Setelah berzaman aku menyepikan diri dari penulisan blog. Maka hari ni sengaja aku rajinkan diri mengasah semula skill penulisan karangan BM SPM A+ aku. Cehh. Haha.
This will be long post~
So kali ni aku nak story pasal trip aku ke Pulau Perhentian hari tu. Aku pergi time cuti mid sem hari tu. 5-7 April 2017.
Ramai la jugak pm/comment kat socmed aku nak tau lebih lanjut pasal Pulau Perhentian ni. Eksaited kan bila tengok gambar aku bersama view yang cantik mashaallah tu? kah!
Okay sebenarnya, trip ni telah diuruskan oleh kakak aku. Dan untuk makluman semua, dia yang sponsor separuh perbelanjaan aku. Dalam RM 160. Kalau tak memang idok la aku berpeluang ke Pulau Perhentian.
Dari bas, penginapan, survey makanan, transportation semua kakak aku yang settlekan. Aku just siapkan diri, bawak duit sikit dan jom!
Perjalanan bermula dari terminal bas Seksyen 13 Shah Alam. Kitaorang naik bas paling lewat which is 8.30 malam. Naik bas 2 tingkat. Bas Perdana. Kemudian bas tu singgah ke TBS untuk ambil penumpang lagi. Lama jugak stop TBS. Nak dekat 40 min. Sempat nak berkhelah kat situ hoii.
Harga tiket RM 47.50. Pergi balik RM 95. Perjalanan hampir 10 jam. Ada sekali berhenti tapi aku tak ingat kat mana. Dalam 45 minit untuk bagi ruang penumpang solat Isyak atau minum/makan.
Pukul 4.50 pagi kitaorang sampai Jertih. Kisah paling kelakar bermula. Which is sebenarnya kitaorang tersalah turun terminal sebab mamai. Sepatutnya kena turun Kuala Jetty, Kuala Besut.
Tapi terturun dekat Jertih sebab tersalah dengar. Jetty-Jertih tu macam lebih kurang je kan bunyinya lol. Maybe terlebih eksaited tu pun ye kot.
So sesape nak pergi Pulau Perhentian ni make sure, korang dengar betul-betul nama terminal tu. Dan please bertanya kat driver bas tu, adakah korang masih dijalan yang benar? Untuk menuju ke Kuala Jetty, Kuala Besut.
Kitaorang memang sengal jugak pagi tu. Main semangat gila turun dari bas, ambik bag terus menonong jalan. Tak tanya pun kat driver bas tu, yang betul ke tempat tu patut kitaorang turun.
Kitaorang cuma tanya mana surau je. Sebab kitaorang nak settle kan solat Isyak ngn Subuh sebelum naik bot. (Kitaorang tak solat Isyak lagi time bas stop berehat tu sebab mamai ingat dan solat sebelum naik bas kat Shah Alam lol). Tapi time ni aku cam pelik dah sebab tak dengar bunyi air laut pun --' (sepatutnya kalau dah sampai jetty mesti dengar deruan ombak air laut kan. Tapi ni sunyi sepi je.) Tapi still berlagak biasa.
Time nak solat Subuh pun satu hal. Tetiba pukul 5.30 pagi camtu dah azan. Kitaorang pelik gila Subuh dia bapak nya awal. Kakak aku ada download apps waktu solat untuk Pulau Perhentian. Dia check, azan patutnya pukul 6.00 pagi camtu. Tapi kitaorang pikir dan boleh solat kot, since dah azan. (siap boleh assume apps kakak aku tu tarak boleh pakai haha)
Aku dah nak masuk rakaat kedua, tetiba ada pakcik penjaga surau tu cakap kat kakak aku yang tengah jaga barang 'eh ni solat apa? Subuh belum masuk lagi ni. Tadi tu bang untuk kejut orang bangun tido je. Bang betul belum lagi.'
