Saturday 26 December 2015

Sejenis phobia (Gamophobia)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sekarang aku berada di hujung sem 1. Sekejap gila masa berlalu. Sibuk gila nak hujung-hujung sem ni. Tak cukup tido, tak cukup tanah, tak cukup makan, tak cukup kasih sayang. 

Semua la tak cukup. Haha.

Tapi so far aku rasa best gila dengan life U ni. Ntah taktau sebab apa rasa best, tapi memang rasa best. Kawan-kawannya kot.

Sampai kalau ada masalah pun, aku persetankan je masalah aku tu. Lantak ko la labu!

Baru-baru ni aku tau satu word baru iaitu Gamophobia. Gamophobia ni sejenis perasaan takut untuk ada relationship with different gender. Sejenis rasa takut untuk ada comitment. Takut untuk berkahwin.

Asal do maksud Gamophobia ni closely related to myself? Sejibik weh.

Tapi aku tak takut untuk kawin okayy. Tu lagi aku suka! Kah kah.

Hari tu aku ada tulis entry pasal 'bercinta?'. Baca la balik entry tu!

Dalam tu aku cakap, ada someone kononnya cakap dia suka aku. Pastu aku taktau nak react gimana and bla bla bla..

Tapi sekarang, aku consider orang tu dah jadi sejarah kot. Dia dah pergi tanpa berita.

Aku tak salah kan dia. Dia berhak pilih jalan hidup dia.

Aku malas nak pikir. Masing-masing dah besar.

Lagipun aku rasa ada serba sikit, salahnya dari pihak aku. 

I'm Gamophobia. Takut pada comitment. Tak aku bukan takut. Tapi lebih pada malas kot.

Siapa je rajin nak ada comitment? Ke aku je yang pelik? ahh lantak.

Aku dengan orang tu pun takde la tahap bercinta bagai. Cuma bila ada orang cakap dia suka aku, aku ni perempuan kot. Lembut. Mudah terkesan.

Tapi macam aku cakap, aku tak reti. Aku malas nak ada comitment. Malas nak balas whatsapp. Malas nak bercerita tentang rasa sayang, cinta bagai ni.

Malas ke tak reti ke, aku sendiri pun taktau.

So aku rasa lebih baik aku ni tak payah nak ada relationship. Fullstop.

Aku tak sedia lagi. 

Maybe aku rasa relationship yang sebetulnya sesuai untuk aku, bernikah kot. Kalau setakat cinta monyet, couple bagai ni..it's not me at all.

Malas. 

Tipu la kalau takde naluri nak bercinta. Tapi bila Allah rezekikan aku ke tahap itu, hari tu. Aku rasa stress. Yaa mula-mula memang rasa seronok, lepas tu? Ntah sejenis feel yang tak bagus untuk aku. Aku rasa malas nak teruskan. So aku ignored je orang tu.

Sampai orang tu rasa, aku ni bukan untuk dia. Dan dia pergi. Dan aku biarkan je.

So the end.

Alaa dengar cite, orang tu dah ada pengganti. Hmmm.

Lagipun aku tak reti la orang nak berkasih sayang dengan aku. 

Lagipun macam membazir bagi kasih sayang pada yang tak sepatutnya. Dan aku rasa lega, hari tu aku takde la work out into that 'relationship'.

Haha.

So kesimpulannya, next time tak payah la nak terlintas pun nak bercinta bagai ni. Serius ia sangat serabut, memenatkan.

Ingat tu ATHIRAH.




Saturday 5 December 2015

Ko dah tua kak! Tapi masih ketot!

Assalamulaikum..

5 December 1993, you was born. Nama ko bapak panjang, sampai kadang-kadang dulu aku penah jeles dengan nama ko kak. Sebab nama aku ciput je. Aku suka gila nama panjang-panjang ni. Tapi tu dulu. Sekarang aku redha nama aku pendek, sebab senang nak tulis, pastu senang nanti laki aku nak akad nikah. Haha

Okayy tahun ni umur ko dah 22 tahun. Dulu masa umur ibu, 22 tahun dah ada anak sorang, iaitu ko yang kuat menangis! It was disaster bila ko menangis. Haha.

K aku malas nak throwback time ko kecik.

Happy Birthday! Thanks for being a good sister untuk aku dan adik-adik yang lain. Paling thanks sebab ko selalu ada bila aku susah. Selalu ada bila aku rasa dunia tak adil untuk aku. Selalu ada bila aku rasa give up dengan study. Selalu ada untuk bagi aku kata-kata semangat. Selalu ada bila aku takde duit, pastu aku malu nak mintak duit kat Ibu/Ayah, ko yang jadi orang tengah mintak kan on my behalf.

Walaupun kita selalu gaduh, ko la selalu carik pasal dengan aku. (Aku ni baik je budaknyaa) Ngeh ngeh. Tapi deep in your heart, aku tau ko sayang aku kan kak?

Thanks jugak selalu belanja aku. Selalu jadi driver aku bila aku nak pergi mana-mana Selalu jadi penasihat fashion aku. Tukang kritik paling tegar dalam setiap apa yang aku buat. Aku taktau apa masalah ko, selalu tak puas hati dengan aku. --" haha

Paling aku terkesan, thanks sebab ko dahulukan duit PTPTN ko untuk langsaikan yuran Universiti aku. Walaupun ko over pau duit aku lebih dari sepatutnya bila nak suruh aku bayar balik. 

Takpe demi ko aku redha.

Pastu hari tu, time laptop ko kena songlap..aku dengar cite ko tak meroyan pun. Kalau aku kat tempat ko, mesti aku meroyan, depressed dan seangkatannya. 

Sebab tu Allah uji seseorang mengikut kemampuan dia. Allah tau ko mampu! Then bila Allah bagi ujian, DIA akan ganti balik dengan nikmat yang lain.

Alhamdulillah ko dah dapat kerja tetap even ko belum habis study pun lagi. TAHNIAH! 

Ko selalu tak kedekut dengan adik-adik ko kot, sebab tu rezeki ko murah dalam banyak benda.

Ehh banyak pulak aku puji ko dalam ni. Sila terharu okayy! Kah kah.

K la akhir kata, aku doakan ko panjang umur, murah rezeki. Dapat sambung master. Cepat-cepat kawin dengan abe Faiz. Adik-adik ko tak sabauu nak anak sedara. Haha.

Persetankan orang yang pandang negative/tak puas hati kat ko. Aku tau ko mampu hadapi manusia 'perangai senonoh ni'..

Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk ko kak. Ko jaga diri, jaga kesihatan. Sebab aku taknak jadi 'anak sulung' kalau ko takde.

Last word, Aku sayang ko! Kita dah janji nak kongsi pelamin dan kawin hari yang sama sebab nak jimat cost. So sila doakan aku jumpa laki yang baik. Haha.

