Thursday 22 May 2014

Majlis Tautan Kasih SAMTiSH

Assalamualaikum..


Ok kali ni aku nak share pasal Majlis yang julung-julung kali diadakan iaitu Majlis Tautan Kasih pada 17 Mei hari tu.

Majlis ni dibuat untuk meraikan students batch 95 & batch 96 (yg takde Hari Graduasi time zaman sekolah) dekat Dewan Makan Masjid Putra. Agak grand jugak la kan buat dekat Putrajaya~

Faktor pemilihan tempat katanya adalah disebabkan harganya yang murah, berpatutan dan permandangan yang menarik. Memang best la kalau nk berselfie bagai.

Aida & Gha
Dengan harga RM 65 seorang memang berbaloi baloi! Makanan pun sedap sampai menjilat jari. Serius puas hati.

Bulan Mei dipilih sebab time ni ramai daripada kitaorang (budak U) tengah semester break. Budak Matrik PST pun tengah berjoli sakan. Budak junior masih melingkar kat rumah~ So kira halangan takde cuti tu boleh campak jauh-jauh.

Ramai yang joined majlis ni pun decided di saat-saat akhir. Nak pergi atau tak. Zulfadli Zulhisam as Pengarah Majlis tak menang tangan nak melayan bebudak yg last minute ni. 

Apapun kita hanya mampu merancang, Allah yang bagi Hidayah nak pergi atau tak. Ramai jugak la yang mula-mula taknak join tapi last-last dialah orang pertama tercongok kat Putrajaya tu. Tahniah korang memang buat pilihan yang tepat! Heeee 


Amsyar and Acap Nor pun datang even dah lama tinggalkan SAMTISH~ Batch 96 sikit je datang tapi boleh la..
 
Aku pergi sana naik bas dari sekolah. So kena la tambah lagi RM 10. Orang takde lesen keta begini la jadinya. Tapi best apa naik bas, naik pulak bas sekolah. Fefeling la kembali ke zaman sekolah. Hihi

Bas datang agak lambat. Janji Melayu itu pasti walaupun driver bas tu India. Ngeh3. Time bas sampai sekolah tu hujan lebat gilos. 

Maka terjadilah aksi ala-ala Prince Charming ni.



Ni Azim Jahaya. Dia la uruskan kitaorang yang naik bas. Dia tolong payungkan semua budak time nak naik bas. (hujan lebat weh) Sangat charming uolls! Hahaha.

Dalam bas aku duduk sebelah Fanad. Memang pung pang la mulut kitaorang ni bersembang. Dr sekolah sampai ke Putrajaya non stop bercerita. Sampai Fag dengan Deeb tegur la kerancakkan kitaorang tu. Aku rasa suara kitaorang paling kuat bersembang. Macam tak jumpa setahun!

JBN yang naik bas cuma aku, Deeb dengan Fag je. Fat drive. Yang lain tak ikot. Takde rezeki nak jumpa. Kat sekolah first aku jumpa Fag sbb kitaorang sampai lebih kurang.

Fag ni dari habis SPM sampai la 17 Mei tak pernah lagi kitaorang jumpa. Almost setahun lebih. Rindunya jangan cakap la. Kitaorang peluk macam taknak lepas time jumpa tu. Fag pun dan berpurdah sekarang. Tapi perangai hampehh stil macam dulu.  Fag selamanya ORANG SOMALIA~ Hahahaha


Deeb pun dah lama tak jumpa. Last jumpa time Azie buat kenduri nak pergi Jordan. Deeb tetap maintain keSLIMan dan keSEKSIan dia. JELES! Perangai pun sama je macam dulu. Kalau lapar mulut senyap, dah kenyang tak boleh duduk diam. Nak suruh marathon satu masjid tu pun boleh bila perut dah berisi~

Yang naik bas sampai Putrajaya lebih kurang pukul 11 pagi. Time tu tak ramai lagi yang dah sampai, tapi boleh la. Majlis formal start dalam pukul 12 tengah hari lebih. (ada ucapan aluan dari Pengarah majlis dan Ustaz Suhaimi) Acara melantak makan lepas solat Zuhur dalam pukul 2 petang.

Time mendaftar kitaorang dapat souvenirs. Dapat payung comel, mug/cawan, Yassin dan gula-gula. Payung tu sangat bermanfaat ko tau. Boleh jadi prop utk bergambar. Dan memang bebudak ni gunakan sebaik mungkin payung tu untuk bergambar. Pilihan yang bijak bagi payung. Well sekarang kan musim tengkujuh. Heh.


say cheeseeeee bersama payung :)
Kat meja kaunter pendaftaran ada accessory prop untuk bergambar yang macam gini..



Sementara nak tunggu majlis formal tu, aku sempat la jalan-jalan sekitar dewan tu. Ada audition rancangan Adik-Adikku. Sempat la tengok budak-budak tu buat persembahan live. 

