Thursday, 21 April 2016

Terengganu 2016 (Bukit Keluang)

Assalamualaikum..

Okayy macam semua sedia maklum, aku baru balik dari Terengganu. Punya la banyak gambar aku spam kat FB dan IG. (jangan cakap taktau!) Hehe.

My signature pose. Peace kat kepala.
So kat sini, aku nak share apa yang aku buat kat Ganu. Tapi dalam post ni, aku cite pasal hiking je la ehh. Sebenarnya plan nak pergi Ganu ni takde la plan lama sangat. Plan time cuti sem satu hari tu. 

Tu pun, Hafiz Shaidan yang beria ajak Amal pergi hiking dekat Bukit Keluang, Besut. Pastu Amal ajak kitaorang (Geng travel : Tyra, Fatin, Fitra, Nad & Zue). Tapi tu la memasing cuti tak sama.

Mula-mula aku pun tak sure nak pergi Ganu. Yelah. Banyak kot cost. Tambang pergi balik dah nak dekat RM 100. Tapi aku pejam mata. Tawakkal. Lagipun duit gaji hari tu kerja ada lagi sikit. Komisyen jual perfume Dexandra ada sikit. Lepas la nak buat belanja. Insyaallah. (memang cukup pun)

Then terus cakap 'yes' untuk join trip kali ni.

So far, trip ni langsung tak mengecewakan! Best! Geng semua kepala ting tong!

Macam biasa dari KL, aku gerak dengan Amal naik bas pergi Ganu. Gerak Jumaat malam (8/4) sampai pagi Sabtu (9/4) pukul 5 Pagi. First impression, Orang Ganu baik-baik sokmo!

Walaupun mula-mula banyak jugak rintangan nak pergi hiking ni. Takde orang nak bawak kereta, takde tempat tido. Apiz tak boleh join (ada masalah sikit), Fatin MENGADA taknak join jugak (baca: ada masalah kesihatan). 

Pastu, aku dengan Amal la paling tak keruan. Yelah tiket dah beli. Takkan nak burn? So carik la jugak jalan. Tapi tak jumpa jalan penyelesaian. Even, sampai malam kitaorang naik bas tu pun terkontang-kanting lagi. Call semua kengkawan yang agak-agak boleh tolong. Tapi takde. :(

Hmm. 

Sebaik tetiba masalah settle. Apiz ada kawan yang boleh drive. (sebenarnya panjang ceritanya untuk carik orang yang boleh drive untuk hiking ni. Tapi malas nak cerita)

Pagi Sabtu, kitaorang (aku & Amal) pun sampai stesen bas Kuala Terengganu. Dari stesen bas Kuala Terengganu kitaorang naik bas ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT).  Bas tu memang free untuk bawak students UMT. FYI, students UMT baru habis cuti midsem diaorang. Diaorang cuti seminggu awal dari UTHM & UKM.

Pagi tu sampai UMT, Fatin tunjuk bilik dia. Masyaallah sempit gilaa bilik dia. Memang takde ruang nak menyelit. Pastu Fatin tunjuk 'hotel' untuk aku & Amal. 'Hotel' tu adalah surau dekat blok dia. Boleh la untuk jadi tempat tido dan meneduh. Save cost! Mandi semua aku & Amal settle dekat UMT je. Maaf dan Terima Kasih students UMT, weolls gunakan kemudahan korang.

Ni la hauk-hauk yang teman hiking. :)
Perjalanan nak ke Bukit Keluang ni memang agak jauh dari UMT. 2 jam jugak. Thanks Chorr sebab drive kereta. We owe you big time!

Tapi sumpah hilang penat bila view dari atas puncak Bukit ni, Masyaallah cantik gilaa. Pantainya pun cantik gila. Warna biru. Omg aku jatuh cinta!

