Sunday 30 November 2014

Minggu pertama semester 4

Assalamualaikum..

Yeahhh sem 4 is beginning. Rasa macam tak percaya. 5 bulan je lagi tamatlah riwayat sisa-sisa hidup dekat Matrik ni. Ahah.

Untuk memberi sokongan untuk aku belajar lebih rajin, ayah ibu, kak rohiza dengan adik-adik aku hantar ke Melaka. Tersenyum iolls sampai ke telinga. Tapi aku rasa macam menyusahkan ibu ayah la pulak sebab on the way nak balik Shah Alam tu jalan jammed gila. Malam baru diorang sampai rumah. Anyway thanks! I am appreciated!

Ok minggu pertama so far, so good. Banyak class yang balik awal. Homework pun tak banyak lagi. Sempat je layan beberapa ketul movie.

Semangat pun masih berkobar-kobar. Cikgu-cikgu pun tak putus-putus bagi kata semangat.

DAN semua ayat cikgu tak lepas daripada cakap macam ni 'haa kat matrik ni je la pensyarah/cikgu nak bagi kata-kata semangat. Jangan harap dekat U nanti ada orang lain nak ingatkan.' Heh.

Hmm betul jugak.

Apa yang menarik sepanjang minggu ni?

Kawan aku dua orang, Najiah & Fatin beli handphone baru. Fitra handphone dia rosak tapi dah dibaiki. Handphone aku pun rosak. Tak boleh buat call and jawab mesej. Tapi nak jawab call, nak baca mesej, wassap, insta, fb alhamdulillah still boleh. So aku assumed simcard kot yang ada problem.

Ok lupa pulak Faisal pun guna handphone baru. Hee. Tapi dia sorok-sorok. --'

Classmates yang lain semua masih sama. Haa Hazwan makin rajin pergi class. Setakat ni tak ponteng lagi. Rambut pun dah potong kemas. Kalau tak bangla pun kalah rambut dia. Haha.

Roomates, wingmates pun masih sama. Cuma ahli wing je dah bertambah lagi sorang.

Pengarah KMM dah berpindah pergi KMNS. Malam Jumaat hari tu ada majlis perpisahan. Ketua blok kena bagi hadiah kat beliau. Cluster A bagi kayu jati tulisan 'ASSALAMUALAIKUM'. Cluster B bagi apa tah. Tak tanya pulak. Sebab semua berbalut. Cluster C bagi toto, cadar. Ntahpapetah. Ingat Pengarah tu nak kawin ke? Haha. Lantak la asalkan Ikhlas.

dari kanan wakil blok A1, aku, ketua felo cluster A dan ketua felo cluster B
Pastu hari Sabtu, semalam ada Karnival kerjaya. Banyak la jugak U yang ada. Tapi UITM, UTHM and USIM takde. Pergi situ kerja kumpul bag, gift and pamplet je. Tak sempat nak tanya soalan dekat pegawai U yang bertugas sebab ramai gila budak KMM eksaited nak masuk U.

Nasib takde kes pengsan je. Ramai gila. Sesak.

Jumaat dengan Sabtu ni banyak di habiskan dengan melagha tengok drama korea. Hari ni (Ahad) baru sibuk nak siapkan homework. 

Masuk sem 4 ni harus perlu mesti selalu sedar diri! Tak boleh banyak main. Kena kejar balik pointer. Harapnya result PSPM 3 aku baik. MUET pun harapnya dapat Band 4.

Dah mula rasa risau bila tengok requirements UPU. Taktau nak amik coarse apa.

Sampai sini sahaja coretan kali ni.

Saturday 22 November 2014

Happy anniversary!

Assalamualaikum..

Ok entry kali ni adalah bersempena anniversary ibu ayah yang ke 22 tahun. Lidah lagikan tergigit ini pula hubungan suami isteri.

Tipu la kalau sepanjang 22 tahun ni hanya bahagia sepanjang masa. Ada la jugak adegan bergaduh manja, bergaduh bermasam muka. Bergaduh bertarik rambut je tak pernah di buat lagi. Haha.

Diserikan dengan kehadiran anak seramai lima orang yang kalau semua balik rumah, riuh setaman.

