Siapa yang ada kebun, ladang berekar-ekar? Haa mesti orang tu kaya gilos. Tujuh keturunan dok perabih pun tak habih-habih harta depa.
Aku kan sebenarnya pernah bercita-cita nak ada ladang sendiri. Aku nk bela kambing dengan lembu. Sampai sekarang pun aku rasa impian tu still ada cuma tak sekobar dulu.
Heh.
Sadonya abang lembu tafff :P |
Ntah taktau kenapa ada impian cenggitu. Mungkin aku ni pencinta alam sekitar kot. Aku suka hijau pokok, hijau-kuning sawah padi, tanah, langit, sungai haa semua pasal alam sekitar aku CINTA!
Haa lagi satu aku minat bercucuk tanam. Tapi sedih rumah aku takde tanah (rumah teres). So terpaksa aku tolak ketepi hobi tu. Aku pernah tanam pokok cili dekat belakang rumah. Tu pun tanah aku beli dekat Tesco, pasunya pulak aku guna bekas apa tah. Bekas nak dibuang. Memang recycle punya bekas.
Bila kita tanam pokok, lepas tu pokok tu membesar dengan sihat. Keluarkan hasil yang baik. Kalau tanam pokok buah, buahnya boleh dimakan. Heaven gilos perasaan tu.
Time aku tanam pokok cili tu, bila dia dah keluarkan hasil, pergghh best gilos. Main petik je cili belakang rumah. Takyah susah-susah beli kat kedai.
Tapi sayang pokok tu tak bertahan lama sebab ada serangga perosak. Sob sob.
Seriusly aku wish aku ada kebun/ladang sendiri.
Kalau nak ada kebun, mesti perlukan kos yang tinggi. Ye la kos baja, kos pekerja, kos selenggara dan macam-macam lagi. Haa semua tu la perlukan duit.
So korang nak tau tak sebenarnya kita boleh ada kebun/ladang yang FREE?
Haa siapa yang suka bercucuk tanam tu, haa bagus sangat baca belog ni sampai habis..hee~
Korang amalkan je istighfar ni SUBHAANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILAAHA ILLALLAH WALLAAHU AKBAR
Rasulullah pernah bersabda akan ditanamkan sepohon pokok dalam Syurga untuk kita kalau kita baca istighfar tu sekali. Cuba bayangkan kalau sehari kita baca sekali, sebulan 30 kali. Haa tak ke untung kita dah ada 30 pohon pokok? Setahun? 10 tahun? Wow!
Bapak untung! Dah la free. Ntah-ntah malaikat yang tolong tanamkan untuk kita. Korang dok goyang kaki dah ada berpuluh, beratus pohon pokok. Perghh. Nikmat.
Tak payah berpanas, berhujan nak tunggu pokok tu membesar. Tup tup bila kita masuk SYURGA nanti, kita dah ada tanaman kita sendiri. Just get ready je nak berehat-rehat dibawah rimbunan pepohon dengan angin Syurga sepoi-sepoi bahasa.
Korang paham kan yang kita 'ADA' kebun sendiri? By istighfar macam tu je. Tak panjang pun, seminit pun tak sampai.
Pokok kan sentiasa berselawat, memuji-muji kebesaran ALLAH. Then mungkin kita pun boleh dapat saham tu. Sebab kita kan 'tuan pokok' tu. Senang gilos nak dapat manfaat!
Sebenarnya kisah ni dari Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW pernah melewatinya saat dia sedang menanam pokok. Kemudian beliau bersabda: "Wahai Abu Hurairah, apa yang kamu tanam?" "Aku menjawab tanaman milikku".
Lalu beliau bersabda:
"Apakah kamu mahu kuberitahukan tentang tanaman yang bagimu akan lebih baik dari tanaman ini?"
Abu Hurairah menjawab,"tentu wahai Rasulullah!"
Beliau bersabda: "Ucapkanlah olehmu SUBHAANALLAH WALHAMDULILLAH WAALA ILAAHA ILLALLAH WALLAHU AKBAR". "Maka setiap bacaan tersebut akan menumbuhkan satu pohon di Syurga bagimu".
(HR. Ibnu Majah dan disahihkan Syaikh Al-Albani)
Haa tengok senang je nak ada kebun free. Tempatnya pun dekat SYURGA weh. Strategik kot! Kat dalam Syurga ada sungai yang mengalir airnya.
Ya Allah, cuba kita imagine yang 'kebun' kita tu dekat dengan sungai. Asal rasa dahaga je boleh terus minum air sungai tu. Nak bermandi-manda pun no hal.
Serius NIKMAT.
Segala nikmat dan kesenangan tu sesungguhnya memang hanya di Syurga.
Pastu kan..aku pernah dengar ceramah, tak ingat kat mana dan dari siapa. Tapi apa yang aku ingat, Penceramah tu bagitau pasal hadis ni jugak. Dia bagitau pasal kebun free ni and soon.
Tapi yang paling berkesan dekat hati aku, bila Penceramah tu cakap "kita dah ada tanaman di Syurga yang sentiasa tunggu kehadiran pemiliknya".
Maksud Penceramah tu, kita dah ada 'harta' kat Syurga.
Just imagine macam ni, kita ada rumah sebijik dekat London. Tapi sekarang kita menetap dekat Malaysia. Tapi suatu hari nanti kita mesti nak stay jugak dekat London tu kan? sebab penat-penat kita beli rumah tu, takkan nak dibiar tak bertuan. Kita mesti teringin nak jaga rumah tu dengan tangan kita kan? Kita ada hak atas rumah tu. Orang lain tak boleh pertikaikan.
Ok sama la juga macam 'kebun' kita tu. Kita yang menyebabkan tertanamnya pepohon kat situ. Kita pemilik asal kebun tu. So suatu hari nanti, kita mesti berkesempatan nak melawat kebun tu kan? Nak hayati hijau permandangan kat situ.
Haa by the time..sebenarnya kita berada di Syurga ALLAH SWT :)
So jom la amalkan istigfar tu. Aku eksaited nak ada kebun free!
Biarlah di dunia ini kita takde tanah berekar-ekar yang ada berjenis tanaman. Tapi di Syurga nanti, kita ada tanaman kita sendiri dari pohon-pohon Syurga.
Aku suka bercucuk tanam. ;D