Cantik gila view! Kena tengok dengan mata sendiri.
Ni kalau tergelincir time bergambar ni, mau jadi arwah. Cerun gila curam tu. Apiz cuak gila aku nak bergambar kat situ.
Panas gila time ni. Tengahari rembang! Ketiak semua lencun.
Ni dah habis hiking. Penat tapi berbaloi.
Hmm bagi aku, tahap kesusahan nak hiking Bukit Keluang ni moderate. Takde la susah sangat. Insyaallah kalau ada azam yang kuat, boleh je sampai puncak. Puncak dia tak tinggi sangat.

Nak hiking Bukit Keluang ni ada dua jalan. First, jalan melalui bukan dari pantai. Second, jalan ikut pantai.

Kitaorang tak daki dari pantai. Dalam sejam camtu dah sampai puncak. Aku rasa tu puncak first kot sebab ada pondok.

Rupa-rupanya, nak turun lagi susah dari nak mendaki. Serius talk! Ingatkan bila dah jumpa pondok, selfie sikit. Terus turun. NEHI!

Nak turun tu kemain susah. Sampai kitaorang ingat kitaorang dah sesat. Lagi lama nak turun dari nak naik. Pastu yang menambah confius tu, nak turun pun still rasa macam mendaki. Banyak lagi rupanya puncak bukit tu. 

Yang puncak ada pondok at first kitaorang jumpa tu, picisan je.

Rindu sebenarnya :'(
Tapi serius berbaloi mendaki Bukit Keluang ni. Sebab dari puncak dia, along the track ko nampak laut. Serius cantik gila.

Dan aku jadi tak sabar untuk turun bukit tu sebab nak tengok pantai dia kat bawah. (masih terbayang-bayang lagi kecantikan view dari puncak bukit tu)

Nak mandi kat situ. Tapi Apiz tak kasi. Dia takut kitaorang lemas. Protective sungguh hang! Haha

Cantik kan? Yang kat depan tu memang cantik. terima kasih. hehe
Okay settle cite pasal hiking. Sumpah best. Sebab ada geng yang ting tong dan joyah. Walaupun Fatin and Amal terkedek-kedek nak mendaki and nak turun tu, tapi rileks je memasing tunggu.

Terima kasih Apiz (walaupun hang kuang ajaqq gelak time aku menggelongsor, aku harap hang lupa part tu) 

Terima kasih Chor. Terima kasih Amal. Terima kasih Fatin.

Tips mendaki dari aku:

1) tak payah bawak beg besar sangat. bawak beg yang agak-agak ko mampu nak menggalas je (cc to amal)

2) bawak air yang mencukupi. panas lit lit nowdays. memang haus gila.

3) bawak la tuala kecik untuk lap peluh.

4) baju kalau boleh pakai yang serap peluh dan tak nampak kalau ketiak lencun.

5) bawak geng yang sekepala. yang tak marah bila ko terhegeh-hegeh. sanggup tunggu kawan. tak selfish.

6) kena ada sorang perangai macam bapak-bapak. aware keselamatan kawan-kawan. (cc to Apiz) aku asyik nak gelak kalau teringat Apiz, kemain kalut time aku nak bergambar pelik-pelik kat puncak bukit tu. Thanks piz risau keselamatan aku. HAHA!

Okay sampai sini dulu. Nanti kalau rajin aku update pasal apa aku buat kat Ganu selain hiking.

Apa yang penting Joe masih tak dijumpai. Sekian. Hehe.

 

Wednesday, 6 April 2016

Bila Hafiz memujuk

Assalamualaikum..

Hmm aku tak tau la lately ni emotional gila. Benda kecik pun rasa nak marah, rasa nak berayaq mata. Pastu rasa macam hopeless gila. Serius.

Satu sebab mungkin hormon tak stabil. Pastu stress belajar, semua kelaut. Test semua taktau apa aku tembak. Dah bukan tembak, bom semua aku dah guna. Teruk gila.

Semalam tetiba Hafiz, whatsapp. Dia tegur DP ws aku yang baru tukar gemuk macam kingkong. Ciss.