Time ibu dilamar ayah untuk menjadi suri di hati, umur ibu baru 21 tahun. Ayah pulak baru 23 tahun.

Ada je gambar kawin ibu ayah. Tapi orang zaman dulu kawin kan perempuan tak pakai tudung. Hmm nak letak sini macam tak manis je.

Perghh muda belia. Cuba kalau aku atau kakak gatal nak kawin sekarang, mau terbelalak biji mata ibu dan ayah. Kan? Ngeh3.

Zaman dulu lain cerita. Ayah dah keje, ibu pun dah keje. Walaupun gaji time tu berapa ratus je ntah. Alhamdulillah masih boleh survive beli susu, lampin anak, bayar kereta, rumah dan lain-lain.

Perkahwinan tu bukan setakat, kau suka aku. Aku suka kau. Jom kita kawin!

Oh NEHI!

Bagi aku perkahwinan ni satu pengorbanan. Pergorbanan dari segala aspek. Malas la nak ulas panjang berjela. Aku ni pun ilmu tentang perkahwinan masih cetek di dada.

Ok berbalik, pada perkahwinan ibu dan ayah. Hmm memang banyak la yang boleh di ambil iktibar. Peranan seorang ibu, isteri, ayah, suami mahupun anak-anak demi menjamin kerohanian rumahtangga.

Bagaimana seorang suami menenangkan si isteri tatkala anak-anak melawan cakap, keras kepala. Bagaimana si isteri menenangkan si suami tatkala si suami berbalah dengan anak-anak.

Bagaimana si ayah memujuk anak-anak tatkala mereka bermasam muka dengan si ibu. Dan bagaimana pula si ibu cuba mengabulkan permintaan anak-anak yang ingin makan pelbagai juadah walaupun jelas di wajahnya kepenatan.

Dan bagaimana wajah si ibu jelas kegembiraan apabila melihat anak-anak melantak makan juadah tersebut dengan kepuasan.

Aku sebenarnya takde idea nak tulis panjang-panjang. Tapi apa yang aku tahu,  there are no such a words to describe how grateful I am to have ibu ayah.

Walaupun aku ni antara anak yang degil main seborono buat sesuatu keputusan deep inside i am not strong enough without them.

Last word, I hope this relationship long last ever after. Setiap dugaan, ujian harapnya lebih menguatkan hubungan kekeluargaan kita.

Happy anniversary Ibu Ayah!


One happy family at home


Wednesday 12 November 2014

#1 Lesen oh lesen

Assalamualaikum..

Ok fine aku dah pergi tanya harga baru lesen kereta. RM 1450. Bapak dia mencekik. Aduhh. Ada tambah parking 'S' dan 'Z'.. Pastu tambah masa belajar lagi. Time test nanti kena explain depan JPJ pasal bonet depan. Explain pasal engine bagai.

Apa benda tah.

Hmm seperti yang sudah di agak, ibu akan marah pasal kenaikan harga ni. Ibu marah sebab aku suka lengah-lengahkan amik lesen kereta ni. Padahal dah lama ibu suruh amik.

Ok itu memang aku mengaku salah aku. Tapi aku bukan sengaja lengahkan. Ibu suruh amik time lepas SPM dua tahun lepas.

Time tu secara jujur memang aku tak ready langsung nak amik lesen. Satu, sebab aku fobia dengan tempat ujian memandu tu. Dua, sebab aku lebih eksaited nak kerja, pegang duit berkepuk-kepuk. Tiga, malas.

Aku fobia sebab time aku amik lesen motor dulu, sampai 3 kali baru berjaya dengan lulusnya. Macam-macam pengalaman nak dapatkan lesen motor tu. Lebih kepada pengalaman menyayat hati. Mungkin orang akan cakap fobia tu cuma alasan. Tapi tu memang kebenaran yang aku rasa.

Orang lain boleh pung pang nak cakap apa. Yang fobia tu aku!

Lepas setahun masuk matrik, again ibu suruh amik lesen lagi. Time tu bulan Mei tahun ni. Aku dah try cakap aku tak ready tapi bila ibu dah desak, nak taknak aku terpaksa pergi ceramah, kelas amali semua.

