Sunday, 5 April 2015

Pakcik Makcik datang melawat

Assalamualaikum..

Fuhh lama betul tak menaip kat blog ni. Hari tu janji nak cerita pasal birthday yang ke 20 tahun tapi tak TERcerita pun lagi. Menipu betul! Haha.

Sekarang memang sumpah sibuk ya ampun ya amat. First, sebab tengah uruskan dinner blok A4. Second, sebab nak dekat final. Makin nak dekat final, makin banyak pulak aktiviti nak dibuat. Study pun banyak lagi tak revise! Hope next week, everthing will be slow down and ada la masa untuk study.

Sekarang ni sebab terlampau sibuk time siang, so malam pun tertido awal. Pukul 12 camtu dah collapsed. *aku memang jenis tido lambat 1-2 pagi. So bila tetiba tido awal, pergh esok paginya aku rasa lagi mengantuk petala ketujuh. Ntah. Terlebih tido lagi buat aku mengantuk.

Pastu sebab tido yang tak teratur, cuaca tak menentu..maka Pakcik demam dan Makcik selsema pun datang menjengah. Aihh. Lama gilaa diaorang tak datang melawat! Alih-alih datang time ni. Pehh. Memang 'tepat' sungguh timing waktu melawat.

Aku ni memang jarang demam/sakit. Setahun 2 kali je kot. Antibody kuat katekoo. Minum susu ibu banyak time kecik. Tu sebab lain macam kebalnya. Haha.

DAN, aku memang tak suka laa..Selsema. Sebab aku tak reti buang hingus. Aku rasa macam segan kalau nak buang kalau ramai orang. I mean kat KMM ni kan berkongsi tandas, aku rasa macam tak selesa nak buang hingus. Even kalau buang hingus pakai tisu pun aku macam ala shy-shy cat camtu. Lebih rela KEPAM hingus tu lama-lama dalam hidung daripada nak buang. Bongok betul rasa.

Lagi satu sebenarnya aku pun macam agak GELI kalau tengok orang lain buang hingus. So aku taknak la orang pun macam geli kalau aku buang hingus. Haha.

Tetiba aku dah jadi minah tissue. Kehulu hilir bawak tissue.


Abaikan minah tudung pink tu. Terencat. Haha
Hmm bila ditimpa sakit ni, pikir positive je laa. Sebab, jarang pun aku sakit. Sekali sekala dapat sakit, jangan banyak songeh. Orang lain tu lagi selalu sakit. Setakat demam, selsema aku tu cuma 0.00001% je.

Anggap tu kifarah dosa. Hmm banyak sangat dosa kot. Lagipun kan nak dekat exam, bila dah 'suci' mungkin senang sikit nak hafal/faham segala ilmu. Insyaallah.

Sebaik sakitnya tu sekarang, kalau 'pakcik makcik' datang time study week or exam week lagi haru kan? So bersyukur je la..

*entry ni terperam haha. Alhamdulillah dinner blok dah settle. Jom fokus study pulak.

No comments:

Post a Comment