Pastu kan terjumpa Ustazah Hasni kat dalam Dewan Audition tu (fanad yang bagitau nama dia, harap kat aku haremm tktau nama dia) walaupun dia selalu keluar TV. Ustazah Hasni ni rupa-rupanya biras dengan Ustazah Shamsiah.



Lepas keluar daripada Dewan Audition tu, aku sempat la keluar masuk berapa kali tah daripada Dewan Makan. Lama jugak la nak tunggu majlis start. Sempat jugak aku usap-usap perut mintak beliau bersabar. Alhamdulillah perut mendengar kata (padahal kat rumah dah membaham beberapa ketul nugget).

Lepas tu kat pintu masuk, dari jauh aku nampak Cikgu Azlina. Cikgu kesukaan aku time sekolah dulu. Apa lagi aku pun tarik tangan Fanad then lari laju-laju ke Cikgu. Woaaaa lama gila tak jumpa Cikgu. Last jumpa time amik result SPM, aku dok nangis meraung-raung kat depan dia. Ciss malu. 

Cikgu Azlina ni satu aku salute, memori ingatan dia sangat la power. Ntah-ntah kalau amik subjek Biology boleh dapat A+ ni.


Cikgu tanya, aku nak jadi cikgu ke tak? Masih setia ke nak jadi seorang pendidik? Aku blurr doo nak jawab apa sebab *aku yang dulu bukanlah yang sekarang..hoi (nyanyi lagu Tegar dalam hati)

Cita-cita saya dah berubah sejajar pembangunan ekonomi dan teknologi yang semakin pesat dan membangun~ (ni pun jawab dalam hati yee, ayat gempak sebab berdepan Cikgu BM..lol)

Padahal kan sebenarnya aku pun tak ingat aku pernah sembang dengan Cikgu pasal tu. See ingatan Cikgu power kot! 

Kalau ada rezeki Insyallah nak jadi cikgu tapi ntah sekarang ni suka fefeling nak jadi DOKTOR~ doakan ye kawan-kawan :)

Haa lagi satu Cikgu pun still ingat pasal ayat otromen Fat time form 5. Nak tau ayat apa? pergi tanya Fat sendiri tapi lawak gilos!

 

Gambar atas ni Cikgu yang volunteer nak buat gaya ultraman. Sporting! Yang lelaki belakang tu Abd, kena penyakit sawan tak boleh nampak camera. Ada je muka dia menyelit kat setiap gambar. Muka Fat dalam ni macam tahan gelak. Malu mungkin. Fat ni orangnya 'pemalu'..*mata pandang atas, tangan dekat bahu

Cikgu azlina bersama barisan QM 2012 ; dari kanan Fanad, Aida, Pa'e, Huda, Muqlis, Nad.
*rindu nak lepak bilik koko sambil makan jajan free~

Antara cikgu yang datang, Ustazah Shamsiah, Ustazah Salina, Ustazah Aishah, Teacher Fazlinda, Cikgu Azlina, Teacher Asyikin, Teacher Azwira, Cikgu Muzakir, Ustaz Suhaimi, Cikgu Sherina dan Teacher Ruswiza.

meja kitaorang kat belakang tu je~
Aku, JBN duduk semeja dengan TEMAN. Memang havoc la meja kitaorang gelak tak berhenti. Dah la duduk meja bahagian depan, belakang meja cikgu-cikgu pulak. Memang asyik rasa diperhati je oleh cikgu-cikgu setiap kali gelak.

Nak salahkan kitaorang pun tak boleh. Cikgu paham kot yang kitaorang ni lama tak jumpa. Banyak benda nak digossipkan~ 

family potrait JBN~
family potrait TEMAN~
Makanan dia boleh tahan la. Sedap! Puas hati! Tak sempat la pulak nak snap gambar makanannya. Well lapar gilos time tu. Nampak makanan terus ngap.

Main menu dia Nasi Minyak, daging masak apa tah tapi sedap, ayam goreng berempah, acar timun+nenas pastu ada isi ikan celup tepung masak sweet sour (first time makan) sedap. Ada mihun sup, sate+kuah kacang, kuih muih, kek ada 2 jenis, cendol, jelly kelapa, sumi+gula2+coklat. 


Kalau makan semua, memang boleh tersandar! One word, BERBALOI!

Pastu masa Majlis Formal, kitaorang ditayangkan video bebudak study Overseas. Mula-mula ditayangkan budak lelaki study University Al-Bayt (Abror,Zulhusni,Afif Ulwan). Tapi video diorang tersangkut-sangkut sebab ada masalah teknikal. Azie dengan Niza (study Al-Bayt jugak) pun ada kena buat video tapi diorang tak sempat nak buat. Busy nak exam katanya.

dalam video; dari kanan Husni, Afif Ulwan, Abror
Afiq Ishar, University Of Jordan buat video solo. Video Afiq lancar.