Hmm banyak la aku terpaksa. Ibu tu lagi la terpaksa sanggup keluarkan duit untuk aku. Aku cuba bersyukur dan menghargai.

Nak dipendekkan cerita, aku sempat la belajar memandu 6 jam. But well aku memang lemah bab memandu-mandu ni. Tangan aku keras gila (based on cikgu memandu tu cakap dan ibu pun cakap benda yang sama). Pastu aku lampi gila nak paham apa cikgu aku tu ajar. Sampai aku rasa cikgu tu pun dah give up ajar aku. :(

Bayangkan 6 jam kelas memandu tu, dihabiskan aku cuma belajar depan, belakang, belok kiri kanan. Itu aje. Tu pun aku lampi gila.

Tapi ada sehari tu, cikgu tu ajar memandu sampai jalan raya. Tapi cikgu tu jenuh jugak pegang stereng sebab takut terbabas. Kah kah

Yang aku tak suka pasal cikgu aku ni, main sedap hati mak nenek tok abah jiran belakang rumah dia je dok pegang tangan aku. Ciss. Aku nak marah tapi at that time rasa macam lemah gila. Hopeless.

Tu la benda paling annoying kalau aku ingat pasal cikgu tu. Tapi aku nak salahkan dia seratus peratus pun tak boleh jugak. Aku memang tak dapat paham cara dia ajar pusing stereng tu. So dia bengang kot.

Dia pegang tangan aku sambil pusing stereng. Then dia cakap 'tak susah mana..bla bla'.. 'ehh asal tangan ko sejuk?' Lol gila time tu. Mau je aku cakap, 'dah ko pegang tangan aku, mesti la aku sejuk!  Kesian laki aku!'

Sob sob. Tapi tu dalam hati je. Balik rumah terus aku sabun tangan aku sejam. Bagi bersih.

Itu memang kekhilafan. Menyesal.

Aku cuti sem time bulan Mei tu cuma sebulan lebih je tak silap. Hmm mana la nak sempat habiskan lesen tu sampai test JPJ. 

Pendek kan lagi cerita, aku ada seminggu je sebelum sem 3 kat Matrik start. So aku tak sempat belajar parking, bukit bagai.

So aku postponed dulu. Aku pergi Matrik, sambung sisa-sisa kehidupan.

Satu hari tu cikgu tu text, cakap kena habiskan belajar before bulan Oktober, kalau tak harga dah naik.

Memang tak la aku nak balik semata nak menghabiskan lesen tu. Tambang balik dari Melaka-Shah Alam je nak makan suku duit elaun. Membazir!

So aku postponed sampai cuti sem kali ni pulak. Dan akibatnya, terpaksa aku dengar bebelan ibu yang tak berkesudah. 

Panjang gila entry ni. Hmm ni kenangan aku amik lesen. Aku taip dalam blog ni as memory. Lagi satu sebab ibu tengah marah gila kat aku. Apa nak dibuat tahi kambing bulat-bulat? ( ayat cikgu Physic)

Sekarang ni maybe aku postpone lagi lesen ni sampai bulan April next year. Sadis kan?

So please semua doakan aku berjaya dapat lesen. Aku nak bawak kereta nak pergi jalan-jalan. Nak pergi rumah mak mertua jugak. Hihi.

Tuesday 11 November 2014

Orang yang berbakti

Assalamualaikum..

Tadi aku baca Al-quran..then aku jumpa dua kali perkataan yang bermaksud 'orang yang berbakti'..

Aku sejak dua menjak memang teringat je dekat orang tu. Mengada. Padahal orang tu tak ingat pun dekat aku.

Sedihnya hidup begini.

Hope ko sihat kat sana. Sekarang musim sejuk. Jaga diri!

Pernah tak bermimpi orang yang sama berulang kali? Apa ehh tanda tu?

Mimpi tu cuma mainan tidur. Tapi kalau kerap bermimpi orang yang sama, goyah jugak iman di dada. Cehh. Haha.

Syaitan ko memang dah berjaya! Ni semua mindset. Kalau dah 24 jam ko asyik pikirkan orang tu, hmm memang la sampai ke dalam mimpi terbawak-bawak. So what should I do?

