Friday 18 July 2014

ALLAH Bagi Cuti

Assalamualaikum..

Salam 20 Ramadan 1435.. How time flies~ Bersyukur ke hadrat Illahi kita dapat merasa Ramadan kali ni. Even bermacam perkara yang berlaku sejak kebelakangan ni.

Salam takziah untuk MH17. Semoga Allah sentiasa melindungi Malaysia.

Ok kali ni aku nak share pasal HAID WANITA..


Hmm kalau dulu time sekolah rendah memang malu amat nak cakap pasal period even dengan kawan-kawan sendiri. haha. Aku la tu.

Sampai berbisik-bisik la nak ckp hal tu..Ntah la. Rasa macam rahsia kerajaan sangat kalau nak story pasal period. 

Dulu time sekolah rendah agama kan sesi petang, so kena jemaah Solat Asar kt surau sekolah sebelum balik rumah. Aku sanggup tau pura-pura aku solat even time tu aku period.

Budak-budak uzur kena tunggu kat luar, memang ketara la kita ni tak solat kalau kita duduk luar surau. Buatnya budak lelaki tau kita uzur, rasa cam malu gilos!

Perghh sanggup menipu! nampak tak matang! hihi

Tapi bila dah masuk sekolah menengah, period ni memang benda biasa. Memang semua kawan rapat dah experienced benda tu. Takde pulak istilah malu-malu.

Sampai kalau ada kawan kita yang tak haid lagi, itu pulak jadi benda pelik. Pastu bila orang tu dah period, kawan-kawan pulak over bagi tutorial itu ini. *based on experienced

Bagi korang la..isu HAID ni isu sensitif tak? Memang isu khas untuk kaum HAWA je ke? Lelaki tak payah amik peduli?

Dulu aku memang pikir macam tu..

Tapi bila dah menginjak dewasa, aku rasa benda haid ni lelaki pun perlu kisah. Ustazah kat sekolah dulu pernah cakap yang lelaki memang perlu wajib tahu pasal hal ni.

Lelaki kan menjadi ketua keluarga satu hari nanti. Kalau anak isteri tanya pasal haid, takkan nak cakap 'tak tahu' ?

Kat sekolah kan belajar BIOLOGY\SCIENCE pasal ovariaan cycle. So manfaatkan la ilmu tu.

Haid ni sebenarnya isu UMUM yang tak kira lelaki atau perempuan perlu peduli. 

Tapi lelaki tak payah la sibuk-sibuk nak tanya seorang wanita tu 'adakah anda cuti?' Diam-diam sudah~

Ok memandangkan sekarang ni bulan Ramadan, mungkin ada segelintir wanita yang berharap tidak uzur sepanjang bulan ini. Lagi-lagi untuk baki 10 malam terakhir ini.
Ada yang sampai bermuram durja\mengeluh bila didatangi haid pada bulan mulia ini. Mungkin sebab malas nak menqada'..


Atau pikir, time bulan Ramadan ni la nak buat banyak pahala sampai taknak tertinggal walau sehari pun. Nak pecut macam USAIN BOLT buat pahala~

Padahal kita semua tahu period tu fitrah seorang wanita. Nak taknak memang kena hadapi. Cepat atau lambat dalam sebulan berpuasa tu mesti 6-7 hari kita bercuti.

Takkan nak makan pil supaya tak didatangi haid? Nak minum ais gas berbotol-botol untuk cepatkan aliran darah?

TAK PAYAH! tu semua lagi menyebabkan ketidastabilan hormon~

Dan jangan lah pulak menangis\meraung sebab menyesal dicipta sebagai perempuan...alahai emosinya~

Allah berfirman:
"Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi  sebahagian yang lain (tentang harta benda,ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. (Maka berusahalah kamu) dan pohonlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (AN-NISA': 32)

Sedangkan Aishah R.A sendiri pernah menitiskan air mata kesedihan kerana berasa hilangnya peluang merebut segala ganjaran di bulan yang mulia ni.

Kalau tengah haid, bukan langsung tak boleh beribadah..kita hanya dilarang untuk solat, puasa, tawaf dan baca Al-Quran. Padahal banyak je lagi pintu-pintu Syurga yang terbuka luas untuk kaum Hawa ni.

Haid ni bukan masa untuk rehat daripada segala ibadah kerana sesungguhnya dalam sehari tu, banyak je lagi amalan yang boleh dilakukan oleh wanita haid.

1) Sediakan juadah berbuka

"Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala sepertinya dan tidak akan mengurangkan pahala orang yang berpuasa sedikitpun" (Riwayat Tarmizi)

2) Bangun sahur bersama-sama orang berpuasa

"Sesungguhnya dalam sahur itu ada BARAKAH"

3) Tadabbur Al-Quran atau mendengar bacaan Al-Quran

4) Istighfar, Zikir. Mathurat dan Selawat ke atas jujungan Nabi Muhammad SAW

5) Menyibukkan diri dengan ketaatan dan menjauhkan diri dari maksiat

6) Infaq\ Sedeqah

7) Istiqamah membuat perkara sunat yang menjadi kebiasaan sebelumnya

Pastu kan apa kata kita try tukar jadual ibadah. Means selalu kan kita guna 10 minit untuk solat fardu..haa apa kata bila kita haid, kita guna la 10 minit yang biasa kita peruntuk solat tu untuk istighfar ke, selawat\ zikir ke.

So takde la hati kita ni lalai dari ingat kat Allah.

Selain tu, kita try-try la rapatkan ukhwah dengan kengkawan yang solehah. Takkan 24 jam ko sibuk nak berjimba je kan? Insaf la. =)



Ok la aku rasa cukup sampai disini perkongsian ni. Harap dapat memberi manfaat dan menjadi pengisi poket amalan kaum Hawa walaupun terhalang dengan fitrah haid.

Terima fitrah haid ni dengan hati yang ikhlas, tidak menyesali dan tidak berburuk sangka pada Allah.

Ayuh imarahkan Ramadan dengan penuh kesyukuran kerana kita seorang wanita yang disanjung tinggi dalam ISLAM.