Saturday, 15 April 2017

Jalan-jalan : Pulau Perhentian Part 2

Assalamualaikum..

So mari sambung entry trip aku ke Pulau Perhentian. Untuk makluman semua trip ni terdiri daripada 5 orang termasuk aku. Sebelum ke Pulau Perhentian adalah sebaiknya korang check dulu timing. Jangan pergi time musim tengkujuh. Takut rugi je tak dapat bersnorkelling dan terperap bagai gadis pingitan dalam bilik.

Macam trip aku ni, kitaorang pergi awal bulan April (5-7 April 2017). Kakak aku dah google, masa ni memang timing sesuai untuk ke Pulau Perhentian. Dan secara kebetulan time ni aku cuti seminggu sebab mid sem break.

Lagi satu, kalau gegirls please check timing datang bulan korang. Takut leceh je kalau tetibe korang terperiod at that time.

Sila refer last entry aku bertajuk Jalan-Jalan : Pulau Perhentian Part 1. Dekat entry tu, aku dah cerita perjalanan first and second day kitaorang.

Gegadis~
Cantik kan?
Dekat post ni, aku akan sambung lagi the rest aktiviti kitaorang.

Selesai snorkelling. kitaorang balik bilik, mandi dan solat. Pukul 6.45 petang camtu dah get ready dekat jetty Perkampungan Nelayan untuk next place.

Jeng-jeng kemana ke kita?

Kitaorang memilih untuk dinner di Sharila Resort. Naik bot pergi balik sorang RM 20. Kawan sepupu aku, Kak Fied jumpa promosi iklan buffet harga murah dekat FB. Jadi kitaorang pun beria lah nak cuba. Since malam after snorkelling tu kitaorang dah free kan.



Maka for the first time dekat Pulau Perhentian ni, kitaorang naik bot kecik. Bot kecik ni korang bayangkan, takde bumbung, takde safety jacket. Memang kecik. Tapi sumpah best gila naik dia. Cuma cuak sikit. Tapi sebab aku suka benda ekstrem, so aku enjoy gila naik bot kecik tu. Kakak aku penakut. Pegang tangan aku, kuat gila. So sweet. Hashtag menyampah. HAHA.


Dekat je dari Perkampungan Nelayan ke Sharila Resort. Dalam 15-20 minit camtu je. Time kitaorang sampai tu, orang tak ramai lagi. Sebab baru pukul 7.10 camtu.


Kitaorang terus pergi kaunter untuk tanya pasal buffet ‘murah’ tu. Untuk makluman korang, kita kena inform kat kaunter tu yang kita jumpa iklan promosi kat FB. So akan dapat harga RM 14.90 per pax. Kalau harga biasa, maybe mahal sikit dari tu. Tak pasti la. Dan aku taktau harga promosi ni tempoh dia sampai bila.


TAPI..


Aku tak berapa recommend sangat buffet kat sini huhu. (Tapi hak masing-masing kalau korang still nak try makanan dia). Macam kitaorang pun, bila baca review pasal Sharila Resort memang nampak ada comment yang tak memberangsangkan. Tapi still insist nak pergi jugak! Yelah kadang dengar cite dari orang tak sama. Better kita pergi dan rasa sendiri since bukan selalu dapat pergi sini. Kan?


So bila kitaorang pergi sana, first kena bayar dulu. Lepas tu baru boleh pilih main dish. Main dish terdiri daripada beberapa jenis seafood dan ayam part peha (aku taktau nak describe part ayam tu hehe. Peha bercampur isi ). TAPI untuk harga promosi, kita hanya boleh pilih SATU lauk je sorang. Yang pilih satu ni untuk dibakar. Makanan lain macam nasi goreng, lauk ayam paprik, sayur, coeslow, popcorn, air, buah, kuih-muih dan banyak lagi boleh makan sampai lebam!


Main dish pun tak banyak pilihan. Time kitaorang pergi tu cuma ada ikan bawal, ikan tenggiri belah dua, sotong, ikan pari, ayam (tu je). Saiz pun kecik-kecik je. Alahai.


