Monday 17 September 2018

Singapore 2018

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak share cerita tentang trip aku dan housemates ke Singapura. Trip ni berlangsung selama 3 hari 2 malam pada 13-15 September 2018.

Bagi aku, aku buat trip ni se-budget yang boleh. Dan alhamdulillah tak burst budget.

Aku tukar duit RM 450 ke SG Dollar. Dengan rate $1=RM 3. Aku dapat $150. Untuk tukar duit ni, pandai-pandai la cari pengurup wang yang rate rendah. Rajin buat research, semua di hujung jari. Aku tukar dekat Aeon Shah Alam (Sky Xchange Sdn Bhd). Ni memang kedai highly recommended area Shah Alam / Klang.

Merlion Park
Doakan dapat masuk/bermalam dalam Marina Bay suatu hari nanti 
Itinerary:

Day 1:
Pukul 8.30 pagi naik bas ke Larkin Terminal depan UTHM. Perjalanan dalam 1 jam 30 minit. Pukul 10.30 pagi sampai Larkin Terminal. Pergi tandas, makan tengahari. Dekat terminal bas Larkin tu macam-macam ada. Nak tukar duit pun ada kedai pengurup wang.

Ada 2 kedai tapi kitaorang pilih kedai Zahar Pengurup Wang SDN BHD. Kitaorang tukar duit syiling $5. Pastu sesiapa yang nak pecahkan duit kecik SG Dollar pun boleh. Aku suggestkan sesiapa yang nak pegi SG, better ada duit syiling dengan duit kecik. (ni pun aku buat research baca blog orang lain)

Ada beberapa option bas untuk ke SG, kitaorang naik bas Singapore-Johore Express. Berbaloi gila tiket RM 3.30. Turun naik imigresen/kastam sampai ke SG naik bas yang sama. Cuma kena simpan tiket bas tu sampai lunyai.

Perjalanan naik bas ni akan turun naik bas 3 kali tak silap. First, turun imigresen. Aku pun dah tak ingat apa step cop bagai tu. Yang aku ingat, kena isi borang putih (Isi nama dan maklumat diri). Pastu pergi cop pasport, check kastam.


Borang Putih.
Settle semua tu, tunggu bas lagi ke Queen Street Terminal. Ramai gila orang. Tapi time tu kitaorang semua dah batak eksaited sebab dah masuk SG. Haha.

Semua orang macam berlari-lari. Berkecak jugak ketiak. Barang semua kena bawak turun dari bas masa nak cop bagai tu. Sebab kita akan naik bas lain lepas ni. (tapi jenis bas yang sama, sebab tu tiket bas tu kena simpan).

Kena tahu/ rajin bertanya once dah jejak kaki kat SG. Tunggu bas kat platform apa, tu semua sila rajin bertanya. Kalau tak melangut la apa satu tak jalan.

Tips: 
  1. Bawak pen sendiri untuk isi borang putih. 
  2. Better bawak luggage. Sebab kita akan banyak gila berlari/berjalan masa settlekan urusan dekat imigresen.
  3. Sila bawak air. Sebab banyak menunggu/ berlari/berpeluh. Penat masyallah.
  4. Makanan kering (roti, biskut, megi semua lepas untuk check imigresen). Air botol pun lepas. 
Function teruk luggage ni. Thanks Zaha
OTW ke Queen Street Terminal, pehh nampak kereta/motor dekat jalan raya semua jenis mewah-mewah. Memang melopong tengok. Kereta diaorang bersih gila. Takde kotor berselut macam kereta Malaysia.

First check point adalah check in hotel. Tak larat oii bawak barang banyak macam nak pindah rumah.

Kena walks 5 min to Jalan Besar Station, nearest MRT Station from Queen Street Terminal. Beli 3 days Tourist Pass. Unlimited pass untuk naik MRT dekat SG.


Tourist Pass
I am swag wearing cap

Matahari dah tegak dikepala, naik MRT ke Bendemeer Station. Ambil Downtown Line (Expo). Walks 
10 mins ke Moni Gallery Hostel.

Time ni memang rasa peh sebaik bawak luggage. Sebab jauh jugak nak berjalan. Tapi jangan risau, jalan raya dekat SG ni pedestrian friendly. Berlambak traffic light untuk pejalan kaki.

