Sunday, 18 January 2015

Tentang kipas

Assalamualaikum..

Fuhh minggu paling busy la minggu ni. Berlambak quiz! Serius tak cukup tanah nak berjalan. Otak pun tepu! But Alhamdulillah semua berjalan dengan ohsemm!

Tipu kalau kata, tak penat. Tapi tu la diri sendiri yang kena ada positive mindset. Setiap pagi time pakai tudung, tempek krim kat muka, aku pesan kat diri..kena KUAT. Tudung memang selalu hauk, tapi senyum je la. Settle.

Pastu bila jalan nak pergi class, tengok mentari yang sangat bersinar. Again automatik, rasa ada aura positive. Sepanjang jalan tu, sempat je selawat sekali dua, baca Al-fatihah. Kengkadang tu baca Ayat Kursi pun sempat.

Aku taktau orang lain, tapi kalau aku, aku suka tengok matahari. Dia macam ada aura gitu. Kalau tengok time pagi, dia macam bagi aku kekuatan, kalau tengok time petang, dia macam bagi aku kelegaan. 

Kelegaan sebab aku dah berjaya mengharungi sepanjang hari, class 8 pagi sampai 5 petang. Memberi rasa syukur pun satu. Rasa syukur, sebab Allah still bagi nikmat kehidupan.

Ok tu baru intro. Intro pun dah panjang. Haha

Kali ni aku nak share yang kipas aku rosak. Selipar pun baru terputus.

Gedik gila benda camtu pun nak cerita. Haha.

Tak la. Ada kisah dia.

Aku ada bawak kipas sendiri dari rumah which is dari sem satu lagi aku dah bawak ke KMM ni. So far, kipas ni berjaya berkhidmat baik gila. Angin dia pun laju. Selalu tidur time tengah hari atau petang, macam taknak bangun je rasa.

Pastu baru-baru ni dia rosak, mula-mula tu kalau tekan no 1 je dia taknak pusing. Tekan no   2, 3 dia still berpusing. Pastu no 2  pulak tak boleh pusing, no 3 je boleh. Lama-lama no 3 je boleh tapi tekan 10 minit baru dia berpusing. Tu pun kelajuan dia macam kelajuan no 1.

Hari-hari aku bisik kat kipas tu, 'Ko jangan la rosak dulu. Takpe ko nak pusing slow pun. Aku tak kisah. 4 bulan je lagi. Ko tahan la ehh'

Orang kata, barang ni dia pun macam ada 'jiwa'..dia akan tolerate dengan kita kalau kita tolerate dengan dia. Iye ke? Aku pun try la nak berdiplomasi dengan dia~


Ni kipas yang rosak tu. Arwah baik orangnya
Rupa-rupanya kipas ni tak mendengar kata. Suatu petang aku tidur, kipas tu tetiba je mati dengan sendiri. Huwaaa.

Aku mengaku yang aku ni memang mengada sikit pasal kipas/sejuk ni. Walaupun dekat bilik ni dah ada kipas ceiling tapi aku STILL rasa tak cukup. 

Pastu, apa lagi malam tu aku terus wassap ibu nak bagitau kipas dah rosak. Ibu kata nak buat cemana? Dah rosak kan. Lagipun kipas berapa lama je boleh pakai? At last dia akan rosak jugak. Kalau tak tahan panas, beli je la baru.

Ok fine, ibu dah bagi green light untuk beli kipas baru. Wiwiwi. 

Ibu cakap, beli je la guna duit sendiri. Tak cukup nanti ibu baru tambah. At first, aku memang plan nak guna duit sendiri. Memang kalau boleh taknak mintak duit.

Tapi masalahnya, era kemodenan ni MANA ADA kipas harga bawah RM 50 kan? Ciss.

Malam tu sebelum tidur, aku google harga kipas macam size kipas aku yang rosak tu dekat pasaran. Ok fine, kalau jenama PANASONIC, semua atas RM 100. Gulp. Kalau jenama KHIND, PENSONIC RM 85 lebih. Jenama cokiaa' ada la murah. Tapi kalau nak beli barangan letrik ni, aku prefer beli yang elok. Yang boleh pakai lama.

So again aku wassap ibu, cakap yang aku dah survey harga kipas. Aku nak tanya boleh tak? Esoknya baru ibu balas, cakap beli je la. Dah memang camtu harga dia.

Ok secara jujur, time tu memang aku rasa duit kat tangan aku tak cukup. Nak mintak kat ibu, tapi ntah taktau nak mintak cemana.

Ntah la susah nak explain. Aku taknak mintak, tapi aku nak duit. Haa paham tak? Rasa bersalah tapi nak jugak duit. 

