Sunday 29 December 2019

Life Update in 2019

Assalamualaikum..

Setelah berzaman tak taip blog, busy ntah buat apa. Makin dah nak menuju usia Perak (25 tahun), makin malas nak update segala Social Media. Harapkan story whatsapp je la orang akan tahu aku hidup lagi atau tak. Sekarang rajin usha dari jauh je semua socmed. Nak likes gambar orang dekat IG pun malehh. Tapi harapnya gambar aku, orang jangan malas ye nak sumbang like. Haha



So far 2019 being so much learning process, so much roller coaster emotion, yang sedih yang gembira yang so-so. Semua in this 2019!

Kita mulakan dengan awal tahun 2019, result exam sem 7 keluar sipi-sipi Dean List. Then result sem 8, Alhamdulillah dapat jugak title Dean List. 5 sem try hard gila nak Dean List, at last Allah bagi rezeki dekat sem last.

Then tahun ni jugak, benda paling best happened. Convocation Day, 4 tahun belajar come to the end. Pastu bila dah hadap dunia pekerjaan, rasa ruginya dah habis belajar. Sebab dunia belajar best gilaaa. Nak sambung Master tapi tak nampak lagi keperluan dia. Maka bye-bye Master. 

Ingatkan dah habis belajar senang untuk dapat kerja. Selagi ko bukan 'Mandarin Speaker', 'Work experience 2 years above', mimpi je la mampu untuk kerja dalam bidang ko nak. 

Berlambak resume dah bertebaran hantar, nak dekat 10 interviews dah hadap tapi still tak dapat lagi kerja yang aku nak which is Engineer. Tapi takpe, macam aku selalu bagitau di socmed aku, aku bukan mahasiwa memilih pekerjaan. Apa je rezeki yang Allah bagi, aku try ambil, try adapt and try push the best out of me. 

Cuma tu la, gaji yang kecil menyebabkan self motivation aku down! Cakap lelebih kang, orang cakap aku tak bersyukur. Kahkah!

Lagi, di tahun 2019 ni aku belajar lagi satu benda which is please la myself don't put high hopes to same people again. Whatever happened between us, ahh lantak laa. Aku serahkan semua pada tangan Allah untuk rawat hati aku. Apeenii ayat macam sedih + sendu gilaaaaa. Saya doakan anda bahagia dan Allah akan bahagiakan saya lebih dari bahagia anda. Aminnn.

Whatever happened this year really taught me so many things. I have learned a lot.

Akhir sekali, harapnya 2020 will bring me more happiness, Allah akan rezekikan kerja yang terbaik untuk aku, kerja yang akan meningkatkan semangat aku dan segala yang baik-baik untuk aku insyallah. 

O Allah! I seek refugee in You from grief and sadness, from weakness and from laziness, from miserliness and from cowardice, from being overcome by debt and from being overpowered by men (other peope)
Sahih Bukhari 7:158













Tuesday 23 July 2019

Doa is wireless

Assalamualaikum..

Kali ni aku share beberapa doa dan ayat Al-quran yang aku amalkan. Dan guess what, some of my friends pun amalkan benda yang sama. And we are so excited bila cerita pengalaman masing-masing with these doa kebanyakkannya cakap mujarab. (Insyallah dan Alhamdulillah)

First, potongan ayat yang aku baru-baru je (tak sampai lagi setahun) amalkan adalah doa Nabi Yunus. Ayat ni housemates aku yang pekenalkan kat aku. Mula-mula tu aku selalu dengar je cerita yang diaorang akan amalkan ayat ni bila diaorang rasa takut/cuak. Tapi aku tak penah rasa nak try amalkan pun. Tapi satu hari tu aku scroll twitter, ada thread pasal doa ni bersama kebaikan/kelebihan dia. Sejak dari tu, alhamdulillah aku try hafal and amalkan. Dan alhamdulillah doa ni memang boleh buat aku tenang dan sentiasa percaya Allah akan berikan apa aku nak (with usaha of course!).



Thread yang aku baca kat twitter tu memang bagus gilaa sampai aku ter impress untuk amalkan jugak.