MRT dia pun function teruk. Tak rugi beli tourist pass tu. Dia punya train bawah tanah gempak + laju. Function teruk. Paling lama tunggu train 2-3 minit je. Memang pantas dan mantap. Jauh gila beza dengan MRT Malaysia.

Sampai hostel, check in. Solat dan rehat kejap. Then teruskan perjalanan. Walks 10 mins ke MRT station. Naik MRT ke Bugis Station. Amik Downtown Line ( Batu Panjang). Exit B ke Masjid Sultan.

Kat sini, ada Bugis Street, Kampung Glam. Tempat shopping dan bergambar. Ada Masjid Sultan dan famous Restoran murtabak Zam Zam.
Murtabak drive thru
Murtabak kongsi 7 orang. Kenyang, Sebab pilih yang besar. Total harga $23
Sedap murtabak tu. Staff pun helokk (baca: hensem). Dapat air kosong free. Sebab masing-masing buat muka kesian haha. Kalau tak, air kosong kena charge $0.5 .


Masjid Sultan


Doa agar duit berkepuk
Sila pakai topi. Panas lit lit
Kampung Glam
Jam dah pukul 7 malam, settle makan. Gerak ke Bugis Station, 7 min walks. Naik MRT ke Raffles Place. Amik East West Line (Tuas Link) ke Merlion Park, Singapore River, Esplanade, Helix Brigde and Marina Bay.
Crazy Rich Asian lol
Muka masing-masing berminyak boleh goreng telur
Esplanade Park. Di ilhamkan dari bentuk buah Durian
Sepatutnya pukul 8 malam ada show, tapi ntah malam kitaorang pergi tu ada technical error. Dan jalan jauh tapi still kena jalan lagi jauh untuk tengok show tu. Pastu masing-masing macam dah penat, jadi tengok show dari jauh je.


Waktu malam dekat SG ni hidup. Ramai suka aktiviti melepak dan tempat melepak diaorang semua bersih dan cantik. Penuh cahaya keimanan lampu.

Walaupun dapat tengok show dari jauh je, tapi best jugak! 

Last for Day 1, walks to Bayfront Station. Naik MRT ke Bendemeer StationAmik Downtown Line (Expo). Walks ke Hostel and settle mandi, solat dan tido.

Tips: Buat research tentang MRT Station yang akan dilalui. Buat anggaran masa untuk walks distance. Kena tau line mana MRT tu. Ada line hijau, biru, kuning, merah. Kena take note pukul berapa last train. Hari tu pun kitaorang berlari-lari takut tertinggal last train.


Map MRT
*Untuk part ni, berjuta tenkiuuu pada Izza. Dia yang membaca/research pasal MRT bagai ni. Well done, function teruk!

Day 2:

Bangun pagi dengan semangat berkobar-kobar. Today we will visit USS.

First, from hotel 10 mins walks to Boon Keng Station. Naik MRT ke Harbour Front. Amik North East Line. Sampai Harbour Front, walks to Sentosa Station. Amik Sentosa Express. (Station ni dalam VIVOCITY Mall). Sampai Waterfront Station. Jalan ke USS. 1 min walks.

Then, scan tiket masuk USS. Ramai gila orang.

Tips:
  1. Sila beli tiket USS online. 
  2. Datang awal sebelum pukul 10 pagi. Boleh tangkap gambar beratus-ratus depan Globe USS.
  3. Bawak botol air kosong. Berlambak water cooler dekat USS.
  4. Pakai baju/tudung yang selesa. 
  5. Pakai topi/shades sebab panas lit lit.
  6. Breakfast tapi sekadar untuk isi perut je. Sebab takut kalau makan lebih, termuntah pulak bila try game dalam tu.
  7. Kalau nak jimat, takyah simpan barang dekat locker. Gilir-gilir main. Tapi tu la ramai orang. Macam leceh nak gilir-gilir jaga barang.

A must pose!
Bila dah masuk USS ni, please la manfaatkan sebaik mungkin masa dan tenaga batin muda untuk try main semua game, tengok semua show. 8 jam dalam tu, sila jangan bazirkan! Kalau nak terkencing/terberak sila tahan! lol

Dan yes dalam USS ni, tandas nya takde Paip. (singki ada air) Jadi sila manfaatkan botol air. Jangan risau tandas nya bersih dan wangi.

*aku sempat experienced istinjak guna batu 3 penjuru lol. Tandas dia automatik flush, maka tiada la malaun manusia meninggalkan 'harta' sewenangnya.

