Wednesday 15 January 2014

2014 Baru tahun selamat~

Assalamualaikum..

Haa tak terlambat lagi kan kalau aku nak wish HAPPY NEW YEAR 2014..
Hoii dah 15 January ko tau? Lek la. Biar lambat asal wish..

Aku rasa sangat cliche bila sentuh pasal azam bila masuk tahun baru ni. Alaa kita nak berazam ni bukan setakat bila masuk tahun baru je..anytime boleh berazam untuk be a better person..right?

Kajian menunjukkan azam tahun baru ni selalunya HANGAT-HANGAT KENTUT je. Belum pun masuk pertengahan tahun azam dan basi. (Aku la tu)

Kajian tu universiti kat rumah aku punya kajian..kahkahkah.

Tahun ni celebration new year aku sangatlah bosan tahap dewa! No tv, no bunga api, no concert yang melaghakan.. Malam tahun baru hari tu pun aku tido awal. Tak pernah sejarah hidup aku tahun baru bosan cenggitu!

OhmaiiALLAH! I turned to 19 years old la tahun ni..time flies so fast! Aku tak puas lagi umur 18 tahun, muda remaja, muka hingusan..ngeh3

Menjadi seorang yang berumur 18 tahun ni awesome! Muka bajet je bila ada orang tanye umur berapa..

'I 18 oulls. I baru habis SPM.' Macam cool je jawab cenggitu..

2013 ni banyak mengajar aku erti kehidupan. Banyak benda yang aku lalui. Jaoh dari family yang dalam erti kata 'jauh' sebenar.

Paling dingati, tersimen + konkrit dalam ingatan result SPM yang bombastik tu keluar on 22 MAC if not mistake. Ntah tak ingat tarikhnya. Tapi tu la hari paling sedih buat aku. Banyak-banyak exam besar yang aku amik, result SPM la paling choii sekali. 

2013 ni jugak first time aku keje. Ada duit gaji sendiri. HEAVEN giloss banyak duit. Segala penat lelah kerja terbalas bila ko tengok kat bank ada banyak kosong kosong kosong..(nyanyi ikot rentak lagu kalau aku kaya)

2013 ni ramai sangat sedara mara aku yang meninggal. Even atok aku pun meninggal tahun ni. Bulan April kalau tak silap. Pak Ngah and Pak Lang pun..Al-fatihah. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang soleh.

So far, banyak nikmat dan rezeki ALLAH bagi dalam 2013. Tak terkira rasanya. Syukur dan Alhamdulillah..

Aku harapkan tahun 2014 ni menjadi lebih baik Insyaallah. Tu je kot coretan aku.

P/s: umur 19 tahun dah boleh kawin kan? Ibu ayah tolong jawab..hehe..XDXD