Thanks for everything ketot ♥♥





Sunday 1 November 2015

Malaysian United Run 2015

Assalamualaikum..

Aku baru je balik dari KL. Aku join program Malaysian United Run. Banyak jugak la pancaroba sebelum dapat pergi situ.

Mula-mula katanya kena isi borang online, borang online tu pulak dah isi dari tengah bulan 9 tak silap. Isi online tu pulak banyak kali gilaa kena isi. Pastu tetiba, dah dapat senarai pendek, kena sahkan pulak kehadiran dekat pejabat kolej kediaman.

Nak sahkan kehadiran tu, tetiba penyertaan dah penuh. Hailaaa. Penat je isi sebulan awal, tetiba orang atasan tak nak guna yang isi online tu.

Dia bukak penyertaan terbuka. Ciss betul. Kecewa gila!

Tapi bila dah nama rezeki, Alhamdulillah ada tempat kosong untuk aku dengan Tika dan Zaha. Haha. Marilah ber-eksaited beramai-ramai.

Wehh memang eksaited la cerita dia. Sebab, akhirnya dapat jugak buat program/aktiviti lain selain ulang alik pergi class, tido, makan dan sebagainya. Huh. Dah bosan gila hari-hari buat benda sama.

Kitaorang gerak dari Uthm, malam (31/10) ke KL. Ikut perancangan, bas datang pukul 11 malam. Tapi tau la janji Melayu, bas nak dekat pukul 1 pagi baru sampai.

Tapi disebabkan eksaited nak pergi KL, HALAL je la tunggu 10 tahun pun takpe. Lol. (Padahal hampir nak mereput)

Pastu bila naik dalam bas, setengah jam pertama je dengar bunyi suara. Haa lepas tu, semua dok terbongkang bermacam gaya.

Tapi aku tak boleh tido. Ntah. Ada la 2 jam pertama dalam bas tu aku melangut. (Nak pandang luar, takut). So terpaksa la acah-acah tido.

Akhirnya tertido la jugak.

Pastu bas ni banyak kali jugak la asyik berhenti. Pukul 3.30 pagi, stop dekat rnr Seremban. Kena terus beli sarapan (roti ke biskut ke roti canai ke ). Pastu tukar baju terus. Dalam sejam jugak la. Penuh rnr tu dgn muka sememeh students Uthm. Haha.

Pastu bas gerak lagi, dalam pukul 5 lebih camtu dah sampai Masjid Negara. Haa nama je Masjid Negara, tapi kemudahan asas dia tak berapa superb.

Settle kan Subuh semua, melantak sarapan. Terus jalan kaki dalam 1 Km la jugak ke Padang Merbuk tu. Tapi sepanjang jalan tu happy je, gelak semedang. Perangai masing-masing macam haremmm. 



Bila dah sampai dekat Padang Merbuk tu, dah ramai orang berkumpul. Macam-macam U ada. Tapi tu la sebab padang tu basah, lecak gila. So macam a bit not fun. Semua macam sayang kasut, taknak bagi kotor. So kitaorang duduk tepi-tepi je.

Pastu ada la ucapan sikit dari pengacara, penyerahan cheque (program ni sebenarnya kumpul dana untuk bantu rumah kebajikan). Pastu ada Datuk Hisamuddin. Dia pun ada la berucap jugak. Tapi ucapan dia macam sama textnya time orientasi hari tu. Cakap pasal perpaduan (tak politik sebenarnya! Heh)

Pukul 8 suku camtu tak silap, mula la acara larian. Tapi kitaorang tak lari pun. Malas! Lagipun orang ramai gila. Nak berjalan pun susah, apatah lagi nak berlari. (Alasan sebenarnya) haha.

Maka kitaorang pun berjalan la sepanjang 4 Km. Rahim, Piqa ngan Heeda ada lari sikit. Aku, Zaha, Tika memang pemalas nak arwah. Kitaorang jalan je dari mula sampai ke garisan penamat.
4 Km okayy. Bukan 3 Km. 
Tak kesah la jalan kaki ke berlari ke sama je. Lencun dan lecak jugak ketiak memasing. Huhu.

Pastu around 10 pagi camtu, program pun tamat. On the way nak jalan pergi parking bas, tetiba nampak Nadiah Suardi. Tapi tu la tak sempat sembang panjang. Almaklumlah penat sangat. Haha. Sempat selfiee je.


Makin gojes Nad sekarang. Jeles iolls. Hihi
Sebenarnya ada la jumpa beberapa orang lagi. Tapi tula tak sempat nak selfie ke apa. Sempat Hai-hai, bye-bye camtu je. Ramai sangat orang. Berkerumut.

Pastu tadi aku letak gambar kat Insta, ehh ramai pulak sebenarnya kawan aku join program ni. Tapi takde rezeki nak terjumpa.

Sebenarnya the most part yang paling sedih, Mass pun ada kat situ. Kitaorang berdiri di tempat yang sama, menghirup udara yang sama. TAPI TAK JUMPA! SOB SOB. MEMANG TAKDE REZEKI! SEDIHNYAAAA.

Mass wassap aku, tu pun aku dah sampai kat tempat bas. Dia cakap dia nampak aku. DUA KALI wehh. Tapi sebab ramai sangat orang. Dia tak jadi nak jerit panggil nama aku. Mass ni, lenkali jerit je la. Kan takde rezeki nak jumpa. SOB SOB.

Eh panjang gila cerita aku kan? So far best la pergi program ni. Even tak cukup tido bagai. Lain kali nak join lagi! Insyallah.

*The most best part for today, someone is senyum kat aku pepagi Subuh. Masyaallah happy gila aku.Terus segar bermaya aku. Like seriusly. Haha.

Thanks for reading!
Rasa macam dah kuruih sikit lepas berjalan kaki tadi kan? Gaya tangan aku tu tersalah sebenarnya. Aku nak tunjuk ke arah KL Tower sebenarnya. Haha.


Thursday 29 October 2015

Krisis air

Assalamualaikum..

Sekarang time aku tengah miserable gila. Kemalasan nak pergi class semakin memuncak. Masyaallah. 

Satu, sebab blok aku ni dah lebih 3 minggu takde air. Setiap hari aku merempat pergi blok orang lain. Pastu, bilik aku ni dah la aras 3.

Penat wehh turun-naik carik air.

Pastu sampai kadang-kadang aku merempat pergi blok kawan aku, Zaha. Blok Zaha ni depan blok aku je. Tapi still jauh la jugak nak menapak. Kena cross jalan raya bagai. Tapi demi untuk mandi dan basuh baju aku sanggup(terpaksa).

Aku lebih suka pergi blok Zaha sebab air dia lebih kuat pastu orang-orang sekeliling dia takde la kerek sangat. Pastu lepas mandi, boleh terus amik wuduk then solat terus kat bilik Zaha. Senang!

