Saturday, 4 August 2018

Tenanglah disana

Assalamualaikum..

Hari ni genap 12 hari aku bersedih atas pemergian MUHAMMAD IKMAL HADI BIN ZAIDI.

Rasa macam tak percaya. Bila teringat, cepat-cepat aku istighfar. Taknak orang lain tahu rasa sedih yang menyelembungi. Cepat-cepat aku panjatkan segala doa agar ko tenang di sana.

24 July 2018, macam biasa pagi tu aku masuk office. Pergi morning meeting. Dan sebelum mula kerja, aku akan amik mood bukak IG.

Satu post yang berjaya menghentikan seluruh rasa. 'Moga kau tenang di sana. Eksiden moto malam tadi'..

Sekeping gambar.

Orang itu aku kenal. Ya Allah!

Tapi otak seakan tak mampu berfikir.

Suara dah mula bergetar, aku tunjuk phone ke Izza.

'Iza, cuba tengok kalau ayat macam ni..apa eh maksudnya?'
'Kenapa Tyra, ko kenal ke orang ni?'
'Kawan aku dulu. Ni ayat untuk orang dah meninggal ke?'
'Macam yee'
'Jap aku try ws kawan aku jap'

and the rest, aku ws JBN, Fanad, Fakhira..

aku tanya soalan yang sama. 'apa eh maksudnya ayat ni?'

sambil tu aku usha lagi sekeping gambar tadi. Ada dua orang komen ada perkataan 'arwah'.

Tangan dah seakan tak mampu nak menaip. Atas cadangan Fakhira aku pm sendiri tuan posting gambar tersebut.

Confirm! Dia dah takde. Allah lebih sayangkan dia.

Cepat-cepat aku sedekahkan Al-Fatihah. Dan terus tangan laju, menaip untuk aku sebarkan berita ini kepada rakan Samtish. Aku jamin masih ramai yang mengenali/mengingati insan ini.

Pagi itu, jiwa seakan berkocak. Langit terasa mendung. Dada seakan sesak. Air mata seakan tidak daya lagi untuk ditahan.

Aku sebarkan berita sedih ini, tak lain tak bukan, aku ingin semua yang mengenali dia, mendoakan yang baik-baik untuk dia.

Jam hampir lewat tengahari. Aku meneruskan sisa-sisa kerja. Tapi fikiran dah terbang intah ke mana.

'Izza, aku dah tak boleh tahan ni. Dari pagi aku tahan..'

Laju air mata menuruni pipi.

'He was a good guy.'

Solatku pada hari itu dan seterusnya panjang sekali doa aku munajatkan kepada Tuhan. Doa untukmu dan juga doa untuk diberikan kekuatan kepadaku.

Pulang ke rumah, aku sebarkan berita ini pada keluarga. Ya, mereka masih kenal insan itu. Masing-masing terkejut. Sedikit lega, keluargaku masih mengingati mu. Tidak perlu aku bersusah payah nak explain.

Petang itu, air mata yang seakan tahan dari pagi..aku lepaskan semua. Segala rasa sedih terkilan, aku lepaskan dalam tangisan. Bila bersendirian di dalam bilik, makin kuat tangisan itu.

Aku juga tidak tahu kenapa rasa sedih sangat. Padahal kisah antara kita sudah lama berlalu. 

Ahh sudah. Kalau begini la rasa sakit/sedih bila orang yang penah aku sayang meninggal, apatah nanti kesedihan ini akan lebih teruk jika orang yang aku sayang pulak pergi?

Sebelum azan Maghrib kedengaran, cepat-cepat aku bersihkan diri. Sedia untuk menunaikan solat. Aku angkat takbir, di pertengahan solat, deras air mata mengalir. Bacaanku sedikit terganggu.

Diakhir solat, panjang aku munajat pada Tuhan. Bacaan yassin juga seakan tidak mampu aku baca dan habiskan. Nangis yang tersedu. 

'Ya Allah ampunkan segala dosa dia, sahabatku Muhammad Ikmal Hadi Bin Zaidi. Lapangkan kuburnya. Permudahkan urusannya di alam barzakh. Tempatkanlah dia dikalangan orang yang beriman dan orang yang kau kasihi. Terima lah segala amal kebaikannya di dunia. Dan Ya Allah, rezekikan ku untuk bertemunya di akhirat kelak'.

Dan doa ini, insyallah akan sentiasa aku selitkan dalam solat harianku selepas ini.


Sampai sini sahaja coretan kali ini. Aku mohon tembakan doa kalian untuk arwah. Buat keluarganya juga. Mohon diberi kekuatan.

Aku nak sangat melawat kubur dia tapi aku tahu sekarang aku masih tak kuat. Dan terima kasih pada rakan-rakan yang lain..yang bagi aku kata-kata semangat. You know who you are!

Kata-kata Fanad, 'Aku paham perasaan kau yang terkilan tu. Insyallah tak kat sini, mana tau jumpa kat sana. Doa la'.

