Saturday 4 August 2018

Tenanglah disana

Assalamualaikum..

Hari ni genap 12 hari aku bersedih atas pemergian MUHAMMAD IKMAL HADI BIN ZAIDI.

Rasa macam tak percaya. Bila teringat, cepat-cepat aku istighfar. Taknak orang lain tahu rasa sedih yang menyelembungi. Cepat-cepat aku panjatkan segala doa agar ko tenang di sana.

24 July 2018, macam biasa pagi tu aku masuk office. Pergi morning meeting. Dan sebelum mula kerja, aku akan amik mood bukak IG.

Satu post yang berjaya menghentikan seluruh rasa. 'Moga kau tenang di sana. Eksiden moto malam tadi'..

Sekeping gambar.

Orang itu aku kenal. Ya Allah!

Tapi otak seakan tak mampu berfikir.

Suara dah mula bergetar, aku tunjuk phone ke Izza.

'Iza, cuba tengok kalau ayat macam ni..apa eh maksudnya?'
'Kenapa Tyra, ko kenal ke orang ni?'
'Kawan aku dulu. Ni ayat untuk orang dah meninggal ke?'
'Macam yee'
'Jap aku try ws kawan aku jap'

and the rest, aku ws JBN, Fanad, Fakhira..

aku tanya soalan yang sama. 'apa eh maksudnya ayat ni?'

sambil tu aku usha lagi sekeping gambar tadi. Ada dua orang komen ada perkataan 'arwah'.

Tangan dah seakan tak mampu nak menaip. Atas cadangan Fakhira aku pm sendiri tuan posting gambar tersebut.

Confirm! Dia dah takde. Allah lebih sayangkan dia.

Cepat-cepat aku sedekahkan Al-Fatihah. Dan terus tangan laju, menaip untuk aku sebarkan berita ini kepada rakan Samtish. Aku jamin masih ramai yang mengenali/mengingati insan ini.

Pagi itu, jiwa seakan berkocak. Langit terasa mendung. Dada seakan sesak. Air mata seakan tidak daya lagi untuk ditahan.

Aku sebarkan berita sedih ini, tak lain tak bukan, aku ingin semua yang mengenali dia, mendoakan yang baik-baik untuk dia.

Jam hampir lewat tengahari. Aku meneruskan sisa-sisa kerja. Tapi fikiran dah terbang intah ke mana.

'Izza, aku dah tak boleh tahan ni. Dari pagi aku tahan..'

Laju air mata menuruni pipi.

'He was a good guy.'

Solatku pada hari itu dan seterusnya panjang sekali doa aku munajatkan kepada Tuhan. Doa untukmu dan juga doa untuk diberikan kekuatan kepadaku.

Pulang ke rumah, aku sebarkan berita ini pada keluarga. Ya, mereka masih kenal insan itu. Masing-masing terkejut. Sedikit lega, keluargaku masih mengingati mu. Tidak perlu aku bersusah payah nak explain.

Petang itu, air mata yang seakan tahan dari pagi..aku lepaskan semua. Segala rasa sedih terkilan, aku lepaskan dalam tangisan. Bila bersendirian di dalam bilik, makin kuat tangisan itu.

Aku juga tidak tahu kenapa rasa sedih sangat. Padahal kisah antara kita sudah lama berlalu. 

Ahh sudah. Kalau begini la rasa sakit/sedih bila orang yang penah aku sayang meninggal, apatah nanti kesedihan ini akan lebih teruk jika orang yang aku sayang pulak pergi?

Sebelum azan Maghrib kedengaran, cepat-cepat aku bersihkan diri. Sedia untuk menunaikan solat. Aku angkat takbir, di pertengahan solat, deras air mata mengalir. Bacaanku sedikit terganggu.

Diakhir solat, panjang aku munajat pada Tuhan. Bacaan yassin juga seakan tidak mampu aku baca dan habiskan. Nangis yang tersedu. 

'Ya Allah ampunkan segala dosa dia, sahabatku Muhammad Ikmal Hadi Bin Zaidi. Lapangkan kuburnya. Permudahkan urusannya di alam barzakh. Tempatkanlah dia dikalangan orang yang beriman dan orang yang kau kasihi. Terima lah segala amal kebaikannya di dunia. Dan Ya Allah, rezekikan ku untuk bertemunya di akhirat kelak'.

Dan doa ini, insyallah akan sentiasa aku selitkan dalam solat harianku selepas ini.


Sampai sini sahaja coretan kali ini. Aku mohon tembakan doa kalian untuk arwah. Buat keluarganya juga. Mohon diberi kekuatan.

Aku nak sangat melawat kubur dia tapi aku tahu sekarang aku masih tak kuat. Dan terima kasih pada rakan-rakan yang lain..yang bagi aku kata-kata semangat. You know who you are!

Kata-kata Fanad, 'Aku paham perasaan kau yang terkilan tu. Insyallah tak kat sini, mana tau jumpa kat sana. Doa la'.