Kitaorang pun masing terus burst gelak. Batalkan solat. Pakcik tu siap cakap 'lain kali time bang, dengar molek'. Tadi azan tu kan tak lengkap ke apa tah dia cakap. Pakcik tu jugak yang bagitau kitaorang tersalah hala tuju. Sebaik kitaorang time ni dah 'cerdik' sikit untuk bertanya.
Pagi-pagi dah kena setepek dan penat dah gelakkan kebangangan masing-masing. Haha.
Lepas tu pukul 6.15 pagi camtu dan settle Subuh, kitaorang carik teksi nak ke terminal Kuala Jetty. Kitaorang ada 5 orang. Sebaik pakcik teksi tu baik hati bagi naik teksi dia 5 orang sekali gus. Satu teksi RM 20 tapi disebabkan kitaorang terlebih muatan, kena up RM 5 lagi. (Takde la baik hati sangat tapi boleh la dari kena naik dua teksi dah RM 40). Maka
Hmm kalau naik bas tadi kan dah lama selamat sampai. Dugaan di pagi hari. Sob sob.
Sampai Kuala Jetty tu sebelum pukul 7 pagi camtu, terus carik breakfast. Kat Kuala Jetty ni ada banyak kedai. 7e pun ada. Cuma kena berjalan sikit. Pakcik teksi tu kata, yang dekat dengan jetty tu banyak kedai cina je. So kitaorang pun berjalan carik kedai makan melayu. Sedap gila nasi dagang dia. (Sampai sekarang melekat di ingatan)
Kat sekeliling Kuala Jetty tu ada macam-macam kedai. Rajin-rajinlah berjalan okay.
Cerita pasal sebelum naik bot je dah panjang camni. Haha.
Kitaorang deal dengan pihak Sealife Inn. Naik bot pukul 9.30 pagi. Naik bot ni bergantung pada ejen masing-masing. Sebab diaorang yang akan tetapkan nk pick up kita bila.
Sebelum tu kena bayar RM 5 sorang untuk marine park ticket entrance apa tah. Lebih kurang macam imigresen kot. Lepas tu baru boleh naik bot. Bot kitaorang sederhana besar. Ada la naik dengan orang lain sekali.
Better makan pil elak mabuk laut before naik bot. Aku rasa aku ni jenis tak mabuk laut, tapi ombak kat Pulau Perhentian macam lain macam. Temabuk laut sikit aku dibuatnya.
Next perjalanan naik bot menuju Pulau Perhentian tu dalam 30-45 minit even macam laju je bot tu dah dipandu. Habis tudung weolls basah terpercik air laut. Tapi apedehal. Peratus eksaited still consistent. kah!
Kitaorang telah memilih untuk menginap di Perkampungan Nelayan. Review dari blog, google semua me-recommended-kan perkampungan nelayan. Dan aku pun highly recommended kat korang!
Sebab makanan consider still murah compared tempat lain sekitar Pulau Perhentian tu. Orang tempatan pun ramah tamah. Ada masjid besar lagi.
Sementara nak tunggu check in bilik, kitaorang selfie kat sekitar Perkampungan Nelayan. Cantik jugak view kat situ. |
Next, kitaorang rehat-rehatkan diri. Mandi, tido dan Zuhur. Pukul 2.30 petang camtu, get ready tunggu kat jetty Perkampungan Nelayan tu untuk pergi ke Long Beach dan kawasan kincir angin.
Bayar harga bot nak ke Long Beach tu, sorang rm 20. Kat sini orang panggil bot ni 'teksi air'. Korang jangan terkejut pulak bila orang sebut 'teksi'. Sebab sepupu aku terkejut bila dengar perkataan tu. Haha.
Kitaorang siap ada tour guide. Namanya Encik Ezri ke apa tah. Tapi abang tu memang sporting habis!
Ni la jalan hiking tu. Berbukit. Bawak air kalau tak haus gila. Sebab jauh jugak perjalanan |
Bersama Encik Ezri. |
Dah sampai puncak, view dia memang cantik. Nampak laut kebiruan.