Aku call Ibu hari tu, cakap masalah air ni haa. Pastu boleh pulak Ibu cakap, aku dan masalah air memang tak boleh dipisahkan. Dari zaman sekolah sampai zaman matrik, zaman U pun!

Ciss. Apa la dosa aku?

Dah la dari zaman sekolah, zaman matrik, ni zaman U pun bilik asyik dapat tingkat yang paling atas je. 

Stress!

Hope sem 2 nanti aku tak dapat kolej TDI blok A. Pastu dapat la bilik tingkat yang bawah.

Ameen.

Lagi satu bila takde air ni, aku selalu terjumpa 'harta pusaka'/ 'coklat terapung'. iyeww nak taip pun aku dah geli.

Hmm apa tah lagi bila terjumpa depan-depan. Gosh! Dah masuk U pun, kebersihan tak reti nak jaga! Perempuan pulak tu.

Yee maybe dah tak dapat nak tahan, seinci lagi nak terkeluar tapi at least check la dulu ada air ke tak kat tandas tu. Ni tak, main mencangkung pastu baru gelabah nak tengok ada air ke tak.

Weh boleh kena sawan, hari-hari terjumpa benda tu kat toilet. 

Aku ni pulak jenis bila dah ternampak tu, asyik nak membayang. Hmm memang jawabnya HILANG SELERA MAKAN.

Again, apa la dosa aku?

Ya ALLAH tabahkan la hati ini. Cepat la cuti midsem. Nak recharge balik mindset.

Thursday 15 October 2015

Mana ada aku garang.

Assalamualaikum..

Dah masuk sebulan lebih kat UTHM ni, so far so good.

Semalam ada kawan aku kata, first impression dia kat aku..dia pikir aku kerek, garang! --'

Aku dah agak. Dah biasa orang cakap camtu. Ramai sangat. Dari zaman sekolah, zaman matrik lagi. Aku watlek watpeace je. Tak larat dah nak explain.

Pastu aku tanya dia balik, lepas ko dah kenal, ko rasa aku macam tu tak? 

Dia jawab TAK.

See. Aku ni muka je garang. Ko dah kenal, aku tak garang pun. Kerek pun takde.

Kerek tu depends. Lol.

Aku dah try untuk senyum selalu. Tapi tu la bila aku sorang-sorang atau tengah fokus buat something, tahap kedutan muka dan dahi tu toksah heran. 

Aku sendiri tengok pun takut. Ngeh ngeh.

Lagi sekarang, belajar susah nauu subjek coarse aku ni. Haa lagi la berkerut muka aku. Stress mak!

Pastu orang lain pikir aku garang/kerek sebab aku suka kawan/sembang dengan orang yang aku kenal je kot.

Sebab tu, kalau takde kawan yang aku kenal, aku prefer diam. Layan phone atau pun buat-buat termenung jauh. Meratapi nasib. Lol. Tak reti doo nak bermasyarakat. 

Tapi kalau ko dah kenal aku, aku ni tak berhenti pulak bercakap. Nanti ko pulak pening nak layan.

K lagi sekali aku nak tegaskan. Muka je camni, tapi aku ni hati penuh taman. Bukan taman bunga tapi taman permainan. (K tak lawak)

Next week test berderet-deret. Mohon doakan aku tak bertukar wajah. Lol.

Meet my friends.


Friday 9 October 2015

Bercinta?

Assalamualaikum..

Ok apa yang aku nak bebelkan kali ni ada lah pasal bercinta. Lol. Rasa annoying dengan diri sendiri bila cakap pasal cinta ni.

Aku rasa umur 20 tahun ni memang dah wajar la kan nak berdiskuss tikuss pasal cinta.

Ke still rasa masih terlalu muda? 

Ke still rasa spender mak ayah belikan so tak payah la nak tunjuk pandai?

Since aku memang dah beli sendiri segala spender sendiri, aku dah kira layak kot bercakap pasal cinta.

HAHAHA.

Lol. Aku masih sendu bab cinta cintun ni. 

Kadang aku rasa, adik-adik aku lagi expert. Diam-diam sekali dah bercinta. Time sekolah dah ada pakwe makwe.

Kalau kawan perempuan cakap sayang, rindu pun aku blurr, kaku nak react apa. Sampai classmates matrik dulu cakap aku 'kayu'. Tak berperasaan.

Tak reti la nak bersayang bagai ni. Kalau sayang yee sayang je la. Kalau rindu yee rindu je laa. Pastu?

Aku tak reti la explain oiii.

Ok. Honestly i found a guy. Aku tak pernah imagined everything gonna be like this.

Wehh dah umur 20 kot.

Athirah masih tak reti. 

Kalau ada orang cakap suka, pastu nak react apa?

Kalau ada orang bebetul nak kita, pastu nak buat apa?

Kena tunggu lagi 5-6 tahun macamtu. Sebab memasing tengah belajar lagi.

Masalahnya sanggup ke nak tunggu? Masalahnya lama lagi kot. Masalahnya aku nak kawin awal.

HAHA.

Kalau addmath tu susah, aku rasa bercinta tu lagi susah.

Sebab tu aku malas. Sebab aku tak suka susah. Tak suka komitment.

Terlajak perahu boleh berundur. Terlajak kata, haa ko jadi la confius macam aku ni. Clueless.

Tapi banyak aku belajar dari that guy. Terima kasih.

Ini entry terperap (1/8/2015)




Wednesday 16 September 2015

Jet-jet budak Universiti

Assalamualaikum..

Setelah tiga minggu masuk UTHM, seminggu bertepuk tampar, menari dan tak cukup tido masa orientasi. Akhirnya class pun bermula. Tapi serius direct 2 minggu weekend, macam langsung tak cuti. Ada je program untuk membuli juniors hingusan. Ciss.

Banyak gilaa benda aku nak cerita sebenarnya. Tapi tu la kekangan masa, kemalasan dan kekeringan idea. Tapi sebab Aina Nadhira request entry kehidupan as students U, so here this is my stories.

First aku rasa jadual kat U ni sangatlah heaven. Banyak gila masa free. (eh tadi bukan kata kekangan masa ke? Lol). Jadual ni sebenarnya students yang susun sendiri. Agak-agak tak boleh/suka bangun pagi, kita boleh adjust class lewat. Agak-agak seorang yang dedikasi macam aku, suka suasana pagi, ko pilih la class pagi. Then petang/malam ko boleh berjimba.

So far, aku SUKA gila jadual class aku. Cuma ada satu hari tu, hari Isnin class agak packed. Sebab terpaksa ada class malam, since lecturer aku pergi haji dan lecturer yang gantikan dia tu siang dia dah fully booked.  Penat gila kalau ada class malam! Apa yang lecturer ajar, hmm macam angin lalu je.

