Sunday 24 February 2019

Sem 8

Assalamulaikum..

Road to last sem for final year Degree.

Sem 7 went very well. Pointer aku hari tu dah dapat. And walaupun tak capai target Dean list tapi sipi-sipi pun okay dah. Cuma sedih sikit sebab hari tu Ibu janji nak belanja Handphone baru kalau dean. Sekali aku dapat 3.46 je. 

Time keluar official result tu, dah tahap tawakkal je. Sempat niat dalam hati, apapun result yang keluar kena semat dalam kepala otak itu adalah yang terbaik. Dan kalau tak dapat apa yang dihajati mungkin, Sem 8 ni kena push harder.

So kalau tak dapat phone baru tu, hmm memang bukan rezeki la tu. Mungkin last sem ni dilarang melagha kot. Sebab tu Allah tak izinkan. Mari kita berfikir positive. Hekhek.

Sikit je lagi nak habis belajar, nanti aku beli la phone guna duit sendiri. Doakan.

Untuk hidup aku lately ni banyak gila benda yang aku syukurkan. Tapi malas nak taip. Haha. Apa yang penting rezeki duit tak putus-putus walaupun tak banyak tapi ada. Sepanjang cuti sem hari tu, ada je dapat duit belanja dari Ibu dan Ayah.  Lepas tu, rezeki adik beradik yang kaya raya yang asyik belanja makan je. Kak riza pun bagi duit. So far Alhamdulillah. 

Kufur nikmat kalau aku cakap semua ni tak cukup.

Dan aku memang love teruk 2 bulan pertama 2019. Everything went well. Kalau kita set nak more appreciate diri sendiri and fokus kepada orang yang betul-betul care kat kita, Insyallah hidup lebih bahagia. Aku memang amalkan prinsip ni dan 99% hidup aku lebih bahagia.

All the bullshits biarkan je la. Kalau dilayan sangat, kita sendiri yang sakit hati.

Aku percaya kuasa doa dan usaha. Tapi kalau apa yang kita doakan atau usahakan tu belum dimakbulkan lagi, keep try dan jangan mudah give up. Insyallah Allah akan makbulkan kemudian hari dan gandakan apa yang kita nak tu.

Dan sekarang, ada satu benda la aku keep doa. Harap Allah makbulkan. Ianya berkaitan manusia. Dan aku percaya hati manusia ni Allah yang pegang. 

Sekian la sampai sini dulu. Keep positive!


Macam kejap je dah final year!


Friday 8 February 2019

How hell I am 24

Assalamualaikum..

Makanya semalam genap umur aku 24 tahun. Macam post aku di Instagram, aku rasa 24 ni satu nombor yang pelik. Pada umur 23, aku still rasa muda bergetah, tapi once masuk je 24 aku rasa super old.

Then next year, I will turn to 25. OMG!

Walaubagaimanapun, I am blessed with 24. Alhamdulillah Allah rezekikan lagi hidup, bernafas hingga sekarang. Masih dikelilingi keluarga. Itu pun sudah cukup.
Terima kasih kakak, bagi kek sepotong
Terima kasih Alif, belanja KFC
Terima kasih Hafiz, belanja ice cream
And there are so many people out there yang wished dan doakan aku sempena birthday semalam. I felt overhelmed. Ramai gilaaaa doakan jodoh eheee~ 

Kali ni, aku nak post beberapa wish dari kawan-kawan aku biar jadi memory. Yang ni dari Ig story mereka.






Dan sebenarnya banyak gila wish kat Whatsapp, Facebook, Instagram, Ig story..nak snap satu-satu gigih gilaaa. Tapi sebab aku tengah free, so here...
Dari whatsapp
Dari whatsapp
Dari post IG
Dari post Facebook
Dari IG story
Ibu wish 2 kali. Aku harap sangat Allah makbulkan kata-kata ini. Aminn. 
Okay sampai sini je coretan aku kali ni. Harap sangat segala ucapan yang baik-baik Allah maqbulkan dan berbalik semula pada korang yang wish. Lots love from me. Siapa doakan jodoh, kawen semua...Insyallah doakan MR JOE jumpa jalan menuju hati aku lol.