Saturday, 26 December 2015

Sejenis phobia (Gamophobia)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sekarang aku berada di hujung sem 1. Sekejap gila masa berlalu. Sibuk gila nak hujung-hujung sem ni. Tak cukup tido, tak cukup tanah, tak cukup makan, tak cukup kasih sayang. 

Semua la tak cukup. Haha.

Tapi so far aku rasa best gila dengan life U ni. Ntah taktau sebab apa rasa best, tapi memang rasa best. Kawan-kawannya kot.

Sampai kalau ada masalah pun, aku persetankan je masalah aku tu. Lantak ko la labu!

Baru-baru ni aku tau satu word baru iaitu Gamophobia. Gamophobia ni sejenis perasaan takut untuk ada relationship with different gender. Sejenis rasa takut untuk ada comitment. Takut untuk berkahwin.

Asal do maksud Gamophobia ni closely related to myself? Sejibik weh.

Tapi aku tak takut untuk kawin okayy. Tu lagi aku suka! Kah kah.

Hari tu aku ada tulis entry pasal 'bercinta?'. Baca la balik entry tu!

Dalam tu aku cakap, ada someone kononnya cakap dia suka aku. Pastu aku taktau nak react gimana and bla bla bla..

Tapi sekarang, aku consider orang tu dah jadi sejarah kot. Dia dah pergi tanpa berita.

Aku tak salah kan dia. Dia berhak pilih jalan hidup dia.

Aku malas nak pikir. Masing-masing dah besar.

Lagipun aku rasa ada serba sikit, salahnya dari pihak aku. 

I'm Gamophobia. Takut pada comitment. Tak aku bukan takut. Tapi lebih pada malas kot.

Siapa je rajin nak ada comitment? Ke aku je yang pelik? ahh lantak.

Aku dengan orang tu pun takde la tahap bercinta bagai. Cuma bila ada orang cakap dia suka aku, aku ni perempuan kot. Lembut. Mudah terkesan.

Tapi macam aku cakap, aku tak reti. Aku malas nak ada comitment. Malas nak balas whatsapp. Malas nak bercerita tentang rasa sayang, cinta bagai ni.

Malas ke tak reti ke, aku sendiri pun taktau.

So aku rasa lebih baik aku ni tak payah nak ada relationship. Fullstop.

Aku tak sedia lagi. 

Maybe aku rasa relationship yang sebetulnya sesuai untuk aku, bernikah kot. Kalau setakat cinta monyet, couple bagai ni..it's not me at all.

Malas. 

Tipu la kalau takde naluri nak bercinta. Tapi bila Allah rezekikan aku ke tahap itu, hari tu. Aku rasa stress. Yaa mula-mula memang rasa seronok, lepas tu? Ntah sejenis feel yang tak bagus untuk aku. Aku rasa malas nak teruskan. So aku ignored je orang tu.

Sampai orang tu rasa, aku ni bukan untuk dia. Dan dia pergi. Dan aku biarkan je.

So the end.

Alaa dengar cite, orang tu dah ada pengganti. Hmmm.

Lagipun aku tak reti la orang nak berkasih sayang dengan aku. 

Lagipun macam membazir bagi kasih sayang pada yang tak sepatutnya. Dan aku rasa lega, hari tu aku takde la work out into that 'relationship'.

Haha.

So kesimpulannya, next time tak payah la nak terlintas pun nak bercinta bagai ni. Serius ia sangat serabut, memenatkan.

Ingat tu ATHIRAH.




Saturday, 5 December 2015

Ko dah tua kak! Tapi masih ketot!

Assalamulaikum..

5 December 1993, you was born. Nama ko bapak panjang, sampai kadang-kadang dulu aku penah jeles dengan nama ko kak. Sebab nama aku ciput je. Aku suka gila nama panjang-panjang ni. Tapi tu dulu. Sekarang aku redha nama aku pendek, sebab senang nak tulis, pastu senang nanti laki aku nak akad nikah. Haha

Okayy tahun ni umur ko dah 22 tahun. Dulu masa umur ibu, 22 tahun dah ada anak sorang, iaitu ko yang kuat menangis! It was disaster bila ko menangis. Haha.