Pastu apa lagi, aku terus la mengadu nasib kat dia. Hmm kadang-kadang aku rasa, Hafiz tu yang abang aku. Aku ni adik dia.

Ni dialognya.

Hafiz: Gemuk king kong

Tyra: Apa? Ktyra tengah stress la sekarang ni. Belajar apa semua tak masuk.

Hafiz: Biasa lah belajar tak masuk. Solat hajat kalau boleh.

Pastu dia bagi ni..

'Nah amalkan. Baca Yassin setiap hari, biasakan. Al-mulk pun biasakan. Sentiasa muhasabah diri. Jangan bagi kemurungan menguasai diri.'

Tyra: Hahaha. It's give me tears la.

Hafiz: Jangan lupa bersenam.

Tyra: Nak peluk.

Hafiz: Strong mind start with strong body.

Tyra: Takde masa nak bersenam.

Hafiz: Tak semestinya setiap hari bersenam.

Tyra: Stress.

Hafiz: Pagi minggu jogging okay je. Ajak kawan.

Tyra: Rasa macam nak bunuh orang.

Hafiz: Stress. Biasalah. Pelajar dicipta untuk stress. Mana ada students tak stress.

Tyra: Rasa macam nak marah. Kawan ajak makan pun malas. Takde mood semedang. Maybe nak period kot. Grr.

Hafiz: Rasa marah, istighfar. Kawan Apis ajar.

Tyra: Dah try istighfar.

Hafiz: Sentiasa kena gelak. Macam orang gila pun takpe. Bukan berlakon bahagia tapi cuba bahagia.

Tyra: Kawan usik sikit je pun rasa macam nak mengamuk. Better diam kan. Hari ni iolls diam je. Malas nak bercampur masyarakat. :'(

Hafiz: Ingat lah, Allah tu jua pencipta stress. Maka dia juga pengubatnya.

Tyra: Haa nak nangis. Dah nangis dah pun.

*aku time ni tengah dengar lagu kat phone. Tetiba lagu Al-Haq (AC Mizal & Mawi) Macam timing gila lagu ni. Lirik nya. Dengan nasihat yang Hafiz bagi.

Ada lagi ws benda lain. Pastu dah nak byee.

Tetiba Hafiz bagi lagu/audio One Call Away (Charlie Puth). Hafiz suruh dengar lagu tu. Lagu ni macam sweet. Kalau aku ni bukan kakak dia, dah lama melting. LoL.

Last dia pesan jangan stress. Okay. I will.

Thanks Hafiz. Sorry dapat kakak mengada camni. Out of control. Hehe.

So memang nampak la kan adik lagi matang dari kakak dia yang haruuu ni?





Friday, 26 February 2016

Sem 2 is begin

Assalamualaikum..

K dah seminggu sebenarnya Sem 2 bermula. Banyak gila benda berubah. Hmm ambil masa jugak nak biasakan diri. Tapi so far so good. Insyaallah aku kuat!

First of all, Kolej kediaman aku dah bertukar ke Taman Universiti. Jauh la sikit daripada main campus. Terima kasih ibu dan ayah sebab hantar saya hari tu.

KKTU (Kolej Kediaman Taman Universiti) sebilik kongsi 4 orang. Ada je sebilik 6 orang. Alhamdulillah aku dapat bilik yang 4 orang je. Takdelah rasa sesak sangat. Dan roommates pun dapat orang yang sama. Cuma sorang je tak sama.

Aku dapat katil tingkat atas, since aku datang paling lambat untuk mendaftar. Redha je la. (Padan muka sebenarnya).

Tandas. Tandas duduk. Aku lemah betul tandas duduk. Takpelah slow-slow aku biasakan diri. Aku ni penggeli sikit. Panjang kalau nak cerita pasal tandas ni so tak payah la nak cerita.

