Saturday 31 December 2016

Duit oh duit turun la dari langit

Assalamualaikum..

Aku sekarang di hujung sem 3. Cepat gila sem ni habis. Aku ada lagi baki seminggu untuk stay dekat UTHM ni. Ada lagi 3 paper belum habis. 2 paper dah settled down.

Memandangkan hujung sem, duit PTPTipu dah habis termasuk duit gaji. Semua dah habis. Hmmmmmm.

Ada lagi seminggu ni hoi. Acane nak survive??

Hari tu time study week, ayah dah bagi duit. Duit belanja and duit sewa rumah untuk bulan Januari 2017. Dalam rm250. Consider banyak la jugak kan.

Bayar tu bayar ni. Tinggal rm100 untuk belanja.

And now dah tinggal rm30.

Pehhh. Rasa dah habis jimat dah ni.

Cepat gilaaa duit habis.

Pastu beli data rm 40. Tu sebaik guna duit simpanan kat rumah. Kalau tak aku rasa duit aku tinggal rm10 je sekarang.

Hmm takde ke jutawan mana-mana nak sedekah kan aku duit? Aku tengah berjihad menuntut ilmu ni. :'(

Nak mintak duit kat ayah lagi. Hmm tapi macam segan. Rasa tak patut pulak sebab antara aku adik beradik, aku paling banyak ayah bagi duit.

K tu je luahan hati dikala stress ini.

Mohon duit jatuh dari langit pleaseeeeeeee.













Friday 14 October 2016

Apahal sedih sangat ni?

Assalamualaikum..

Aku tengah otw balik semula ke Batu Pahat naik bas. Sebab banyak sangat benda berligar dalam kepala otak. Meh aku luahkan kat sini.

Firstly, aku balik Shah Alam sebab rasa macam dah lama tak balik. Rasa rindu kat rumah. Pastu stress dengan kehidupan duniawi Universiti. Lagi dua minggu test berderet. Tapi jiwa kacau, memang ubat dia..aku kena balik rumah, recharge!

Hari tu nak balik pun, tetiba je. Call ibu cakap nak balik. Ibu cakap ikut suka. Ada duit balik la, kalau takde duit tak payah balik. Pastu motor ada rosak sikit. Ibu suruh guna duit nak balik tu untuk baiki motor.

Hmm berfikir panjang jap. Nak balik ke idok?

Tapi orang kata, kalau rindu rumah..balik je. Ada duit, tkde duit tu belakang cite. Sebab kalau tak balik, jiwa memberontak..segala benda kang tak jadi apa.

So aku pun balik. Tumpang kete Zahid sampai Ktm Seremban. Pukul 9 pagi dari rumah sewa, pukul 8 malam sampai rumah dekat Shah Alam. Lama gila. Macam dah perjalanan dari KL-Kelantan.

Tapi dah nak balik sangat, hadap je la segala perit jerih. Huhu.

Kakak aku, dia punya bebel aku balik mengejut ni boleh masuk pertandingan esei 1500 patah perkataan. Bising je mulutnya.

Ayah pun bising jugak. Tapi sikit je la. Maaf ayah! Hehe

Ayah tanya, 'banyak duit balik?'

Aku jawab, ' cukup-cukup je. Boleh la nk survive lagi.'

Ayah, ' kalau hang simpan duit balik untuk baiki motor kan lagi bagus. Ni balik hang dapat apa?'

Ayah tak marah pun. Dia tanya sambil gelak-gelak je.

Aku jawab, 'alaa adik stress la. Tak boleh fokus dah. Balik rumah dapat makan laksa, makan pajeri nenas, kerabu perut, makan la apa-apa kat rumah ni, banyak kot Ibu masak. Kalau adik tak balik ni mesti tak merasa. Rezeki balik la ni..hehehe'

Ayah aku pun diam je la.

Sebab hari tu, aku call Ibu. Aku tanya kalau aku balik, 'Ibu nak masak apa?' Ibu jawab 'taktau lagi nak masak apa. Jumaat Ibu kerja. Ayah pun kerja. Tak masak la kot.'