Aku doa harap-harap ibu paham la sense aku. Tapi ibu tak paham pulak. Huwaaa.

Takpe la kita guna Plan B. Which is aku try mintak kat ayah pulak. First aku wassap ayah, buat ayat memujuk sikit..mintak ayah sponsor beli kipas. Haha

Ayah pun mula-mula just tanya harga, bila nak beli semua. Pastu aku tanya pasal benda lain, tertutup terus cerita pasal kipas. Again huwaaaa.

Hmm takpe la, aku postpone dulu la beli kipas ni. *pujuk diri sendiri. Berpanas la sekejap sementara. Mana tau ibu ayah takde duit lebih ke.

Muhasabah sikit diri. Asyik nak bersenang je aku ni. 

Pastu bila nak dekat tengah malam kot, ibu wassap, ibu dah bank in kan RM 100 untuk beli kipas. Speechless.

Aku terus wassap ibu, ayah cakap terima kasih. Tapi dua-dua tak balas :( Rasa bersalah gilaa time ni. Rasa bersalah sebab jadi anak yang mengada!

Sebenarnya nak call tapi phone rosak. Tunggu esok je la. Aku siap hantar voice note lagi, tapi ibu tak reply pun. 

Pastu, macam yang aku cakap mula-mula tadi, minggu ni minggu paling busy! Nak pinjam phone kawan nak call ibu ayah pun tak sempat. Just wassap je la sebagai pengantaraan.

Pastu semalam, aku suruh ayah call no kawan aku tu, ayah kerja. Rupanya ibu pun ikut ayah pergi kerja. So kitaorang pun bersembang la nak dekat sejam.

Pastu ibu tanya dah beli ke kipas? Aku cakap dah suruh kawan belikan. Tapi taktau lagi kawan belikan jenama apa. Dia balik rumah. 

Ibu tanya cukup ke duit yang ibu bagi tu untuk beli kipas? Gaya ibu cakap tu concern gilaa. Aku cakap la cukup sangat. Sebab aku nak beli kipas yang harga bawah seratus je.

Aku terus rasa macam nak nangis je. Gaya ibu concern, aku ingat ibu nak marah ke at least nak bebel ke. Sebab perjanjian mula-mula kan aku nak beli pakai duit sendiri, ibu just tambah sikit-sikit je Tapi last-last guna semua duit ibu jugak.

Nak nangis sebab apa? Ntah. Its can't be described by words. Rasa disayangi camtu. Bukanlah nak cakap yang selama ni tak disayangi, tapi yang malam tadi memang terasa EXTRA disayangi gitu. hee~

Apa yang aku nak sampaikan, ibu ayah kita tu sebenarnya tahu apa yang kita nak, apa yang kita taknak, apa yang kita suka, yang kita tak suka. 

Well said. Like ibu dan ayah aku. Aku memang tak mintak diaorang directly nak duit, please transfer it for me. Like that. Aku guna bahasa kiasan je.

Tapi ibu ayah aku paham je yang anak diaorang ni mengada terlebih.

Konon taknak mintak duit, guna kemain bahasa kiasan Melayu Purba bagai. Haha.

Aku rasa bersyukur dikurniakan ibu ayah macam ibu ayah aku. Biar tak kaya duit, tapi kaya dengan kasih sayang. Walaupun selalu bergaduh, melawan cakap diaorang tapi kalau dah dikata ibu bapa tu, buruk cemana pun anak diaorang, mesti akan ditatang bagai minyak yang penuh.

*lap air mata

Moga aku setiap hari tak lupa untuk kirimkan doa buat ibu dan ayah.

Entry yang panjang. Terima kasih bagi yang baca. Moga bermanfaat.

Jika suatu hari nanti aku termisunderstanding dengan ibu atau ayah, moga entry ni boleh bagi keinsafan. Kasih sayang ibu dan ayah tu tak ternilai. Dan apa la salah kalau anak tu mengalah.

*lap air mata lagi

So this is my new fan. Harga dia RM 78.





Saturday, 10 January 2015

Hye 2015

Assalamualaikum..

Hari ni dah 10 Januari which mean dah 10 hari kita bertahun baru. Taktau sibuk buat apa, tapi dah lama jugak tak update blog.

Tahun ni dah tukar pangkal nombor kat umur. Ohhmaigoddd. Dah 20 tahun! Takde dah umur belasan tahun.

Tapi kan sebenarnya mengikut pandangan kasar, ramai je dari kalangan kawan-kawan aku TAKNAK jadi 20. Aku pun. Tapi ada je yang suka. Depends.