K aku malas nak throwback time ko kecik.

Happy Birthday! Thanks for being a good sister untuk aku dan adik-adik yang lain. Paling thanks sebab ko selalu ada bila aku susah. Selalu ada bila aku rasa dunia tak adil untuk aku. Selalu ada bila aku rasa give up dengan study. Selalu ada untuk bagi aku kata-kata semangat. Selalu ada bila aku takde duit, pastu aku malu nak mintak duit kat Ibu/Ayah, ko yang jadi orang tengah mintak kan on my behalf.

Walaupun kita selalu gaduh, ko la selalu carik pasal dengan aku. (Aku ni baik je budaknyaa) Ngeh ngeh. Tapi deep in your heart, aku tau ko sayang aku kan kak?

Thanks jugak selalu belanja aku. Selalu jadi driver aku bila aku nak pergi mana-mana Selalu jadi penasihat fashion aku. Tukang kritik paling tegar dalam setiap apa yang aku buat. Aku taktau apa masalah ko, selalu tak puas hati dengan aku. --" haha

Paling aku terkesan, thanks sebab ko dahulukan duit PTPTN ko untuk langsaikan yuran Universiti aku. Walaupun ko over pau duit aku lebih dari sepatutnya bila nak suruh aku bayar balik. 

Takpe demi ko aku redha.

Pastu hari tu, time laptop ko kena songlap..aku dengar cite ko tak meroyan pun. Kalau aku kat tempat ko, mesti aku meroyan, depressed dan seangkatannya. 

Sebab tu Allah uji seseorang mengikut kemampuan dia. Allah tau ko mampu! Then bila Allah bagi ujian, DIA akan ganti balik dengan nikmat yang lain.

Alhamdulillah ko dah dapat kerja tetap even ko belum habis study pun lagi. TAHNIAH! 

Ko selalu tak kedekut dengan adik-adik ko kot, sebab tu rezeki ko murah dalam banyak benda.

Ehh banyak pulak aku puji ko dalam ni. Sila terharu okayy! Kah kah.

K la akhir kata, aku doakan ko panjang umur, murah rezeki. Dapat sambung master. Cepat-cepat kawin dengan abe Faiz. Adik-adik ko tak sabauu nak anak sedara. Haha.

Persetankan orang yang pandang negative/tak puas hati kat ko. Aku tau ko mampu hadapi manusia 'perangai senonoh ni'..

Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk ko kak. Ko jaga diri, jaga kesihatan. Sebab aku taknak jadi 'anak sulung' kalau ko takde.

Last word, Aku sayang ko! Kita dah janji nak kongsi pelamin dan kawin hari yang sama sebab nak jimat cost. So sila doakan aku jumpa laki yang baik. Haha.

Thanks for everything ketot ♥♥





Sunday, 1 November 2015

Malaysian United Run 2015

Assalamualaikum..

Aku baru je balik dari KL. Aku join program Malaysian United Run. Banyak jugak la pancaroba sebelum dapat pergi situ.

Mula-mula katanya kena isi borang online, borang online tu pulak dah isi dari tengah bulan 9 tak silap. Isi online tu pulak banyak kali gilaa kena isi. Pastu tetiba, dah dapat senarai pendek, kena sahkan pulak kehadiran dekat pejabat kolej kediaman.

Nak sahkan kehadiran tu, tetiba penyertaan dah penuh. Hailaaa. Penat je isi sebulan awal, tetiba orang atasan tak nak guna yang isi online tu.

Dia bukak penyertaan terbuka. Ciss betul. Kecewa gila!

Tapi bila dah nama rezeki, Alhamdulillah ada tempat kosong untuk aku dengan Tika dan Zaha. Haha. Marilah ber-eksaited beramai-ramai.

Wehh memang eksaited la cerita dia. Sebab, akhirnya dapat jugak buat program/aktiviti lain selain ulang alik pergi class, tido, makan dan sebagainya. Huh. Dah bosan gila hari-hari buat benda sama.