Wifi kat KKTU ni ko janganlah mengharap sangat. Haremmm. Stress aku. Sejenis social addicter macam aku ni, panas pungkor tau kalau sehari tak online, tak like gambar orang kat IG. Rasa berdosa sangat. LoL.

Takpe fikir je la positive. Malas aku nak serabut kepala otak. Beli data. Settle.

Pastu Sem ni adalah zaman berpagi-pagian dan berajin-rajinan. Serius. Straight 4 hari class aku start 8 pagi dan habis pukul 3 atau 4 petang. Rasa macam dah kembali ke zaman Matrikulasi.
Ni jadual Sem 2 aku. Marilah berhuhuhu.
Ya Allah mohon aku kuat!

Lagi, bila class pagi ni satu je masalah iaitu transportation. Bas time pagi ni, Masyaallah tak behave langsung. Aku taktau nak nangis ke nak gelak bila pikir pasal bas.

NAK BAWAK MOTOR. SERIUS.

Tapi tu la leceh gila. Nak pos bagai. Pastu nak kena ada sticker. Since aku baru tahun 1, sebenarnya tak boleh\HARAM bawak transportation. Dah jenuh pulak nak carik senior nak tumpang nama diaorang. Nanti la aku pikirkan.

Class kebanyakkan sama dengan Zaha, Rahim, Zahid, Syahmil, Tika and Dija. So pasal group untuk segala group projects takde la risau sangat. Still under control.

Haa lagi satu benda paling pening aku nak pikir, Result Exam Sem 1 aku still terawang-awangan. Still disekat. Aku dah tanya Pejabat Pendaftar Akademik (PPA), diaorang cakap aku tak hantar fail pelajar. Ptff.

Masalahnya dekat aku takde langsung yang namanya Fail :( Hmm ada la tu masalah teknikal. Fail aku hilang tanpa jejak. Ada orang nyorokkan kot. (PULANGKANLAH BALIK!)

So next week, aku kena settlekan lagi pasal result ni. Aku dah tanya Penasihat Akademik, tapi tu la tak berapa nak membantu sangat. Sob sob.

Nak pergi PPA tu dah la jauh. Panas. Ramai orang. Kena amik nombor bagai. 2 kali aku dah pergi, 2 kali tu jugak ramai orang. 

Sebenarnya kalau untuk pihak aku, aku tak kesah pun result aku disekat. Maksudnya, aku tak kesah pun aku taktau pointer aku berapa. Ngeh3.

Tapi tu la, Ibu aku. Kalau boleh setiap hari dia nak tanya result aku dah keluar ke belom? Dari cuti lagi. Kesian pulak aku tengok. Ibu punya beria nak tau result aku, aku boleh pulak buat bodo. Sorry.

So aku kena jugak settlekan pasal result ni. Doakan la segalanya dipermudahkan. In case nak dapatkan fail pelajar baru kena bayar ke, doakan la fail tu harganya tak mahal puluh-puluh ringgit. (walaupun bukan salah aku fail aku tu hilang, anggap sedekah je la)

Aku rasa untuk first week ni, banyak betul aku merungut. Masyaallah. Sejenis lembik. Tak boleh bersusah sikit.

Sampai terlupa ada banyak lagi kelebihan yang Allah bagi. Tampar je diri sendiri. Hmm.

Ibu pesan ' Takpelah time belajar ni bersusah sikit. Mana tau time nak mintak kerja, dan dah kerja nanti dipermudahkan.' 

Aminn.

Okayy untuk sem 2 ni, tetiba Tapai ajak aku berbisnes. Aku pun taktau cemana boleh terjebak. Maka pliss do support our bisness okayy?

De'xandra perfumes. Ada 65 jenis bau untuk lelaki dan perempuan. Serius semua wangi dan tahan lama.

Insyaallah kalau nak teaser, boleh PM aku. Comment kat blog ni ke. Comment kat FB, IG, TWITTER pun boleh. Segan nak publish no phone kat sini. Cod area Shah Alam, Klang dan UTHM.

Okayy sampai sini dulu. 