Next, adalah ayat penyeri wajah/untuk lembutkan hati orang yang lihat kita. Ayat ni lagi bertebaran orang cakap bagus. Ayat ni sedikit panjang. Tapi kalau dah hafal, rasa pendek je. Ayat ni aku dah amalkan dari before puasa tahun ni, saje nak amalkan untuk penyeri wajah. Hehe.

Yang ayat kedua (bawah) tu, hafal/amalkan yang dalam kotak tu je. Ayat ni, aku ada baca ianya untuk elakkan orang rasa nak marah kita. Senang kata, ni ayat pengasih versi islamik. No guna-guna minyak dagu dan nasi kangkang. 



Doa ni, kawan aku pun ada share..sejak dia amalkan ayat ni memang rasa diri dia, jarang orang marah, jarang berselisih faham dengan manusia. Then kalau nak jumpa bos/orang besar2 takde la rasa takut sangat. Dia amalkan doa ni time study dulu. Ada jenis pensyarah tak suka students masuk class lambat. Tapi one day, dia terlambat sikit..dia terus baca ayat ni. Luckily, lecturer tu tak marah pun kat dia. Pastu dia ada jenis lecturer suka point students untuk jawab soalan kat depan class, dia amalkan ayat kedua tu, (sebab taknak jawab kat depan) alhamdulillah so far tak penah kena jawab kat depan. 

Next, ayat-ayat common macam ayat kursi, ayat seribu dinar tu lagi lah perlu kita amalkan. So far aku amalkan ayat kursi everytime aku keluar rumah masa zaman study dulu. Kan aku bawak motor je, dengan keadaan jalan raya kat Parit Raja tu memang tawakkal atas Allah amatlah perlu tinggi untuk perlindungan (perjalanan pergi balik universiti) yang kadang-kadang stay up kat library 2-3 pagi baru balik rumah sewa. Alhamdulillah setakat ni Allah lindung, tak pernah accident dan jumpa benda pelik-pelik atas jalan raya.

Next, doa mencari jodoh/keluarga bahagia. Yang ni paling best so far. Kalau rasa sedih dengan cinta manusia, rasa macam down je kan asyik single and lonely..meh la amalkan doa ni. Bukan la kata, doa ni boleh terus jatuhkan bakal zauj/zaujah dari langit. Tapi bila amalkan ayat ni, automatik ko akan rasa nak perbaiki diri sehabis baik dan percaya jodoh semua tu Allah akan bagi insyallah dan ko takde la meroyan benda bukan-bukan. (Ni memang aku sematkan dalam kepala otak tiap hari!)



Next, surah-surah yang kalau boleh tiap malam amik la masa 15-20 min untuk baca which are surah Al-Waqiah dan surah Al-Mulk. Seriusly surah Waqiah ni memang powerful gila untuk bagi rezeki dan buat kita rasa cukup dengan rezeki yang Allah bagi. Mula-mula aku amalkan surah ni, memang rasa panjangnya surah ni (80 lebih ayat). Tapi kalau dah biasa baca, ko akan rasa ayat dia sebenarnya pendek je.

Kelebihan Al-Mulk pulak adalah untuk menerangi kubur kalau tak silap. Well jenis banyak dosa macam aku ni, memang kena weh amalkan surah ni sebab takut dalam kubur nanti gelap. Huhu

Next, ada masa memang down gila nak mati. Rasa macam ada je tak kena. Time macam tu, memang laju je la selak Al-quran carik surah Ar-Rahman. Kadang, memang berderai weh baca surah ni. Insaf kejap kalau baca tang 'nikmat Tuhan yang mana yang kamu dustakan' tu..Bagi aku, surah ni memang macam surah memujuk buat aku. Once aku habis baca je surah ni, aku akan lebih menghargai apa yang aku ada dan try persetankan benda yang menyerabutkan kepala.

Okay sebenarnya banyak lagi doa/ayat aku amalkan. Tapi setakat ni jelah eh aku share (sebab dah panjang sangat). Moga-moga kita semua mendapat kebaikan dalam apa jua kita lakukan. 

