Bila dah habis sekolah baru lah terkenang-kenang zaman sekolah. Mengada ko tau tak! Dulu time sekolah, ko nak sangat habis sekolah. Nak masuk U la ape la..Dan paling utama nak kawin cepat sebab tu taknak sekolah dah.
Itu memang sangat AKU! Eleh korang pun kan?
Ok kali ni aku nak share pengalaman sekolah aku. Tapi ni lebih kepada kehidupan asrama la. Well aku kan budak hostel. Banyak buat benda meon time kejahilan dulu.
Seriously aku bangga menjadi seorang BUDAK HOSTEL. Ia menampakkan aku seorang yang berdikari lagi matang. Eh?
P/s: ni gambar aku & the gang. Tahun 2012. Comel kan kami bertudung labuh? Gambar cot takde. :(
Kawan aku kat Matrik semua stok duduk rumah, duduk bawah ketiak mak ayah, jenis tak pernah berjauhan dari keluarga. So bila aku story pengalaman hostel aku, akan ada la unsur-unsur riak dan takjub di situ.
Aku memang saje story pengalaman aku. Nak bagi diorang jeles dan rasa menyesal sebab tak duduk hostel dulu. hahaha
Aku start duduk hostel dari form one sampai form three je. Form four dan form five aku duduk rumah. Asrama dengan rumah aku tu tak jauh pun. 8KM je. Kurang 10min kalau naik kereta. Time SPM aku duduk asrama. Tapi aku awalkan dua bulan kot. Kiranya tiga bulan la aku duduk hostel time nak SPM tu..nak study katanya. *mata pandang atas, tangan kat bahu
Walaupun kehadiran aku kat hostel tu ibarat biskut..kejap ada kejap takde. Tapi banyak giloss memory. Ahh ngindunyaa..
Aku rasa siapa yang duduk hostel pun pernah experienced benda-benda ni. So let's check out..
Junior's Time
- Sebulan ke dua bulan pertama budak form one mesti meleleh je air mata. Teringat kat rumah. Kalau tak kuat mesti dah berambus daripada asrama.
- Budak form one ni selalu skema. Semua benda nak buat cepat. Kalau bangun pagi tu pukul 4 pagi dah berjaga nak pergi mandi. Kalau pergi surau ke Dewan Makan ke sokmo la muka bebudak ni yang tengah beratur depan.
- Ni untuk budak sekolah agama: Budak junior time form one, perghh tudung labuh gilos. Tapi bila naik form two, form three dah berani potong tudung kasi singkat. Konon nampak hebat! Ini memang fenomena kat sekolah aku. Even aku pun buat.
- Kalau junior muka comel sikit, berderetlah ahkak2 senior nak jadikan adik angkat la, adik ipar la. Layanan pun tiptop. Aku memang menyampah golongan senior camtu. DISKRIMINASI!
- Kalau muka junior yang pecah rumah\skema mesti ada dialog 'weh adik ko lalu..'weh adik ko pandang ko'..dan sebagainya yang akan diakhiri dengan gelak tawa.
- Public phone memang dipenuhi dengan bebudak junior call parents. Tak kasi can bebudak senior nak call pakwe. Eh?
Senior's Time
- Ahkak2 memang berkuasa! Nak bising ke nak lambat ke adik2 memang takde peluang nak tegur. Berani tegur? memang kena bash sepanjang hayat.
- Senior yang HOT pun berderet junior nak jadikan kakak angkat. Sampai bergaduh-gauh pun ada. Ntahpape! Tak cukup dengan adik beradik kandung?
Kalau kakak angkat tu jenis hot, yang junior ni mesti berpeluang kenal abang-abang senior yang femes jugak. Perghh tak aci kan? Sambil menyelam sempat pulak ko menggatal ye budak junior!
- Selalunya bila dah senior, tudung kembali labuh (budak sekolah agama). Ntah la. Bila dah besar baru sedar tudung labuh ni bapak pelik kalau dipotong pendek. Serupa macam tudung salji pun ada.