Haha. Ntah la. Rasa macam tak mampu nak tanggung segala tanggungjawab bagai. Nak pimpin diri sendiri pun kekadang tak mampu. Pemikiran pun still cam bebudak ribena.

Kalau time aku belasan tahun dulu, benda paling aku nak adalah nak capai umur 20 tahun. 
Apa yang best pun taktau. Tapi rasa macam gempak gila bila dah 20 tahun.

Haktuih.

Hari tu masa malam 31/12/2014 (esoknya 1/1/2015) sebelum tidur tu, aku imagine kalau boleh diputarkan masa..aku nak return balik masa baru umur belasan tahun. Ulang balik masuk sekolah menengah. Ulang balik PMR, SMA, SPM pun tak kesah.

Haha.

ni aktiviti time tahun baru hari tu. Sukaneka blok. And guess what wing aku JOHAN keseluruhan. 
Cikgu kat Kmm cakap, once kita dah masuk 20 an..masa akan laju je marathon. Tetiba nanti sedar je dah 25 tahun. Pastu tetiba je dah 30 tahun. Pastu tetiba je dah 40 tahun. Anak pun dah berderet dan besar panjang. Lulz. Imagination tinggi gila.

Kita semakin menginjak dewasa, parents kita pula semakin dimamah usia. Gulp.

Hmm kat group wassap JBN pun sibuk dah tanya bila nak kawin, dah ada pkwe ke belum? Buat masa ni, memang aku dengan Fat je la ahli tetap 'club single'.

Ntah bila tah nak bubar club kitaorang tu? HAHA. Dari zaman sekolah, sampai la ke zaman matrik..memang kengkawan sibuk nak tengok pakwe aku.

Hmm tah bila la gamaknya. Aku rasa memang takde kot pkwe sampai ke sudah. Suami terus la cite dia! Ngeh.

Selalu orang takde pakwe ni 'jalan' dulu. I mean kawin. Kan?

Tahun lepas (2014) banyak gila yang terjadi. Macam-macam bencana untuk Malaysia. Moga kita semua amik iktibar.

Lagi nak cite apa ehh pasal 2014? Banyak la pancaroba. Malas nak cerita. Kang 7 hari 7 malam tak habis menaip. Lol.

The most important, setiap benda yang berlaku tu ada hikmahnya disamping nak menguatkan lagi diri kita. Right?

Ok I got my Muet's result. Walaupun sedikit tersasar dari aim, apedehal. Bersyukur je. Rezeki setiap orang kan lain-lain.

Tahun 2015 ni aim nak amik dan lulus lesen kereta. Pastu nak masuk Universiti. Insyaallah.

Last but not least, I am still twen-TEEN. Haha.

Happy new years! Hope this year kita dilindungi dan diberkati Allah. Mak ayah kita, adik-beradik kita, sedara mara, kengkawan, jiran tetangga.

Kadang rasa penat nak layan karenah manusia~

Friday, 26 December 2014

Mintak nasihat

Assalamualaikum..

Hmm last post hari tu, banyak feedback baik yang aku dapat daripada keluarga dan kengkawan. Thanks oulls sebab baca blog picisan ni. wiwiwi.

Ok disebabkan esok class start pukul 10 pagi (nikmat yang jarang sekali dapat), maka ada la free sikit nak taip blog memalam buta cenggini. For information sekarang dah pukul 1.07 am.

Kadang-kadang aku rasa aku ni fail dalam nak meng-ekpresskan perasaan aku by words. Aku tak reti bermadah pujangga. Sebab tu aku suka menulis. Ia satu cara untuk keluarkan segala mak nenek dalam kepala.

Selain tu bila aku sedih, aku konfius, rasa macam takde arah tuju,...aku suka mintak pendapat/nasihat orang lain.

Sampai kadang-kadang aku rasa apa yang aku luahkan/mintak pendapat tu sesuatu yang remeh.

Tapi alhamdulillah sepanjang hidup ni ada je insan yang sudi dengar apa aku luahkan. Baik daripada keluarga ataupun kengkawan.

Mangsa yang selalu diceritakan masalah/kesedihan adalah dekat kakak aku. Walaupun dia cuma akan balas 'no comment', 'ikut suka ko la dek'..tapi aku still suka bagitau masalah aku kat dia. Mungkin sebab sedarah sedaging. Dan selesa.

Aku selalu mengadu kat kakak, yang susahnya nak paham pelajaran dekat matrik ni. Pasal result exam yang selalu kelaut. Pasal takde duit. Segala mak nenek la.

Sedangkan aku tahu, kakak sendiri pun rasa apa yang aku rasa, susah belajar time diploma and sekarang degree dia, duit tak cukup jugak. Tapi dia still bagi aku semangat. Suruh banyak usaha. Jangan malas.