Syaitan dah melompat keriangan tengok aku tak tentu arah macam ni. Ciss.

Istighfar! Banyak ingat kat Allah! 

Kadang-kadang benda yang kita suka, sebenarnya tak bagus untuk kita. Tapi benda tu yang beria kita sanggup pertahankan/perjuangkan.

In contrast, benda yang kita benci pulak, yang sentiasa berada di depan mata. Benda tu baik untuk kita tapi kita pulak buat derk tahap tak heran.

Apa semua ni? Kadang penat jugak nak paham/korek segala hikmah yang tersembunyi.

Allah knows the best.

Bila dah nak masuk awal 20-an ni, tak lari dari masalah perasaan. Perasaan benci, sayang, cinta, hasad dengki. Semua sibuk nak kembangkan potensi masing-masing. Nak mendapat yang terbaik sampai terlupa apa yang ada dekat sekeliling.

Yup aku memang cakap pasal diri aku sendiri. 

Entry ni aku taip time exam week. Dah edit sikit-sikit baru post hari ni.



Semester break

Assalamualaikum..

Hari ni hari Selasa. Tengah bercuti sebab Matrik 'baik hati' bagi holidays 2 minggu. Takde yang istimewa pun cuti ni. Hari-hari dok buat benda sama.

Jangan merungut! (Ingatan untuk diri) Yelah aku selalu tengok dekat twitter, students merungut bila tengah semester break.

Masa tengah sibuk ada class, berlambak assingments, bertimbun kuiz sibuk nak cuti. Tapi bila dah bagi cuti, sibuk mengomel pishang (bosan).

Apa sebenarnya yang diorang dan aku nak dalam kehidupan fana' ni?

Aku sepatutnya plan nak habiskan amik lesen kereta cuti ni. 5 bulan dah tertangguh. Pastu sekarang harga dah naik. Belajar pun ada tambah 2 benda baru. Hmm makin rumit. Bijak kerajaan nak habiskan duit rakyat.

Tapi masalahnya, parents aku tak percaya pulak pada kreadibiliti aku. Diaorang takut aku fail. Aku ni nampak je berani tapi kalau bab-bab amik lesen ni hmm haru jugak. 

Aku ada pengalaman pahit time amik lesen motor. Dua tahun lepas. Time tu aku form five. 3 kali baru lulus dengan jayanya.

Ko bayangkan kalau kereta ni pun 3 kali baru lulus. Mintak simpang! Cuak gila.

Masalahnya aku sendiri pun 50-50 je percaya dekat diri sendiri.  So macamana ni? 





Sunday 2 November 2014

Tahniah Pahang

Assalamualaikum..

Now its already 1.38 am. Sebab dah minum secawan nescafe, mata pun segar. Patutnya manfaatkan untuk study tapi dah menyimpang menaip blog. --'

Kira take five la camtu. Rehat. Otak pun dah jammed study Physic.

Minggu exam ni memang stress. Beria study tapi satu hapak pun tak lekat. sob sobs

Nak kena study malam nak exam kelam kabut baru nak lekat dalam otak. Hish.

Aku rasa kan, memang betul la petua kalau sedekahkan Al-fatihah kat diri sendiri insyallah jadi tenang jiwa. Hmm maybe others should try too. Its worked for me.

Tadi ada lawan bola Pahang VS Jdt. Tahniah Pahang menang. Bangga iouls sebagai ic 06. Haha.


Bising gila tadi budak blok ni tengok bola dekat bilik tv. Biasalah tu kalau tengok bola.
(Tapi iols kat dalam bilik je, menelaah) So taktau siapa main kasar, siapa kena kad kuning, siapa sepak penalti, referre macam tak adil..semua iolls tak tahu.

Bosan jugak kehidupan malam ni. Ngeh3

Tetiba teringat kat rumah. Kalau kat rumah pun mesti meriah jugak.

Call ibu. Ibu tak angkat. Hmm.

Nak dekat pukul 11 malam kot Ibu call balik. Sembang sikit pastu end call.

Apa motif aku taip entry ni? Takde motif!