Pastu time aku nak susun jadual class ni, ada la sorang senior/kawan yang bagi guide line. Bagi contoh jadual dia time dia sem 1. Pastu kat dia la, aku banyak tanya. Banyak yang sangat banyak aku tanya! Sorry bro ko dapat junior lampi macam aku. Kadang aku tau ko stress dengan soalan-soalan aku, tapi ko still gigih menjawab. Thanks! Terhutang budi.

Aku rasa kalau takde jasa ko untuk explain cara susun jadual tu, mesti susunan jadual aku kelaut (clash sana-sini). Sebab ramai gila coursemate aku taktau nak susun macamana.

Lagi apa ehh aku nak cerita? Haa pasal makanan kat U. So far makanan dia tak murah sangat. Dah standard macam makan kat kedai luar. Aku rindu gila makanan kat cafe A KMM. (Murah dan sedap). 

Hmm macam yang sedia maklum, kos degree aku ni adalah kos LELAKI. Memang sumpah bilangan lelaki lagi ramai dari perempuan. Sepanjang hidup aku, tak penah lagi dikelilingi classmates yang ramai lelaki. Dulu time sekolah/matrik, ko boleh tengok berapa ketul je lelaki. Hampir pupus! Tapi lain gila kat U ni haa (especially coarse aku), perempuan pulak yang berapa kerat. Agak akward sebenarnya di situ.

Best sebenarnya ramai lelaki (mode gatal turns on). Sambil belajar ko boleh cuci mata~ HAHA. Tapi kebanyakkan class, aku suka dan try untuk duduk depan. So fokus tu lebih tepat ke muka lecturer. Takde la mata tu melilau sangat.

Bila ramai sangat budak lelaki, budak perempuan akan jadi golongan minoriti. Apa-apa aktiviti, memang budak lelaki yang conquer. Kat sini ko akan tengok lelaki ni sebenarnya memang dilahirkan dengan leadership.

Sebenarnya idea diaorang lagi brilliant daripada idea budak perempuan. Kreatif gila. Pastu budak lelaki yang masuk kos aku ni, memang jenis minat gila kos tu. So bila belajar tu, senang dan cepat gila tangkap.

Aku dengan Zaha memang selalu terkebil-kebil. Kelaut setiap kali class! Pastu kitaorang memang akan mintak pertolongan budak lelaki untuk explain balik kt kitaorang. Bukan taknak suruh perempuan jugak, tapi seriusly belajar dengan lelaki lagi mudah paham. Lelaki ni tak emo bila mengajar. Pastu jenis pulak baik gila. Memang suka membantu golongan dhaif macam aku ngan Zaha.

Eh pehal doo aku macam puji golongan lelaki ni? insaf woiii. Tapi tu la yang aku rasa. Sekarang memang ketara la ayat ni boleh diaplikasikan dalam hidup. 'Lelaki sebenarnya lebih bijak dari perempuan'. Sekarang memang jelas dan sohih ayat ni! Believe me pleasee. Haha.
ni group PA aku. See ramai gila lelaki. Ni pun ada lelaki yang takde. Perempuan 3 ketul je. Ni muka penat lepas explorace sebenarnya.
Group PA ni macam group mentor-mentee. Kitaorang berkongsi mentor la kiranya selama 4 tahun kat UTHM ni. Kalau ada apa-apa aktiviti melibatkan fakulti, dengan group ni la kitaorang saling bekerjasama.

Kat U ni ko memang kena pandai pilih kawan. (Next entry maybe?) Tapi aku bersyukur gila sebab Zaha pun tercampak dekat sini. Kalau tak, aku mesti sudah mampus keseorangan~ Ramai la Allah jumpakan orang baru kat sini yang baik-baik, budi pekerti soleh/solehah.

Banyak gila pertolongan diaorang bagi. (U know who u're) Aku malas nak mention! Haha.

K la aku rasa sampai sini je dulu. Next entry will update soon.



Monday 17 August 2015

UPU DEGREE 2015

Assalamualaikum..

Hari tu 11/8 result UPU degree dah keluar. And guess what? Aku dapat coarse yang aku langsung TAK APPLY. 

hmm.

Agak terdiam, terkedu, terkejut, terkesima.

Dah laa time aku dapat tau result tu, aku ni antara orang terlast yang dapat tau. (Online lembap gila, mesej pun siput!)

Around pukul 1 lebih kot bila dapat mesej.

Pastu dari pukul 12 lebih, RAMAI GILA NAMATEYY tanya UPU aku. Hmm lagi la aku gelabah ayam. Risau aku tak dapat mana-mana. Orang lain semua dah pung pang tau result diaorang. Pastu dapat coarse yang gempak. 

Result aku paling kura-kura. Dup dap je sepanjang hari. Selawat, surah Insyirah memang tak lepas dari mulut.

Pastu kawan-kawan class, kawan kuliah haa semua dah isytiharkan result diaorang. Hmm aku ni berjuta butterflies in my stomach. Dok ulang alik toilet berapa kali ntah. Pastu tangan sejuk.

Waktu lunch tu, ayah belikan nasi lemak kerang pun aku tak lalu makan. Like seriusly makanan favourite kot. Ajaib gila tak lalu makan.

Aku dapat mesej dari UPU, lepas lunch hour. The VERY FIRST WORD yang aku nampak, 'TAHNIAH'.

Terus aku alhamdulillah semua. Pastu bila dah bukak overall mesej tu, aku macam petak. UTHM-BK08.

First rasa kecewa sebab dapat UTHM. Sob sob. Aku paling nak UPM. (dekat dengan rumah,  boleh balik TIAP MINGGU) ngeh ngeh.

Pastu tengok Kod coarse tu macam pelik je. Sebab aku ada apply satu pilihan (tu pun pilihan ke 11) UTHM, tapi Kod coarse tu lain.

Terus aku google Kod BK08 tu apa benda. 

Hmm again aku terkedu.

'Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Dengan Kepujian'.

Perghh mampus.

Engineering. The most coarse yang Ibu aku taknak aku amik. GULP.

Memang terdiam laa. Pastu aku terus reply wassap kawan-kawan yang kepochi tanya. Kawan rapat je aku balas. Kawan tak berapa rapat, aku balas lambat. (Serius time tu still speechless)

Semua yang aku balas wassap kengkawan aku tu, semua aku tanya soalan yang sama. 'Coarse aku ni coarse lelong ke?'..'macamana aku boleh terdapat coarse ni?'

Pastu tambah icon air mata mencurah-curah. (kengkonon sedih sangat laa)

Ibu boleh pulak reply 'minat ke coarse tu?'..( time ni aku memang tak bagitau lagi, aku dapat coarse yang aku tak apply). Cuak wehh. Buat nyaa ibu marah macamana. Risau betul.

