Thursday 28 December 2017

#3 tyrawrite

2018 is the year, I am not chasing anymore.

Penat berkejar. Bila kan jumpa penghujung.

Permulaan juga sudah jauh tertinggal.

Ingin berpatah balik, mana mungkin.

Walau kerap kali, semangat ini putus di tengah jalan.

Aku harap kaki terus melangkah.

Menuju simpang lain.

Friday 17 November 2017

#2 tyrawrite

I may not be your cup of tea.But I am surely somebody else favourite a cup of coffee.

I once read a quote,
'when God wants you to let go of someone you don't want to, He will allow that person to hurt you until you have no choice to let go'.





Friday 10 November 2017

#1 tyrawrite

Berhenti bermain tarik tali.
Aku risau tali terputus lalu kita jatuh tersungkur.
Mungkin sakitnya akan lebih pada aku.
Kerana dari dulu, aku yang paling kuat memegang.

Mungkin tali pun sudah mulai rapuh.
Menunggu kita belajar melepaskan.

Wednesday 18 October 2017

Sushi date first time, second time and last time (maybe)

Assalamualaikum..

Hi semua lama gila tak menjengah kat blog ni. So hari ni aku free kan diri untuk story pengalaman aku makan sushi. Ini adalah story basi (4 Sept 2017). So banyak benda macam dah lupa.



Aku telah pilih untuk makan dekat Sushi King, Tesco Bukit Tinggi Klang (sebab paling dekat dengan kawasan rumah).So based on my experienced, aku okay je layan sushi ni. Sebab aku bukan jenis memilih tang makan.

For the first time aku makan, aku pergi dengan Kakak dan juga Huda. Time ni kemain buat research, google apa yang sedap, yang tak sedap, yang mahal yang murah, yang ko jangan makan (which is Belut, onigiri ke apatah namanya).

Kitaorang adik beradik memang tak makan belut. So memang beware habis la. Kot-kot teramik ke pinggan ada belut mampus. Haha.

Dan kitaorang sangat la jakun time mula-mula masuk Sushi King tu. Dengan taktau system nak order, nak pilih tempat macamana dan so on. Kat situ, rupanya guna sytem Ipad. Tekan sendiri apa ko nak, lepas tu taraa the drink/food will coming.

Time nak guna ipad tu pun kitaorang panggil waiter kat situ untuk ajarkan. Since aku ada baca blog, orang cakap kalau taktau nak order, just call the waiter and ask them. Jangan ko malu-malu nak tanya, kang berlapar la ko.

Paling eksaited adalah bila nak amik pinggan yang bergerak-gerak tu. Aimed the pinggan lepas tu bila dia jalan depan kita, grab terus. Part ni, aku mengaku aku agak jakun. Hehe.

Dan kalau nak pilih pinggan yang bergerak tu, based on warna, harga dia akan berbeza. Ada pinggan warna puple, merah dan kuning tak silap. Yang harga ni dia ada display kat setiap meja. Pinggan purple, kebanyakkannya sedap sebab paling mahal. Around RM 6 kot.


aku acah je pakai chopstick padahal jenuh
Dan kat sini, no sudu garfu kot. Tak pasti. Maka jenuh la kitaorang guna chopstick. Kakak & Huda memang expert. Aku ni haa haru biru nak pakai menatang tu. So pakai tangan lagi bagus. Ni kalau orang Jepun tengok aku makan sushi pakai tangan, pastu bersepah, mau kena maki kot. Kah.

Ahh lantak.

Pastu memang makan sushi ni cuma cicah kicap tu je ke? and put some wasabi je eh? Kitaorang main balun je makan. Taktau la betul ke tak. Ke sebab salah cara makan, sebab tu kitaorang cannot feel the tasty of the sushi? Mohon sifu sushi tunjuk ajar~ haha

Kesimpulannya, 3 orang makan, habis around RM 85 ++. Tak ingat sangat. Kakak cakap this will be the last time, dia makan sushi sebab tekak tak berapa masuk. Huda pun. Aku?

Aku boleh je siapa-siapa nak ajak sushi, tapi bukan first choice la. Mungkin perlu masa yang lama untuk bersushi lagi.
                                                     .
                                                     .
                                                     .
                                                     .
                                                     .
                                                     .
Sejenis sembang~

On 17 October 2017..here I came back to Sushi King for the second time. Kali ni kita pergi dengan orang lain. Orang jauh yang katanya beria nauu nak makan sushi.

Kali ni, aku dah expert nak order dan pilih makanan pakai ipad. 