Tuesday, 12 January 2016

What happened in 2015

Assalamualaikum..

Hari ni dah 12 Januari 2016. Pergh. Aku baru terkedek-kedek nak menaip entry pasal Tahun Baru. Apa yang disibukkan pun taktau la~

Ok so far 2015  is the best year in the town. 2015 ni banyak menunjukkan fasa kematangan buat aku. Fasa gembira, fasa sedih, fasa nak handle perangai manusia, fasa nak handle perangai ntahpape diri sendiri, fasa cintan cintun (wekk).

2015, tahun first start umur dengan angka '2' kat depan.

Walaupun mula-mula rasa macam janggal, macam tak ready, macam tak puas jadi belasan tahun.

Orang akan nampak, umur 20 tahun ni sepatutnya dah cukup matang. Dah cukup dewasa. Padahal tak pun. Jiwa nak berseronok tu masih kebal dalam diri.

Tapi tu la, sampai bila nak berada di takuk lama? Kita kena move on dan hidup dalam suasana yang mencabar sikit. Kalau asyik nak berseronok, asyik tak matang, terbayang jugak aku, apa yang aku bakal jadi lagi 10 tahun?

2015 habis belajar dekat matrikulasi. Pastu start first year dekat Universiti.

2015 tamat derita aku jadi ketua blok untuk blok A4 dekat matrikulasi.

Sengsara jadi pemimpin ni, sampai aku malas dah nak ada jawatan pape kat Universiti.

2015 keje kerani kat Tiong Nam untuk 3 bulan dengan gaji basic RM 1200.

2015 ada pengalaman keje as cashier kat econsave (2 minggu je). Tapi at least berjaya membuang fobia aku pada duit. Bukan fobia mana pun. Cuma aku ni jenis tak suka kira duit. Tak reti ke cemana ntah. Tapi memang jenis tak suka kira duit.

2015 pergi travel ke Langkawi dengan kengkawan. Aku rasa ni memang achievement terbaik aku. Kumpul duit dan habis duit (yang banyak) dalam masa kurang seminggu. Entry khas masa pergi Langkawi tu tak siap-siap lagi. Bila tah nak siap?

2015 panjat Bukit Broga. Cadang nak panjat Bukit Tabur pulak next time. Doakan.

2015 ni baru nampak sikit semangat belajar aku kembali pulih. Pointer naik time kat matrikulasi.

Tapi bila dah masuk Universiti, ntah la nakk. Its hard to say, Uni's life definitely I need to/must to/have to struggle to the max.

Struggle bagai nak gila pun, bila jumpa soalan exam kat final haritu..hmm speechless!

2015 aku confess dekat crush. Ingat lagi aku confess time awal tahun 2015 jugak. Sama macam sekarang. Awal tahun. Menggamit memori. Buat benda bukan-bukan.

Tapi at least rasa puas kot dapat confess. Jodoh tak jodoh tu belakang kira. Ngeh ngeh.

2015 jugak ajar aku pasal percintaan monyet plus beruk. Lol. Malas la cakap pasal benda ni.

Ohh ya! 2015 ni jugak aku jumpa ramai gila orang baru. Orang yang baik-baik. Yang perangai macam syaitoon ni sikit je. Kalau ada pun, sebelum syaitoon nya keluar, aku kick awal-awal. Haha.

Tu je la overall 2015 aku.

So this is my #2015bestnine
Ucapan terima kasih pada ibu dengan ayah. Pada adik beradik. Pada sepupu sepapat, sedara mara. Pada kengkawan matrik, kawan sekolah, JBN, TEMAN, kawan Uni, kawan tempat keje. Pada crush pun (gedik). Semua la yang hadir secara sengaja atau tak. (Ucapan macam menang award Bintang Paling Popular Berita Harian) huhu.

