Wednesday 5 February 2014

Aku Budak Hostel

Assalamualaikum..

Bila dah habis sekolah baru lah terkenang-kenang zaman sekolah. Mengada ko tau tak! Dulu time sekolah, ko nak sangat habis sekolah. Nak masuk U la ape la..Dan paling utama nak kawin cepat sebab tu taknak sekolah dah.

Itu memang sangat AKU! Eleh korang pun kan?

Ok kali ni aku nak share pengalaman sekolah aku. Tapi ni lebih kepada kehidupan asrama la. Well aku kan budak hostel. Banyak buat benda meon time kejahilan dulu.

Seriously aku bangga menjadi seorang BUDAK HOSTEL. Ia menampakkan aku seorang yang berdikari lagi matang. Eh?




P/s: ni gambar aku & the gang. Tahun 2012. Comel kan kami bertudung labuh? Gambar cot takde. :(

Kawan aku kat Matrik semua stok duduk rumah, duduk bawah ketiak mak ayah, jenis tak pernah berjauhan dari keluarga. So bila aku story pengalaman hostel aku, akan ada la unsur-unsur riak dan takjub di situ. 

Aku memang saje story pengalaman aku. Nak bagi diorang jeles dan rasa menyesal sebab tak duduk hostel dulu. hahaha

Aku start duduk hostel dari form one sampai form three je. Form four dan form five aku duduk rumah. Asrama dengan rumah aku tu tak jauh pun. 8KM je. Kurang 10min kalau naik kereta. Time SPM aku duduk asrama. Tapi aku awalkan dua bulan kot. Kiranya tiga bulan la aku duduk hostel time nak SPM tu..nak study katanya. *mata pandang atas, tangan kat bahu

Walaupun kehadiran aku kat hostel tu ibarat biskut..kejap ada kejap takde. Tapi banyak giloss memory. Ahh ngindunyaa..

Aku rasa siapa yang duduk hostel pun pernah experienced benda-benda ni. So let's check out..

Junior's Time
  • Sebulan ke dua bulan pertama budak form one mesti meleleh je air mata. Teringat kat rumah. Kalau tak kuat mesti dah berambus daripada asrama.

  • Budak form one ni selalu skema. Semua benda nak buat cepat. Kalau bangun pagi tu pukul 4 pagi dah berjaga nak pergi mandi. Kalau pergi surau ke Dewan Makan ke sokmo la muka bebudak ni yang tengah beratur depan.
*tapi bagus jugak diaorang ni awal, takde la berebut dengan senior yang super lambat..=p
  • Ni untuk budak sekolah agama: Budak junior time form one, perghh tudung labuh gilos. Tapi bila naik form two, form three dah berani potong tudung kasi singkat. Konon nampak hebat! Ini memang fenomena kat sekolah aku. Even aku pun buat.

  • Kalau junior muka comel sikit, berderetlah ahkak2 senior nak jadikan adik angkat la, adik ipar la. Layanan pun tiptop. Aku memang menyampah golongan senior camtu. DISKRIMINASI!
*aku memang TAK la nak ada peluang dimanjai sebab muka aku tak comel..hahaha
  • Kalau muka  junior yang pecah rumah\skema mesti ada dialog 'weh adik ko lalu..'weh adik ko pandang ko'..dan sebagainya yang akan diakhiri dengan gelak tawa.
*haa yang ni memang benda wajib. Even ko tak duduk hostel pun benda ni boleh jadi. Kan? memang zalim. Tapi ni je hiburan yang paling best. kah kah.

  • Public phone memang dipenuhi dengan bebudak junior call parents. Tak kasi can bebudak senior nak call pakwe. Eh?