Aku share ni bukan tujuan riak. Hanya untuk kita sama-sama amalkan apa yang bagus. 









Saturday 13 July 2019

Done Degree!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah akhirnya dengan bangga dan riak nya aku nak mengumumkan yang aku dah habis belajar untuk degree. Haha. Semalam all the unofficial results untuk last sem (Sem 8) dah terpapar. Dan sekarang memang tunggu convo bulan 10 nanti insyallah. Can't wait!


Thanks to all who direct and undirectly bear with me in this roller coaster journey. Kalau nak sebut satu-satu sampai convo mungkin tak habis listkan.

Thanks kawan-kawan yang selalu ada susah dan senang. Yang sama-sama ada time buat benda berfaedah mahupun benda melagha kan. (#YTJT)

Yang selalu mengajar aku subject-subject yang susah. (You just know who you are, Cikgu). Housemates ku juga yang sama-sama bersengkang mata study, hafal and share notes bagai. Cerita pasal SV, PSM masing- masing with lots of emotions. 

And to Zaha, thanks setia bersama aku dari tahun 1 sampai 4. Banyak gila benda la kalau nak berterima kasih dekat Zaha ni. I make it short, I love you!

To Group Circle of 9 too, thanksss too. Korang paling banyak mewarnai hidup aku dekat UTHM.

Dan of course to Ibu Ayah, adik beradik dan kaum kelurga yang lain. (Eh ucapan beria gilaaa). Thanks to Ayah yang selalu bagi duit tiap minggu. Yang tak pernah berkira pasal duit. Thanks Ibu, yang selalu pesan jangan give up, there are always a rainbow after raining.Thanks kakak yang selalu bagi kata-kata semangat dan bagi pinjam duit, belanja ink printer and so on. To adik-adik Hafiz, Huda and Alif thanks selalu layan Ktyra yang sentiasa terhibur dan perlukan hiburan.

Oh lupa to my Final Year Project Supervisor too. Thanks to Dr Musli Mohammad for all the guidance you give and also for the A for both my PSM 1 and PSM 2.

Oh lupa thanks juga pada who his cute name Adudu. (I don't know whether you know or not that name is for you haha). You bring me a lot of turbulent emotion. Some can bring me smile some can bring zzz to me. 

Oh lupa lagi, thanks pada kawan-kawan matrik jugak. Ramaiiiiii nya nak sebut. All i can say, you know who you are! Thanks walau jarak memisahkan kita, tapi hati sentiasa mendoakan. ececeh

This journey is nothing without you guys.

Sampai sekarang, still tak percaya dah habis belajar. Dari umur 3 tahun kot belajar kat tadika sampai umur 24 tahun ni. Such a long investment!

But this is just beginning for another chapter in my life Insyallah. Dan sebenarnya memang wujud yee perasan takut untuk hadap alam pekerjaan. Bila aku job hunting, peh rasa diri ini sangatlah kerdil. 

Akhir kata, sila kira berapa banyak perkataan 'Thanks' yang wujud dalam post ni huhu. Itu menunjukkan yang aku memang berterima kasih gilaaa pada semua yang terlibat. 

Kepada kawan-kawanku, Happy job hunting and job interviews, berjaya dapat kerja untuk membantu keluarga masing-masing. Doakan aku jugak yee.



Friday 12 April 2019

Master atau Kerja?

Assalamualaikum..

Soalan aku, master atau kerja? Lately ni, dua benda ni la selalu mengganggu kedamaian aku.

HELP!

Ada masa aku okay je nak sambung master, ada masa aku rasa malas. Ada masa aku terus nak kerja nak pegang duit berkepuk-kepuk. Malas dah nak menyibuk-nyibuk belajar bagai nak rak. 

Aku taktau la pathway hidup (career) aku apa. Kadang rasa malas nak kerja industri. Rasa nak kerja bidang pendidikan. Tapi rasa macam tak cukup pandai nak mengajar.

Benda paling aku risau kan, umur aku dah 24 tahun. Tapi satu hape aset kekayaan pun aku takde. Kalau sambung master, ntah ntah 25 atau 26 kot baru habis. Pastu aku jamin aku akan gatal nak sambung Phd pulekk.