Dan bakar tu sebenarnya bakar kosong je. Tkde pun marinate. At least marinate la dengan kunyit ke garam ke. Aku ni lidah Melayu kot. I have a lot of mix taste. Dia ada pilihan sos dan air asam. Ambil sendiri. Tapi seriously tasteless semua sos dan air asam dia. Hmm. KORANG PATUT TRY SENDIRI~


Untuk servis pulak hmm masyaallah. Nak cerita kang terbukak aib, tapi ni tujuan review so TERPAKSA aku ceritakan juga. Huhu.

Markah servis aku bagi 2/5. Dari dekat kaunter lagi aku dah rasa sebal je dengan servis dia. Kebanyakkan pekerja dia warga Bangladesh which is tak fasih berbahasa. Not even Malay, English pun kureng!


Lepas kita dah pilih main dish, dia akan bagi kita nombor. Nombor tu macam tulisan kat kayu. Macam kira nombor order camtu dan kena letak dekat meja yang kita bakal duduk. Nanti bila dah siap dibakar main dish tu, waiter akan hantar ke meja based on nombor order tu.


Time tu belum pukul 7.30 malam, so kitaorang decide nak bergambar sekitar Sharila Resort. Sebab ada sunset dan view yang cantik.




No filter need!

Time ni mood nak makan pun dah kurang. Kakak dengan sepupu aku yang amik makanan semua, kitaorang kongsi je. Makanan dia dari segi rasa, hmm 2/5. Customers ramai. Tapi air yang disediakan sangat limited. Bekas air kecik gila. Bila dah habis, lama jugak masa untuk refill.


Dan kisah sadis lain adalah main dish kitaorang tak sampai-sampai after more than 45 minutes. Dah tanya banyak kali, dah tunjuk nombor still makanan tu tak sampai lagi. And kitaorang dah mula angin. Aku la jiwa paling muda. Tapi ditenangkan oleh kakak aku.


Kakak aku cakap, kalau pasal makanan jangan marah lebih-lebih. Sebab banyak kes, bila customers marah-marah sebenarnya ada waiter/chef akan buat benda yang tak sepatutnya seperti meludah/tuang garam/tak letak perasa atau sebagainya.


Berbekalkan nasihat itu, aku jadi tenang balik. Dan betul tekaan kitaorang which is makanan kitaorang dah tertukar dengan meja lain. Sebab tu makanan tu lambat sampai sebab dia kena masak baru. Hmm makan je la. Malas nak berbunyi dah.


Dah kenyang semua, sepatutnya kitaorang nak pergi Long Beach untuk pesta mabuk pertunjukkan api. Tapi masing-masing dah penat, mengantuk so kitaorang batalkan plan tu dan terus balik.


Satu benda yang aku suka pasal bot ni adalah, diaorang sangat punctual. Kalau kita cakap pukul 9.30 malam untuk pick up. 9.30 la dia dah muncul. So takde la nak menunggu.


Untuk balik, kitaorang still naik bot sama yang kecik tu. Tapi bila naik time malam, lagi adventure. Sebab laut gelap, kiri kanan takde cahaya. Cuma berbekalkan lampu kepala yang dipakai orang bawak bot tu. Time ni bukan kakak aku je pegang erat, dengan aku sekali pegang tangan dia tak lepas tangan. Kah!


Orang yang bawak bot kat sini memang hebat gila. Tabik springgg. Sebab kat laut yang takde papan tanda , takde lampu tapi chill je boleh bawak kitaorang sampai ke destinasi dengan selamat. Thanks abang-abang bot Pulau Perhentian. Macam-macam weh boleh terbayang bila naik bot kat laut yang bergelora ni. Asyik perkataan ‘kalau..’ je terkeluar.


‘kalau bot ni terbalik, apa nak buat?’ aku dah la tak reti berenang. ‘kalau lemas, abang bot ni nak selamat kan siapa dulu?’ Please bang selamat kan saya dulu. Saya tak kawen lagi! Haha. Dan bermacam jenis kalau yang lain.