Aku rasa first person yang aku bagitau kakak aku kot. Pastu aku cakap kat dia, jangan bagitau ibu ayah pasal aku dapat coarse yang aku tak apply.

Pastu si kakak ni boleh pulak gelak-gelakkan aku. Cakap aku 'sesuai sangat' dengan coarse tu. What the fish! Ayah lagi kejam, cakap aku ni spanar pun tak kenal macamana nak amik coarse tu? Masing-masing menganjing! Ciss.

Huwaaaaaa.

Tapi bila aku tanya kengkawan, semua kata tu bukan coarse lelong. Sebab kalau coarse lelong, selalunya coarse merepek. Engineering jarang dan memang takde kot!

Lega! Risau aku.

Aku sebenarnya lagi minat Chemistry dari Physics. Sebab tu rasa macam serba salah pulak.

Tapi since ramai yang bagi moral support. Ramai sangat. (You know who you are!) Thanks oulls. Aku macam redha, try ikhlaskan diri, kuatkan semangat.

Tanamkan dalam hati, ni semua rezeki dari Allah. Orang lain ada yang tak dapat langsung UPU. Cuba untuk bersyukur.

Alhamdulillah Ibu takde la marah pun. Sebab coarse yang aku dapat tu takde la teruk sangat. Pastu Ibu dah tanya officemates dia kot, semua kata ok. Peluang pekerjaan banyak.

Cuma Ibu pesan degree ni jangan banyak main. Fokus betul-betul! 

Sekarang ni aku dekat fasa cuba redhakan, ikhlaskan diri. DOAKAN!

Sebaik ada ramai gilaa kawan yang bagi kata semangat. Thanks.

Sekarang kaunter pertanyaan 24 jam : Pudeen Ali. Berlambak soalan aku tanya dia. Haa siapa suruh ko doakan aku dapat UTHM. Thanks anyway! Nanti aku belanja aiskrim ehh. Haha.



K la cukup la entry kali ni.

Nak masuk U ni banyak gila nak pakai duit. :'(

Wednesday 17 June 2015

Result PSPM 4

Assalamulaikum..

Pheww lama gila tak menaip. Rindu oii nak membebel kat sini. Sibuk ya ampun. Wanita bekerjaya kan memang la macam gini. Haha

Ok dah sebulan habis matrik. Kerja pun dah dua kali tukar. First kerja cashier kat Econsave Bukit Kemuning, 2 minggu je. And now dah beralih arah kerja yang professional sikit, jadi kerani. Baru 4 minggu. Tapi rasa macam 3 tahun. Heh. Tak sabauu nak gaji.

Pastu result PSPM 4 pun dah keluar hari tu. Yeahh. Naik 0.08 %. Alhamdulillah. If you know how struggle I am, nak dapat pointer macam tu.

Alhamdulillah again.

Orang takkan nampak apa usaha kita. Well manusia hanya nak tengok hasil. Ahh lantak.

Dari mula study week, sampai habis exam..satu je aku sematkan dalam kepala otak. Allah yang bantu aku. Tak payah sibuk-sibuk nak harapkan penghargaan orang lain.

Then bila dah dapat resultnya, hmm dia macam ada satu perasaan. Susah nak describe. Tapi dia macam perasaan lega. Lega yang amat. Eh bukan lega, tapi syukur.

Haa macam tu.

Pastu rasa macam puas hati sangat. Sebab kita dah usaha. Usaha yang memang kita, diri sendiri tahu betapa struggle nya kita. So lantak la orang nak kata apa.

Cuma sekarang kena fokus and banyak kan doa untuk dapat coarse degree yang bagus. Doakan jugak please. Hee~

Pastu teringat Math yang bapak susah. Bila buat latihan, pastu bila dah lepas jawab exam pun, rasa macam nak kena sawan. Alhamdulillah dapat B+. Risau aku kalau tetiba dapat C atau D. 

Memang lepas jawab Math hari tu, rasa give up gila. But then, Allah tolong jugak. Alhamdulillah.

Ada je orang yang hebat Math pun, kecundang. Sebab paper Math memang haru.

Hamin Salwa pun dapat B+. Aku pulak yang sedih bila Wa tak dapat 4flat untuk sem 4. Wa ni banyak ajar orang lain. Ajar aku pun banyak.

Pastu time exam week hari tu, hmm banyak kali jugak la aku meroyan kat Insta. Sebab paper semua soalan membunuh! Pastu bila sekarang, tengok balik gambar-gambar tu, hmm rasa macam tak percaya. SEMUA DAH BERAKHIR! YEAHH!

Lepas dapat result tu, macam biasa..ibu aku dok potpet risaukan coarse aku. Stress oii. Hmm tapi biasa la ibu nak yang terbaik untuk anak dia ni.

Dah Ibu potpet, aku jadi sedih la. Sedih gila. Macam Ibu tak appreciate result aku tu. Padahal aku struggle kot. Sob sob.

Pastu aku terus tukar status whatsapp aku, 'if you know how struggle I am' pastu ada icon hingus keluar tu. Nak menampakkan aku sedih bonar. 

Tetiba ramai pulak kawan aku yang concern, tanya pasal status tu. Tanya apa masalah aku. Haha. Funny tapi aku appreciated gilaa kot. Thanks. You know who you are~ 

Kawan-kawan aku ni memang kepochi lagi-lagi Fatin Zubedah tu. Haha. Asal aku tukar status whatsapp, sibuk tanya.

Hmm tapi sekarang aku dah ok. Sedang berbahagia. So status pun dah tukar lain. Lol.

K la cukup sampai sini. Doakan aku dapat coarse yang bagus tau. Sekarang ni hmm paling risau bab tu.

*ini entry terperap. 


Sebab tetiba mood rindu Matrik. Gosh I dont believe I said this. Haha.



Thursday 7 May 2015

PWTC 2015

Assalamualaikum..

Sebagai seorang budak lepasan Matrikulasi, apa lagi yang boleh dibuat selain melepak dan bina lemak dekat rumah, Kan? Ibu ayah dah halau suruh carik kerja! Sob sob. Sendu betul. Tapi memang plan aku, lepas habis matrik.. nak lepak kat rumah dua minggu je. Lebih lama lagi kang, naik berkilo berat aku. Tak nak! Haha.

Ok kali ni aku nak share pasal aku pergi PWTC hari tu, 2 Mei. Dah seminggu pergi, baru hari ni nak menaip. Maklum laa suri rumah berjaya memang macam ni. Sibuk. Tuihhh. *geleng kepala

Sebenarnya plan nak pergi PWTC ni memang dah lama. Bulan 4 lagi dah gelabah bontot ayam carik geng nak ke PWTC. Pastu plan dengan budak class 5 Naim (sekolah menengah) ada la dua tiga ketul yang nak pergi.

Kekangan masa memang satu masalah yang besar. Ada orang boleh pergi cepat, ada orang boleh pergi lambat. Ada yang cuti sekejap. Ada yang tak cuti. Haa macam biasa.