Kitaorang gerak dari Uthm, malam (31/10) ke KL. Ikut perancangan, bas datang pukul 11 malam. Tapi tau la janji Melayu, bas nak dekat pukul 1 pagi baru sampai.

Tapi disebabkan eksaited nak pergi KL, HALAL je la tunggu 10 tahun pun takpe. Lol. (Padahal hampir nak mereput)

Pastu bila naik dalam bas, setengah jam pertama je dengar bunyi suara. Haa lepas tu, semua dok terbongkang bermacam gaya.

Tapi aku tak boleh tido. Ntah. Ada la 2 jam pertama dalam bas tu aku melangut. (Nak pandang luar, takut). So terpaksa la acah-acah tido.

Akhirnya tertido la jugak.

Pastu bas ni banyak kali jugak la asyik berhenti. Pukul 3.30 pagi, stop dekat rnr Seremban. Kena terus beli sarapan (roti ke biskut ke roti canai ke ). Pastu tukar baju terus. Dalam sejam jugak la. Penuh rnr tu dgn muka sememeh students Uthm. Haha.

Pastu bas gerak lagi, dalam pukul 5 lebih camtu dah sampai Masjid Negara. Haa nama je Masjid Negara, tapi kemudahan asas dia tak berapa superb.

Settle kan Subuh semua, melantak sarapan. Terus jalan kaki dalam 1 Km la jugak ke Padang Merbuk tu. Tapi sepanjang jalan tu happy je, gelak semedang. Perangai masing-masing macam haremmm. 



Bila dah sampai dekat Padang Merbuk tu, dah ramai orang berkumpul. Macam-macam U ada. Tapi tu la sebab padang tu basah, lecak gila. So macam a bit not fun. Semua macam sayang kasut, taknak bagi kotor. So kitaorang duduk tepi-tepi je.

Pastu ada la ucapan sikit dari pengacara, penyerahan cheque (program ni sebenarnya kumpul dana untuk bantu rumah kebajikan). Pastu ada Datuk Hisamuddin. Dia pun ada la berucap jugak. Tapi ucapan dia macam sama textnya time orientasi hari tu. Cakap pasal perpaduan (tak politik sebenarnya! Heh)

Pukul 8 suku camtu tak silap, mula la acara larian. Tapi kitaorang tak lari pun. Malas! Lagipun orang ramai gila. Nak berjalan pun susah, apatah lagi nak berlari. (Alasan sebenarnya) haha.

Maka kitaorang pun berjalan la sepanjang 4 Km. Rahim, Piqa ngan Heeda ada lari sikit. Aku, Zaha, Tika memang pemalas nak arwah. Kitaorang jalan je dari mula sampai ke garisan penamat.
4 Km okayy. Bukan 3 Km. 
Tak kesah la jalan kaki ke berlari ke sama je. Lencun dan lecak jugak ketiak memasing. Huhu.

Pastu around 10 pagi camtu, program pun tamat. On the way nak jalan pergi parking bas, tetiba nampak Nadiah Suardi. Tapi tu la tak sempat sembang panjang. Almaklumlah penat sangat. Haha. Sempat selfiee je.


Makin gojes Nad sekarang. Jeles iolls. Hihi
Sebenarnya ada la jumpa beberapa orang lagi. Tapi tula tak sempat nak selfie ke apa. Sempat Hai-hai, bye-bye camtu je. Ramai sangat orang. Berkerumut.

Pastu tadi aku letak gambar kat Insta, ehh ramai pulak sebenarnya kawan aku join program ni. Tapi takde rezeki nak terjumpa.

Sebenarnya the most part yang paling sedih, Mass pun ada kat situ. Kitaorang berdiri di tempat yang sama, menghirup udara yang sama. TAPI TAK JUMPA! SOB SOB. MEMANG TAKDE REZEKI! SEDIHNYAAAA.

Mass wassap aku, tu pun aku dah sampai kat tempat bas. Dia cakap dia nampak aku. DUA KALI wehh. Tapi sebab ramai sangat orang. Dia tak jadi nak jerit panggil nama aku. Mass ni, lenkali jerit je la. Kan takde rezeki nak jumpa. SOB SOB.

