Saturday 29 March 2014

Petani berjaya yang ada kebun free

Assalamualaikum..

Siapa yang ada kebun, ladang berekar-ekar? Haa mesti orang tu kaya gilos. Tujuh keturunan dok perabih pun tak habih-habih harta depa.

Aku kan sebenarnya pernah bercita-cita nak ada ladang sendiri. Aku nk bela kambing dengan lembu. Sampai sekarang pun aku rasa impian tu still ada cuma tak sekobar dulu. 
Heh.
Sadonya abang lembu tafff :P
Ntah taktau kenapa ada impian cenggitu. Mungkin aku ni pencinta alam sekitar kot. Aku suka hijau pokok, hijau-kuning sawah padi, tanah, langit, sungai haa semua pasal alam sekitar aku CINTA!

Haa lagi satu aku minat bercucuk tanam. Tapi sedih rumah aku takde tanah (rumah teres). So terpaksa aku tolak ketepi hobi tu. Aku pernah tanam pokok cili dekat belakang rumah. Tu pun tanah aku beli dekat Tesco, pasunya pulak aku guna bekas apa tah. Bekas nak dibuang. Memang recycle punya bekas.

Bila kita tanam pokok, lepas tu pokok tu membesar dengan sihat. Keluarkan hasil yang baik. Kalau tanam pokok buah, buahnya boleh dimakan. Heaven gilos perasaan tu. 

Time aku tanam pokok cili tu, bila dia dah keluarkan hasil, pergghh best gilos. Main petik je cili belakang rumah. Takyah susah-susah beli kat kedai.

Tapi sayang pokok tu tak bertahan lama sebab ada serangga perosak. Sob sob.
Seriusly aku wish aku ada kebun/ladang sendiri.

Kalau nak ada kebun, mesti perlukan kos yang tinggi. Ye la kos baja, kos pekerja, kos selenggara dan macam-macam lagi. Haa semua tu la perlukan duit.

So korang nak tau tak sebenarnya kita boleh ada kebun/ladang yang FREE?

Haa siapa yang suka bercucuk tanam tu, haa bagus sangat baca belog ni sampai habis..hee~

Korang amalkan je istighfar ni SUBHAANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILAAHA ILLALLAH WALLAAHU AKBAR

Rasulullah pernah bersabda akan ditanamkan sepohon pokok dalam Syurga untuk kita kalau kita baca istighfar tu sekali. Cuba bayangkan kalau sehari kita baca sekali, sebulan 30 kali. Haa tak ke untung kita dah ada 30 pohon pokok? Setahun? 10 tahun? Wow!

Bapak untung! Dah la free. Ntah-ntah malaikat yang tolong tanamkan untuk kita. Korang dok goyang kaki dah ada berpuluh, beratus pohon pokok. Perghh. Nikmat.

Tak payah berpanas, berhujan nak tunggu pokok tu membesar. Tup tup bila kita masuk SYURGA nanti, kita dah ada tanaman kita sendiri. Just get ready je nak berehat-rehat dibawah rimbunan pepohon dengan angin Syurga sepoi-sepoi bahasa.

Korang paham kan yang kita 'ADA' kebun sendiri? By istighfar macam tu je. Tak panjang pun, seminit pun tak sampai.

Pokok kan sentiasa berselawat, memuji-muji kebesaran ALLAH. Then mungkin kita pun boleh dapat saham tu. Sebab kita kan 'tuan pokok' tu. Senang gilos nak dapat manfaat!

Sebenarnya kisah ni dari Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW pernah melewatinya saat dia sedang menanam pokok. Kemudian beliau bersabda: "Wahai Abu Hurairah, apa yang kamu tanam?" "Aku menjawab tanaman milikku".
Lalu beliau bersabda:
"Apakah kamu mahu kuberitahukan tentang tanaman yang bagimu akan lebih baik dari tanaman ini?"
Abu Hurairah menjawab,"tentu wahai Rasulullah!"
Beliau bersabda: "Ucapkanlah olehmu SUBHAANALLAH WALHAMDULILLAH WAALA ILAAHA ILLALLAH WALLAHU AKBAR". "Maka setiap bacaan tersebut akan menumbuhkan satu pohon di Syurga bagimu".
(HR. Ibnu Majah dan disahihkan Syaikh Al-Albani)

Haa tengok senang je nak ada kebun free. Tempatnya pun dekat SYURGA weh. Strategik kot! Kat dalam Syurga ada sungai yang mengalir airnya.