Ni gambar hari first sebenarnya.
Tapi Alhamdulillah selamat sampai. Baca la ayat kursi dan selawat sepanjang jalan tu. 


Balik bilik, solat dan terus tido.


Esoknya, hari last kitaorang.



Kitaorang plan nak beli souvenir dan keropok lekor. Plan keluar hotel pagi tu seawal yang boleh. Which is 9.00 pagi tak silap. Sempat bergambar lagi sekeliling Perkampungan Nelayan tu. Ada masjid besar. Masjid AR-Rahman Pulau Perhentian ke apa tah tak ingat. Tapi cantik masjid tu.




Mari doakan JOE saya wujud dan pinang saya dengan Bismillah. kekeke
Macam ni la view sekitar Perkampungan Nelayan. Kecik je kawasan ni sebenarnya.

Ni kawasan kubur. Belakang Sealife Inn je.
So sebelum pukul 10 pagi camtu dah sampai Kuala Jetty, Kuala besut. Ramai gila orang dekat jetty sebab hari tu hari Jumaat.


Another tip untuk ke Pulau Perhentian atau mana-mana tempat vacation, SILA JANGAN TAK PERLU pergi time weekend. Orang sangat ramai dan ada sesetengah tempat, rate harga juga berbeza antara weekdays dan weekend.


Ada kawan sekolah aku pergi Pulau Perhentian time weekend, menginap di hotel yang sama macam aku ( Sealife Inn, aku sebenarnya taktau nak cakap tempat tu hotel ke apa. Tapi yang pasti tempat penginapan) air takde! Dia cakap tangki air Sealife Inn tu tak mampu tampung customers yang ramai tu. Tapi banyak je penginapan lain kat sekitar Perkampungan Nelayan tu, pandai-pandai la korang google eh.


Haa lupa nak cerita, aku terjumpa junior SAMTISH kat Pulau Perhentian. What a small word. Diaorang stayed Rumah Kuning ke apa tah. Tempat tu pun dekat je dengan Sealife Inn tu. (google sendiri pliss)



Kemain kat Selangor tak terjumpa. Sekali kat Pulau Perhentian ni terjumpa.
Okay bila dah sampai kat jetty tu, benda first yang kitaorang carik adalah breakfast dan tandas. Taktau la nape, semua nak terberry pagi tu. Haa lagi satu, kebanyakkan tandas kat kawasan jetty dan Pulau Perhentian di charge RM 0.50. So sila sediakan duit secukupnya.  Aku rasa untuk tandas je, banyak jugak aku perabih.


Settle breakfast, kitaorang carik souvenir. Yang ni kena rajin sikit berjalan okay. Kat jetty ada banyak kedai souvenir, jalan sikit pun ada. Tapi harga sama je semua. Lebih kurang. Tshirt mahal! Lengan panjang, RM 38. Memang tak la nak beli. Aku cuma beli keychain je.  Cukup la tu. Haha.


Bas kitaorang untuk balik ke Shah Alam, pukul 1.30 petang. Keropok lekor tak carik lagi. Sebab kedai dia agak jauh. Ingatkan kat jetty ada jual keropok lekor, rupanya takde! Hampir nak give up untuk tak beli keropok lekor.


Dan untuk makluman korang, bas kitaorang akan pick up dekat Terminal Bas Kuala Besut yang baru . Sekitar jetty tu ada terminal bas, tapi terminal tu yang lama punya. Jangan tersilap pulak! Kitaorang pun hampir nak tersilap TAPI sila amalkan ringan mulut untuk bertanya. Nanti kita akan dapat direction ke terminal bas yang baru tu.


Sepatutnya dari jetty tu kena berjalan sikit. Dalam 15 min camtu. Tapi kitaorang pilih untuk naik teksi je. Sebab kaki kawan kakak aku luka, macam sian pulak nak suruh dia berjalan jauh. Kitaorang pun carik teksi, harga untuk ke terminal tu tak sampai RM 10 tak silap. Tapi Pakcik teksi tu siap tanya kitaorang nak beli keropok lekor tak? Kitaorang pun apa lagi cakap NAK!