Aku golongan yang boleh pergi lambat. Matrik pun habis 27 April. So memang agak terkilan jugak. Takde rezeki nak gathering dengan budak class.

Pastu yang boleh join aku HANYA Ijat dan Fanad je. 2 kerat je. Haa pun boleh laa dari takde. Kitaorang nak pergi time 1 Mei takpun 2 Mei. Gigih la kitaorang ni pung pang plan bagai. Nak pergi macamana, bila semua.

Aku memang eksaited bila nak pergi PWTC. Syurga dunia kot bila banyak buku. Pergh.

Kitaorang pun sebulat suara decided nak pergi 2 Mei. Sebab 1 Mei kan public holiday kang ramai pulak. Tapi 2 Mei tu pun sebenarnya hari Sabtu, still ramai gilaa kot orang.

Ok takpee laa. Gamble je. Tetiba adik aku Huda pun nak join. Ijat ngan Fanad pun ok kalau si Huda ni nak ikut.

Nak dijadikan cerita, masa hari kejadian, 2 Mei tu. Tetiba Ijat tarik diri. K finee. Ijat wassap time tu pun pukul 4 pagi. Walaweh. Dah terkilan sikit la time tu. Tapi still cool je jawab wassap Ijat. Cakap it's ok. Takde rezeki. Bla bla bla.

Ijat tak boleh join sebab dia ada hal. Nak pergi kenduri kawan dia. Pastu dia cakap kalau nak jumpa dia pun, dia cadangkan aku ngan Fanad, pergi lambat sikit. Petang camtu. Tapi tulaa kalau pergi petang, kang ramai orang. Pergi pagi senang sikit, tengahari dah boleh balik. K tkde rezeki. Nak buat macamana kan?

So aku, Fanad ngan Huda gigih la pergi PWTC bertiga je. Ibu hantar pergi KTM 19. Kitaorang blur gilaa time nak beli tiket KTM, taktau nak stop kat mana. Noob betul! Pastu gagah la tanya orang. Tanya abang kaunter, tanya kawan-kawan.

Aku macam ingat, kena beli stesen Putra. Sebab last year aku pergi. (Dengan Farehah ngan kakak dia) Tapi tu laa tak confident. Ingat-ingat lupa. Pastu kat KTM pun ramai. Pastu macam boleh agak arah tujuan diaorang sama macam kitaorang which is nak ke PWTC. Well macam ada cop kat dahi. Ngeh ngeh.

Pastu terjumpa AINA NADHIRA AND FRIENDS. Tapi tulaa tak sempat nak pot pet banyak. Ambil gambar pun tak sempat. Rugi betul!

Pukul 10 pagi macam tu, kitaorang dah sampai stesen Putra. Jalan sikit sampai la ke bangunan PWTC tu. Time keluar dari train kat stesen Putra tu, berbondong-bondong umat manusia keluar dan menuju arah yang sama. (PWTC) Dah rasa macam rombongan sekolah. Cuma bezanya tak pakai baju sekolah. Serius!

First booth yang kitaorang pergi, booth Jemari Seni. Beli seketul dua buku, Fanad eksaited beli novel Hlovate. Dan untuk kali ni aku dah berjaya beli semua buku Hlovate. Aku peminat setia Hlovate! Semua buku dia aku ada. Last untuk complete kan collection aku adalah buku Pelangi (Ked's story). Selama ni carik, tak pernah ada kat bookstore. PWTC last year, buku Pelangi tu dah sold out. Sebaik tahun ni ada! Yeahhh.

Pastu second booth, booth fixi kot. Ntah aku tak ingat. Peminat fixi Fanad ngan Huda je. Aku memang seriusly tak boleh go dengan fixi. Last year aku ada beli buku fixi, sampai sekarang tak habis lagi baca. Huhu.

So aku bagi la peluang si Huda ngan Fanad pilih buku favorite diaorang. Aku duduk tepi je time kat booth buku fixi sambil-sambil layan twitter dan instagram. Aku sebenarnya ada aim, nak carik booth dubookpress. Tapi tak jumpa-jumpa jugak! Stress aku!

Fanad pun sempat bergambar dengan penulis buku Asrama dan Patung. Tapi atas sebab taknak Fanad femes kat blog aku, aku taknak letak gambar Fanad ngan penulis tu. Tak la, ada sebab kenapa tak letak. So aku belanja gambar Ijat je la ehh. Haha.

Aku tak ingat siapa nama penulis tu.*kan dah kata tak minat maka nya penulis ke apa ke, memang aku malas nak amik tahu! Maaf. Haha.

Ijat bersama penulis buku tu. Haa ni laa penulis yang aku tak kenal nama dia tu. Ijat pergi PWTC 3 Mei.
Pastu lepas dah habis shopping kat fixi, kitaorang pun gerak pergi booth lain. Booth novel karya seni kot. Ntah tak ingat. Beli lagi seketul dua novel. Pastu gerak booth lain. Naik tingkat atas kot tak silap. Fanad nak carik buku latihan untuk adik dia.

Time tu, aku memang dah tak keruan sebab carik dubookpress tak jumpa-jumpa. Aku siap letak kat ig, pastu tweet lagi tanya mana booth dubookpress?

Pastu feedback bagus gila dari kawan-kawan aku. Ramai gila bagitau lokasi booth dubookpress. Kat level bawah, level atas. Sampai ada satu tweet ni reply tweet aku. Tweet daripada buku online. Aku wow gilaa. Malas nak cite kenapa aku 'wow'. Thanks semua yang jawab tu. Appreciated gila.

Dah panjang dah aku taip ni. Tapi aku still banyak lagi ni nak membebel.

Berehat sekejap. Time ni penat gila. Muka pun dah pucat.
Pastu kitaorang teruskan perjalanan. Akhirnya jumpa la jugak booth dubookpress. Booth #indeke tak silap. Booth ni kat level atas. Sebenarnya aku nak sangat pergi dubookpres ni tak lain tak bukan sebab nak beli 4 buku. Iaitu Amranfans, Hikayat Qalaqisya, Diagnosis 1 & Diagnosis 2.

Tapi Diagnosis 2 takde kat booth tu. Ada orang cakap kat kedai lain ada. Tapi tu la nak carik tu masalah. Banyak gilaa kot kedai. Pastu orang pun dah mula ramai. Nak jalan pun susah. Perut dah nyanyi lagu rock. Tapi kitaorang gigih mencarik jugak sampai penat. Pastu give up.

Bukan give up, tapi lebih kepada redha. Yelaah time tu je dah beli 12 buku. Dah berat. Pastu, takkan nak tamak lagi carik buku Diagnosis 2 tu. Ntah-ntah buku yang dah beli tu pun tak sempat nak baca.