Lagi sorang, dekat Hafiz. Adik bawah aku. Sekarang umur dia 15 tahun. Hafiz ni memang kawan baik, kawan gaduh kat rumah. Hafiz selalu cakap, dia akan rasa dia ada 3 orang adik, setiap kali aku balik rumah. Depan Hafiz ni selalu je aku nangis. Best jugak kena pujuk ala-ala gentleman. Tapi dia ni panas baran! Silap langkah, boleh gaduh besar.


Tahniah sebab straight A's dalam PT3!
Walaupun umur dia baru setahun jagung, setiap kali dia bagi nasihat..terus masuk ke lubuk sanubari. Aku suka sembang dengan Hafiz sebab sometimes ada kematangan bila budak ni cakap. Dia suka keluarkan 'fatwa' ntahpape tah. Lepas tu aku ketawa mengekek. Terlupa semua masalah.

Dan aku ni ada perangai pelik yang mana aku suka tanya lelaki perspektif diaorang terhadap wanita. Aku tak banyak kawan lelaki untuk ditanya. Dan yess Hafiz la tempat aku tanya soalan pelik-pelik ni.

Dulu masa mula-mula masuk matrik, aku culture shock. Aku rasa macam lonely gila. Padahal time sekolah menengah dulu, aku kategori banyak mulut, kaki kepoh, kaki gossip..haa segala jenis 'kaki' la. Kaki pukul je tak.

Aku macam takde kawan untuk luahkan masalah. Takde seorang JBN pun tercampak sekali dekat KMM ni. Semua terpisah. Kadang-kadang setiap petang aku call mana-mana JBN. Kongsi cerita.

Sampai pendapat nak terus pakai stokin pun aku tanya kat diaorang yang dah berpengalaman. Hee. Aku takut nak 'jalan' seorang diri dalam penghijrahan ni.

Lepas tu, bila dah rapat dengan roomates PST..kitaorang saling menyokong antara satu sama lain. Roomates aku semua dulu bukan sekolah agama, tapi kesungguhan diaorang nak belajar agama tu mengagumkan gilaa. Setiap malam pergi surau. Diaorang yang sebenarnya tarik aku untuk sama-sama berhijrah to be better Muslimah.

rindu kat diorang ;)
Macam yang aku cakap, aku tak ramai pun kawan lelaki yang rapat. Ke memang takde? Haha. Ntah la. Kawan cenggitu-gitu je ada la. Tapi aku ada dua orang kawan lelaki yang boleh dikatakan aku selesa untuk berkongsi pendapat. Dua-dua SAMTISH, seorang ex KMM sekarang belajar dekat Johor dan seorang lagi jauh di negara orang.

Nama depa dirahsiakan la ehh. Taknak aku mengfemeskan diaorang kat sini. Hahaha.

Tapi yang sedihnya, sebab diaorang budak Universiti, diaorang sibuk dengan hal masing-masing. Sibuk dengan berpesatuan la, sibuk program itu ini.

You know who you are. *itupun kalau baca blog ni.

So dah takde kerap sangat berhubung :( Lagipun macam tak manis je lelaki perempuan selalu dok contact kan? I am redha. Sebulan sekali ada la kot bertanya khabar. Cukup la.

Tapi Allah still kurniakan aku ramai lagi sahabat. Antaranya Massitah @ Mass. Aku rapat dengan Mass ni pun bila dah masuk sem 3, maybe sebab berdepan kot bilik kitaorang. Padahal dulu kat sekolah tak rapat sangat pun. Dia pun selalu je kongsi masalah dia dengan aku.

Aku dapat rasakan yang aku kuat, sebab Mass ada kat sisi aku sepanjang sem 3 & sem 4 ni. Mass ni la manusia yang paling terror, tahu je aku tengah sedih by just looking my face.

Lagi sorang, kawan baik aku dekat sekolah dulu Fatin Nadirah Nordin @ Fanad. Memang tu je la tempat nak merapu mengaban selain dengan JBN.

Mama Zatul. Roomates time sem 1 & sem 2. Tu pun tempat aku share story pasal perasaan yang sentiasa berbolak balik~ banyak je hujah dia nak tenangkan aku.

Kawan baik kat Matrik pun. Fitra, Najiah dan Fatin sentiasa menghappykan aku. Aku jamin nanti mesti aku rindu kat diaorang bila dah keluar KMM ni.

Diaorang ni selalu annoyingkan aku. Tapi aku lagi triple annoying. haha
Motif aku type entry panjang berjela ni?