Pakcik tu cakap harga pergi kedai tu RM 20 dan pakcik akan tunggu sementara kita shopping tu. Waa best gilaa. Apa lagi kitaorang pun terus setuju!

Kedai yang Pakcik ni bawak nak kata jauh tak jauh sangat, dalam 15 minit kot.

Tapi kedai tu kat Kelantan. (Kuala Besut ni sempadan Ganu-Kelate) Nama kedai tu Z Keropok Lekor tak silap. (ada FB dia, sila google sendiri).


Apa yang best pasal kedai ni adalah, dia bagi kita teaser keropok lekor, satar panas-panas. Siap suruh duduk lagi sambil menikmati keropok lekor & satar tu FOR FREE. Air kena beli, in case kang terceking pulak. Banyak jugak dia bagi teaser. Serius puas hati dengan rasa dia. Terus kitaorang shopping kat situ banyak gila. 


Ni la teaser tu. Cukup la untuk 4 orang.
Kedai ni ada dua. Satu kedai basah, satu kedai kering. Yang basah jual keropok lekor panas-panas yang kering  jual asam, keropok kering dan macam-macam lagi. Aku beli untuk housemates aku. (Hmm gembira gila muka diaorang bila aku bawak balik ke rumah sewa hari tu)


Pakcik teksi tu cakap, dia memang selalu bawak pelancong yang nak beli keropok lekor ke kedai tu. Owner kedai tu pun dah kenal dia. Pakcik tu pun rilek je makan keropok lekor free kat situ. So kalau next time korang ada nak beli keropok lekor, silalah ke KEDAI Z KEROPOK LEKOR. Highly recommended!


Pukul 12.00 tengahari camtu, kitaorang sampai Terminal Bas Kuala Besut. Ada pasar area tu. Taktau la hari-hari bukak atau tak. Hari kitaorang pergi tu Hari Jumaat. Around pukul 1 petang camtu, ramai peniaga dah kemas-kemas sebab nak ready Solat Jumaat. Yang bagusnya dekat Kuala Besut ni, dia macam kawasan ‘alim’ sikit. Memang semua kedai sekitar terminal bas tu tutup around that time untuk Solat Jumaat.


Pukul 1.30 petang bas kitaorang sampai. Naik dan terus tido. Penat kot. Tapi ini kali, bangun tido, tido bangun repeat tak sampai-sampai jugak ke Shah Alam. Bapaknya lama perjalanan itu. Pungkoq semua dah kematu. Sakit badan!


Bas ada sekali berhenti untuk Solat Zuhur-Asar dan makan/minum 45 minit. Tempat yang sama macam hari tu which is aku tak ingat kat mana. Hehe. 


Perjalanan diteruskan dan pukul 10 malam camtu, AKHIRNYA sampai di Shah Alam. Alhamdulillah. Call Ibu suruh amik dan solat Isyak-Maghrib dan menuju terus ke rumah. Balik rumah, beria Ibu goreng Satar dan keropok lekor. Aku dan kakak tukang makan je sambil cerita pengalaman sepanjang kat Pulau Perhentian.


Dan berakhir la trip ini. Terima kasih kakak sponsor adikmu ini. Terima kasih Kak Riza, Kak Fied dan Kak Syera kalau ada belanja Tyra. Tenkiuuu!




Till we meet again
Lupa nak bagitau, yang kitaorang punya pakej ni exclude makanan. Aku pun suggest kan tak payah amik pakej makanan sebab harga pakej makanan adalah RM 90. Kitaorang kira, total makan selama 3 hari 2 malam termasuk dari Shah Alam-Kuala Besut-Pulau Perhentian-Kuala Besut-Shah Alam tak sampai rm 90 pun seorang. Dan kitaorang makan pelbagai makanan. Takde berjimat sangat. But its up to uolls.