Eh panjang gila cerita aku kan? So far best la pergi program ni. Even tak cukup tido bagai. Lain kali nak join lagi! Insyallah.

*The most best part for today, someone is senyum kat aku pepagi Subuh. Masyaallah happy gila aku.Terus segar bermaya aku. Like seriusly. Haha.

Thanks for reading!
Rasa macam dah kuruih sikit lepas berjalan kaki tadi kan? Gaya tangan aku tu tersalah sebenarnya. Aku nak tunjuk ke arah KL Tower sebenarnya. Haha.


Thursday, 29 October 2015

Krisis air

Assalamualaikum..

Sekarang time aku tengah miserable gila. Kemalasan nak pergi class semakin memuncak. Masyaallah. 

Satu, sebab blok aku ni dah lebih 3 minggu takde air. Setiap hari aku merempat pergi blok orang lain. Pastu, bilik aku ni dah la aras 3.

Penat wehh turun-naik carik air.

Pastu sampai kadang-kadang aku merempat pergi blok kawan aku, Zaha. Blok Zaha ni depan blok aku je. Tapi still jauh la jugak nak menapak. Kena cross jalan raya bagai. Tapi demi untuk mandi dan basuh baju aku sanggup(terpaksa).

Aku lebih suka pergi blok Zaha sebab air dia lebih kuat pastu orang-orang sekeliling dia takde la kerek sangat. Pastu lepas mandi, boleh terus amik wuduk then solat terus kat bilik Zaha. Senang!

Aku call Ibu hari tu, cakap masalah air ni haa. Pastu boleh pulak Ibu cakap, aku dan masalah air memang tak boleh dipisahkan. Dari zaman sekolah sampai zaman matrik, zaman U pun!

Ciss. Apa la dosa aku?

Dah la dari zaman sekolah, zaman matrik, ni zaman U pun bilik asyik dapat tingkat yang paling atas je. 

Stress!

Hope sem 2 nanti aku tak dapat kolej TDI blok A. Pastu dapat la bilik tingkat yang bawah.

Ameen.

Lagi satu bila takde air ni, aku selalu terjumpa 'harta pusaka'/ 'coklat terapung'. iyeww nak taip pun aku dah geli.

Hmm apa tah lagi bila terjumpa depan-depan. Gosh! Dah masuk U pun, kebersihan tak reti nak jaga! Perempuan pulak tu.

Yee maybe dah tak dapat nak tahan, seinci lagi nak terkeluar tapi at least check la dulu ada air ke tak kat tandas tu. Ni tak, main mencangkung pastu baru gelabah nak tengok ada air ke tak.

Weh boleh kena sawan, hari-hari terjumpa benda tu kat toilet. 

Aku ni pulak jenis bila dah ternampak tu, asyik nak membayang. Hmm memang jawabnya HILANG SELERA MAKAN.

Again, apa la dosa aku?

Ya ALLAH tabahkan la hati ini. Cepat la cuti midsem. Nak recharge balik mindset.

Thursday, 15 October 2015

Mana ada aku garang.

Assalamualaikum..

Dah masuk sebulan lebih kat UTHM ni, so far so good.

Semalam ada kawan aku kata, first impression dia kat aku..dia pikir aku kerek, garang! --'

Aku dah agak. Dah biasa orang cakap camtu. Ramai sangat. Dari zaman sekolah, zaman matrik lagi. Aku watlek watpeace je. Tak larat dah nak explain.

Pastu aku tanya dia balik, lepas ko dah kenal, ko rasa aku macam tu tak? 

Dia jawab TAK.

See. Aku ni muka je garang. Ko dah kenal, aku tak garang pun. Kerek pun takde.

Kerek tu depends. Lol.

Aku dah try untuk senyum selalu. Tapi tu la bila aku sorang-sorang atau tengah fokus buat something, tahap kedutan muka dan dahi tu toksah heran. 

Aku sendiri tengok pun takut. Ngeh ngeh.

Lagi sekarang, belajar susah nauu subjek coarse aku ni. Haa lagi la berkerut muka aku. Stress mak!

