Assalamualaikum..
Rasa sangat penat la sekarang ni. Exhausted. Pastu badan pun macam meragam, deman nak demam. Tapi tak demam pun. Hari tu pening kepala macam kena lenyek dengan bulldozer. Telan 2 bijik panadol, pengsan sampai esok pagi. Heaven! Selera makan pun dah kurang. *ni bukan tanda-tanda menghampiri kematian kan? Choii.
Pastu rasa macam senang gila air mata nak tumpah. Padahal takdepun benda sedih berlaku. Buat-buat gembira macam anything seems ok but not actually. Taktau sebab apa?? Pastu rasa depressed. Ahhhh.
Sebaik lagi 3 hari nak balik rumah. Dan ibu cakap, dia dah penuhkan peti ais menantikan kepulangan aku dan Hafiz. Happy me!
Pastu hari tu, time malam Nik Aziz meninggal..aku felt down gilaa. Menangis sebelum tidur. Ntah.
Seluruh timeline social media aku penuh dengan ucapan takziah. I'm feeling the sadness. Padahal, aku tak pernah tahu pun sejarah, salasilah Nik Aziz. Aku cuma tahu Nik Aziz tu, bekas menteri besar, ulama', tengah sakit. Tetiba je malam tu dah meninggal. Sikit sangat yang aku tahu pasal Nik Aziz.
Tapi perasaan sedih tu menggunung.
Aku terjumpa satu quote ni 'kenapa orang baik semua pergi (mati) dulu? Sebab kalau kita pergi taman bunga pun, kita akan petik bunga yang paling lawa sekali.'
In other words, sebab orang tu baik..Allah suka. Sebab tu Allah ambil nyawa dia. Hmm
Pastu Mass pun cakap, sekarang waktu akhir zaman, ramai sangat orang yang mati. Tak kira ulama' atau orang biasa. Mass takut, adakah kita ni hidup lagi sebab kita banyak dosa? Tergolong dalam orang yang Allah murka?
Aku tak ingat sangat ayat Mass, tapi macam tu la maksud dia.
Ada jugak quote, 'kenapa kita masih hidup hari ni? Adalah kerana kita masih mempunyai dosa dan Allah nak bagi peluang untuk kita bertaubat.'
Secara jujur, aku memang tak boleh dengar berita kematian ni. Even orang yang mati tu, takde kaitan pun dengan aku. Aku akan rasa sedih.
Mungkin aku takut mati. Padahal kematian tu suatu yang pasti. Syarat untuk mati adalah hidup.
Banyak benda yang belum aku buat dalam hidup ni, dosa pun menimbun, hutang pun ntah ada ntah yang tak bayar lagi. Ibadah pun compang camping.
Dosa tak kalau aku takut mati? Orang Islam hanya perlu ingat mati je kan?
Tapi serius, bila ko takut mati, ko akan cuba untuk buat kebaikan/pahala untuk jadikan ko berani hadapi kematian. (This me!) I mean untuk dapatkan pengakhiran yang baik, kita akan cuba untuk lakukan kebaikan kan.
Ingat mati, tu akan mengingatkan kita ada Tuhan yang lebih berkuasa. Takde siapa tahu ajal maut dia bila dan di mana? Tapi moga-moga bila aku tiada, kirimkan doa dan sedekah Al-Fatihah agar aku ditempatkan bersama para solihin. Aminn.
Dan kehidupan ni sangat singkat untuk kita lakukan perkara sia-sia, dengki mendengki sesama manusia. Note to myself.
Akhir kata, doakan saya qawwiy (kuat). Kuat dari segala benda.
No comments:
Post a Comment