Wednesday 5 February 2014

Aku Jatuh Cinta


 

Assalamualaikum..

Aku jatuh cinta? Absolutely!
Weh aku macam dah jadi orang gila dah ni. Tak penah-penah aku stalk si Sharnaaz Ahmad ni. Tapi dalam tiga empat hari ni aku macam obses gilos dengan mamat tu. What the hell?

Ahh rse cam nak kawen je dengan dia. Dia sangat hot meletops. Aku memang minat dia. Dari zaman dia dengan Shila Amzah lagi. Tapi takde la kronik camni. Biar la orang nk kata dia panas baran ke tak berdisiplin ke. Aku peduli apa?

Time dia clashed dengan Shila Amzah, time tu aku pun tumpang sedih. Bahkan aku yang bagi Sharnaaz bahu untuk dia luahkan segala kesedihan dia..*bajet bagos..hahaha

Sebenarnya aku start menggila kipas susah mati si Sharnaaz ni since aku tertengok drama BUKAN KERANA AKU TAK CINTA.

Best weyh cite ni. Aku layan cite ni kat blog drama online sampai pukul 4 pagi. Sebaik tengah mid semester break. So nak tidur lambat ke nak bangun lambat ke memang no hal.

Drama ni ada kat Astro Mustika HD setiap hari Isnin sampai Rabu pukul 10.30 malam kalau tak silap.

Aku start tengok drama ni, kt Astro dah sampai episod 24. Aku nak tengok dari mula so aku layan terus dekat blog drama online je. Dalam tiga hari jugak la aku nak habiskan episod yang tertinggal tu. Katanye drama ni ada 60 episod.

Dush. Minggu depan je aku dah start kelas. Dah start busy dengan macam-macam hal. Tak tau la sempat ke tak nak tengok drama ni.

Katanya drama ni last acting dari Sharnaaz. Ntah la. Agak terkilan. Sebab Sharnaaz ni ada bakat, rupa pun ada, boleh pergi jauh dalam industri. Tapi dengan syarat dia kena bebas la daripada kontroversi bukan-bukan. Fokus kat kerja..haa macam sekarang ni. Cerita cinta pun takde. Barulah hasil kerja lu tiptop meyh.

Dalam drama ni Sharnaaz pegang watak Jebat Foo. Dia bergandingan dengan Nelydia Senrose sebagai Hanna Mastura. Haa malas la nak cite pasal sinopsis drama ni. Senang cite pi Google!

Seriously lakonan Sharnaaz mantoopp gilos. Nampak real dan cool sekali. Memang terbaik la nak cairkan hati gadis-gadis innocent macam aku. heh.

Jeles weh tengok Sharnaaz ni berpelukan dan buat aksi manja loving bagai dengan Nelydia. Kalau watak Mas tu aku yang bawak, mesti lagi best kan? maunya aku ni kena kerat 14 dengan ibu ayah kalau nak jadi pelakon..kah kah.

Aku doakan Sharnaaz Ahmad ni success walau berada di mana jua even kalau betul dah tak jadi pelakon lepas ni. Terbanglah di mana jua pun. Bumi ALLAH ni sangat luas untuk mencari rezeki.



P/s : ni gambar Sharnaaz time umur 19 tahun. (Umur aku sekarang) heee








No comments:

Post a Comment