Refill water
Istana Shrek & Fiona
Far Far Away
Dalam USS ni ada map, sila ambil untuk memudahkan urusan. Ada locker, size small ($15), big ($30) per day. Boleh bukak tutup locker tu. Kena masukkan birthday and color.

Tapi sebenarnya, kebanyakkan game/show dalam tu boleh bawak beg. Takpun dia akan sediakan almari (cuma atas pilihan sendiri, kalau hilang).

Game yang tak boleh bawak beg: Roller Coaster dan Mumia je. Mumia tu pun time aku pergi macam dah lewat petang, staff kat situ kata boleh letak barang dalam locker free 10 mins.

Kitaorang rent locker sebab NOOB. Lagipun malas nak gilir-gilir jaga barang.

Lagi satu, USS ni beratur dia panjang. Tapi masih ditahap terkawal time kitaorang pergi. Mungkin sebab kitaorang pergi Hari Jumaat kot. Rasanya tu bukan waktu SG weekend. 

Kalau korang jual dadah kaya, beli la express pass. Takyah beratur, terus boleh main segala benda.

Antara permainan/show yang best : Shrek & Fiona (4D Show), Donkey Show, Madagascar, Mumia, Transformer (best gila), Waterworld (gempak gila), Roller Coaster (ada 2 jenis, try dua-dua), Jurassic Park (pening boat nya, basah kuyup). Light Camera Action (tak sempat masuk)

With the cast Waterworld Show. Highly recommended! Best gila!
Sebelum 
Selepas. Basah Kuyup
Banyak gila game/ show tak sempat main. Serius talk, 8 jam dalam tu tak cukup! 

Lepas tu, sila jangan lepaskan peluang naik roller coaster dia. Gempak! Aku pun sumpah pening lalat + nak termuntah lepas naik.

Muka sebelum rasa nak muntah. Haha
Tapi nanti boleh cite dekat anak cucu, 'Opah dulu berani tau naik roller coaster'...

Haha.

Makanan pun banyak je jual dalam USS ni cuma mahal sikit. Tapi kalau nasi camtu, macam boleh makan portion 2 orang.

$15 with free drink
Settle main dekat USS sampai pukul 6 petang. 

Nak carik tempat solat, menggagau. Ini bahana solat diakhir waktu. Dalam USS tu ada je surau. Tapi sebab tak sempat nak solat kat situ. Pastu luar kawasan USS tu takde surau. Mengagau weh nak amik wudu' kat sinki. Disaster! Tapi new experience.

Solat bersempit dalam ruang tersorok
Kitaorang stay luar kawasan USS tu (RWS Resort) sampai 7.40 malam. Settle terus solat maghrib-isyak.

Around 8 malam camtu, amik train ke Sentosa Station.

Badan semua dah penat, kaki screw dah tercabut. Kitaorang decided untuk jalan-jalan sekitar VivoCity Mall je. Katanya ni mall terbesar dekat SG.

Ada banyak aktiviti melagha melepak dekat kawasan luar mall tu. Penuh lampu, ada kolam air orang mandi. Singaporean memang suka weh aktiviti melepak camni. 

Then pukul 9.30 malam camtu, gerak ke Waterfront Station. Stop dekat Boon Keng Station. Jalan kaki balik hostel, mandi, membawang dan tido.

Day 3:

Pukul 11 pagi, check out hostel.

Walks to MRT Bendemeer Station. Stop at Bugis Station. Pulangkan Tourist Pass, dapat balik deposit $10. Walks to Bugis Street. Shopping segala barang. Ramai gila orang. Pekerja dekat sini semua fasih Bahasa Melayu.

Tips: Beli barang, kongsi dengan member. Harga jadi murah. 

Shopping~
Settle shopping, walks 10 mins to Queen Street Terminal. Beli tiket bas balik ke Larkin Terminal. Dekat sini sadis sikit, tiket basnya $3.3 . Jauh gila bila convert to Ringgit Malaysia. Padahal harga dari Johor ke SG cuma RM 3.30 je.

Ulang balik step berlari-lari menuju imigresen dan kastam. Sampai Larkin Terminal, makan, tukar duit dollar ke Ringgit balik dan beli tiket bas ke Batu Pahat. Dalam pukul 6.40 petang, selamat sampai rumah sewa.