Aku rasa memang berpatutan harga semua benda, makanan terutamanya macam mahal sikit sebab memang nampak kesusah payahan orang dari Perkampungan Nelayan ni untuk beli barang basah. Dah la jauh dari darat. Kena guna bot. Lepas tu kena naik moto sendiri untuk pick up barangan tu. Kereta/lori memang takde kat Perkampungan Nelayan tu. So moto orang kampung kat situ dah modified ada troli bagai untuk memudahkan collect barang.


Ni la bot untuk rakyat tempatan angkut barang basah diaorang.
Total perbelanjaan aku adalah:
RM 95 (tiket bas pergi balik Shah Alam-Kuala Besut)
RM 210 (harga penginapan + bot pergi balik + snorkelling)
RM 5 (park marine ticket)
Rm 20 (bayaran bot ke kincir angin dan Long Beach)
Rm 20 (bayaran bot ke Sharila Resort)
Rm 20 (bayaran waterprof camera. tapi kitaorang dapat refund. so just RM 10 je)
RM 23 (shopping keropok lekor dan asam)
RM 5 (keychain)
Rm 0.50 x 6=RM 3 (tandas) *estimated je sebab tak ingat
RM 14.90 (Buffet Sharila)
RM 10 (Teksi)
RM 60 (makan/minum)

so total adalah RM 485.90. 

Korang kena prepare bawak duit (cash money) sepanjang perbelanjaan dekat Pulau Perhentian sebab dekat pulau tu takde ATM machine. Pandai-pandai la budget perbelanjaan korang. Dan sila berbelanja seperti mengukur baju di badan sendiri. Kalau ada banyak duit, takpe berbelanja lebih.

Kalau macam aku, student, aku bawak Rm 200 je dan berbaki lagi duit aku tu. Aku berbangga kerana tak berbelanja bagaikan dirasuk syaitonn. Kah.

K sampai sini dulu coretan aku. Segala benda tentang trip ke Pulau Perhentian, aku dah inform dekat sini. Anything can PM me. Semoga bermanfaat :) 
  







    
  

Friday, 14 April 2017

Jalan-jalan : Pulau Perhentian Part 1

Assalamualaikum..

Setelah berzaman aku menyepikan diri dari penulisan blog. Maka hari ni sengaja aku rajinkan diri mengasah semula skill penulisan karangan BM SPM A+ aku. Cehh. Haha.

This will be long post~

So kali ni aku nak story pasal trip aku ke Pulau Perhentian hari tu. Aku pergi time cuti mid sem hari tu. 5-7 April 2017.

Ramai la jugak pm/comment kat socmed aku nak tau lebih lanjut pasal Pulau Perhentian ni. Eksaited kan bila tengok gambar aku bersama view yang cantik mashaallah tu? kah!

Okay sebenarnya, trip ni telah diuruskan oleh kakak aku. Dan untuk makluman semua, dia yang sponsor separuh perbelanjaan aku. Dalam RM 160. Kalau tak memang idok la aku berpeluang ke Pulau Perhentian.

Dari bas, penginapan, survey makanan, transportation semua kakak aku yang settlekan. Aku just siapkan diri, bawak duit sikit dan jom!

Perjalanan bermula dari terminal bas Seksyen 13 Shah Alam. Kitaorang naik bas paling lewat which is 8.30 malam. Naik bas 2 tingkat. Bas Perdana. Kemudian bas tu singgah ke TBS untuk ambil penumpang lagi. Lama jugak stop TBS. Nak dekat 40 min. Sempat nak berkhelah kat situ hoii.

Harga tiket RM 47.50. Pergi balik RM 95. Perjalanan hampir 10 jam. Ada sekali berhenti tapi aku tak ingat kat mana. Dalam 45 minit untuk bagi ruang penumpang solat Isyak atau minum/makan.