Hari tu aku ada terjumpa satu quote yang berbunyi lebih kurang cengini ' kita akan lebih terpengaruh mendengar nasihat daripada orang lain walaupun sebenarnya kita sendiri mampu nasihatkan diri kita sendiri'

Quote tu sangat tepat nak kaitkan dengan aku untuk segala benda yang aku ceritakan dekat atas tu.

Jangan kedekut dalam memberi nasihat kepada yang memerlukan. Tak semua orang mampu berfikir wisely. Beruntung bila ada orang tanya pendapat kita, itu tanda diaorang appreciate kehadiran kita.

Kadang-kadang ada je kengkawan yang dok tanya pendapat aku pasal pakwe diaorang, pasal percintaan bagai. Walaupun tak berpengalaman bab bercinta, aku redah je bagi pandangan.

Pastu ada jugak yang suruh bagi nasihat untuk semangat belajar. Walaupun aku sendiri kadang-kadang pun malas nak arwah.

Just ingat, selalulah 'memberi' untuk 'mendapat'.

Pandangan yang paling berkesan adalah dari hati kan?

Ibu ayah kita sendiri pun kadang-kadang mintak nasihat daripada anak-anak kan?

Ok sampai sini je coretan aku. Thanks for reading. Dan moga memberi manfaat.

#prayforpantaitimur

Sunday, 14 December 2014

Result PSPM 3

Assalamualaikum..

10 December 2014 dah berlalu dengan jayanya. Hmm tarikh tu adalah hari keluarnya result PSPM 3. Yeahhh.

Apa yang boleh dikatakan, pointer aku sama seperti apa yang aku nak. Alhamdulillah. Berkat study bagai nak gila hari tu. Doa tak putus-putus.

'Berazamlah kemudian bertawakal'.

Aku memang setiap kali berdoa, aku akan reminds kat diri aku sendiri yang Allah ni tengok usaha. Just believe that! Ni pun peringatan dari Mass @ Massitah.

Tapi kan sebenarnya pointer aku takde lah tinggi mana. Cumanya ni paling tinggi antara 3 Sem aku kat matrik ni. Tu yang aku gembira gilaa. Nothing could express my feeling. :)

Tapi sebenarnya pointer orang lain lagi tinggi. Hmm takpe la, bersyukur. Rezeki setiap orang kan berbeza. Apa yang penting Sem 4 ni aku kena struggle lagi. Fuhh. Banyak lagi pointer nak di kejar ni.

Aku sebenarnya paling takut dekat subject Physic hari tu. Aku memang usaha lebih untuk Physic ni. Paling rajin naik unit. Pastu paling banyak dihabiskan masa buat nota ringkas. Paling rajin menghafal formula bagai. 
 
ni la mind map Physic aku.

TAPI time exam tu la, tetiba otak blank! Maka bertebangan la segala formula ditiup angin.

Pastu kalau nak tahu, UPS aku Physics aku dapat F. Haa mana la aku tak cuak. Buatnya PSPM ni dapat F lagi mau kena sembelih. 

Balik dari exam tu, memang dah macam jeruk muka aku. Frust! Pastu, aku cerita la kesedihan aku kat Mass. Dia cakap sekarang ni doa je. Doa banyak-banyak. Allah tengok usaha. Lagi Mass cakap 'kite yakin tyra dah berusaha. Kita nampak usaha tyra untuk Sem 3 ni.'

Kawan macam ni memang terbaik dari ladang. Kan?

Maka nya aku memang doa gila-gila mintak result Physic aku ok. Dan Alhamdulillah, aku dapat B-. Again tu markah tertinggi pernah aku dapat.

Pastu hari tu Math pun soalan dia macam turun dari neraka. Susahnya dia sampai terus aku nangis bila keluar bilik peperiksaan. Tahap cewek tak ingat. haha

Bila ko dah berusaha, then ko rasa macam tak boleh buat. Air mata pun tak segan silu nak mengalir. 

Math pun antara subject yg aku put effort jugak. Alhamdulillah tak mengecewakan. Maybe dapat A time UPS hari tu membantu kot untuk PSPM ni.
Walaupun hanya B+. Aku dah syukur gilaa.

Aku rasa aku dah kena lupakan cita-cita nak jadi doktor la. Hard to say but Biology awat susah sangat nak A haa? Aku akan usahakan Sem 4 ni Biology mesti A! Pung pang dok kata minat Bio, tapi tak dapat pun A. Sob sob

penguat semangat kat dinding :) nak jadi doktor! time sem 3
Subject Chemistry pun grade aku meningkat. Tajuk organic ni memang best tapi tu la banyak gila nak kena hafal. Thanks to Hamin Salwa sebab banyak ajar aku pasal Chemistry ni. Salwa still 4flat, 3 Sem berturut-turut. Tahniah.

