sebab ada je jual kuih-muih yang pelbagai jenis. Ok la kalau untuk mengubat rindu.

Kat sini aku dan roomates aku kongsi2 beli kuih-muih. Jimat dan untung bila berkongsi ni. Setiap hari kitaorang akan beli kuih seorang seringgit. Kadang-kadang ada je beli dua ringgit seorang, pembelian berdasarkan nafsu..Kalau lapar beli lebih. Haa mcm tu la. Kiranya time berbuka kitaorang akan ada empat jenis kuih yang berlainan. Seringgit dapat tiga ketul. So ada 12 ketul kuih la terhidang. Makan sorang sikit. Walau sikit tapi berkat. Itu yang penting. Nasi pun beli jugak. Hmm memang kekenyangan la setiap kali lepas berbuka..rezeki ALLAH bagi Maha luas.

Solat terawih pulak, kat sini cuma buat lapan rakaat je. Campur witir tiga rakaat. Walaupun tak sampai 20 rakaat tapi habis solatnya lambat jugak dalam pukul 10 macam tu. Imam kat sini suara diaorang tak semerdu para Imam di bumi SAMTISH. Aku rindu suara imam-imam muda di sekolah aku dulu. Suara diaorang perrggh ada aura! Bertambah rajin nak pergi surau. Hehe. Tapi itu dulu..sekarang dah kena biasakan dengan suara imam KMM pulak. Diaorang pun ok je sebenarnya. Aku je mengada-ngada lebih!

Sahur dekat sini aku cuma makan benda-benda simple je. Roti, biskut, nestum .hmm tu la makanan ruji aku. Jimat weh. Lagipun malas nak turun kafe..ok la aku rasa cukup sampai sini perkongsian aku. Jumpa lagi.

*azam ramadan tahun ni, aku nak habiskan 15 juz al-quran. Moga-moga dipermudahkan.


Amalkan kurma semasa bersahur dan berbuka. It' sunnah!

Friday 1 February 2013

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Ohoi warga dunia..aku dah buat belog!! meh la sini usha belog kiteww. * bapak gedik
Sebenarnya kan ni belog yang kali berapa tah aku pernah buat..Tak pernah kira tapi rasanya mungkin kali ketiga..Aku pun tak percaya. Pelik apsal tak pernah tau blog2 aku sebelum ni..??

Haa ni nak cite..Pada zaman dahulu, aku buat belog untuk suka suki je..Takde pun aku niat nak publish secara umum. URL belog2 aku dulu pun wassalam tak ingat dah..takpe2 itu kisah lapuk berkarat. Belog baru ni pun tak tau boleh survive ke tak. Aku suka menulis tapi tak reti nak ekspresikan perasaan. Betol tak tipu.

Aku takut apa yang aku cuba sampaikan orang tak paham pulak. Tapi cuba dulu, kalau memang belog ni tak boleh go on aku biarkan je sampai bersawang then dia akan mampus sendiri..tak gitu?

Cuba tengok URl belog aku..tyrataiko95@gmail.com

Aku macam nak gelak guling2 bila dah siap account belog ni. Puih nama tak kreatif langsung! Aku sebagai pencipta nama tu berasa sangat MALU..ciss! "Murka sunguh BETA kerana tidak mampu mencipta nama yang ohsemm.."

Nape TAIKO?? mesti korang tertanya2 kan. Aku ni dari tadi ckp korang-korang padahal ntah ada orang jenguk ke idak belog teman ni.. Ahh lantak tak peduli. Persetankan semua tu! Nak bajet2 jugak macam AKAN ada orang mai jenguk belog ni..hahaha.

Ok sambung cite, tyra tu nama pendek aku. Taiko tu pulak, nama MANJA! serius weh aku ada nama manja. Taiko tu just gelaran untuk aku time sekolah menengah. Kawan2 rapat je yang panggil. Aku dulu suka cakap lepas, mulut celupar dan lain2 lagi. Aku dulu GANGSTER! ganas beb! Tapi tu dulu, sekarang aku dah jadi wanita ayu melayu-layu..hilang sudah keganasan aku ditelan dek hujan lekang dek panas. Then diaorang pun sakat la aku dengan panggilan TAIKO. Angka 95 tu, tahun kelahiran aku. That's mean tahun ni masuk tahun ke 18 lahh aku hidup di atas muka bumi ALLAH ni. Masih menggirup udara kurniaan-Nya. Alhamdulillah.

Aku tak tau apa yang bakal aku kongsikan dalam belog ni. Tapi aku harap ia sesuatu yang bermanfaat dan boleh menjadi inspirasi kepada si pembaca. Aku harap sedikit sebanyak ilmu yg dicurahkan dalam blog ni boleh membawa kita sama2 ke jalan yg lebih diredhai ALLAH.

In a nutshell, doakan blog ni kekal..Dan jumpe lagi. =)