Dah tu bila nya aku nak mengumpul duit? Aku banyak gila kot angan-angan yang perlukan duit untuk dilaksanakan. Ke hidup aku akan bermula di usia 30s? Huhu.

Ye aku tau setiap orang ada time zone tersendiri yang Allah dah aturkan. Tapi still, inside me ada banyak gila benda mencanak-canak aku sedang pikirkan.

Huh.

Ke aku patut buat master ni PJJ? Tapi tu la, aku tau limit diri aku. Aku kalau dah penat (kerja), memang buku ke mana, study ke mana. Memang menghadap ceiling/dinding terus terbongkang kelangit aku bermimpi lol.

Tapi, aku tau untuk mendapatkan sesuatu, kita memang kena korbankan sesuatu yang lain kan. Aku boleh je korbankan masa tidur, rehat dan usia remaja untuk push diri belajar bersungguh-sungguh demi segulung master ni.

Tapi tu la, takut tak cukup kuat. Takut ter-rebah di pertengahan jalan. Hmm

Hari tu aku ada tanya kawan-kawan aku kat twitter, 'kenapa diaorang sambung master?'
Kebanyakkannya ada matlamat yang jelas. Aku ni je ha matlamat tak jelas huh.

Then aku ada la tanya, 'takpe ke kita ni sampai ke-tua belajar. Separuh hidup dihabiskan untuk belajar?'

Then, kawan aku jawab, 'it is better separuh umur habis untuk belajar daripada separuh hidup habis untuk kerja je'.

Damn. Deep betul --'

Lagi satu, kalau aku PJJ master..better amik dekat UTHM atau UITM Shah Alam? Ni pun rungsing jugak ni. Sanggup ke aku dok ulang alik Shah Alam-Johor kalau PJJ? Sebab aku dah ada few potential SVs dari UTHM. Kalau boleh nak stick je dengan UTHM.

Ke SV dari UITM pun not bad? (aku tak survey lagi)

Kewangan lagi kalau nak sambung master. Okay sebenarnya pasal kewangan ni, ni bukan masalah besar. Sebab kalau aku sambung master kt UTHM under research mode (FULL TIME) dapat elaun sara hidup. Jumlah dia cukup je untuk aku ulang alik Keluang Mall/JB tiap minggu lol.

Dan aku rasa, untuk yuran pendaftaran pun insyallah takde hal kot nak carik duit tu. 

Tapi kalau PJJ, hmm cukup ke duit gaji nak tampung?

K soalan paling LAST!
Takde orang ke nak ajak aku kawen after aku habis degree ni? Kalau ada senang, kita boleh discuss together what should we do lol

Sebab kan, bila aku tanya semua orang apa patut aku buat, semua jawab 'ikut suka ko la'...

Hmmm.

So sampai disini je dulu bebelan aku. Moga-moga urusan aku Allah permudahkan. 


Muka serius time intern hari tu. Gambar ni takde kaitan tapi lantak laaa haha










Friday 29 March 2019

#7 tyrawrite

I have 1 million reasons to be happy and I still end up choosing that 1 people reason to be sad.

Actually my heart just got ripped into a million pieces but I won't tell you because you wouldn't care anyway.

Who's making me sad?
The one who made me so happy.

I will stop wasting my time on people who treat me extra special one day and act like I didn't exist the next day.

One day, I will lost all my interest on you.

I love you but I'm done.

I don't care how much I love you, I will leave you alone if you make me feel unwanted.

*all these sentences I got from twitter. =) Aku share sini sebab rasa ayat ni macam best dan kena dengan situasi lol

Sunday 24 February 2019

Sem 8

Assalamulaikum..

Road to last sem for final year Degree.

Sem 7 went very well. Pointer aku hari tu dah dapat. And walaupun tak capai target Dean list tapi sipi-sipi pun okay dah. Cuma sedih sikit sebab hari tu Ibu janji nak belanja Handphone baru kalau dean. Sekali aku dapat 3.46 je. 