Tapi tu la my sushi date partner, try beberapa pinggan je terus give up. Tak lebih 5 pinggan. Muak la perut sebu la, banyak bunyi. Huhu. Cis buat penat datang dari jauh. * but I do appreciate you effort to come here. Hehe

So kesimpulannya, yaa ini mungkin kali terakhir aku makan sushi. If somebody else ask sushi date, I will firmly say a big NO! 

Cukup kot dua kali je try sushi, meh la kita try benda lain pulak yee. Makanan lain yang lebih berbaloi dan enak ditekak. Haha.

Sekian.






Saturday 15 April 2017

Jalan-jalan : Pulau Perhentian Part 2

Assalamualaikum..

So mari sambung entry trip aku ke Pulau Perhentian. Untuk makluman semua trip ni terdiri daripada 5 orang termasuk aku. Sebelum ke Pulau Perhentian adalah sebaiknya korang check dulu timing. Jangan pergi time musim tengkujuh. Takut rugi je tak dapat bersnorkelling dan terperap bagai gadis pingitan dalam bilik.

Macam trip aku ni, kitaorang pergi awal bulan April (5-7 April 2017). Kakak aku dah google, masa ni memang timing sesuai untuk ke Pulau Perhentian. Dan secara kebetulan time ni aku cuti seminggu sebab mid sem break.

Lagi satu, kalau gegirls please check timing datang bulan korang. Takut leceh je kalau tetibe korang terperiod at that time.

Sila refer last entry aku bertajuk Jalan-Jalan : Pulau Perhentian Part 1. Dekat entry tu, aku dah cerita perjalanan first and second day kitaorang.

Gegadis~
Cantik kan?
Dekat post ni, aku akan sambung lagi the rest aktiviti kitaorang.

Selesai snorkelling. kitaorang balik bilik, mandi dan solat. Pukul 6.45 petang camtu dah get ready dekat jetty Perkampungan Nelayan untuk next place.

Jeng-jeng kemana ke kita?

Kitaorang memilih untuk dinner di Sharila Resort. Naik bot pergi balik sorang RM 20. Kawan sepupu aku, Kak Fied jumpa promosi iklan buffet harga murah dekat FB. Jadi kitaorang pun beria lah nak cuba. Since malam after snorkelling tu kitaorang dah free kan.



Maka for the first time dekat Pulau Perhentian ni, kitaorang naik bot kecik. Bot kecik ni korang bayangkan, takde bumbung, takde safety jacket. Memang kecik. Tapi sumpah best gila naik dia. Cuma cuak sikit. Tapi sebab aku suka benda ekstrem, so aku enjoy gila naik bot kecik tu. Kakak aku penakut. Pegang tangan aku, kuat gila. So sweet. Hashtag menyampah. HAHA.


Dekat je dari Perkampungan Nelayan ke Sharila Resort. Dalam 15-20 minit camtu je. Time kitaorang sampai tu, orang tak ramai lagi. Sebab baru pukul 7.10 camtu.


Kitaorang terus pergi kaunter untuk tanya pasal buffet ‘murah’ tu. Untuk makluman korang, kita kena inform kat kaunter tu yang kita jumpa iklan promosi kat FB. So akan dapat harga RM 14.90 per pax. Kalau harga biasa, maybe mahal sikit dari tu. Tak pasti la. Dan aku taktau harga promosi ni tempoh dia sampai bila.


TAPI..


Aku tak berapa recommend sangat buffet kat sini huhu. (Tapi hak masing-masing kalau korang still nak try makanan dia). Macam kitaorang pun, bila baca review pasal Sharila Resort memang nampak ada comment yang tak memberangsangkan. Tapi still insist nak pergi jugak! Yelah kadang dengar cite dari orang tak sama. Better kita pergi dan rasa sendiri since bukan selalu dapat pergi sini. Kan?


So bila kitaorang pergi sana, first kena bayar dulu. Lepas tu baru boleh pilih main dish. Main dish terdiri daripada beberapa jenis seafood dan ayam part peha (aku taktau nak describe part ayam tu hehe. Peha bercampur isi ). TAPI untuk harga promosi, kita hanya boleh pilih SATU lauk je sorang. Yang pilih satu ni untuk dibakar. Makanan lain macam nasi goreng, lauk ayam paprik, sayur, coeslow, popcorn, air, buah, kuih-muih dan banyak lagi boleh makan sampai lebam!


Main dish pun tak banyak pilihan. Time kitaorang pergi tu cuma ada ikan bawal, ikan tenggiri belah dua, sotong, ikan pari, ayam (tu je). Saiz pun kecik-kecik je. Alahai.