Hari tu Hafiz Ali tanya aku, (sebelum tu meh aku kenalkan, Hafiz Ali ni orang yang paling banyak tolong aku dekat UTHM ni. Dia budak KMM PST. Dia budak mechanical sama macam aku, cuma dia senior aku la. Sebab dia senior, aku BANYAK GILA NAMATEYY menyusahkan dia dan tanya soalan di luar syllabus berkaitan UTHM)

Okayy Hafiz tanya aku, 'apa azam ko untuk 2016?'

Terdiam jugak la nak menjawab. Sebab aku rasa aku takde azam.

Aku balas, 'azam nak kawen tahun ni'. Lol.

Lepas aku pikir, azam aku untuk tahun ni sebenarnya nak dapatkan lesen kereta. Yaa dah tertangguh nak dekat 2 tahun.

Ibu pun cakap kat aku, azam kan dalam diri aku, sebelum birthday yang ke 21 ni mesti dah ada lesen. Wow.

Mampu ke idok lerr? Doakan.

K akhir kata, may this 2016 bring a lot of happiness to us. Keep smile.






Saturday, 26 December 2015

Sejenis phobia (Gamophobia)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sekarang aku berada di hujung sem 1. Sekejap gila masa berlalu. Sibuk gila nak hujung-hujung sem ni. Tak cukup tido, tak cukup tanah, tak cukup makan, tak cukup kasih sayang. 

Semua la tak cukup. Haha.

Tapi so far aku rasa best gila dengan life U ni. Ntah taktau sebab apa rasa best, tapi memang rasa best. Kawan-kawannya kot.

Sampai kalau ada masalah pun, aku persetankan je masalah aku tu. Lantak ko la labu!

Baru-baru ni aku tau satu word baru iaitu Gamophobia. Gamophobia ni sejenis perasaan takut untuk ada relationship with different gender. Sejenis rasa takut untuk ada comitment. Takut untuk berkahwin.

Asal do maksud Gamophobia ni closely related to myself? Sejibik weh.

Tapi aku tak takut untuk kawin okayy. Tu lagi aku suka! Kah kah.

Hari tu aku ada tulis entry pasal 'bercinta?'. Baca la balik entry tu!

Dalam tu aku cakap, ada someone kononnya cakap dia suka aku. Pastu aku taktau nak react gimana and bla bla bla..

Tapi sekarang, aku consider orang tu dah jadi sejarah kot. Dia dah pergi tanpa berita.

Aku tak salah kan dia. Dia berhak pilih jalan hidup dia.

Aku malas nak pikir. Masing-masing dah besar.

Lagipun aku rasa ada serba sikit, salahnya dari pihak aku. 

I'm Gamophobia. Takut pada comitment. Tak aku bukan takut. Tapi lebih pada malas kot.

Siapa je rajin nak ada comitment? Ke aku je yang pelik? ahh lantak.

Aku dengan orang tu pun takde la tahap bercinta bagai. Cuma bila ada orang cakap dia suka aku, aku ni perempuan kot. Lembut. Mudah terkesan.

Tapi macam aku cakap, aku tak reti. Aku malas nak ada comitment. Malas nak balas whatsapp. Malas nak bercerita tentang rasa sayang, cinta bagai ni.

Malas ke tak reti ke, aku sendiri pun taktau.

So aku rasa lebih baik aku ni tak payah nak ada relationship. Fullstop.

Aku tak sedia lagi. 

Maybe aku rasa relationship yang sebetulnya sesuai untuk aku, bernikah kot. Kalau setakat cinta monyet, couple bagai ni..it's not me at all.

Malas. 

Tipu la kalau takde naluri nak bercinta. Tapi bila Allah rezekikan aku ke tahap itu, hari tu. Aku rasa stress. Yaa mula-mula memang rasa seronok, lepas tu? Ntah sejenis feel yang tak bagus untuk aku. Aku rasa malas nak teruskan. So aku ignored je orang tu.

Sampai orang tu rasa, aku ni bukan untuk dia. Dan dia pergi. Dan aku biarkan je.

So the end.