Bi aku C. Aduhh dah risau dah Muet ni satgi Band berapa la pulak? Tapi Bi memang ramai gila dapat C. So takde la rasa lonely sangat. haha

Time check result hari tu, aku antara orang yang last yang check result. Aku takut. Takut kecewa.

Check by online, then bila je keluar result tu on screen, terus aku menjerit and peluk Fatin. Aku sebenarnya main peluk je sape-sape kat sebelah aku. Kalau tetiba Hazwan yang kat sebelah aku, ntah dia yang menjadi mangsa kerakusan aku. LOL.

Eksaited tahap dewa! Pastu nangis beria. Drama gila! Macam dapat 4flat. Padahal tak pun. ngeh ngeh

Pastu aku call Ibu, nangis lagi. Ratu air mata sungguh. Aku tanya ibu, 'did you happy with my result?' . 'I'm doing this for you and Ayah.' *bajet speaking. padahal in reality aku cakap melayu je. Lol

Ibu cakap dia gembira and dia pun tengah nangis kat Office. Dan Ibu suruh aku berusaha lagi untuk Sem 4 pulak. Insyaallah I will!

Pastu balik je dari jumpa cikgu-cikgu kat unit untuk ucapkan terima kasih. Aku pergi cafe. Beli teh ais sejuk sebagai 'belanja diri sendiri' as hadiah la. 

Aku terserempak dengan Mass dekat cafe. Kitaorang jalan sama-sama balik blok. Aku tanya result Mass and her result was absolutely superb! Aku terus peluk dia tengah-tengah jalan tu then again menangis. Ratu air mata betul! Aku bangga gila dengan Mass.

She tried harder in Sem 3 and Allah pay her! Tahniah Mass! Walaupun result dia hampir 4flat, tapi dia still humble.

Ibu bagi aku hadiah RM 100 as hadiah pointer naik. Happy me! Rasa sayang la pulak nak guna duit tu. Rasa macam nak frame je la. haha

Ok la sampai sini je cerita aku.

*maaf pengcahayaan tak berapa bagus. Penguat semangat kat dinding lagi selepas sehari dapat result.

Sunday, 30 November 2014

Minggu pertama semester 4

Assalamualaikum..

Yeahhh sem 4 is beginning. Rasa macam tak percaya. 5 bulan je lagi tamatlah riwayat sisa-sisa hidup dekat Matrik ni. Ahah.

Untuk memberi sokongan untuk aku belajar lebih rajin, ayah ibu, kak rohiza dengan adik-adik aku hantar ke Melaka. Tersenyum iolls sampai ke telinga. Tapi aku rasa macam menyusahkan ibu ayah la pulak sebab on the way nak balik Shah Alam tu jalan jammed gila. Malam baru diorang sampai rumah. Anyway thanks! I am appreciated!

Ok minggu pertama so far, so good. Banyak class yang balik awal. Homework pun tak banyak lagi. Sempat je layan beberapa ketul movie.

Semangat pun masih berkobar-kobar. Cikgu-cikgu pun tak putus-putus bagi kata semangat.

DAN semua ayat cikgu tak lepas daripada cakap macam ni 'haa kat matrik ni je la pensyarah/cikgu nak bagi kata-kata semangat. Jangan harap dekat U nanti ada orang lain nak ingatkan.' Heh.

Hmm betul jugak.

Apa yang menarik sepanjang minggu ni?

Kawan aku dua orang, Najiah & Fatin beli handphone baru. Fitra handphone dia rosak tapi dah dibaiki. Handphone aku pun rosak. Tak boleh buat call and jawab mesej. Tapi nak jawab call, nak baca mesej, wassap, insta, fb alhamdulillah still boleh. So aku assumed simcard kot yang ada problem.

Ok lupa pulak Faisal pun guna handphone baru. Hee. Tapi dia sorok-sorok. --'

Classmates yang lain semua masih sama. Haa Hazwan makin rajin pergi class. Setakat ni tak ponteng lagi. Rambut pun dah potong kemas. Kalau tak bangla pun kalah rambut dia. Haha.

Roomates, wingmates pun masih sama. Cuma ahli wing je dah bertambah lagi sorang.

