Saturday, 25 December 2021

2021: A year can do a lot to me

Assalamualaikum..

So this is the end of 2021.

Banyak gila benda terjadi di tahun 2021 ni. Tahun ni bermula dengan sederhana menarik di awal tahun, sangat menarik di pertengahan tahun, merudum teruk di bulan 9 dan 10 dan kembali slow steady di akhir bulan 11 dan 12.

To put 2021, in a word: Menguji segala emosi. Bila happy, happy sangat. Bila sedih, tak pasti berapa banyak air mata yang tumpah. Sebab tahun ni paling banyak menangis.

Tahun ni kehilangan sepupu yang paling rapat dengan aku. Kami sekeluarga diuji dengan Covid.

Dan waktu yang sama, aku juga diuji dengan sesuatu yang taknak aku ulas di sini. Tapi bila aku dah fasa bertenang (baca:move on), baru aku nampak segala hikmah.

And it was not worth it pun untuk bersedih lama-lama. And aku berpegang pada kata-kata ni, "Allah akan menghancurkan rencanamu sebelum rencanamu menghancurkanmu". 

Dan di 2021 ni, aku sedar dan macam terpukul. Hidup dekat dunia ni sangat sekejap. Bila Allah kata its time to 'pulang', no such things kita boleh halang that things to happen.

Dan segala apa yang kita ada, kita akan tinggalkan. Apa yang kita bawak bila mati adalah segala amal kebaikan yang kita buat masa hidup. Bila masa hidup, kita buat banyak kebaikan, then kebaikan itulah yang akan disebut-sebut bila dah takde.

Dan sepatutnya ini lah yang kita perlu aim dalam hidup. Hidup biar memberi manfaat pada orang sekeliling. Jadi manusia yang baik, anak yang baik, kakak/adik yang baik, rakan kerja yang baik.

Walaupun you takde keluarga, tak kawen or keseorangan masa hidup but once you are good person masa hidup you, you will be loved until your last breath. Even after you dah meninggal pun orang akan sentiasa mendoakan kau. Just please be kind je masa hidup.

Life is so short that death may come surprisingly. Forgive, Love & Kind. (@JatIkhwan)

On other side, 2021 ni such a blessing year jugak for me. Banyak je nikmat yang Tuhan bagi. 

I did well in my life, in my career. I am survived well. I met awesome people. I work for what I want and kekal sabar walaupun rencana kadang-kadang terpesong arah. I even tried everything I can to keep anything I loved in my life, even the things not works well. But I can proudly said I have tried and I can walk away knowing I did try.

Last but not least, I know 2021, Allah sengaja bagi aku ujian untuk jadikan aku kuat dan aku tahu 2022 will be awesome. Allah takkan uji kita lebih dari apa yang kita mampu.

"Ya Allah, berikanlah pahala atas musibahku dan gantikanlah yang lebih baik daripadanya".




Thursday, 18 November 2021

#13 tyrawrite

Untuk setiap 'tidak' dari Tuhan, 

Moga aku Ikhlas dan Redha.

Untuk setiap 'senyap' dari manusia,

Moga Tuhan yang memberi jawapan.

Aku biarkan Tuhan menjadi wakil.

Wakil untuk membalas setiap perilaku manusia.

Wednesday, 17 November 2021

#12 tyrawrite

Aku melepaskan kau untuk melihat kau bahagia.

Jika benar bahagia yang kau cari bukan bersama aku.

Aku langitkan pada Tuhan agar kau benar-benar bahagia.

Dan semoga nya bahagia aku melebihi bahagia kau setelah aku melihat kau bahagia.

Sunday, 7 November 2021

#11 tyrawrite

Jangan meminta penjelasan daripada seseorang yang tak jelas apa dia mahu dalam hidup dia.

Sebuah penjelasan takkan mengubah apa-apa.

Penjelasan mungkin semata akan menjadi alasan untuk dia mempertahankan diri.

"There is a talk doesn't say anything and there is a silence says everything". (@Farahked)


Monday, 7 June 2021

#10 tyrawrite

Hati hati.

Sehati hati aku berhati hati.
Akhirnya tetap jatuh pada yang tidak punya hati.

Hati, moga kau tau erti hati hati. 
Supaya kau benar berhati hati. 

Tuesday, 1 June 2021

#9 tyrawrite

Melepaskan yang bukan kita punya.

Kadang melepaskan apa yang layak dilepaskan,

Memberi peluang untuk membuka sesuatu baru.

Apa yang digenggam, kalau Tuhan kata bukan kau punya,

Sekuat apa genggaman itu, pasti terlerai dek waktu dan masa.

Ingin digenggam lebih kuat, akal waras fikiran lebih mendahului.

Melepaskan genggaman demi jiwa lain lebih bahagia.


Sunday, 21 June 2020

Cov-Ied 2020

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. 