Senior's Time
  • Ahkak2 memang berkuasa! Nak bising ke nak lambat ke adik2 memang takde peluang nak tegur. Berani tegur? memang kena bash sepanjang hayat.
*ini memang kehidupan hostel. HORMAT PADA YANG TUA! Tapi sekolah aku dulu takde la kejam sangat. Senior yang kerek pun jenis yang kerek sikit-sikit je. Takde tahap sampai nak belasah ke ape ke. Paling koman junior tu akan diboo bila berselisih dengan senior. (ni untuk aspuri, kalau aspura ada rasanya junior-senior bertumbuk)
  • Senior yang HOT pun berderet junior nak jadikan kakak angkat. Sampai bergaduh-gauh pun ada. Ntahpape! Tak cukup dengan adik beradik kandung?
*kononnya adik beradik angkat ni sebagai tempat mengadu, bermanja. Mak Ayah, family kan jauh-jauh. Kehidupan budak asrama memang tak lari daripada simpton adik beradik tiri angkat ni. Well aku pun ada sorang adik angkat perempuan. =)
Kalau kakak angkat tu jenis hot, yang junior ni mesti berpeluang kenal abang-abang senior yang femes jugak. Perghh tak aci kan? Sambil menyelam sempat pulak ko menggatal ye budak junior!
  • Selalunya bila dah senior, tudung kembali labuh (budak sekolah agama). Ntah la. Bila dah besar baru sedar tudung labuh ni bapak pelik kalau dipotong pendek. Serupa macam tudung salji pun ada.
*ni memang experience aku & the gang. Belajar dari kesilapan~ Rasa macam hodoh lagi bodoh bila terkenang benda cenggini. heh.

  • Budak senior tak main dah bertenggek\beratur dekat public phone. Kebanyakkannya menyeludup 'benda haram'. Kalau terdesak nak guna public phone, pau budak junior duit syiling nak miscall parents suruh call balik dekat hanset sendiri.
*aku memang buat benda ni. Dari form one aku dah bawak 'benda haram'..Tapi alhamdulillah tak pernah kantoi.

Ok sekarang aku nak share benda yang semua budak hostel pernah buat antaranya:
*kalau tak buat ko memang budak skema!
  • budak hostel GILAKAN segala benda yang nampak 'tak bertuan'. contohnya:hanger (kalau bersepah hanger kat bilik menggosok\basuh, confirm hanger tu akan dirembat)

  • sabun basuh baju, segala toiletries yang tersusun dekat sinki. 'Benda free' memang laju dihabiskan.

  • kalau nak menggosok baju sekolah tu, mesti berangkai..after la, next la. Sampai pukul 1 pagi pun tak habis. Tu pasal budak hostel ni satu baju pakai untuk dua-tiga hari.

  • prep(kelas persediaan) haa inilah waktu yang paling dibenci. Tujuan prep ni untuk memudahkan students study. Tapi kalau budak hostel, takde istilah prep untuk study. Prep petang: tidur. Prep malam: makan\sembang. Homework pagi esok baru terhegeh-hegeh siapkan meniru kat kelas.

  • warden dipanggil dengan 'nama manja'. Kalau asrama aku dulu MAMA R paling femes (aspuri), BAPAK KUCING( aspura).

  • kat asrama ni segala jenis bisnes laku. Ko boleh buat bisnes jual maggi, basuh\iron baju orang, jual makanan..segala jenis bisnes pasti dapat sambutan. Jual lolipop pun berebut budak nak beli.

  •  'makanan kau makanan aku!'. Seriously budak hostel ni asyik lapar je. Sekali jumpa makanan mesti buat gaya piranha. Even biskut kering pun boleh berebut. Maggi sebungkus untuk sembilan perut..bayangkan.



  • menu kat Dewan Makan tu memang dah terkonkrit dalam kepala. Dengan bau je dah tau yang mana sedap yang mana hampeh.
* Kalau menu tu sedap, berduyun-duyun budak turun makan, sampai habis pun pernah. Tapi kalau tak sedap, sunyi sepi bunyi cengkerik je DM tu.
  • nak cop shower\tandas, tanda pakai tuala,baldi dan segala mak nenek kat depan pintu. Tapi still ada malaun yang potong line. ciss.

  • mandi kolah paling best! Kolah adalah tanah jajahan SENIOR (sekolah aku).

  • kat asrama la ko dengar nama budak yang pelik-pelik. Kadang-kadang nama sebenar dia pun taktau.

  • kalau ko budak asrama, mesti pernah buat 'milo keras'..pakai seterika. Sedap weh!

  • berebut nak sidai baju bawah kipas. pernah? Menyirap bila orang tolak baju kita kat ampaian. Slumber jadah diorang je nak tepikan baju kita. Aku sidai baju dekat tingkap je. Tapi memang kena berebut.

