Tuesday 23 July 2019

Doa is wireless

Assalamualaikum..

Kali ni aku share beberapa doa dan ayat Al-quran yang aku amalkan. Dan guess what, some of my friends pun amalkan benda yang sama. And we are so excited bila cerita pengalaman masing-masing with these doa kebanyakkannya cakap mujarab. (Insyallah dan Alhamdulillah)

First, potongan ayat yang aku baru-baru je (tak sampai lagi setahun) amalkan adalah doa Nabi Yunus. Ayat ni housemates aku yang pekenalkan kat aku. Mula-mula tu aku selalu dengar je cerita yang diaorang akan amalkan ayat ni bila diaorang rasa takut/cuak. Tapi aku tak penah rasa nak try amalkan pun. Tapi satu hari tu aku scroll twitter, ada thread pasal doa ni bersama kebaikan/kelebihan dia. Sejak dari tu, alhamdulillah aku try hafal and amalkan. Dan alhamdulillah doa ni memang boleh buat aku tenang dan sentiasa percaya Allah akan berikan apa aku nak (with usaha of course!).



Thread yang aku baca kat twitter tu memang bagus gilaa sampai aku ter impress untuk amalkan jugak.

Next, adalah ayat penyeri wajah/untuk lembutkan hati orang yang lihat kita. Ayat ni lagi bertebaran orang cakap bagus. Ayat ni sedikit panjang. Tapi kalau dah hafal, rasa pendek je. Ayat ni aku dah amalkan dari before puasa tahun ni, saje nak amalkan untuk penyeri wajah. Hehe.

Yang ayat kedua (bawah) tu, hafal/amalkan yang dalam kotak tu je. Ayat ni, aku ada baca ianya untuk elakkan orang rasa nak marah kita. Senang kata, ni ayat pengasih versi islamik. No guna-guna minyak dagu dan nasi kangkang. 



Doa ni, kawan aku pun ada share..sejak dia amalkan ayat ni memang rasa diri dia, jarang orang marah, jarang berselisih faham dengan manusia. Then kalau nak jumpa bos/orang besar2 takde la rasa takut sangat. Dia amalkan doa ni time study dulu. Ada jenis pensyarah tak suka students masuk class lambat. Tapi one day, dia terlambat sikit..dia terus baca ayat ni. Luckily, lecturer tu tak marah pun kat dia. Pastu dia ada jenis lecturer suka point students untuk jawab soalan kat depan class, dia amalkan ayat kedua tu, (sebab taknak jawab kat depan) alhamdulillah so far tak penah kena jawab kat depan. 

Next, ayat-ayat common macam ayat kursi, ayat seribu dinar tu lagi lah perlu kita amalkan. So far aku amalkan ayat kursi everytime aku keluar rumah masa zaman study dulu. Kan aku bawak motor je, dengan keadaan jalan raya kat Parit Raja tu memang tawakkal atas Allah amatlah perlu tinggi untuk perlindungan (perjalanan pergi balik universiti) yang kadang-kadang stay up kat library 2-3 pagi baru balik rumah sewa. Alhamdulillah setakat ni Allah lindung, tak pernah accident dan jumpa benda pelik-pelik atas jalan raya.

Next, doa mencari jodoh/keluarga bahagia. Yang ni paling best so far. Kalau rasa sedih dengan cinta manusia, rasa macam down je kan asyik single and lonely..meh la amalkan doa ni. Bukan la kata, doa ni boleh terus jatuhkan bakal zauj/zaujah dari langit. Tapi bila amalkan ayat ni, automatik ko akan rasa nak perbaiki diri sehabis baik dan percaya jodoh semua tu Allah akan bagi insyallah dan ko takde la meroyan benda bukan-bukan. (Ni memang aku sematkan dalam kepala otak tiap hari!)



Next, surah-surah yang kalau boleh tiap malam amik la masa 15-20 min untuk baca which are surah Al-Waqiah dan surah Al-Mulk. Seriusly surah Waqiah ni memang powerful gila untuk bagi rezeki dan buat kita rasa cukup dengan rezeki yang Allah bagi. Mula-mula aku amalkan surah ni, memang rasa panjangnya surah ni (80 lebih ayat). Tapi kalau dah biasa baca, ko akan rasa ayat dia sebenarnya pendek je.