This year, sambutan raya , Ramadan semua berbeza gila. Secara sederhana tapi best! Memang boleh jadi one of the best memories ever. Dari sahur, berbuka after berbuka semua best. And this is the 1st time dapat berpuasa penuh dekat rumah after bertahun tak penah berkesempatan disebabkan study jauh dari rumah.

Gaya ala ala petani
Tahun ni puasa, Alhamdulillah tiap hari (except time ABC) tak tinggal solat terawih, qiyam dan baca Al-quran. Alhamdulillah sempat khatam Al-quran (tapi aku tak start dari 1st Juz on 1st Ramadan). A'la kullihal Alhamdulillah. Struggle jugak nak khatam. Hehe

Lagi, tahun ni aku cuba untuk banyakkan sedekah. Bulan puasa dan malam terakhir Ramadan cuba untuk beli makanan berbuka untuk family. 

Hari tu (dah lama) ada penah baca/dengar..kalau nak Allah makbulkan doa/permintaan kita, kena banyakkan sedekah. Tiap kali sedekah, niat dalam diri untuk dapat balasan dari Allah berbentuk agar Allah makbulkan doa-doa. Insyallah. Harap-harap cara ni berkesan.

Banyak doa dan permintaan aku nak Allah makbulkan. BANYAK GILA!

Lagi tahun ni, aku bagi duit raya dekat family. Okay nak cerita tentang duit raya ni, sebenarnya seminggu sebelum raya aku selalu beritahu adik-adik aku yang tahun ni aku akan ubah sistem pembahagian duit raya. Aku cadangkan duit raya diberi mengikut sistem undian. Di mana diaorang akan random dapat jumlah duit raya daripada aku. Duit paling sedikit adalah RM 10 dan paling banyak mungkin RM 100. Sambutan tidak menggalak langsung. Haha. Dibantah sekerasnya oleh adik-adik aku.

Duit raya with cute sampul
Tapi aku gigih la hari-hari bagitau yang duit raya diaorang dah ready dalam sistem undian. Dan aku selalu menggunakan peluang ini untuk mengugut diaorang. Kalau diaorang taknak buat kerja rumah, aku akan menggunakan ayat 'ha ini lah contoh orang yang akan dapat duit raya RM 10 je'..

Bila mendengar je ayat tersebut keluar dari mulut aku, secara automatik laju dan cergas ye diaorang buat segala kerja. HAHAHA.

Fast forward, tiba di pagi Hari Raya...

Aku masih berlakon yang kononnya duit mereka dalam sistem undian. Dan aku suruh diaorang pilih random sampul dan reaction diaorang after bukak sampul tu memang priceless. 

It would be my best view ever after on that day. 

Tengok budak-budak tu kemain happy yang sebenarnya kakak diaorang ni tak guna pun sistem undian. Dan duit raya aku bagi tu masing-masing sama je amount dan agak besar la jumlah nya. Diaorang macam tak percaya aku boleh bagi amount sebanyak tu. 

Dan reaksi Kak Rohiza, sepupu aku pun sama. Terkejut dan berterima kasih. Aku saje bagi dia duit raya jugak. Because she deserved untuk merasa duit raya dari aku. Aku anggap dia more than sepupu. Dah macam adik beradik. So amount dia dapat pun sama banyak macam adik beradik aku dapat.

All of us with the duit raya pose
Settle cite pasal raya. (lama nauuu terpendam post ni). Hari ni dah 30 Syawal baru siap taip haha.

Sepanjang beberapa bulan ni, ada sesuatu yang aku syukurkan. Aku cerita di sini, untuk saje-saje nanti untuk aku kenang di masa hadapan.

Dengan gaji aku yang RM 1500 basic, no OT. Dan setiap bulan aku akan ada unpaid leave. Basically aku hanya akan dapat RM 1200-RM 1300 setiap bulan. Tapi so far, alhamdulillah aku rasa banyak dah benda aku boleh beli dengan gaji aku sebanyak tu.

Aku mampu pergi bercuti ke Jogja, mampu beli barang-barang yang aku suka, mampu bayar 'loan' kepada ayah aku sebanyak RM 1300. Mampu bagi duit raya pada keluarga, mampu sponsor kakak aku RM 500 untuk kenduri kawin dia bulan 8 ni, mampu menabung..

Ntah kadang-kadang aku pun rasa bangga dengan diri aku. Aku mampu sejauh ini manage kewangan aku. 

Tapi aku kembali sedar, ini semua ada lah rezeki daripada Allah, segala rasa cukup ni pun daripada Allah.

Sebab aku selalu sematkan dalam diri, once aku keluarkan duit aku untuk menggembirakan orang lain..aku akan berniat dalam diri: Agar segala yang aku keluarkan menggunakan duit titik peluh aku bekerja, harap-harapnya Allah bagi rasa cukup/Allah bagi pulak rasa bahagia tu kembali ke aku.

So far, it works on me. Memang rasa cukup tu ada! Rasa bahagia pun bertambah!

Okay sampai sini je cerita kali ni, mari doa kan aku dapat pekerjaan yang lagi bagus dari pekerjaan aku sekarang. Aminnnn.