  • budak asrama ni even hari-hari dok menatap muka yang sama je, tapi still pung-pang pung pang bergossip kalau berjumpa. Cerita takkan habis. Sebab tu UKHWAH budak hostel ni lebih kuat berbanding budak luar..right?

  • tidur sebantal sekatil. Haa memang biasa. Satu katil single tu boleh tidor tiga orang. Bersempit-sempit pun sanggup sampai ketiak kawan pun boleh bau. Itu yang nikmat~

  • solat jemaah. Ko pergilah pelusuk dunia manapun, solat jemaah time asrama dengan kengkawan la paling ko rindu. (aku dah rasa)

  • kalau bawak 'benda haram'..kena kreatif pikir the best part yang boleh nyorokkan benda tu. Barulah tak kantoi!

  • budak asrama @ KAKI TIDOR dalam kelas. Tersengguk-sengguk dalam kelas tu memang benda biasa. Kalau balik rumah pulak, mengQADA' tidor bagai tak cukup jam.
Segala yang aku share ni kebanyakkannya memang pengalaman aku sendiri dekat sekolah aku. Hope korang enjoy.

*panjang gilos post ni.



 










Aku Jatuh Cinta


 

Assalamualaikum..

Aku jatuh cinta? Absolutely!
Weh aku macam dah jadi orang gila dah ni. Tak penah-penah aku stalk si Sharnaaz Ahmad ni. Tapi dalam tiga empat hari ni aku macam obses gilos dengan mamat tu. What the hell?

Ahh rse cam nak kawen je dengan dia. Dia sangat hot meletops. Aku memang minat dia. Dari zaman dia dengan Shila Amzah lagi. Tapi takde la kronik camni. Biar la orang nk kata dia panas baran ke tak berdisiplin ke. Aku peduli apa?

Time dia clashed dengan Shila Amzah, time tu aku pun tumpang sedih. Bahkan aku yang bagi Sharnaaz bahu untuk dia luahkan segala kesedihan dia..*bajet bagos..hahaha

Sebenarnya aku start menggila kipas susah mati si Sharnaaz ni since aku tertengok drama BUKAN KERANA AKU TAK CINTA.

Best weyh cite ni. Aku layan cite ni kat blog drama online sampai pukul 4 pagi. Sebaik tengah mid semester break. So nak tidur lambat ke nak bangun lambat ke memang no hal.

Drama ni ada kat Astro Mustika HD setiap hari Isnin sampai Rabu pukul 10.30 malam kalau tak silap.

Aku start tengok drama ni, kt Astro dah sampai episod 24. Aku nak tengok dari mula so aku layan terus dekat blog drama online je. Dalam tiga hari jugak la aku nak habiskan episod yang tertinggal tu. Katanye drama ni ada 60 episod.

Dush. Minggu depan je aku dah start kelas. Dah start busy dengan macam-macam hal. Tak tau la sempat ke tak nak tengok drama ni.

Katanya drama ni last acting dari Sharnaaz. Ntah la. Agak terkilan. Sebab Sharnaaz ni ada bakat, rupa pun ada, boleh pergi jauh dalam industri. Tapi dengan syarat dia kena bebas la daripada kontroversi bukan-bukan. Fokus kat kerja..haa macam sekarang ni. Cerita cinta pun takde. Barulah hasil kerja lu tiptop meyh.

Dalam drama ni Sharnaaz pegang watak Jebat Foo. Dia bergandingan dengan Nelydia Senrose sebagai Hanna Mastura. Haa malas la nak cite pasal sinopsis drama ni. Senang cite pi Google!

Seriously lakonan Sharnaaz mantoopp gilos. Nampak real dan cool sekali. Memang terbaik la nak cairkan hati gadis-gadis innocent macam aku. heh.

Jeles weh tengok Sharnaaz ni berpelukan dan buat aksi manja loving bagai dengan Nelydia. Kalau watak Mas tu aku yang bawak, mesti lagi best kan? maunya aku ni kena kerat 14 dengan ibu ayah kalau nak jadi pelakon..kah kah.

Aku doakan Sharnaaz Ahmad ni success walau berada di mana jua even kalau betul dah tak jadi pelakon lepas ni. Terbanglah di mana jua pun. Bumi ALLAH ni sangat luas untuk mencari rezeki.



P/s : ni gambar Sharnaaz time umur 19 tahun. (Umur aku sekarang) heee