- Budak senior tak main dah bertenggek\beratur dekat public phone. Kebanyakkannya menyeludup 'benda haram'. Kalau terdesak nak guna public phone, pau budak junior duit syiling nak miscall parents suruh call balik dekat hanset sendiri.
Ok sekarang aku nak share benda yang semua budak hostel pernah buat antaranya:
*kalau tak buat ko memang budak skema!
- budak hostel GILAKAN segala benda yang nampak 'tak bertuan'. contohnya:hanger (kalau bersepah hanger kat bilik menggosok\basuh, confirm hanger tu akan dirembat)
- sabun basuh baju, segala toiletries yang tersusun dekat sinki. 'Benda free' memang laju dihabiskan.
- kalau nak menggosok baju sekolah tu, mesti berangkai..after la, next la. Sampai pukul 1 pagi pun tak habis. Tu pasal budak hostel ni satu baju pakai untuk dua-tiga hari.
- prep(kelas persediaan) haa inilah waktu yang paling dibenci. Tujuan prep ni untuk memudahkan students study. Tapi kalau budak hostel, takde istilah prep untuk study. Prep petang: tidur. Prep malam: makan\sembang. Homework pagi esok baru terhegeh-hegeh
siapkanmeniru kat kelas.
- warden dipanggil dengan 'nama manja'. Kalau asrama aku dulu MAMA R paling femes (aspuri), BAPAK KUCING( aspura).
- kat asrama ni segala jenis bisnes laku. Ko boleh buat bisnes jual maggi, basuh\iron baju orang, jual makanan..segala jenis bisnes pasti dapat sambutan. Jual lolipop pun berebut budak nak beli.
- 'makanan kau makanan aku!'. Seriously budak hostel ni asyik lapar je. Sekali jumpa makanan mesti buat gaya piranha. Even biskut kering pun boleh berebut. Maggi sebungkus untuk sembilan perut..bayangkan.
- menu kat Dewan Makan tu memang dah terkonkrit dalam kepala. Dengan bau je dah tau yang mana sedap yang mana hampeh.
- nak cop shower\tandas, tanda pakai tuala,baldi dan segala mak nenek kat depan pintu. Tapi still ada malaun yang potong line. ciss.
- mandi kolah paling best! Kolah adalah tanah jajahan SENIOR (sekolah aku).
- kat asrama la ko dengar nama budak yang pelik-pelik. Kadang-kadang nama sebenar dia pun taktau.
- kalau ko budak asrama, mesti pernah buat 'milo keras'..pakai seterika. Sedap weh!
- berebut nak sidai baju bawah kipas. pernah? Menyirap bila orang tolak baju kita kat ampaian. Slumber jadah diorang je nak tepikan baju kita. Aku sidai baju dekat tingkap je. Tapi memang kena berebut.
- budak asrama ni even hari-hari dok menatap muka yang sama je, tapi still pung-pang pung pang bergossip kalau berjumpa. Cerita takkan habis. Sebab tu UKHWAH budak hostel ni lebih kuat berbanding budak luar..right?
- tidur sebantal sekatil. Haa memang biasa. Satu katil single tu boleh tidor tiga orang. Bersempit-sempit pun sanggup sampai ketiak kawan pun boleh bau. Itu yang nikmat~
- solat jemaah. Ko pergilah pelusuk dunia manapun, solat jemaah time asrama dengan kengkawan la paling ko rindu. (aku dah rasa)
- kalau bawak 'benda haram'..kena kreatif pikir the best part yang boleh nyorokkan benda tu. Barulah tak kantoi!
- budak asrama @ KAKI TIDOR dalam kelas. Tersengguk-sengguk dalam kelas tu memang benda biasa. Kalau balik rumah pulak, mengQADA' tidor bagai tak cukup jam.
*panjang gilos post ni.