Nad Malek tengah khusyuk tengok video Afiq..
Sebenarnya Hani, study Korea pun ada buat video jugak. Tapi ada masalah teknikal, so video dia tak dapat ditayangkan. Kitaorang yang rapat dengan hani semua terkilan sebab semua rindu kat Hani. Cehhh

Bila habis program, kat luar masjid Huda buat video call dengan Hani. So dapat la kitaorang menyelit-nyelit tanya khabar dengan Hani. Hani sihat walafiat dan hidup bahagia kat Korea.


Well bila Hani tau video dia tak dapat ditayangkan, dia post pulak video tu kat group fb Puteri Samtish 95. Ramai yang terharu dengan video tu. Thanks Hani!

Sepanjang acara santap makan tu, kitaorang dengar celoteh MC. Mula-mula Pa'a dengan sapa tah budak Junior. Pastu tetiba Zulfadli amik alih. Dia conduct teka-teki macam jawab soalan trivia. Seronok kot main benda tu sebab macam #throwback balik zaman sekolah dulu-dulu.

Semangat gilos budak-budak ni jawab soalan. Happening la time tu. Aku pun ada try nasib and jawapan aku betul. So dapat la hadiah.

Ada jugak persembahan sajak daripada Ashraful Hadi. Dia memang hebat tang sajak ni. Dulu pun time sekolah selalu buat persembahan sajak nukilan sendiri. Tapi time ni takde la pulak adegan 'pecah suara'..hahahaha


Kawan-kawan semua dah cun sangat-sangat, bershawl bagai. Well aku masih setia bersama tudung bawal RM 5. Ahakss. Serius weh diorang makin cun! Jeles!  Aku masih seperti dulu, SELEBET.



Pastu ko tau la kan mulut perempuan, asal jumpa gang lama..sibuk pasal berat badan orang lain. Sibuk dok puji orang ni orang tu kurus. Geram weh tengok bebudak ni yang mantain kurus. Woi korang tak makan NASI kepe??

Aku sempat la snap gambar kawan sekolah rendah aku. Budak-budak Jalan Kebun. Atieqah ni dah jadi tunang orang. Aku ngan Aina masih forever alone~

 kanan Atieqah Arzemi. kiri Aina Syaza
Huda datang lambat. Dah start majlis makan baru nampak batang hidung. So gambar dia takde sekali. Padahal Huda ni lagi la kawan dari zaman berhingus. Gaduh pastu kawan balik. Pastu gaduh lagi pastu kawan balik. Sekarang je dah tak berapa nak rapat. Masing-masing busy.


Padahal dulu kat sekolah rendah sampai awal masuk asrama time form 1, orang ingat aku yang kembar dia. Sebab kitaorang asyik berkepit macam belangkas.

Pastu snap gambar dengan budak kelas 5 Naim 2012. Tak ramai sangat yang join. Susah nak jumpa diorang ni dan tah bila tah lagi boleh jumpa? Well kelas ni memang paling amat susah nak jumpa!

Aida Farhana dengan Fatina Nadrah takde dlm ni



pasangan kuat gaduh kat class sampai la sekarang; Zulhilmi & Aid
with the tallest man in class ;Luqman Asri (Long)


Budak-budak kelas selalu kenenkan aku ngn Long. Bengong! Tapi aku watlek watpeace je. Gurau-gurau takde hal punya..hahahaha


Tarrraaaa The 'hottest couple' in our class. Fatihah & Ikmal Hazim
Dulu kat class memang pun pang mulut dua ekor ni. Gaduh pun selalu. Sampai sekarang! Dan aku memang suka kenenkan Fat dengan Ikmal..nampak sesuai sangat..lol.

dari kiri; 'Prince Charming' (Azim Jahaya) & Hazwan Jamali
Orang kuat di belakang tabir aku rasa si Azim Jahaya ni sebab mula-mula dia yang post kan cadangan dekat fb and mintak feedback pasal majlis ni. Thanks atas usaha ko tu ;)

bersama PENGARAH MAJLIS; Zulfadli Zulhisam
Zul ni memang terbaik la! Tahniah weh sebab handle majlis ni dengan lancar. Bravo! Zul ni kelakar ko tau. Hebat je dia boleh buat orang gelak dengar celoteh dia. Lagi setahun, Zul pulak ke UK. Gudluck!

Ok dah habis pun story pasal majlis ni. Tersangat la panjang entry nya. Hope lain kali, umur panjang kita buat lagi majlis reunion cmni.

Kita tunggu semua budak overseas balik..then time tu aku pun dah ada anak tiga. Korang pun semua sibuk dengan pasangan masing-masing. hahahah


aksi berebut nak masuk monopod~
Gambar sangat la banyak tapi aku pilih yang aku suka je..


#tenkiu ipong Fat & Huda
#tenkiu monopod Gha