Kincir angin tu just jadi monumen je. Dah tak function sekarang ni. Nothing special about it.
Kitaorang dibagi masa 1 jam setengah camtu untuk
View ni kena tengok dengan mata sendiri baru rasa terus sampai ke hati |
Lepak ambil angin pantai kejap. Best gila tapi ombak laut kuat gila. Ada orang main papan luncur. Stail gila. Tapi aku terbayang cite Shallow (eh? Yang ada jerung tu) akan gigit orang yang main papan luncur tu. Seriauu.
Ombak kat sini kuat gila. Tapi view masyallah cantik. |
Korang boleh pilih nak stay sampai malam ke tak dekat Long Beach tu. Time malam pun ada aktiviti kat Long Beach tu. Macam pertunjukkan bunga api. Kalau nak makan-makan pun boleh. Banyak resort/restoran sekitar long beach tu. Tapi aku usha harga makanan kat situ, hmm marilah mengucap lagi. Nasi semua harga RM 10 keatas. Tempat karaoke pun ada. Rajin-rajin la usha kiri kanan sambil korang berjalan.
Nak balik, kena naik bot jugak. Tapi bot tunggu kat tempat lain kat jetty Sharila Resort. So dari Long Beach, kitaorang kena jalan lagi sikit. Sebab tour guide kata laut bergelora, bot tak boleh parking kat kawasan Long Beach tu.
Around 6 petang lebih dah sampai Perkampungan Nelayan. Perut dah lapar. Kitaorang siap tanya kat Encik Ezri tu mana kedai yang sedap. Dia cadangkan Restoran Perhentian. Kedai tu kebelakang sikit. Dari Sealife Inn tu, jalan kebelakang ke area sebelum masjid. Sederet tu ada 2-3 kedai. Carik kedai yang lapik meja merah kuning. Dia ada jual ABC. Keropok lekor pun ada (tapi kedai sebelah dia). Harga boleh tahan. Rasa pun sedap.
ABC special |
Haa lupa nak bagitau bilik kitaorang TIPTOP. (Markah 4/5) Besar, luas. Ada ruang nak solat. Tandas ada dua. Satu jamban, satu tandas untuk mandi. Tapi tandas dia kecik. Muat-muat sorang je. Sorang pun kalau ko nak berpusing atau menari-nari time mandi, sila jangan! Kang tersangkut lengan kat dinding. Huhu
Ni gambar bilik. Tapi bukan bilik kitaorang. Ni ihsan google. Rasanya ni untuk lebih 10 orang sebilik kot. |
Kat Sealife Inn ni ada mesin air panas dan air sejuk. So kalau stay sini, dah jimat untuk beli air untuk minum. Kitaorang beria gila bawak 2-3 botol air masak dari rumah sebab pikir air minuman mahal kat situ. Tapi hari tu tak pasti berapa harga sebotol air.
Next keesokkan harinya, kitaorang just makan meggi untuk breakfast (jimat katanya). Pastu berkobar-kobar la nak pergi snorkelling. Tak makan ubat mabuk. Sekali ko, mabuk teruk! Kakak aku muntah 3 kali. Aku pun cam pening lalat jugak.
Ada 5 checkpoint untuk snorkelling. 3 point start dari pukul 10 pagi sampai 1 petang. Lepas tu ada gap untuk rehat dan makan. Pukul 2.30 petang kena berkumpul semula kat Jetty untuk pergi next checkpoint.
Untuk setiap checkpoint tu, bot di berhentikan jauh dari pantai. Terjun-terjun dari bot memang kaki tak capai dasar. Antara checkpointnya adalah turtle beach, turtle bay, shark point, the light house dan romantic beach.
Gambar acah paling win. haha |
Better bila bot tu berhenti, jangan ambil masa terlalu lama untuk terjun dalam air. Terus je terjun. Setiap bot ada disediakan tangga. Boleh guna tangga untuk naik dan turun dari laut.