Friday, 23 March 2018

Bukit Payung 2018

Assalamualaikum..

17 Mac hari tu aku telah membakar lemak mendaki bukit. Lama gila tak buat aktiviti hiking ni. Ingatkan akan semput dan tak larat sebab last mendaki bagai ni, time pergi Pulau Perhentian tahun lepas. Tapi alhamdulillah everything went well.

Bendera 'Negara Johor'.
Ni sengaja aku update gambar-gambar masa hiking hari tu. Mana la tau boleh menjadi bukti pada anak cucu kelak yang mak/opah diaorang suka kan aktiviti begini time muda-muda.


Antara yang ikut sekali rombongan meminang Bukit Payung.
Sebenarnya aku tak kenal pun diaorang. Ni under Kelab Persada UTHM. Aku pun join atas orang. Gamble je. Sebaik seronok!

Ini housemates aku. Muka semangat sebelum mendaki. Time mendaki, macam-macam perangai keluar haha.

Sem ni dan sem akan datang, aku berjanji akan luangkan lebih banyak masa dengan diaorang. Sebab tinggal setahun je lagi untuk hadap muka masing-masing.

Muka sis kekal senyum dari awal sampai puncak.
Nak naik (daki) senang. Nak turun tu macam mencabar sikit. 2 kali termenggelongsor.

Ini lah sempat snap. Buat perangai. (if you know what i mean) Haha
Spot me!
Biasa la tu, bila hiking ni..semput, penat nak pitam dan sebagainya. Tapi sebaik semangat kuat. Sampai jugak kat puncak. Walaupun diaorang ni dah separuh nyawa (nyawa-nyawa ikan) asyik tanya bila nak sampai?

Ni masa take 5 time mendaki. Time ni ada yang merengek nak turun sebab tak larat. Tapi semangat harus diteruskan. Pantang #mechygirls berputus asa. Haha
Ni bila dah sampai puncak.
Abang-abang Cina yang nak bergambar. Kita layankan je.
Susah nak panjat batu ni. Gigih bersempit-sempit.


Acah model.
Mechy gang!
Rombongan di puncak.

Sunlight on point!

Roger me okay kalau nak ajak hiking mana-mana bukit. (Serius!)
Ni view dari puncak bukit. 



Monday, 19 March 2018

#5 tyrawrite

Melepaskan bukan sebab tak tahan untuk menahan.

Merelakan bukan sebab tak ada daya untuk melawan.

Kalau diulang, tak lekat dikepala.

Baik berdiam, kalau itu lebih mudah untuk disimpan.

Friday, 2 February 2018

#4 tyrawrite

I should move on.
When I realized I cannot attract your attention.

I should move on.
When I know, your appears become faded nowdays.

I should move on.
When I know I cannot force love.

I should move on.
When I know, only me feel excited with these things. While you dont.

I should move on.
When I feel, I tired tried.

I should move on.
When I hate being second to those I put first.

I should move on.
Repeated 100 thousand times per day.
But still my mind thinking of you. While I should'nt.



February!

Assalamualaikum..

So it is February now. My favourite month of course!

Some said, 'January is just trial month. I will start my year with February'.

Could not agree more!

Serius talk, aku nak bulan Jan-Feb ni berjalan as slow as it can. I am not ready yet for Sem 6.

And aku nak share rasa ketidakpuasan hati aku, bila aku scroll twitter. Sesetengah kawan aku retweeted and tweeted nak January habis cepat. Diaorang rasa January sangat lambat berjalan.

The fish. Biar je lah January ni lambat pun. Nak cepat-cepat nak pergi mana?

Aku rasa 2018, untuk diri aku..ia tak start dengan bagus sekali. So I need, re-new year myself. Haha

Okay simpan semua cerita sedih bawah katil dan marilah move on.

Sekarang aku tengah mereput cuti sem dekat rumah untuk sebulan. I feel so heaven, sangat la best duduk rumah ni oii.

Walaupun duit takde, kredit phone takde, data takde, pakwe takde I still survive.

Duit takde, mintak ayah/ibu. Kredit takde, guna phone rumah. Data takde, wifi kan ada. Pakwe takde? I still need the solution about this. lol

Basically cuti ni aku cuma buat household cores. 

Bangun tido, tido balik. Lapar makan, makan berak. Repeated.

Movies all the day. Scrolling socmed. Layan youtube. Layan make up tutorial. What a heaven days I have! 

Bosan ye memang la bosan. Tapi we should appreciate these days. Soon masuk UTHM, takde dah ko merasa semua ni.

To me, time cuti ni la ko nak spend masa betul-betul. Spend time for yourself. Do anything relaxing our minds.

Ikut aku, aku memang nak buat benda aku suka. Tapi benda aku suka perlukan duit. Makanya jangan berangan nakk oii.

Cut the imagination!

Okay sampai sini sahaja. Till we meet again.




Wednesday, 24 January 2018

Sem 5 was over

Assalamualaikum..