Aku cakap lagi, 'Sabtu kan ada. Ibu masak la pape. Adik makan jaa'.

Sekali aku balik, haa Jumaat memang tak masak apa. Tapi kakak ngan Miss Bum ajak pergi pasar malam. Banyak gila beli buah, beli makanan. Terus tido kekeyangan.

Sabtu, kakak nak masak laksa. Beli barang semua. Tapi iolss laksa biasa-biasa je. Makan boleh tapi tak la tahap berhantu. Nak makan nasi!

Pastu Ibu cakap, dah aku balik. Ayah suruh buat kerabu perut. Haa tu memang febret den! Tau-tau je. Hehe.

Pastu ada beli nenas kat pasar malam. Apa lagi aku pun request la pajeri nenas. What a combination. Sedap gilaa namateyy. Makan pulak dengan ulam, sambal belacan, telur dadar dan ikan masin. Pergh 3 kali weh makan.

What a heaven! 

Hari ni Ahad, breakfast Ibu buat nasi goreng. Sedap jugak! (Lupa nak bungkus tadi. Sob sob. Sekarang dalam bas dah lapar balik). Pastu Ibu buat moist cake cheese berhantu. Memang nama resepi dia cmtu. Haa yang tu aku tapau bawak balik. Ibu yang tapaukan. Orang nak sikit je, tapi dibungkusnya penuh satu bekas. Rezeki!

Sebenarnya dalam bas ni, ntah la. Tetiba aku terinsaf. Rasa air mata ni cam nak mengalir jaa. Dah kenapa? 

Ayah bagi duit. Untuk baiki motor dengan duit tambang bas. Hmm. Memang tak banyak ayah bagi. Tapi aku appreciate gila!

Apa ni. Aku lagi sayang nak guna duit tu.

Ayah Ibu aku memang jarang bagi duit. Sebab aku pun jarang mintak. Selagi aku ada duit sendiri, aku akan survive. Dah takde duit sangat baru aku mintak. Tu pun nak mintak, aku akan gunakan kakak aku as orang tengah.

So tetiba bila dapat duit ni, happy dia terharu dia lain macam!

Tadi Ayah hantar kat stesen bas. Salam, cium, peluk aku nak menitik air mata (tapi cover).

Apa ni masih terasa lagi pelukan itu. Pelukan Ibu kat rumah pun.

Hmm.

Awat sedih ni.

Insaf sebab memang betul orang kata. Nikmat paling nikmat, rezeki ada mak ayah! Kasih sayang tu mana ada tolok banding.


K la sampai je dulu coretan aku. 

Doakan aku! Banyak nau berjimba. Hilang arah tuju. Mohon insaf!

*entry terperap sebab haritu line takde nak upload cite ni on time dalam bas. Huhu.

Thursday 16 June 2016

Math always kill me

Assalamualaikum..

Happy fasting everyone =) Sekarang dah masuk puasa yang ke hari 12. Wow cepat gila masa berlari.

Lama gila tak menempel dekat blog ni. Busy nak arwah.

Tahun ni puasa dekat UTHM sambil final exam. So far so good!

Untuk sem ni, final 4 paper je. Gap pun banyak. Sebaik. Dan salah satunya adalah Engineering Mathematics 2.  

Dari zaman aku sekolah, Math adalah subject yang paling haru. Paling tinggi walau usaha macamana pun mesti hanya dapat B+. Sampai kadang-kadang dah give up.

Cuba bayangkan kalau aku tak usaha, mau GAGAL sentiasa maju jaya.

Tapi dah rezeki, masuk U terrramik course engine. So mereput lagi belajar Math. Kah Kah! 

Math ni sebenarnya best tapi tu la. Kadang apa yang belajar tu tak relevan dengan aplikasi kehidupan seharian. Sebab tu macam susah nauu nak melekat dalam kepalahotak ni. Alasan .

Ada kawan aku cakap, ' ko ni banyak merungut je. Ko sebenarnya takde la stress mana pun belajar Math ni'..

Wadehekk.

Yeke? Ntah.

