Wednesday 4 March 2015

Minyak Wangi sebagai hadiah

Assalamualaikum..

Ini adalah cerita terperap. Haha 

Aku nak cerita yang aku dapat hadiah sebotol minyak wangi daripada ibu aku. Sempena birthday aku hari tu. Aku dengan hafiz je yang dapat sebotol sebab kitaorang 'baby February'. Kakak dengan Huda dapat perfume teaser je. Alif tak dapat. Ayah pun dapat sebotol.

Haa bercerita pasal birthday hari tu, aku sebenarnya nak type entry khas. Tapi tak ter-type jugak. Takde masa. 

Ni haa flora Gucci. Tak pernah aku guna minyak wangi semahal ini. Selalu pakai perfume butterfly Avon je. 

Lagipun aku memang bukan peminat tegar minyak wangi. Kalau macam Zaha, kawan aku kat matrik tu..hmm sekali sembur perfume, macam tertuang satu botol. Sakit hidung iolls. Zaha memang hantu perfume! Perfume dia semua yang mahal-mahal punya. Dah minat katanya, so tak kesah berhabis.

Ini kali kedua aku dapat hadiah perfume dari Ibu. First time masa aku darjah 3 (2004). Aku dapat perfume tu sebab dapat nombor satu dalam class. Hebat kan? Haha. Time kecik dulu aku pandai kemain. Dah besar hmm mana tah kepandaian tu menyorok? 

Maafkan tulisan buruk darjah 3 aku tu. Haha. Legend gilaa :)
Kalau nak tahu, perfume yang aku dapat time darjah 3 tu, sampai ke form 5 tak habis guna. Betul tak tipu. Tapi sekarang dah habis la. Sayang nak guna satu. Yang kedua, macam aku cakap, aku bukan peminat minyak wangi sangat. 

Dan aku rasa, perfume tu habis at last sebab dia evaporated naturally. Alaaa perfume kan dia macam cecair + gas. So kalau kita tak guna pun, perfume ni akan berkurang dengan sendiri.

So, perfume yang baru aku dapat ni, aku berjanji akan gunakan dengan cara yang betul. Iaitu sembur dibaju/anggota badan. Hope dihabiskan di jalan yang benar. Haha.

Lagi satu, perfume yang dapat time darjah 3 tu, lambat benor habisnya sebab..aku kan duduk asrama time lower form. Kat asrama tak boleh bawak perfume. Bawak perfume pergi sekolah sebab ada koko pun kena rampas. Ciss. Padahal budak-budak nak mengelakkan bau badan serupa kambing. Kah kah.

Tapi serius talk, sebenarnya aku sayang nak habiskan perfume tu. Sekali dia 'habis' dengan sendirinya. Kan dah membazir.

Bau perfume tu sedap. Macam bau epal sikit. Tengok kotak dia laa. Macam gambar buah epal kan?

Bila throwback balik, time dapat perfume time darjah 3 tu, hmm rasa cepatnya masa berlalu. Sekarang dah 20 tahun. Ohmaigoddd. Dulu dapat perfume pun, taktau nak manfaatkan macamana. Noob gilaa.

Yang perfume baru ni pun, AKU SAYANG NAK GUNA SEBENARNANYA! haha.

Tapi bila aku sembur, aku terbayang muka ibu aku. Lagi la rasa macam sayang. Pastu bau perfume yang baru ni, macam bau bunga. Lembut je bau dia. Sesuai la dengan aku yang berjiwa lembut ni. Eh. Haha

Best la bila dapat hadiah. Thanks mother!