Friday 23 March 2018

Bukit Payung 2018

Assalamualaikum..

17 Mac hari tu aku telah membakar lemak mendaki bukit. Lama gila tak buat aktiviti hiking ni. Ingatkan akan semput dan tak larat sebab last mendaki bagai ni, time pergi Pulau Perhentian tahun lepas. Tapi alhamdulillah everything went well.

Bendera 'Negara Johor'.
Ni sengaja aku update gambar-gambar masa hiking hari tu. Mana la tau boleh menjadi bukti pada anak cucu kelak yang mak/opah diaorang suka kan aktiviti begini time muda-muda.


Antara yang ikut sekali rombongan meminang Bukit Payung.
Sebenarnya aku tak kenal pun diaorang. Ni under Kelab Persada UTHM. Aku pun join atas orang. Gamble je. Sebaik seronok!

Ini housemates aku. Muka semangat sebelum mendaki. Time mendaki, macam-macam perangai keluar haha.

Sem ni dan sem akan datang, aku berjanji akan luangkan lebih banyak masa dengan diaorang. Sebab tinggal setahun je lagi untuk hadap muka masing-masing.

Muka sis kekal senyum dari awal sampai puncak.
Nak naik (daki) senang. Nak turun tu macam mencabar sikit. 2 kali termenggelongsor.

Ini lah sempat snap. Buat perangai. (if you know what i mean) Haha
Spot me!
Biasa la tu, bila hiking ni..semput, penat nak pitam dan sebagainya. Tapi sebaik semangat kuat. Sampai jugak kat puncak. Walaupun diaorang ni dah separuh nyawa (nyawa-nyawa ikan) asyik tanya bila nak sampai?

Ni masa take 5 time mendaki. Time ni ada yang merengek nak turun sebab tak larat. Tapi semangat harus diteruskan. Pantang #mechygirls berputus asa. Haha
Ni bila dah sampai puncak.
Abang-abang Cina yang nak bergambar. Kita layankan je.
Susah nak panjat batu ni. Gigih bersempit-sempit.


Acah model.
Mechy gang!
Rombongan di puncak.

Sunlight on point!

Roger me okay kalau nak ajak hiking mana-mana bukit. (Serius!)
Ni view dari puncak bukit. 



Monday 19 March 2018

#5 tyrawrite

Melepaskan bukan sebab tak tahan untuk menahan.

Merelakan bukan sebab tak ada daya untuk melawan.

Kalau diulang, tak lekat dikepala.

Baik berdiam, kalau itu lebih mudah untuk disimpan.