Time keluar official result tu, dah tahap tawakkal je. Sempat niat dalam hati, apapun result yang keluar kena semat dalam kepala otak itu adalah yang terbaik. Dan kalau tak dapat apa yang dihajati mungkin, Sem 8 ni kena push harder.

So kalau tak dapat phone baru tu, hmm memang bukan rezeki la tu. Mungkin last sem ni dilarang melagha kot. Sebab tu Allah tak izinkan. Mari kita berfikir positive. Hekhek.

Sikit je lagi nak habis belajar, nanti aku beli la phone guna duit sendiri. Doakan.

Untuk hidup aku lately ni banyak gila benda yang aku syukurkan. Tapi malas nak taip. Haha. Apa yang penting rezeki duit tak putus-putus walaupun tak banyak tapi ada. Sepanjang cuti sem hari tu, ada je dapat duit belanja dari Ibu dan Ayah.  Lepas tu, rezeki adik beradik yang kaya raya yang asyik belanja makan je. Kak riza pun bagi duit. So far Alhamdulillah. 

Kufur nikmat kalau aku cakap semua ni tak cukup.

Dan aku memang love teruk 2 bulan pertama 2019. Everything went well. Kalau kita set nak more appreciate diri sendiri and fokus kepada orang yang betul-betul care kat kita, Insyallah hidup lebih bahagia. Aku memang amalkan prinsip ni dan 99% hidup aku lebih bahagia.

All the bullshits biarkan je la. Kalau dilayan sangat, kita sendiri yang sakit hati.

Aku percaya kuasa doa dan usaha. Tapi kalau apa yang kita doakan atau usahakan tu belum dimakbulkan lagi, keep try dan jangan mudah give up. Insyallah Allah akan makbulkan kemudian hari dan gandakan apa yang kita nak tu.

Dan sekarang, ada satu benda la aku keep doa. Harap Allah makbulkan. Ianya berkaitan manusia. Dan aku percaya hati manusia ni Allah yang pegang. 

Sekian la sampai sini dulu. Keep positive!


Macam kejap je dah final year!


Friday 8 February 2019

How hell I am 24

Assalamualaikum..

Makanya semalam genap umur aku 24 tahun. Macam post aku di Instagram, aku rasa 24 ni satu nombor yang pelik. Pada umur 23, aku still rasa muda bergetah, tapi once masuk je 24 aku rasa super old.

Then next year, I will turn to 25. OMG!

Walaubagaimanapun, I am blessed with 24. Alhamdulillah Allah rezekikan lagi hidup, bernafas hingga sekarang. Masih dikelilingi keluarga. Itu pun sudah cukup.
Terima kasih kakak, bagi kek sepotong
Terima kasih Alif, belanja KFC
Terima kasih Hafiz, belanja ice cream
And there are so many people out there yang wished dan doakan aku sempena birthday semalam. I felt overhelmed. Ramai gilaaaa doakan jodoh eheee~ 

Kali ni, aku nak post beberapa wish dari kawan-kawan aku biar jadi memory. Yang ni dari Ig story mereka.






Dan sebenarnya banyak gila wish kat Whatsapp, Facebook, Instagram, Ig story..nak snap satu-satu gigih gilaaa. Tapi sebab aku tengah free, so here...
Dari whatsapp
Dari whatsapp
Dari post IG
Dari post Facebook
Dari IG story
Ibu wish 2 kali. Aku harap sangat Allah makbulkan kata-kata ini. Aminn. 
Okay sampai sini je coretan aku kali ni. Harap sangat segala ucapan yang baik-baik Allah maqbulkan dan berbalik semula pada korang yang wish. Lots love from me. Siapa doakan jodoh, kawen semua...Insyallah doakan MR JOE jumpa jalan menuju hati aku lol.

Wednesday 2 January 2019

Hello 2019

In 2019,
Delete the bad habits,
Shutdown toxic people,
Toxic people are not allowed near,
Reprogram my heart,
Do more and expert less,
Save space for people who matter.

2018 a tough year for me,
So many things have hurt me, 
But I have come this far,
I did more than enough.

Congrats dear self.