Pengarah KMM dah berpindah pergi KMNS. Malam Jumaat hari tu ada majlis perpisahan. Ketua blok kena bagi hadiah kat beliau. Cluster A bagi kayu jati tulisan 'ASSALAMUALAIKUM'. Cluster B bagi apa tah. Tak tanya pulak. Sebab semua berbalut. Cluster C bagi toto, cadar. Ntahpapetah. Ingat Pengarah tu nak kawin ke? Haha. Lantak la asalkan Ikhlas.

dari kanan wakil blok A1, aku, ketua felo cluster A dan ketua felo cluster B
Pastu hari Sabtu, semalam ada Karnival kerjaya. Banyak la jugak U yang ada. Tapi UITM, UTHM and USIM takde. Pergi situ kerja kumpul bag, gift and pamplet je. Tak sempat nak tanya soalan dekat pegawai U yang bertugas sebab ramai gila budak KMM eksaited nak masuk U.

Nasib takde kes pengsan je. Ramai gila. Sesak.

Jumaat dengan Sabtu ni banyak di habiskan dengan melagha tengok drama korea. Hari ni (Ahad) baru sibuk nak siapkan homework. 

Masuk sem 4 ni harus perlu mesti selalu sedar diri! Tak boleh banyak main. Kena kejar balik pointer. Harapnya result PSPM 3 aku baik. MUET pun harapnya dapat Band 4.

Dah mula rasa risau bila tengok requirements UPU. Taktau nak amik coarse apa.

Sampai sini sahaja coretan kali ni.

Saturday, 22 November 2014

Happy anniversary!

Assalamualaikum..

Ok entry kali ni adalah bersempena anniversary ibu ayah yang ke 22 tahun. Lidah lagikan tergigit ini pula hubungan suami isteri.

Tipu la kalau sepanjang 22 tahun ni hanya bahagia sepanjang masa. Ada la jugak adegan bergaduh manja, bergaduh bermasam muka. Bergaduh bertarik rambut je tak pernah di buat lagi. Haha.

Diserikan dengan kehadiran anak seramai lima orang yang kalau semua balik rumah, riuh setaman.

Time ibu dilamar ayah untuk menjadi suri di hati, umur ibu baru 21 tahun. Ayah pulak baru 23 tahun.

Ada je gambar kawin ibu ayah. Tapi orang zaman dulu kawin kan perempuan tak pakai tudung. Hmm nak letak sini macam tak manis je.

Perghh muda belia. Cuba kalau aku atau kakak gatal nak kawin sekarang, mau terbelalak biji mata ibu dan ayah. Kan? Ngeh3.

Zaman dulu lain cerita. Ayah dah keje, ibu pun dah keje. Walaupun gaji time tu berapa ratus je ntah. Alhamdulillah masih boleh survive beli susu, lampin anak, bayar kereta, rumah dan lain-lain.

Perkahwinan tu bukan setakat, kau suka aku. Aku suka kau. Jom kita kawin!

Oh NEHI!

Bagi aku perkahwinan ni satu pengorbanan. Pergorbanan dari segala aspek. Malas la nak ulas panjang berjela. Aku ni pun ilmu tentang perkahwinan masih cetek di dada.

Ok berbalik, pada perkahwinan ibu dan ayah. Hmm memang banyak la yang boleh di ambil iktibar. Peranan seorang ibu, isteri, ayah, suami mahupun anak-anak demi menjamin kerohanian rumahtangga.

Bagaimana seorang suami menenangkan si isteri tatkala anak-anak melawan cakap, keras kepala. Bagaimana si isteri menenangkan si suami tatkala si suami berbalah dengan anak-anak.

Bagaimana si ayah memujuk anak-anak tatkala mereka bermasam muka dengan si ibu. Dan bagaimana pula si ibu cuba mengabulkan permintaan anak-anak yang ingin makan pelbagai juadah walaupun jelas di wajahnya kepenatan.

Dan bagaimana wajah si ibu jelas kegembiraan apabila melihat anak-anak melantak makan juadah tersebut dengan kepuasan.

Aku sebenarnya takde idea nak tulis panjang-panjang. Tapi apa yang aku tahu,  there are no such a words to describe how grateful I am to have ibu ayah.

Walaupun aku ni antara anak yang degil main seborono buat sesuatu keputusan deep inside i am not strong enough without them.

Last word, I hope this relationship long last ever after. Setiap dugaan, ujian harapnya lebih menguatkan hubungan kekeluargaan kita.

Happy anniversary Ibu Ayah!


One happy family at home


Wednesday, 12 November 2014

#1 Lesen oh lesen

Assalamualaikum..

Ok fine aku dah pergi tanya harga baru lesen kereta. RM 1450. Bapak dia mencekik. Aduhh. Ada tambah parking 'S' dan 'Z'.. Pastu tambah masa belajar lagi. Time test nanti kena explain depan JPJ pasal bonet depan. Explain pasal engine bagai.