Pastu kitaorang decided nak balik. Masing-masing dah penat. Dah pukul 12 tengah hari time tu.

Tapi sebelum tu, carik lagi satu buku. Berdebarnya cinta penulisnya Fatimah Syarha dan suami. Mira Yusuf tempah. Dia tempah 2 sebenarnya. Tapi aku tak perasan. Aku terbeli satu je.

K dah penat. Kitaorang pun jalan balik ke KTM Putra tu. Nak dipendekkan cerita, kitaorang tersalah amik train. Bayangkan nak balik Shah Alam, tapi terambik train nak pergi Rawang. Sebaik tersedar tu kat Stesen Sungai Buluh. Kalau tak meroyan. Jauh kot Rawang-Shah Alam.

Kitaorang cepat-cepat turun. Then patah balik Stesen Putra. Tapi tu la kena marah dengan Pakcik KTM tu. Sebab dia cakap, kitaorang patutnya kena beli tiket lain. Laa mana la kitaorang tahu. Buat muka seposen sikit. Terus pakcik tu diam. Then bagi kitaorang proceed naik train tu.

Kelakar bila ingat balik. Masing-masing dah buat muka penat, muka malas nak gaduh. Sebab tu pakcik tu give up kot nak marah lebih-lebih.

Pastu pukul 2 petang lebih kitaorang sampai KTM Shah Alam. Mak Fanad amik. Pastu pukul 3 petang dah sampai rumah. Sampai rumah solat Zuhur. Pastu makan. Pastu tidur sampai pukul 6 petang. Penat gilaa.

Habis cerita pasal PWTC 2015. Panjang nak mati kan.

Buku yang sempat aku rembat. Happy me!
200 ringgit lebih beli semua buku tu. Tu pun sebaik ada baucer buku kakak aku Rm 100, Ibu bagi duit sikit. Pastu guna duit aku sikit. Kalau tak kopak. Thanks makcik!

Pastu rupanya ada kejutan. Ijat kan pergi PWTC esoknya (3 Mei), sekali dia belikan buku Diagnosis 2. Dia beli as tanda sorry sebab cancel last minute. Pastu last year dia ada guna baucer buku aku sikit. So dia nak ganti balik. Teruja gilaa aku!

Fanad pun dapat buku jugak. Buku Patung tak silap. Fanad la ni pandai-pandai mintak buku kat Ijat kalau nak Ijat dimaafkan. Lol betul. Tapi tindakan yang bijak. Haha. Haru la ko Ijat dapat kawan macam kitaorang.

Anyway thanks! Tak sabar nak dapat buku tu. Sebab Ijat kata tunggu reunion class baru dia bagi. Lama lagi. Bulan 8 kot insyaallah.

K la cukup la aku menaip ni. Happy reading!

*sekarang skill aku baca novel dah tahap kura-kura berjalan. Lembap gila nak habis satu novel pun.

muka penat tapi gembira. Thanks Fanad and Huda teman pergi PWTC. Ada umur panjang next year kita pergi lagi tau. Hihi.





Friday 24 April 2015

Crush

Assalamualaikum..

Ok minggu yang padat. Exam English, Mathematics and Chemistry baru je berlalu. Stop about the past. Aku malas nak comment exam tu senang ke susah ke, walaupun sebenarnya rasa macam nak terjun gaung. Haha.

Tadi aku scroll twitter, melagha sebentar bersama kiktkat. Eh takde pun kitkat. Tipu je. Hee. Then aku terjumpa 2-3 tweet yang lebih kurang bunyinya cenggini 'matrik dah nak habis, bila lagi nak confess dekat crush?'..

Statement tu menarik minat aku sebab dekat wing aku ni pun ada sorang dia nak confess dekat crush dia kat matrik ni. Hmm. Berani.

Budak tu sibuk tanya aku dan roomates aku pendapat sama ada patut atau tak dia confess dekat crush dia tu? Aku jawab, ikut suka dia la. Berani confess, berani tanggung kalau kena reject! Haha.

Pastu aku tanya la dia kenapa dah habis matrik baru nak confess? Dia cakap dari dulu dia memang bercita-cita nak confess time hari last dekat matrik. Dia memang nak tengok apa reaksi crush dia tu bila dia confess.

Ok fine hak masing-masing. Aku taknak comment.

Sebab aku pun hari tu baru terconfess aku minat kat someone. Benda tu tak sengaja dan tak dirancang pun! Malu ya ampun ya amat.

Kadang-kadang rasa macam tak percaya aku seberani tu buat benda merapu.

Tapi bahagia tu hanya seketika. Malas nak cerita! Cukup sikit je aku cerita. Lalalala.

Aku tak harap pape pun bila aku confess tu. Sebab that guy dah ada orang tunggu dia, dia pun tunggu orang tu. Hmm. (aku memang dah tau pasal hal tu. Tapi still bongok terconfess)

Betul ke tak harap pape? Athirah. I'm keep asking myself. Ntah.

Aku memang dah lama 'kipas susah mati' orang tu. Sejak zaman hingusan. Lama dah. Almost bertahun.

Aku taktau la perasaan apa ni? Cinta ke atau sekadar minat? Lemah tau bila main tang perasaan ni. Huhu.

Aku tak harap pun nak couple ke apa ke. Cuma cukup dia tau, dia tu crush aku. Hah. Boleh pulak macam tu? Geli la nak couple bagai. I'm just can't imagine kalau aku couple. Not with that guy. With other guy too. Masyaallah. Meremang. Ngeee.

Nak harapkan kawin bagai? Wow jauh sangat tu. Tapi ntah la. Jodoh tu kan kat tangan Allah.

Ada jodoh jom la 'kita' makan nasi minyak sama-sama. Kalau takde jodoh, kita makan nasi bujang je la ehh. Makan sorang-sorang!

Hahahahahhahaha. Boleh pulak buat lawak cekodok!

Yang bestnya bila aku confess tu, aku kena friendzone! Yaa. Aku dengan crush aku tu memang kawan. Kawan baik. Kawan gaduh. kawan jauh. Kawan bila rindu, doa dari jauh. Cehh islamik sangat. Lol.

Tapi betul la.

Ehh memang kawan laa. That guy bersungguh cakap aku 'kawan' dia. Aku appreciate the most. The way ko nak 'reject ' aku tu kan. Haha.

Takpee. Aku rasa jom la 'kita' hanya berkawan. Doakan aku ada jodoh lain. Yang mungkin lebih better dari ko.

Tapi kalau sekarang, sebelum aku jumpa my real soulmate, izinkan aku meneduh kasih di bahu ko. Boleh? Lol. Menggedik nak arwah! Haha.

Satu je benda bila ko dah confess kat crush ko, ko kena berani tanggung the feedback. Good OR bad.

Moga kita tak akward bila jumpa.