Muka eksaited sebelum mabuk laut. Abaikan muka eksaited aku cam muka nak terberry dah kenapa? |
Macam aku cakap tadi, makin lama duduk atas bot yang diberhentikan, aku makin pening. Better turun cepat-cepat dan berendam dalam air. 5 minit berendam pening pun hilang dan ayuh berenang mencari ikan.
Ikan berselera gila makan roti Gardenia |
Tak sampai 10 saat, dengan tangan kita kena gigit. Rakus masyallah ikan-ikan ni |
Sotong goreng tepung. Rasa macam goreng pisang. |
After lunch, kitaorang telan pil mabuk laut sebab takut pening. After makan pil tu, rasa lebih better. Tak pening sangat dah. So korang untuk preparation better makan pil elak mabuk laut tu. Highly suggested!
Checkpoint seterusnya adalah ke rumah api. Dekat situ sepatutnya kitaorang kena terjun/lompat dari ketinggian (refer gambar kat bawah ni, kan ada tangga: tula ketinggiannya. Boleh pilih nak terjun dari ketinggian yang korang suka). Korang boleh panjat tangga tu (ada 2 tangga), lepas tu buat terjunan bebas. Tapi sumpah air laut sangat bergelora. Ombak kuat gila. Tak berani weh nak lompat. Sebaik abang bot tu cakap, takpe aktiviti kat sini kita skip je. Keadaan laut tak sesuai.
Ombak macam ni, memang tak la saya nak terjun. huhu |
Kitaorang dapat 'Abe' yang baik dan sporting. Dia tau kitaorang taktau berenang, jadi 100% perhatian tertumpu pada kitaorang. Ngeh2. Dia siap offer nak ajar kitaorang berenang, tapi takpe la saya takut! Dan sekarang saya dah menyesal. Huhu
Untuk bersnorkelling, takpe kalau kita tak reti berenang. Sebab kita akan pakai safety jacket. Kita takkan tenggelam dan lemas. Cuma kita kena la pandai gerak-gerakkan kaki dan tangan untuk bergerak depan belakang dalam air. Baru la boleh boleh enjoy ourself.
Dan kena la pandai guna alat snorkelling tu. Nanti dia akan ajar cara-cara nak pakai, cara nak bernafas. Nafas guna mulut je. Dalam sejam awal tu, maybe akan takut-takut. Tapi cuba beranikan diri. Kalau tak rugi la tak boleh tengok coral. Serius best gila bila kita dah pandai guna alat snorkelling tu.
Aku memang dah pandai guna benda tu kat Sabah hari tu. So bila dekat Pualu Perhentian, dan boleh terus menjadi ikan. Haha.
So hari tu memang aktiviti air je, habis satu hari sampai ke petang. Penat gilaaaaaa tapi puas hati. Pukul 5 ke 6 petang camtu, kitaorang dah balik semula ke Perkampungan Nelayan.
Kemain kakak aku dalam air, pegang erat tangan aku. Macam taknak lepas. Haha |
Shark ni kecik je. Takde pun besar macam cerita Shallow tu |
Turtle ni kat dasar je. Pemalu sungguh. Taknak langsung naik ke atas. (ni Abe yang snapkan) |
Nemo in the house. Gambar ni dari gopro. Cantik kan? |
Ada kedai apam balik Pok Jid. Orang cakap sedap. Tapi kitaorang tak sempat nak rasa. Time petang balik after snorkelling tu kedai tu dah tutup. So nanti korang kalau pergi Perkampungan Nelayan sila beli dan rasa apam balik tu. Lepas tu roger aku, betul ke sedap? haha. Kedai tu bukak dari pukul 11 pagi sampai 4 petang kot.
Okay sampai sini dulu. Panjang sangat dah ni. Nanti aku sambung next entry. Stay tuned.
Banyak gila nak cerita lagi. Hehe.
No comments:
Post a Comment