Dan bakar tu sebenarnya bakar kosong je. Tkde pun marinate. At least marinate la dengan kunyit ke garam ke. Aku ni lidah Melayu kot. I have a lot of mix taste. Dia ada pilihan sos dan air asam. Ambil sendiri. Tapi seriously tasteless semua sos dan air asam dia. Hmm. KORANG PATUT TRY SENDIRI~


Untuk servis pulak hmm masyaallah. Nak cerita kang terbukak aib, tapi ni tujuan review so TERPAKSA aku ceritakan juga. Huhu.

Markah servis aku bagi 2/5. Dari dekat kaunter lagi aku dah rasa sebal je dengan servis dia. Kebanyakkan pekerja dia warga Bangladesh which is tak fasih berbahasa. Not even Malay, English pun kureng!


Lepas kita dah pilih main dish, dia akan bagi kita nombor. Nombor tu macam tulisan kat kayu. Macam kira nombor order camtu dan kena letak dekat meja yang kita bakal duduk. Nanti bila dah siap dibakar main dish tu, waiter akan hantar ke meja based on nombor order tu.


Time tu belum pukul 7.30 malam, so kitaorang decide nak bergambar sekitar Sharila Resort. Sebab ada sunset dan view yang cantik.




No filter need!

Time ni mood nak makan pun dah kurang. Kakak dengan sepupu aku yang amik makanan semua, kitaorang kongsi je. Makanan dia dari segi rasa, hmm 2/5. Customers ramai. Tapi air yang disediakan sangat limited. Bekas air kecik gila. Bila dah habis, lama jugak masa untuk refill.


Dan kisah sadis lain adalah main dish kitaorang tak sampai-sampai after more than 45 minutes. Dah tanya banyak kali, dah tunjuk nombor still makanan tu tak sampai lagi. And kitaorang dah mula angin. Aku la jiwa paling muda. Tapi ditenangkan oleh kakak aku.


Kakak aku cakap, kalau pasal makanan jangan marah lebih-lebih. Sebab banyak kes, bila customers marah-marah sebenarnya ada waiter/chef akan buat benda yang tak sepatutnya seperti meludah/tuang garam/tak letak perasa atau sebagainya.


Berbekalkan nasihat itu, aku jadi tenang balik. Dan betul tekaan kitaorang which is makanan kitaorang dah tertukar dengan meja lain. Sebab tu makanan tu lambat sampai sebab dia kena masak baru. Hmm makan je la. Malas nak berbunyi dah.


Dah kenyang semua, sepatutnya kitaorang nak pergi Long Beach untuk pesta mabuk pertunjukkan api. Tapi masing-masing dah penat, mengantuk so kitaorang batalkan plan tu dan terus balik.


Satu benda yang aku suka pasal bot ni adalah, diaorang sangat punctual. Kalau kita cakap pukul 9.30 malam untuk pick up. 9.30 la dia dah muncul. So takde la nak menunggu.


Untuk balik, kitaorang still naik bot sama yang kecik tu. Tapi bila naik time malam, lagi adventure. Sebab laut gelap, kiri kanan takde cahaya. Cuma berbekalkan lampu kepala yang dipakai orang bawak bot tu. Time ni bukan kakak aku je pegang erat, dengan aku sekali pegang tangan dia tak lepas tangan. Kah!


Orang yang bawak bot kat sini memang hebat gila. Tabik springgg. Sebab kat laut yang takde papan tanda , takde lampu tapi chill je boleh bawak kitaorang sampai ke destinasi dengan selamat. Thanks abang-abang bot Pulau Perhentian. Macam-macam weh boleh terbayang bila naik bot kat laut yang bergelora ni. Asyik perkataan ‘kalau..’ je terkeluar.


‘kalau bot ni terbalik, apa nak buat?’ aku dah la tak reti berenang. ‘kalau lemas, abang bot ni nak selamat kan siapa dulu?’ Please bang selamat kan saya dulu. Saya tak kawen lagi! Haha. Dan bermacam jenis kalau yang lain.

Ni gambar hari first sebenarnya.
Tapi Alhamdulillah selamat sampai. Baca la ayat kursi dan selawat sepanjang jalan tu. 


Balik bilik, solat dan terus tido.


Esoknya, hari last kitaorang.



Kitaorang plan nak beli souvenir dan keropok lekor. Plan keluar hotel pagi tu seawal yang boleh. Which is 9.00 pagi tak silap. Sempat bergambar lagi sekeliling Perkampungan Nelayan tu. Ada masjid besar. Masjid AR-Rahman Pulau Perhentian ke apa tah tak ingat. Tapi cantik masjid tu.