Dia cakap camtu sebab aku mengadu kat dia, Math ni ptfff. Banyak gila nak kena cover. Tapi sambil tu, aku still buat lawak-lawak hambar. Gelak-gelak. So dia pikir aku memain, tak stress sangat.

Aku siap cakap ' aku sikit lagi nak mati'..

Pastu dia cakap aku bengong sebab nak mati bulan puasa camni.

HAHA. Rilek la. Why so serius? Tu melawak jaa.

Pastu aku still teruskan belajar dengan Dija Daboom dekat TF sampai overload. More than 12 jam sehari belajar math je untuk 2-3 hari.

One word, Penat!

Thanks Dija ajar aku. Moga Allah je balas jasa ko tu. Sesape la yang ajar aku, yang bagi aku semangat, TERIMA KASIH.

Aku buat latihan past year je. Sebab pattern past year ni soalan dia dok ulang-ulang je.

Tapi still banyak. Taktau nak cover yang mana. =(

Setiap kali solat, aku doa harap-harap apa yang aku study ni antara yang akan masuk dalam final. Harap sangat!

Aku exam hari Rabu (15/6). Tetiba time malam sebelum exam tu, ada ura-ura yang boleh dapat tips yang akan masuk final. Study tips tu je, confirm boleh jawab final.

Hmm.

Siapa je taknak kan?

Even ada kawan aku cakap, 'kenapa still nak tips? tak percaya kat diri sendiri ke? lebih baik jujur dengan diri sendiri'.

Hmm.

Bagi aku, yee memang dah study gila-gila. Tapi kalau ada tips kan lebih baik. Kita akan tahu nak tekankan kat part mana. Itu lebih baik dari 'TOYOL' kan? Toyol tu haa kalau nak kaitkan dengan tipu diri sendiri. Langsung tak study, tetiba nak meniru.

Lagipun, tips tu Pensyarah yang bagi. Pensyarah sendiri nak tolong students. Rugi la kalau kita tak manfaatkan. 

Students pun bukan tak study langsung. Masing-masing stay up sampai nak mampuss. Pensyarah bagi tips tu pun dah last min sangat. Nampak la kan, dia nak students usaha sendiri, belajar sendiri dulu.

Tips tu pun dok ulang soalan past year je. So kalau ko memang dah study past year, Insyaallah ko boleh jawab dengan cemerlang final.

Aku dapat tips tu pukul 3 pagi. Tengah syok tido. Sebelum sahur dari pukul 4 pagi, aku try buat soalan-soalan tu sendiri sampai sebelum nak pergi exam pukul 8 pagi.

Tu kalau tak kira sebagai usaha jugak, taktau la nak cakap apa. Heh.

See. Masing-masing usaha. Try buat sendiri, pahamkan betul-betul. Even kalau orang tu hanya menghafal pun, tu memang usaha dia.

Then tawakal.

So macam tak best la bila, orang cakap 'kita tipu diri sendiri'.

Deep hang tau dak?

Even dapat tips pun, aku tak yakin pun aku boleh dapat A+. Sekadar B atau C pun aku dah syukur. Time exam tu pun, bukan semua soalan aku jawab betul. Ada je tinggal. Dengan carry marks dapat ciput.

Lepas je exam Math, balik terus terbongkang tak sedarkan diri. Qada' tido. Rasa lega gila. Macam ada satu beban dah beralih dari bahu. Pheww. 

Aku rasa kengkawan aku yang lain pun semua pergi enjoy tengok wayang la apa la after exam Math. Cara aku celebrate, tido sampai lebam. Takyah susah nak bazir pergi wayang.

Ramai rupanya yang stress. I'm not alone.

Now focus for next paper, Solid Mechanics 1 dan  Electric Electronic. Lepas tu ayuh pulang ke Shah Alam.
 
Dear Math 2, mohon tak jumpa lagi next sem. Aku nak jumpa Math 3 pulak. Haha.

K sampai sini dulu. Jumpa lagi next post. Doakan aku tak kena #lastpapersyndrome . Ada lagi dua paper ni woii.