Ya Allah, cuba kita imagine yang 'kebun' kita tu dekat dengan sungai. Asal rasa dahaga je boleh terus minum air sungai tu. Nak bermandi-manda pun no hal.

Serius NIKMAT.

Segala nikmat dan kesenangan tu sesungguhnya memang hanya di Syurga.

Pastu kan..aku pernah dengar ceramah, tak ingat kat mana dan dari siapa. Tapi apa yang aku ingat, Penceramah tu bagitau pasal hadis ni jugak. Dia bagitau pasal kebun free ni and soon.

Tapi yang paling berkesan dekat hati aku, bila Penceramah tu cakap "kita dah ada tanaman di Syurga yang sentiasa tunggu kehadiran pemiliknya".

Maksud Penceramah tu, kita dah ada 'harta' kat Syurga.

Just imagine macam ni, kita ada rumah sebijik dekat London. Tapi sekarang kita menetap dekat Malaysia. Tapi suatu hari nanti kita mesti nak stay jugak dekat London tu kan? sebab penat-penat kita beli rumah tu, takkan nak dibiar tak bertuan. Kita mesti teringin nak jaga rumah tu dengan tangan kita kan? Kita ada hak atas rumah tu. Orang lain tak boleh pertikaikan.

Ok sama la juga macam 'kebun' kita tu. Kita yang menyebabkan tertanamnya pepohon kat situ. Kita pemilik asal kebun tu. So suatu hari nanti, kita mesti berkesempatan nak melawat kebun tu kan? Nak hayati hijau permandangan kat situ.

Haa by the time..sebenarnya kita berada di Syurga ALLAH SWT :)

So jom la amalkan istigfar tu. Aku eksaited nak ada kebun free!

Biarlah di dunia ini kita takde tanah berekar-ekar yang ada berjenis tanaman. Tapi di Syurga nanti, kita ada tanaman kita sendiri dari pohon-pohon Syurga.

Aku suka bercucuk tanam. ;D

Saturday 15 March 2014

Turning sembilan belas tahun

Assalamualaikum..

7 Februari, 19 tahun lepas aku dilahirkan.
Ini adalah entry terperap. Hikss

Well busy la nk meng-update blog ni. Dah sebulan lebih kot birthday aku berlalu. Tapi tapi nk jugak story kt sini sebab aku rasa birthday tahun ni paling best!

Memula aku ingat tahun ni paling HAMBAR. Dah la birthday aku celebrate kt rumah je. Tengah mid semester break. Pastu time tu tengah sakit mata. Haa memang sayu lmao je suasana tu. Hee~

Baru feeling-feeling nak kena baling tepung+telur, kena bang bagai. Tapi takde semua tu. sob sob

Kita memang taktau masa depan kita..rite? Kat rumah memang super hambar. Tapi bila aku balik matrik, fulamak 3 kali aku makan kek seminggu tu. Aku terharu giloss. Terasa dihargai. Cehh.

First day balik matrik lepas cuti (hari Ahad), dok kemas-kemas barang dari rumah ,tetiba dapat mesej daripada Najiah si classmate. Dia tanya aku dah balik matrik belum? Pastu tanya kat mana? Time tu aku tak pikir pape pun. Sebab Najiah ni memang jenis concern. So tak pelik kalau dia caring bagai.

Lepas aku jawab text dia, aku pun landing atas katil, nak rilek-rilek. Penat kot naik kereta Shah Alam-Melaka.

Dalam 10 minit pastu tiba-tiba ada orang ketuk pintu bagi salam dan menyeru-nyeru nama aku. Dalam bilik time tu cuma ada aku dengan Ikin, roomates. Aku gagahkan diri bukak pintu, jeng jeng terus terpaku sebab Najiah, Fatin dan Fitra terjegul kat pintu dengan sebijik kek.