Mari doakan JOE saya wujud dan pinang saya dengan Bismillah. kekeke
Macam ni la view sekitar Perkampungan Nelayan. Kecik je kawasan ni sebenarnya.

Ni kawasan kubur. Belakang Sealife Inn je.
So sebelum pukul 10 pagi camtu dah sampai Kuala Jetty, Kuala besut. Ramai gila orang dekat jetty sebab hari tu hari Jumaat.


Another tip untuk ke Pulau Perhentian atau mana-mana tempat vacation, SILA JANGAN TAK PERLU pergi time weekend. Orang sangat ramai dan ada sesetengah tempat, rate harga juga berbeza antara weekdays dan weekend.


Ada kawan sekolah aku pergi Pulau Perhentian time weekend, menginap di hotel yang sama macam aku ( Sealife Inn, aku sebenarnya taktau nak cakap tempat tu hotel ke apa. Tapi yang pasti tempat penginapan) air takde! Dia cakap tangki air Sealife Inn tu tak mampu tampung customers yang ramai tu. Tapi banyak je penginapan lain kat sekitar Perkampungan Nelayan tu, pandai-pandai la korang google eh.


Haa lupa nak cerita, aku terjumpa junior SAMTISH kat Pulau Perhentian. What a small word. Diaorang stayed Rumah Kuning ke apa tah. Tempat tu pun dekat je dengan Sealife Inn tu. (google sendiri pliss)



Kemain kat Selangor tak terjumpa. Sekali kat Pulau Perhentian ni terjumpa.
Okay bila dah sampai kat jetty tu, benda first yang kitaorang carik adalah breakfast dan tandas. Taktau la nape, semua nak terberry pagi tu. Haa lagi satu, kebanyakkan tandas kat kawasan jetty dan Pulau Perhentian di charge RM 0.50. So sila sediakan duit secukupnya.  Aku rasa untuk tandas je, banyak jugak aku perabih.


Settle breakfast, kitaorang carik souvenir. Yang ni kena rajin sikit berjalan okay. Kat jetty ada banyak kedai souvenir, jalan sikit pun ada. Tapi harga sama je semua. Lebih kurang. Tshirt mahal! Lengan panjang, RM 38. Memang tak la nak beli. Aku cuma beli keychain je.  Cukup la tu. Haha.


Bas kitaorang untuk balik ke Shah Alam, pukul 1.30 petang. Keropok lekor tak carik lagi. Sebab kedai dia agak jauh. Ingatkan kat jetty ada jual keropok lekor, rupanya takde! Hampir nak give up untuk tak beli keropok lekor.


Dan untuk makluman korang, bas kitaorang akan pick up dekat Terminal Bas Kuala Besut yang baru . Sekitar jetty tu ada terminal bas, tapi terminal tu yang lama punya. Jangan tersilap pulak! Kitaorang pun hampir nak tersilap TAPI sila amalkan ringan mulut untuk bertanya. Nanti kita akan dapat direction ke terminal bas yang baru tu.


Sepatutnya dari jetty tu kena berjalan sikit. Dalam 15 min camtu. Tapi kitaorang pilih untuk naik teksi je. Sebab kaki kawan kakak aku luka, macam sian pulak nak suruh dia berjalan jauh. Kitaorang pun carik teksi, harga untuk ke terminal tu tak sampai RM 10 tak silap. Tapi Pakcik teksi tu siap tanya kitaorang nak beli keropok lekor tak? Kitaorang pun apa lagi cakap NAK!


Pakcik tu cakap harga pergi kedai tu RM 20 dan pakcik akan tunggu sementara kita shopping tu. Waa best gilaa. Apa lagi kitaorang pun terus setuju!

Kedai yang Pakcik ni bawak nak kata jauh tak jauh sangat, dalam 15 minit kot.

Tapi kedai tu kat Kelantan. (Kuala Besut ni sempadan Ganu-Kelate) Nama kedai tu Z Keropok Lekor tak silap. (ada FB dia, sila google sendiri).


Apa yang best pasal kedai ni adalah, dia bagi kita teaser keropok lekor, satar panas-panas. Siap suruh duduk lagi sambil menikmati keropok lekor & satar tu FOR FREE. Air kena beli, in case kang terceking pulak. Banyak jugak dia bagi teaser. Serius puas hati dengan rasa dia. Terus kitaorang shopping kat situ banyak gila. 