Kelebihan Al-Mulk pulak adalah untuk menerangi kubur kalau tak silap. Well jenis banyak dosa macam aku ni, memang kena weh amalkan surah ni sebab takut dalam kubur nanti gelap. Huhu

Next, ada masa memang down gila nak mati. Rasa macam ada je tak kena. Time macam tu, memang laju je la selak Al-quran carik surah Ar-Rahman. Kadang, memang berderai weh baca surah ni. Insaf kejap kalau baca tang 'nikmat Tuhan yang mana yang kamu dustakan' tu..Bagi aku, surah ni memang macam surah memujuk buat aku. Once aku habis baca je surah ni, aku akan lebih menghargai apa yang aku ada dan try persetankan benda yang menyerabutkan kepala.

Okay sebenarnya banyak lagi doa/ayat aku amalkan. Tapi setakat ni jelah eh aku share (sebab dah panjang sangat). Moga-moga kita semua mendapat kebaikan dalam apa jua kita lakukan. 

Aku share ni bukan tujuan riak. Hanya untuk kita sama-sama amalkan apa yang bagus. 









Saturday 13 July 2019

Done Degree!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah akhirnya dengan bangga dan riak nya aku nak mengumumkan yang aku dah habis belajar untuk degree. Haha. Semalam all the unofficial results untuk last sem (Sem 8) dah terpapar. Dan sekarang memang tunggu convo bulan 10 nanti insyallah. Can't wait!


Thanks to all who direct and undirectly bear with me in this roller coaster journey. Kalau nak sebut satu-satu sampai convo mungkin tak habis listkan.

Thanks kawan-kawan yang selalu ada susah dan senang. Yang sama-sama ada time buat benda berfaedah mahupun benda melagha kan. (#YTJT)

Yang selalu mengajar aku subject-subject yang susah. (You just know who you are, Cikgu). Housemates ku juga yang sama-sama bersengkang mata study, hafal and share notes bagai. Cerita pasal SV, PSM masing- masing with lots of emotions. 

And to Zaha, thanks setia bersama aku dari tahun 1 sampai 4. Banyak gila benda la kalau nak berterima kasih dekat Zaha ni. I make it short, I love you!

To Group Circle of 9 too, thanksss too. Korang paling banyak mewarnai hidup aku dekat UTHM.

Dan of course to Ibu Ayah, adik beradik dan kaum kelurga yang lain. (Eh ucapan beria gilaaa). Thanks to Ayah yang selalu bagi duit tiap minggu. Yang tak pernah berkira pasal duit. Thanks Ibu, yang selalu pesan jangan give up, there are always a rainbow after raining.Thanks kakak yang selalu bagi kata-kata semangat dan bagi pinjam duit, belanja ink printer and so on. To adik-adik Hafiz, Huda and Alif thanks selalu layan Ktyra yang sentiasa terhibur dan perlukan hiburan.

Oh lupa to my Final Year Project Supervisor too. Thanks to Dr Musli Mohammad for all the guidance you give and also for the A for both my PSM 1 and PSM 2.

Oh lupa thanks juga pada who his cute name Adudu. (I don't know whether you know or not that name is for you haha). You bring me a lot of turbulent emotion. Some can bring me smile some can bring zzz to me. 

Oh lupa lagi, thanks pada kawan-kawan matrik jugak. Ramaiiiiii nya nak sebut. All i can say, you know who you are! Thanks walau jarak memisahkan kita, tapi hati sentiasa mendoakan. ececeh

This journey is nothing without you guys.

Sampai sekarang, still tak percaya dah habis belajar. Dari umur 3 tahun kot belajar kat tadika sampai umur 24 tahun ni. Such a long investment!

But this is just beginning for another chapter in my life Insyallah. Dan sebenarnya memang wujud yee perasan takut untuk hadap alam pekerjaan. Bila aku job hunting, peh rasa diri ini sangatlah kerdil. 

Akhir kata, sila kira berapa banyak perkataan 'Thanks' yang wujud dalam post ni huhu. Itu menunjukkan yang aku memang berterima kasih gilaaa pada semua yang terlibat. 

Kepada kawan-kawanku, Happy job hunting and job interviews, berjaya dapat kerja untuk membantu keluarga masing-masing. Doakan aku jugak yee.