Sunday 15 February 2015

Kematian

Assalamualaikum..

Rasa sangat penat la sekarang ni. Exhausted. Pastu badan pun macam meragam, deman nak demam. Tapi tak demam pun. Hari tu pening kepala macam kena lenyek dengan bulldozer. Telan 2 bijik panadol, pengsan sampai esok pagi. Heaven! Selera makan pun dah kurang. *ni bukan tanda-tanda menghampiri kematian kan? Choii.

Pastu rasa macam senang gila air mata nak tumpah. Padahal takdepun benda sedih berlaku. Buat-buat gembira macam anything seems ok but not actually. Taktau sebab apa?? Pastu rasa depressed. Ahhhh.

Sebaik lagi 3 hari nak balik rumah. Dan ibu cakap, dia dah penuhkan peti ais menantikan kepulangan aku dan Hafiz. Happy me!

Pastu hari tu, time malam Nik Aziz meninggal..aku felt down gilaa. Menangis sebelum tidur. Ntah.

Seluruh timeline social media aku penuh dengan ucapan takziah. I'm feeling the sadness. Padahal, aku tak pernah tahu pun sejarah, salasilah Nik Aziz. Aku cuma tahu Nik Aziz tu, bekas menteri besar, ulama', tengah sakit. Tetiba je malam tu dah meninggal. Sikit sangat yang aku tahu pasal Nik Aziz.

Tapi perasaan sedih tu menggunung. 

Aku terjumpa satu quote ni 'kenapa orang baik semua pergi (mati) dulu? Sebab kalau kita pergi taman bunga pun, kita akan petik bunga yang paling lawa sekali.'

In other words, sebab orang tu baik..Allah suka. Sebab tu Allah ambil nyawa dia. Hmm

Pastu Mass pun cakap, sekarang waktu akhir zaman, ramai sangat orang yang mati. Tak kira ulama' atau orang biasa. Mass takut, adakah kita ni hidup lagi sebab kita banyak dosa? Tergolong dalam orang yang Allah murka?

Aku tak ingat sangat ayat Mass, tapi macam tu la maksud dia.

Ada jugak quote, 'kenapa kita masih hidup hari ni? Adalah kerana kita masih mempunyai dosa dan Allah nak bagi peluang untuk kita bertaubat.'

Secara jujur, aku memang tak boleh dengar berita kematian ni. Even orang yang mati tu, takde kaitan pun dengan aku. Aku akan rasa sedih.

Mungkin aku takut mati. Padahal kematian tu suatu yang pasti. Syarat untuk mati adalah hidup.

Banyak benda yang belum aku buat dalam hidup ni, dosa pun menimbun, hutang pun ntah ada ntah yang tak bayar lagi. Ibadah pun compang camping.

Dosa tak kalau aku takut mati? Orang Islam hanya perlu ingat mati je kan?

Tapi serius, bila ko takut mati, ko akan cuba untuk buat kebaikan/pahala untuk jadikan ko berani hadapi kematian. (This me!) I mean untuk dapatkan pengakhiran yang baik, kita akan cuba untuk lakukan kebaikan kan. 

Ingat mati, tu akan mengingatkan kita ada Tuhan yang lebih berkuasa. Takde siapa tahu ajal maut dia bila dan di mana? Tapi moga-moga bila aku tiada, kirimkan doa dan sedekah Al-Fatihah agar aku ditempatkan bersama para solihin. Aminn.

Dan kehidupan ni sangat singkat untuk kita lakukan perkara sia-sia, dengki mendengki sesama manusia. Note to myself.

Akhir kata, doakan saya qawwiy (kuat). Kuat dari segala benda.







Tuesday 3 February 2015

Its February

Assalamualaikum..

Hai semua. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Februari. Bulan kegemaran aku. You know what I mean right? Siapa taktau 7 Februari tu hari apa? Meh sini aku luku kepala ko! Lol. Ahakss.

Sekarang aku tengah holiday. So mode melangha is turned on! Hari tu baru lepas UPS. UPS yang last dekat matrik ni.

Kekadang aku rasa aku nak sangat cepat habiskan matrik ni. Tapi kekadang rasa taknak! Sebab taknak move on. Sebab taktau nak apply coarse apa dekat U. Sebab taknak hilang/jauh dari kengkawan matrik. Dah selesa/sayang dengan diaorang. 