Pastu orang lain pikir aku garang/kerek sebab aku suka kawan/sembang dengan orang yang aku kenal je kot.

Sebab tu, kalau takde kawan yang aku kenal, aku prefer diam. Layan phone atau pun buat-buat termenung jauh. Meratapi nasib. Lol. Tak reti doo nak bermasyarakat. 

Tapi kalau ko dah kenal aku, aku ni tak berhenti pulak bercakap. Nanti ko pulak pening nak layan.

K lagi sekali aku nak tegaskan. Muka je camni, tapi aku ni hati penuh taman. Bukan taman bunga tapi taman permainan. (K tak lawak)

Next week test berderet-deret. Mohon doakan aku tak bertukar wajah. Lol.

Meet my friends.


Friday, 9 October 2015

Bercinta?

Assalamualaikum..

Ok apa yang aku nak bebelkan kali ni ada lah pasal bercinta. Lol. Rasa annoying dengan diri sendiri bila cakap pasal cinta ni.

Aku rasa umur 20 tahun ni memang dah wajar la kan nak berdiskuss tikuss pasal cinta.

Ke still rasa masih terlalu muda? 

Ke still rasa spender mak ayah belikan so tak payah la nak tunjuk pandai?

Since aku memang dah beli sendiri segala spender sendiri, aku dah kira layak kot bercakap pasal cinta.

HAHAHA.

Lol. Aku masih sendu bab cinta cintun ni. 

Kadang aku rasa, adik-adik aku lagi expert. Diam-diam sekali dah bercinta. Time sekolah dah ada pakwe makwe.

Kalau kawan perempuan cakap sayang, rindu pun aku blurr, kaku nak react apa. Sampai classmates matrik dulu cakap aku 'kayu'. Tak berperasaan.

Tak reti la nak bersayang bagai ni. Kalau sayang yee sayang je la. Kalau rindu yee rindu je laa. Pastu?

Aku tak reti la explain oiii.

Ok. Honestly i found a guy. Aku tak pernah imagined everything gonna be like this.

Wehh dah umur 20 kot.

Athirah masih tak reti. 

Kalau ada orang cakap suka, pastu nak react apa?

Kalau ada orang bebetul nak kita, pastu nak buat apa?

Kena tunggu lagi 5-6 tahun macamtu. Sebab memasing tengah belajar lagi.

Masalahnya sanggup ke nak tunggu? Masalahnya lama lagi kot. Masalahnya aku nak kawin awal.

HAHA.

Kalau addmath tu susah, aku rasa bercinta tu lagi susah.

Sebab tu aku malas. Sebab aku tak suka susah. Tak suka komitment.

Terlajak perahu boleh berundur. Terlajak kata, haa ko jadi la confius macam aku ni. Clueless.

Tapi banyak aku belajar dari that guy. Terima kasih.

Ini entry terperap (1/8/2015)




Wednesday, 16 September 2015

Jet-jet budak Universiti

Assalamualaikum..

Setelah tiga minggu masuk UTHM, seminggu bertepuk tampar, menari dan tak cukup tido masa orientasi. Akhirnya class pun bermula. Tapi serius direct 2 minggu weekend, macam langsung tak cuti. Ada je program untuk membuli juniors hingusan. Ciss.

Banyak gilaa benda aku nak cerita sebenarnya. Tapi tu la kekangan masa, kemalasan dan kekeringan idea. Tapi sebab Aina Nadhira request entry kehidupan as students U, so here this is my stories.

First aku rasa jadual kat U ni sangatlah heaven. Banyak gila masa free. (eh tadi bukan kata kekangan masa ke? Lol). Jadual ni sebenarnya students yang susun sendiri. Agak-agak tak boleh/suka bangun pagi, kita boleh adjust class lewat. Agak-agak seorang yang dedikasi macam aku, suka suasana pagi, ko pilih la class pagi. Then petang/malam ko boleh berjimba.

So far, aku SUKA gila jadual class aku. Cuma ada satu hari tu, hari Isnin class agak packed. Sebab terpaksa ada class malam, since lecturer aku pergi haji dan lecturer yang gantikan dia tu siang dia dah fully booked.  Penat gila kalau ada class malam! Apa yang lecturer ajar, hmm macam angin lalu je.