Apa benda tah.

Hmm seperti yang sudah di agak, ibu akan marah pasal kenaikan harga ni. Ibu marah sebab aku suka lengah-lengahkan amik lesen kereta ni. Padahal dah lama ibu suruh amik.

Ok itu memang aku mengaku salah aku. Tapi aku bukan sengaja lengahkan. Ibu suruh amik time lepas SPM dua tahun lepas.

Time tu secara jujur memang aku tak ready langsung nak amik lesen. Satu, sebab aku fobia dengan tempat ujian memandu tu. Dua, sebab aku lebih eksaited nak kerja, pegang duit berkepuk-kepuk. Tiga, malas.

Aku fobia sebab time aku amik lesen motor dulu, sampai 3 kali baru berjaya dengan lulusnya. Macam-macam pengalaman nak dapatkan lesen motor tu. Lebih kepada pengalaman menyayat hati. Mungkin orang akan cakap fobia tu cuma alasan. Tapi tu memang kebenaran yang aku rasa.

Orang lain boleh pung pang nak cakap apa. Yang fobia tu aku!

Lepas setahun masuk matrik, again ibu suruh amik lesen lagi. Time tu bulan Mei tahun ni. Aku dah try cakap aku tak ready tapi bila ibu dah desak, nak taknak aku terpaksa pergi ceramah, kelas amali semua.

Hmm banyak la aku terpaksa. Ibu tu lagi la terpaksa sanggup keluarkan duit untuk aku. Aku cuba bersyukur dan menghargai.

Nak dipendekkan cerita, aku sempat la belajar memandu 6 jam. But well aku memang lemah bab memandu-mandu ni. Tangan aku keras gila (based on cikgu memandu tu cakap dan ibu pun cakap benda yang sama). Pastu aku lampi gila nak paham apa cikgu aku tu ajar. Sampai aku rasa cikgu tu pun dah give up ajar aku. :(

Bayangkan 6 jam kelas memandu tu, dihabiskan aku cuma belajar depan, belakang, belok kiri kanan. Itu aje. Tu pun aku lampi gila.

Tapi ada sehari tu, cikgu tu ajar memandu sampai jalan raya. Tapi cikgu tu jenuh jugak pegang stereng sebab takut terbabas. Kah kah

Yang aku tak suka pasal cikgu aku ni, main sedap hati mak nenek tok abah jiran belakang rumah dia je dok pegang tangan aku. Ciss. Aku nak marah tapi at that time rasa macam lemah gila. Hopeless.

Tu la benda paling annoying kalau aku ingat pasal cikgu tu. Tapi aku nak salahkan dia seratus peratus pun tak boleh jugak. Aku memang tak dapat paham cara dia ajar pusing stereng tu. So dia bengang kot.

Dia pegang tangan aku sambil pusing stereng. Then dia cakap 'tak susah mana..bla bla'.. 'ehh asal tangan ko sejuk?' Lol gila time tu. Mau je aku cakap, 'dah ko pegang tangan aku, mesti la aku sejuk!  Kesian laki aku!'

Sob sob. Tapi tu dalam hati je. Balik rumah terus aku sabun tangan aku sejam. Bagi bersih.

Itu memang kekhilafan. Menyesal.

Aku cuti sem time bulan Mei tu cuma sebulan lebih je tak silap. Hmm mana la nak sempat habiskan lesen tu sampai test JPJ. 

Pendek kan lagi cerita, aku ada seminggu je sebelum sem 3 kat Matrik start. So aku tak sempat belajar parking, bukit bagai.

So aku postponed dulu. Aku pergi Matrik, sambung sisa-sisa kehidupan.

Satu hari tu cikgu tu text, cakap kena habiskan belajar before bulan Oktober, kalau tak harga dah naik.

Memang tak la aku nak balik semata nak menghabiskan lesen tu. Tambang balik dari Melaka-Shah Alam je nak makan suku duit elaun. Membazir!

So aku postponed sampai cuti sem kali ni pulak. Dan akibatnya, terpaksa aku dengar bebelan ibu yang tak berkesudah. 

Panjang gila entry ni. Hmm ni kenangan aku amik lesen. Aku taip dalam blog ni as memory. Lagi satu sebab ibu tengah marah gila kat aku. Apa nak dibuat tahi kambing bulat-bulat? ( ayat cikgu Physic)

Sekarang ni maybe aku postpone lagi lesen ni sampai bulan April next year. Sadis kan?

So please semua doakan aku berjaya dapat lesen. Aku nak bawak kereta nak pergi jalan-jalan. Nak pergi rumah mak mertua jugak. Hihi.