Hari tu kan aku terserempak dengan Fat. Memang jodoh gilaa. Jumpa tengah jalan dekat luar Ole-ole Seksyen 18. Pendek kan cerita, time tu aku nak lintas jalan nak pergi parking kereta. Pastu tetiba nampak Fat drive kereta nak lalu depan aku. Time tu tang tengah jalan tu jugak aku dok menjerit kalut lambai kat Fat. Sebaik Fat perasan. Fat pun muka kemain eksaited. Haha. Aku pun eksaited jugak. Dah lama kot tak jumpa dia. Last jumpa time Majlis Tautan Kasih tahun lepas.

Pastu kitaorang lepak dalam 5 minit camtu. Dalam kereta Fat. Tak boleh lepak lama sebab family aku dah nak balik time tu. Eksaited gilaa kitaorang. Luar kereta menjerit. Dalam kereta pun menjerit. Can't desribed by words how much I excited bumped with Fat. Rezeki. Aku tiap kali pergi Ole-ole mesti terserempak dengan keturunan Fat. Hmmm.
Sempat la selfiee satu dua tiga keping dengan Fat. 
Pendek tak cerita pasal pertemuan aku dengan Fat tu? Habis dah jumpa pun 5 minit je, jangan la expect ceritanya macam 2 muka surat kajang paper pulak. Lol. Tapi serius aku happy gilaa terjumpa Fat. Adik aku, Kakak aku cakap aku dah serupa monyet bila dok eksaited melambai bila nampak Fat. Kuang ajoo diaorang ni!

Tapi memang kalau aku jumpa budak Samtish aku akan eksaited. Ntah. Sebab rindu sekolah kot. Korang tak ehh? Ke aku sorang je ada hormone eksaited terlebih ni? whatever. Hee~

Lagi satu aku nak bagitahu yang aku dah tukar nombor baru. Nombor lama diterminated! Sedih sebenarnya. Sebab aku sayang nombor tu. Nombor tu plan new Sox ke apa tah. Tak ingat. Tapi memang jimat.

Yang nombor baru, hmm macam tak berapa jimat je. So siapa yang ada urusan penting, boleh la dm aku nak nombor baru tu.

Sebab aku sedih nombor aku diterminated, maka aku carik penawar yang boleh happykan aku balik. Which is pergi kedai buku. Aku taktau kenapa, tapi aku suka gilaa pergi kedai buku. Kekadang saje masuk, tak beli papepun. Seems like therapy like that. Dan kedai buku yang selalu menjadi pilihan, Popular dekat Aeon Bukit Tinggi.

And guess what, I got this book!



Terus aku happy senyum sampai ke telinga. Aku minat Mat Luthfi sebab dia cakap Utara dan funny. I don't know why but I extremely love Utara dialect.

Aku plan nak beli novel. Hmm tapi bosan la sebab novel sekarang, kebanyakkan jalan cerita sama! Tak berkembang langsung! Pelik aku tak beli langsung novel. Padahal aku ni hantu novel kot. Lately ni memang dah kurang baca novel. Ntah.

Pastu aku lebih layan buku motivasi/keagamaan camtu. Tadi aku beli lagi satu buku tajuknya Aku, Muslim & Britain. Taktau kenapa beli. Tapi dah terbeli. lol.


Mungkin ada hikmah dalam buku ni. Moga buku ni dapat bagi aku sesuatu. Dia cerita pasal belajar dekat luar negara and at the same time, cuba menyampaikan ajaran Islam.
Hari tu pun pergi Popular aku tak beli novel merepek dah. Aku beli novel aA+bB, Hlovate dengan Novel Cinta High Class, Ustazah Fatimah Syarha dan suami penulis buku tu. Macam pelik dengan diri sendiri. Tapi tu mungkin proses mematangkan diri kot. Nak 20 tahun dah kan. Hee~


K la sampai sini je cerita aku. Akhir kata, aku suka gilaa buku. So siapa yang pening lalat nak bagi aku hadiah for my becoming birthday, haa jangan risau. Bagilah aku BUKU! Insyaallah aku appreciate gilaa. *menyempat. Gurau je la. Hahaha. Kbyee.