Pesanan aku kat ko, 'kalau nak membaja, pergi baja pokok. Jangan baja pengharapan.'..

Deep tak? Lol. Macam that guy will baca blog ni. Nehi!

Thanks for reading.
*i'm just sharing the my LOL ever experience. Aku memang suka buat benda merapu.

What makes you stronger, then stay.
What makes you loser, then leave.

But now, I do not know you are which part? the part in making me stronger or a loser?

Kemain~

Gegadis pingitan :)






Sunday 12 April 2015

Mampu ke tidak?

Assalamualaikum..

Tinggal kurang dari 3 minggu untuk stay dekat KMM yang sangat kucingtaik ni. Haha. Orang kalau depan mata tak suka, kalau dah jauh baru rindu. Aku rasa perasaan aku kat KMM  macam tu laa. Dah keluar dari sini, baru nak rasa rindu. Hope so!

Ok macam biasa, bila dah hujung-hujung sem ni..of kos final exam tu benda wajib. Pastu sebelum tu, study week.

Dan bila study week ni ko akan rasa getaran sanubari yang mana, ko taktau nak buat apa. Cehh. Dah study week, mesti la study! Tapi masalahnya, terlampau banyak nak kena study, sampai ko akan blurr nak start dari mana dulu.

Itu memang aku sangat. Dan aku plan, awal-awal study week ni marilah membaca Biologi dulu. Sebab bagi aku, Biologi ni agak tough la jugak. Banyak gilaaa ko kena baca, lepas tu nak ingat segala term. Kalau study last minute, memang kecundang masa awal-awal dapat paper dihari exam nanti. Ntah-ntah pegang pen boleh menggigil satu badan (kalau study last minute)

Tapi serius, Biologi isssss sangat banyak. Dulu aku minat gilaa Bio. Tapi sekarang ntah lebih minat Chemistry kot. UPU pun aku banyak apply subject Chemistry.

Pastu semalam lepas penat baca/study Biologi chapter Recombinat of DNA, aku pun melagha la sekejap tengok facebook. Tengah syok scroll, tetiba nampak Syahmi Arizal post video bila budak kecik eksaited tengok ayah diaorang.

K fine aku terindu pulak ayah aku. Sebab video tu exactly sama macam aku time aku kecik dulu. Haha.

Ada masa ko rindu mak ko, ada masa ko rindu ayah ko dan ada masa tetiba je ko rindu kakak ko, adik-adik ko. Kan?

Aku pun apa lagi, menggunakan teknologi sedia ada, aku wassap ayah dalam family group. 'Ayah call kejap'..

Tak sampai 5 minit camtu, ayah pun call. Aku bukan taknak call ayah, tapi kredit memang kurang seringgit. Celcom cilok kredit aku. Malas la nak cite buat sakit hati je. Grr. Dan aku jamin, bila otp dengan ibu ayah, adik beradik..paling kurang mesti setengah jam kan? Sama lahh aku. Sebab tu seringgit tu memang tak cukup. Hee

Bila ayh call aku, hmm macam biasa dia akan buat loudspeaker. So ibu pun boleh la nak menyembang sekali dengan anak tercinta dia ni. Haha.

Time tu ibu dengan ayah tengah dating carik cendol. Ciss aku pun dah lama tak makan cendol. Hmm sedapnya. Tapi sebaik kedai cendol tu tutup. So ibu dengan ayah pun tak dapat makan cendol. So takde la menjejes sangat air liur aku nihaaa. Haha. *gelak kejam

Pastu sembang-sembang, banyaknya sembang dengan ibu je. Sebab ayah tengah drive. Hmm takpelah. Cakap dengan ibu ke ayah ke dua-dua sama je. Tak kisah la.

Pastu tetiba aku tanya pasal moderm wifi aku yang ibu nak teminated sebab dekat rumah, ibu nak pasang unifi. 4 bulan aku cuti nanti, ibu suruh guna unifi tu je sebab membazir kalau nak kena bayar wifi aku jugak.

Aku sebenarnya agak sedih bila ibu nak terminated moderm wifi aku tu. Sebab first registration fee dulu aku yang bayar. Sekali dengan moderm dia, rm 200 jugak. Guna duit gaji kerja time lepas SPM dulu. So sayangnya aku kat moderm wifi tu memang takde tandingan. Serius talk! Walaupun bulan-bulan ibu yang bayar bill nya. Wiwiwi. Banyak gilaa jasa wifi tu kat aku sepanjang dua tahun kat KMM ni.

Pastu aku pun tanya la ibu, 'kalau kita terminated wifi tu, nanti kalau orang masuk U cemana? Nak apply lagi ke? Pastu kalau apply balik, dia guna harga sama ke? Mesti dia charge harga lain. Yelaah barang kan semua harga naik. Sayang la kalau camtu'..

Tengok, soalan yang dilontarkan pun, menunjukkan aku berat  hati.

Pastu ibu pun jawab, ' laa ko kan taktau lagi masuk U mana. Nanti kita tanya la harga dia macamana. Ibu pun taktau. Kena pergi dulu Celcom center'..

Pastu aku jawab, 'doakan la orang dapat U dalam Selangor je. Orang malas la nak U jauh-jauh. Nanti senang nak balik kalau U dekat dengan rumah'..

Ibu jawab balik, 'eh ko bukan nak pergi Mesir ke?'

Wow ibu ingat lagi cita-cita aku. 

Aku jawab balik 'laa ibu ada ke duit? Mahal kot nak pergi Mesir. RM 200 ribu'..

Tetiba aku dengar suara ayah menyampuk, 'kalau hang nak pergi Mesir, ayah jual tanah'..

Wow. Gilaaa la mak bapak aku ni.

Speechless iols. Haha

Pastu ibu pun tanya la pasal Mesir tu sikit-sikit. Dan aku pun explain la apa yang aku tahu sikit-sikit.

Ibu cakap, 'kalau aku sendiri tak yakin boleh pergi Mesir (dapat keputusan yang kebabomm), macamana aku nak yakin, ibu boleh bagi duit nak pergi Mesir?'

Macam tu la lebih kurang ayat ibu. Maksud lain ayat ibu tu, aku kena yakin. Yakin dekat diri sendiri dan yakin dekat ibu dan ayah.

Perghh. Termenung panjang aku bila dah habis otp tu. Tapi dalam masa yang sama, berbunga-bunga weh hati aku. Dah dapat greenlight.
Ayah dan ibu. 
Sekarang aku just perlu berusaha je for the last sem ni. Pembakar semangat betul la ibu ayah ni.

Hmm tapi tadi kata dah tak minat Biologi, tapi nak jadi doktor jugak? Hmm susah soalan ni aku nak jawab. --'

K laa panjang menjela pulak entry ni. Happy reading! 

And please doakan aku dapat buat yang terbaik. Chaiyokkk.