Wednesday 26 December 2018

What happeng-ed in 2018

Assalamualaikum..

2018, still my favorite yet the most painful story to tell. Not have any big achievement to proud of. From January to December was really quick.

2018, the most stressful year. Pertembungan antara konflik diri, cinta dan manusia. (jik jik) lol


Banyak muka budak sekolah je BestNine 2018
Tapi ada je benda yang aku bangga kan. Which is result sem 6 aku. Pointer paling tinggi sepanjang belajar dekat UTHM. Tak capai target hanya 0.03 sahaja.

Setelah bersedih bagai nak almari rak untuk pointer sem 5. Alhamdulillah Allah bagi rezeki dekat sem 6. Dan harapnya untuk sem 7 dan 8, Allah gandakan lagi rezeki bersepah A's.

2018, aku rasa kehilangan insan yang penah hadir dalam hati aku. Allah tarik nyawa dia, di saat aku dah mula nak menyambung semula tali persahabatan. Long story to tell. Tapi ralat tu, sampai sekarang tak terubat lagi. Aku sentiasa mendoakan roh ko, Allah tempatkan di kalangan orang yang beriman. Selagi aku hidup, doa untuk ko takkan putus. Insyallah.

2018, crush dah kawen. 3 tahun lebih dah move on. No hard feeling haha. Seriusly aku happy untuk ko. Moga hubungan perkahwinan ko dan isteri kekal hinggan Jannah. Maaf tak dapat hadir sebab tengah bergelumang dengan dosa kerja dekat Johor ni. Padahal dulu, aku penah berazam nak datang kenduri ko kalau ko kawen dulu. Tahniah!

Umur 23 tahun ni selain kawan-kawan banyak mendirikan perkahwinan, jangan dilupakan satu-satu kawan dijemput Illahi. Al-Fatihah juga untuk kawan sekelas aku, Ainul Hassanah Bt Isa. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan dirahmati Allah. Walaupun aku tak rapat dengan arwah, tapi arwah memang baik orangnya.

Tahun ni alhamdulillah JBN dah jadi aunties untuk anak Deeb. Dan insyallah tahun depan anak Dila dan anak Fag pulak. Anak Athirah kita nantikan tahun 2020 pulak kehkeh.

Lagi dah settle PSM 1. Hashtag road to convo. Penat rupanya Tahun 4 ni. Sumpah! Padahal jadual sehari satu class je. But yess I did it. Dengan berkat doa dan restu Ibu Ayah. Everytime rasa down, ha memang laju tangan capai handphone call rumah. Jangan ditanya banyak mana air mata jatuh ke tanah.

2018, first time bercuti overseas Singapore! A great experience I ever had. Tahun ni banyak jugak berjalan. Alhamdulillah rezeki Allah bagi.

Untuk 2019, aku harap Allah rezekikan aku kesihatan yang baik untuk habiskan degree bulan Jun/July Insyallah. Dan aku harap Allah rezekikan sebaik-baik rezeki untuk aku after dah habis belajar. Dapat kerja yang bagus, dekat dengan rumah dan mampu hulurkan duit kepada Ibu dan Ayah tiap bulan Insyallah.