Tips: 
  1. Kalau duit SG dollar lebih dari $100, boleh tukar balik dekat kedai Zahar Pengurup Wang SDN BHD dengan rate $1=RM 3. Kalau kurang dari $100, dia akan jadi $1=RM 2.98. Jadinya, kumpul la semua baki duit SG dollar dengan kawan-kawan dan tukar serentak. Baru untung.
  2. Kalau korang student UTHM, dari Larkin Terminal tu boleh mintak pakcik bas stop kan bas depan UTHM je.

Ni ringkasan perbelanjaan aku sepanjang dari Johor ke Singapura. Alhamdulillah nafsu tak syaiton sangat.

Day 1:
Tiket bas dari UTHM-Larkin Terminal: RM 11.70
Tandas: RM 0.30
Makan: RM 11.50
Tiket bas Singapore-Johore Express: RM 3.30
Tourist pass: $20 + $10 (deposit)
Keychain: $6

Day 2:
USS Ticket: RM 212
Locker: $3.6
Sosej: $1.3

Day 3:
Beg: $2.5 + $0.35
Baju: $6 + $8.3
Keychain: $10
Tiket bas Singapore-Larkin: $3.3
Tiket bas Larkin- Batu Pahat: RM 12.40
Makan: RM 15.10

Untuk perbelanjaan ni, aku sorang je habis $65. Convert duit Malaysia = RM 195. Banyak gila lebih duit SG Dollar aku.

Lain-lain belanja:
Hotel: RM 50
Bekalan makanan: RM 20

Total belanja untuk ke SG ni alhamdulillah tak lebih RM500.

Tips:
  1. Untuk beli souvenir, pakat-pakat la dengan kawan kongsi. Sebab style kedai-kedai dekat SG ni, semua benda akan lebih murah kalau beli 3 ke atas. Tshirt, keychain, beg dan chocolate semua benda la murah kalau beli banyak-banyak. Beli satu jadi mahal dan rugi.
  2. Makanan pun sama. Tapi trip ni, kitaorang tak spend duit banyak dekat makanan. Semua bawak bekalan dunia akhirat makanan dari Malaysia.
Souvenir~
Lupa nak bagitau, Hotel kitaorang konsep Hostel. Moni Gallery Hostel. Tandas kongsi Lelaki, Perempuan. Katil double decker. Tapi lengkap wifi, iron (kongsi). Pastu ada peti ais, water heater, pinggan mangkuk. Makanan macam roti (breakfast) disediakan.

Sebenarnya kitaorang 7 orang plan nak sardin sumbat kan semua dalam satu bilik. Hotel pun sebenarnya kitaorang tempah yang 4 orang je. Tapi alhamdulillah rezeki, dapat bilik untuk 6 orang. Bilik dia kecik je. Nak solat pun sempit tapi bersesuaian la dengan 'bugdet'. What do you expect..? *itu je aku dok ulang dalam kepala bila rasa nak merungut lol.

Sebenarnya cuak jugak tandas kongsi laki perempuan tapi tawakal je la. Everything will be fine.

Pasal sim card pulak, housemates aku beli sim harga $12, unlimited data boleh guna sebulan.

Tapi jangan risau, around SG ni kebanyakkan tempat ada free wifi. Cuma tu la line nya terputus-putus. Boleh la dari takde.

Kesimpulan yang dapat dibuat, worth to explore SINGAPORE! Their building are dramatic excellent, cantik/ hebat/gempak. MRT maju teruk! Jalan raya pun bersih.

Culture dia pun bagus, everyone look like have determination. Semuanya bergerak pantas tapi teratur. 

Tourist memang berlambak dekat SG ni. Dan rakyat dia tak lokek ilmu information. Kalau tanya direction MRT ke tempat ke semua mampu untuk bagi info. Diaorang  semua familiar dengan laluan MRT.

Lagi satu, arahan MRT dia ada 4 bahasa. Mandarin, English, Bahasa Melayu dan Tamil. Kat Malaysia pun jarang bahasa arahan public transport dalam Tamil. (ke aku je yang taktau kalau ada?)

Orang SG pun kebanyakkan nya even Cina diaorang fasih cakap Bahasa Melayu. Kita ni pulak terlebih-lebih nak speaking dengan diaorang. Haha.

Okay sampai sini je coretan panjang gila. Happy Reading! 

Eksaited teruk!