Aku sedih sebenarnya untuk Sem 5 ni. Pointer aku masih tak capai target. Semalam dah buat drama air mata depan kakak dan Huda. Aku taktau la aku kecewa dengan siapa. Boleh tak aku cakap aku kecewa dengan Allah?

Sem 5 ni paling aku struggle gila nak mampus. Paling rajin pergi class. 19 jam kredit. 4 hari class start pukul 8 pagi. Hari Ahad paling pack 8-5. Hari lain 8-4. Untuk setiap test aku perform (alhamdulillah). Belajar bagai nak mampus. Penat stay up buat solidworks tu sampai sekarang nightmare. Stress nak mampus. All these hardship, aku rasa macam tak tertunai terbalas.

Carrymarks ada banyak yang atas 32/50. Final aku dah buat sehabis baik. Tapi result still macam haromm. I dare to swear, sem ni aku dah buat habis baik. Paling baik. Tapi still why? Ahh

Sem ni aku paling jarang balik Shah Alam. Study week pun aku balik kejap. Ahh semua la. Sehabis nyawa dah aku korbankan. Tapi stil tak capai target.

Maaf kalau ayat aku macam tak bersyukur. Aku penat. Kecewa.

Ni taip pun berderai air mata. Sedih.

Kalau orang tengok result aku, mesti orang cakap 'ahh budak ni tak belajar nak expect lebih-lebih'.

Deyyy. Kalau meja belajar, laptop, alat tulis aku boleh menjadi saksi..dah lama aku suruh diaorang jadi saksi dan khabarkan pada dunia betapa tuan mereka ni struggle with sleepless and barainess.

Ingin aku luahkan pada Tuhan, betul ke ko tengok usaha?

Apa yang kurangnya usaha aku untuk sem ni Ya Tuhan?

Aku kecewa. Ya mungkin aku expect too much. Salah aku kot bermimpi nak pointer tinggi. Sekali tak dapat, heart broken.

Pening kepala aih taip sambil nangis.

Aku merajuk dengan Tuhan. Tapi jangan risau rajuk ni tak lama. Sebab aku sedar, baru ni je harapan aku musnah. Banyak lagi harapan lain yang aku sandarkan pada kuasa Tuhan. Banyak lagi nikmat Tuhan lain yang tak putus-putus aku dapat.

2-3 hari mungkin aku kena recharge balik energy, mindset. Luar nampak happy. Dalam menangis. Duduk sorang-sorang, dalam toilet, after solat murah gila air mata ni nak turun.

Damn aku tak sepatutnya selembik ini!








Tuesday, 2 January 2018

2017 summary

Assalamualaikum..

Kalau 2017 ni manusia, mesti aku rasa hubungan aku dengan dia adalah too complicated.

Gaduh baik, gaduh baik.

Rasa macam nak cepat habis. Takyah jumpa dah. lol


Tapi so far, 2017 being so kind. A lot of improvement dalam diri aku. Beberapa azam tercapai. Salah satunya adalah nak drive kereta.

Alhamdulillah, hari tu pernah la pandai  berani kejap drive kereta. Tapi sekarang haru. Dah 'pondan' balik. Haha

Dan harapnya 2018, aku akan kembali berani drive. Nak belajar drive manual la pulak. *doakan.

Azam 2017 belajar bersungguh-sungguh. Alhamdulillah result exam last sem menaik.

Dan harapnya 2018, lebih bersemangat. Dah Tahun 3. Peh cepat gila masa berlalu. 2019, kita graduate.

Tak sangka, course Mechy ni kena betul dengan jiwa. Walaupun belajar nya nokharomm ntah apa benda tah. Tapi sumpah best.

Untuk 2017 ni ramai gila kenal orang baru. Kenal orang yang bagi aura positif. Bagi kata-kata semangat.

Ada jugak jumpa, orang yang ntahpape tah. Tapi okay je.

2017 jugak jumpa someone yang sentiasa membolak-balikkan perasaan aku. But, it was fun to know you, no regret. Kalau banyaknya aku berdoa untuk 2017 ni, doanya lebih banyak menyebut nama ko. Harapnya..setiap doa tu, kalau baik yang aku mintak, baik la yang aku dapat. Kalau tak dimakbulkan Tuhan pun, harapnya aku redha dan ikhlas.

2017 ni pun alhamdulillah amalan rohani, aku cuba perbanyakkan. Mengaji lebih, solat sunat lebih. Harap kekal istiqamah.

2017, rezeki melimpah ruah. Duit tak penah putus. Terima kasih Ibu dan Ayah.

Tula kadang-kadang bila tiba rasa tak bersyukur, terus rasa macam kena penampar. Tak reti bersyukur punya budak!

Banyak gila nikmat Tuhan yang tak boleh aku dustakan untuk 2017 ni.

Dan harapnya 2018 ni, aku lebih bersemangat waja dan jangan layan sangat benda ntahpape tah.

So I am ready for another 365 days. Bismillah~