Dari kiri Fatin, Najiah, aku and Fitra
Serius terharu gilos. Perkataan yang keluar dari mulut aku time tu 'eeeiii korang' 'korang ni saje buat camni' haa tu je yang asyik aku cakap. Speechless gilos. Fatin tanya aku, 'ko ni terharu tak? Tak nangis pun?' Hahaha. Terharu tak semestinya kena menangis rite? Cuba tengok muka eksaited aku, tu dah membuktikan yang aku SANGAT TERHARU. 

Tau tak time cuti mid semester tu sekor diaorang takde pun yang wish aku. Tapi aku watlek watpeace sebab aku pikir diaorang terlupa atau buat-buat tak ingat. Perghh sekali baik punya plan diorang nak surprise kan aku. Thanks girls.


I senyum sampai ke telinga uolls :)




So sweet Najiah suapkan kek
Ni dak Paten yang bagi. Dia kata dah belanja kek, tak dapat dah hadiah lain. Ni je yang mampu nak bagi. Sampai sekarang tak makan lagi jajan ni.
Ok. Tu baru celebrated dengan 3 orang classmate~ Sekali malam lepas Al-mulk dapat lagi sebjik kek Secret's Recipe. Tapi yang ni kek kongsi la. Share kek dengan wingmate Ain Nazira. Birthday Ain pun time mid semester break hari tu.

Bersama Ain Nazira. Aku bertelekung sebab baru lepas Al-Mulk :P

Kek tu roomates Ain yang belanja. Atas kek tu takde nama aku sebab diaorang terlupa birthday aku pun baru je lepas. Tapi apa dehal? Aku memang menumpang je kek tu. Hihi. Kira bersyukur diaorang ajak potong and nyanyi lagu sama-sama. Happening gilos. Thanks korang celebrated birthday aku.

Time nak nyanyi lagu happy birthday pun, konon ada gimik letrik takde. Kitaorang kan baru lepas Al-Mulk time tu. Roomates Ain ada sorang budak Cina, Chong. Dia la yang tutup suis letrik. Satu aras takde letrik. Sekali bila kitaorang keluar bilik, terus terjojol kek kat luar bilik Dengan lilin bagai. Serius AMAZING!

Ok sekarang pasal roomates pulak. Diaorang pun ada buat birthday surprise kat aku. Diaorang buat paling lambat! Seminggu lepas balik matrik baru buat. Sampai aku ingat, diaorang memang taknak celebrate HARI BERANAK aku!

Nampak tak pengharapan yang tinggi di situ? Bila ingat balik, kelakau bonar. kahkah.

Diaorang just wish kat mesej time cuti hari tu. So aku consider memang takde celebration since masing-masing menyepi. Minggu lepas cuti tu memang busy teramat. Setiap hari keluar practice biodrama. Balik penat terus terlentang.

Dari kanan Cekin, Cekchah, Cekrah dan Cektul
Aku rasa surprise korang paling menjadi. Bravo! Memang tak disangka-sangka planning korang. Even bila kek tu dah sampai depan bilik, aku still BLURR birthday siapa time tu. Korang dah nyanyi bagai tapi aku tak dapat teka lagi korang nk celebrate aku. hahaha.

This is Mayzati.
Sebenarnya diaorang celebrate birthday May sekali. Planning dengan budak bilik depan. Birthday May dah lepas lama. Bulan bila tak ingat. Tapi tahun lepas la.




Muka den control ayu! Miza ko cacatkan gambar ni kenapa?
Thanks roomates, bilik depan sanggup belanja kitee kek. hihi
I got buku RAHSIA AURAT SEMPURNA dari this 'wanita ayu'..yang tertutup itu lebih indah. Tenkayu Fitra. Moga pahala dan ilmu dari buku ni akan terus mengalir buat hang~
Tudung tersenget time ni. Harap maaf!
Yeahh dapat cekelat cadberi! Dari classmates, Aqmal Naqiuddin. Thanks kemal. Aku bawak balik coklat ni ke rumah, macam piranha adik aku habiskan. :D


Ok ni baru cite pasal celebration kengkawan kat matrik~ Kawan sekolah SAMTISH, JBN punya cite belum lagi. Family, adik beradik semua belum. Tapi dah penat menaip.

Maka aku stop sampai sini dulu. :p