Pastu time aku nak susun jadual class ni, ada la sorang senior/kawan yang bagi guide line. Bagi contoh jadual dia time dia sem 1. Pastu kat dia la, aku banyak tanya. Banyak yang sangat banyak aku tanya! Sorry bro ko dapat junior lampi macam aku. Kadang aku tau ko stress dengan soalan-soalan aku, tapi ko still gigih menjawab. Thanks! Terhutang budi.

Aku rasa kalau takde jasa ko untuk explain cara susun jadual tu, mesti susunan jadual aku kelaut (clash sana-sini). Sebab ramai gila coursemate aku taktau nak susun macamana.

Lagi apa ehh aku nak cerita? Haa pasal makanan kat U. So far makanan dia tak murah sangat. Dah standard macam makan kat kedai luar. Aku rindu gila makanan kat cafe A KMM. (Murah dan sedap). 

Hmm macam yang sedia maklum, kos degree aku ni adalah kos LELAKI. Memang sumpah bilangan lelaki lagi ramai dari perempuan. Sepanjang hidup aku, tak penah lagi dikelilingi classmates yang ramai lelaki. Dulu time sekolah/matrik, ko boleh tengok berapa ketul je lelaki. Hampir pupus! Tapi lain gila kat U ni haa (especially coarse aku), perempuan pulak yang berapa kerat. Agak akward sebenarnya di situ.

Best sebenarnya ramai lelaki (mode gatal turns on). Sambil belajar ko boleh cuci mata~ HAHA. Tapi kebanyakkan class, aku suka dan try untuk duduk depan. So fokus tu lebih tepat ke muka lecturer. Takde la mata tu melilau sangat.

Bila ramai sangat budak lelaki, budak perempuan akan jadi golongan minoriti. Apa-apa aktiviti, memang budak lelaki yang conquer. Kat sini ko akan tengok lelaki ni sebenarnya memang dilahirkan dengan leadership.

Sebenarnya idea diaorang lagi brilliant daripada idea budak perempuan. Kreatif gila. Pastu budak lelaki yang masuk kos aku ni, memang jenis minat gila kos tu. So bila belajar tu, senang dan cepat gila tangkap.

Aku dengan Zaha memang selalu terkebil-kebil. Kelaut setiap kali class! Pastu kitaorang memang akan mintak pertolongan budak lelaki untuk explain balik kt kitaorang. Bukan taknak suruh perempuan jugak, tapi seriusly belajar dengan lelaki lagi mudah paham. Lelaki ni tak emo bila mengajar. Pastu jenis pulak baik gila. Memang suka membantu golongan dhaif macam aku ngan Zaha.

Eh pehal doo aku macam puji golongan lelaki ni? insaf woiii. Tapi tu la yang aku rasa. Sekarang memang ketara la ayat ni boleh diaplikasikan dalam hidup. 'Lelaki sebenarnya lebih bijak dari perempuan'. Sekarang memang jelas dan sohih ayat ni! Believe me pleasee. Haha.
ni group PA aku. See ramai gila lelaki. Ni pun ada lelaki yang takde. Perempuan 3 ketul je. Ni muka penat lepas explorace sebenarnya.
Group PA ni macam group mentor-mentee. Kitaorang berkongsi mentor la kiranya selama 4 tahun kat UTHM ni. Kalau ada apa-apa aktiviti melibatkan fakulti, dengan group ni la kitaorang saling bekerjasama.

Kat U ni ko memang kena pandai pilih kawan. (Next entry maybe?) Tapi aku bersyukur gila sebab Zaha pun tercampak dekat sini. Kalau tak, aku mesti sudah mampus keseorangan~ Ramai la Allah jumpakan orang baru kat sini yang baik-baik, budi pekerti soleh/solehah.

Banyak gila pertolongan diaorang bagi. (U know who u're) Aku malas nak mention! Haha.

K la aku rasa sampai sini je dulu. Next entry will update soon.