Alaa dengar cite, orang tu dah ada pengganti. Hmmm.

Lagipun aku tak reti la orang nak berkasih sayang dengan aku. 

Lagipun macam membazir bagi kasih sayang pada yang tak sepatutnya. Dan aku rasa lega, hari tu aku takde la work out into that 'relationship'.

Haha.

So kesimpulannya, next time tak payah la nak terlintas pun nak bercinta bagai ni. Serius ia sangat serabut, memenatkan.

Ingat tu ATHIRAH.




Saturday, 5 December 2015

Ko dah tua kak! Tapi masih ketot!

Assalamulaikum..

5 December 1993, you was born. Nama ko bapak panjang, sampai kadang-kadang dulu aku penah jeles dengan nama ko kak. Sebab nama aku ciput je. Aku suka gila nama panjang-panjang ni. Tapi tu dulu. Sekarang aku redha nama aku pendek, sebab senang nak tulis, pastu senang nanti laki aku nak akad nikah. Haha

Okayy tahun ni umur ko dah 22 tahun. Dulu masa umur ibu, 22 tahun dah ada anak sorang, iaitu ko yang kuat menangis! It was disaster bila ko menangis. Haha.

K aku malas nak throwback time ko kecik.

Happy Birthday! Thanks for being a good sister untuk aku dan adik-adik yang lain. Paling thanks sebab ko selalu ada bila aku susah. Selalu ada bila aku rasa dunia tak adil untuk aku. Selalu ada bila aku rasa give up dengan study. Selalu ada untuk bagi aku kata-kata semangat. Selalu ada bila aku takde duit, pastu aku malu nak mintak duit kat Ibu/Ayah, ko yang jadi orang tengah mintak kan on my behalf.

Walaupun kita selalu gaduh, ko la selalu carik pasal dengan aku. (Aku ni baik je budaknyaa) Ngeh ngeh. Tapi deep in your heart, aku tau ko sayang aku kan kak?

Thanks jugak selalu belanja aku. Selalu jadi driver aku bila aku nak pergi mana-mana Selalu jadi penasihat fashion aku. Tukang kritik paling tegar dalam setiap apa yang aku buat. Aku taktau apa masalah ko, selalu tak puas hati dengan aku. --" haha

Paling aku terkesan, thanks sebab ko dahulukan duit PTPTN ko untuk langsaikan yuran Universiti aku. Walaupun ko over pau duit aku lebih dari sepatutnya bila nak suruh aku bayar balik. 

Takpe demi ko aku redha.

Pastu hari tu, time laptop ko kena songlap..aku dengar cite ko tak meroyan pun. Kalau aku kat tempat ko, mesti aku meroyan, depressed dan seangkatannya. 

Sebab tu Allah uji seseorang mengikut kemampuan dia. Allah tau ko mampu! Then bila Allah bagi ujian, DIA akan ganti balik dengan nikmat yang lain.

Alhamdulillah ko dah dapat kerja tetap even ko belum habis study pun lagi. TAHNIAH! 

Ko selalu tak kedekut dengan adik-adik ko kot, sebab tu rezeki ko murah dalam banyak benda.

Ehh banyak pulak aku puji ko dalam ni. Sila terharu okayy! Kah kah.

K la akhir kata, aku doakan ko panjang umur, murah rezeki. Dapat sambung master. Cepat-cepat kawin dengan abe Faiz. Adik-adik ko tak sabauu nak anak sedara. Haha.

Persetankan orang yang pandang negative/tak puas hati kat ko. Aku tau ko mampu hadapi manusia 'perangai senonoh ni'..

Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk ko kak. Ko jaga diri, jaga kesihatan. Sebab aku taknak jadi 'anak sulung' kalau ko takde.

Last word, Aku sayang ko! Kita dah janji nak kongsi pelamin dan kawin hari yang sama sebab nak jimat cost. So sila doakan aku jumpa laki yang baik. Haha.

Thanks for everything ketot ♥♥