Ni la teaser tu. Cukup la untuk 4 orang.
Kedai ni ada dua. Satu kedai basah, satu kedai kering. Yang basah jual keropok lekor panas-panas yang kering  jual asam, keropok kering dan macam-macam lagi. Aku beli untuk housemates aku. (Hmm gembira gila muka diaorang bila aku bawak balik ke rumah sewa hari tu)


Pakcik teksi tu cakap, dia memang selalu bawak pelancong yang nak beli keropok lekor ke kedai tu. Owner kedai tu pun dah kenal dia. Pakcik tu pun rilek je makan keropok lekor free kat situ. So kalau next time korang ada nak beli keropok lekor, silalah ke KEDAI Z KEROPOK LEKOR. Highly recommended!


Pukul 12.00 tengahari camtu, kitaorang sampai Terminal Bas Kuala Besut. Ada pasar area tu. Taktau la hari-hari bukak atau tak. Hari kitaorang pergi tu Hari Jumaat. Around pukul 1 petang camtu, ramai peniaga dah kemas-kemas sebab nak ready Solat Jumaat. Yang bagusnya dekat Kuala Besut ni, dia macam kawasan ‘alim’ sikit. Memang semua kedai sekitar terminal bas tu tutup around that time untuk Solat Jumaat.


Pukul 1.30 petang bas kitaorang sampai. Naik dan terus tido. Penat kot. Tapi ini kali, bangun tido, tido bangun repeat tak sampai-sampai jugak ke Shah Alam. Bapaknya lama perjalanan itu. Pungkoq semua dah kematu. Sakit badan!


Bas ada sekali berhenti untuk Solat Zuhur-Asar dan makan/minum 45 minit. Tempat yang sama macam hari tu which is aku tak ingat kat mana. Hehe. 


Perjalanan diteruskan dan pukul 10 malam camtu, AKHIRNYA sampai di Shah Alam. Alhamdulillah. Call Ibu suruh amik dan solat Isyak-Maghrib dan menuju terus ke rumah. Balik rumah, beria Ibu goreng Satar dan keropok lekor. Aku dan kakak tukang makan je sambil cerita pengalaman sepanjang kat Pulau Perhentian.


Dan berakhir la trip ini. Terima kasih kakak sponsor adikmu ini. Terima kasih Kak Riza, Kak Fied dan Kak Syera kalau ada belanja Tyra. Tenkiuuu!




Till we meet again
Lupa nak bagitau, yang kitaorang punya pakej ni exclude makanan. Aku pun suggest kan tak payah amik pakej makanan sebab harga pakej makanan adalah RM 90. Kitaorang kira, total makan selama 3 hari 2 malam termasuk dari Shah Alam-Kuala Besut-Pulau Perhentian-Kuala Besut-Shah Alam tak sampai rm 90 pun seorang. Dan kitaorang makan pelbagai makanan. Takde berjimat sangat. But its up to uolls.


Aku rasa memang berpatutan harga semua benda, makanan terutamanya macam mahal sikit sebab memang nampak kesusah payahan orang dari Perkampungan Nelayan ni untuk beli barang basah. Dah la jauh dari darat. Kena guna bot. Lepas tu kena naik moto sendiri untuk pick up barangan tu. Kereta/lori memang takde kat Perkampungan Nelayan tu. So moto orang kampung kat situ dah modified ada troli bagai untuk memudahkan collect barang.


Ni la bot untuk rakyat tempatan angkut barang basah diaorang.
Total perbelanjaan aku adalah:
RM 95 (tiket bas pergi balik Shah Alam-Kuala Besut)
RM 210 (harga penginapan + bot pergi balik + snorkelling)
RM 5 (park marine ticket)
Rm 20 (bayaran bot ke kincir angin dan Long Beach)
Rm 20 (bayaran bot ke Sharila Resort)
Rm 20 (bayaran waterprof camera. tapi kitaorang dapat refund. so just RM 10 je)
RM 23 (shopping keropok lekor dan asam)
RM 5 (keychain)
Rm 0.50 x 6=RM 3 (tandas) *estimated je sebab tak ingat
RM 14.90 (Buffet Sharila)
RM 10 (Teksi)
RM 60 (makan/minum)

so total adalah RM 485.90. 

Korang kena prepare bawak duit (cash money) sepanjang perbelanjaan dekat Pulau Perhentian sebab dekat pulau tu takde ATM machine. Pandai-pandai la budget perbelanjaan korang. Dan sila berbelanja seperti mengukur baju di badan sendiri. Kalau ada banyak duit, takpe berbelanja lebih.

Kalau macam aku, student, aku bawak Rm 200 je dan berbaki lagi duit aku tu. Aku berbangga kerana tak berbelanja bagaikan dirasuk syaitonn. Kah.

K sampai sini dulu coretan aku. Segala benda tentang trip ke Pulau Perhentian, aku dah inform dekat sini. Anything can PM me. Semoga bermanfaat :)