Pukul 4.50 pagi kitaorang sampai Jertih. Kisah paling kelakar bermula. Which is sebenarnya kitaorang tersalah turun terminal sebab mamai. Sepatutnya kena turun Kuala Jetty, Kuala Besut.

Tapi terturun dekat Jertih sebab tersalah dengar. Jetty-Jertih tu macam lebih kurang je kan bunyinya lol. Maybe terlebih eksaited tu pun ye kot.

So sesape nak pergi Pulau Perhentian ni make sure, korang dengar betul-betul nama terminal tu. Dan please bertanya kat driver bas tu, adakah korang masih dijalan yang benar? Untuk menuju ke Kuala Jetty, Kuala Besut.

Kitaorang memang sengal jugak pagi tu. Main semangat gila turun dari bas, ambik bag terus menonong jalan. Tak tanya pun kat driver bas tu, yang betul ke tempat tu patut kitaorang turun.

Kitaorang cuma tanya mana surau je. Sebab kitaorang nak settle kan solat Isyak ngn Subuh sebelum naik bot. (Kitaorang tak solat Isyak lagi time bas stop berehat tu sebab mamai ingat dan solat sebelum naik bas kat Shah Alam lol). Tapi time ni aku cam pelik dah sebab tak dengar bunyi air laut pun --' (sepatutnya kalau dah sampai jetty mesti dengar deruan ombak air laut kan. Tapi ni sunyi sepi je.) Tapi still berlagak biasa.

Time nak solat Subuh pun satu hal. Tetiba pukul 5.30 pagi camtu dah azan. Kitaorang pelik gila Subuh dia bapak nya awal. Kakak aku ada download apps waktu solat untuk Pulau Perhentian. Dia check, azan patutnya pukul 6.00 pagi camtu. Tapi kitaorang pikir dan boleh solat kot, since dah azan. (siap boleh assume apps kakak aku tu tarak boleh pakai haha)

Aku dah nak masuk rakaat kedua, tetiba ada pakcik penjaga surau tu cakap kat kakak aku yang tengah jaga barang 'eh ni solat apa? Subuh belum masuk lagi ni. Tadi tu bang untuk kejut orang bangun tido je. Bang betul belum lagi.'

Kitaorang pun masing terus burst gelak. Batalkan solat. Pakcik tu siap cakap 'lain kali time bang, dengar molek'. Tadi azan tu kan tak lengkap ke apa tah dia cakap. Pakcik tu jugak yang bagitau kitaorang tersalah hala tuju. Sebaik kitaorang time ni dah 'cerdik' sikit untuk bertanya.

Pagi-pagi dah kena setepek dan penat dah gelakkan kebangangan masing-masing. Haha.

Lepas tu pukul 6.15 pagi camtu dan settle Subuh, kitaorang carik teksi nak ke terminal Kuala Jetty. Kitaorang ada 5 orang. Sebaik pakcik teksi tu baik hati bagi naik teksi dia 5 orang sekali gus. Satu teksi RM 20 tapi disebabkan kitaorang terlebih muatan, kena up RM 5 lagi. (Takde la baik hati sangat tapi boleh la dari kena naik dua teksi dah RM 40). Maka bersardin berhimpit la kitaorang naik teksi tu. Dari Jertih ke Kuala Jetty tu adalah 20 minit jugak.

Hmm kalau naik bas tadi kan dah lama selamat sampai. Dugaan di pagi hari. Sob sob.

Sampai Kuala Jetty tu sebelum pukul 7 pagi camtu, terus carik breakfast. Kat Kuala Jetty ni ada banyak kedai. 7e pun ada. Cuma kena berjalan sikit. Pakcik teksi tu kata, yang dekat dengan jetty tu banyak kedai cina je. So kitaorang pun berjalan carik kedai makan melayu. Sedap gila nasi dagang dia. (Sampai sekarang melekat di ingatan)

Kat sekeliling Kuala Jetty tu ada macam-macam kedai. Rajin-rajinlah berjalan okay.

Banyak lukisan-lukisan lebih kurang camni sepanjang jalan ke Kuala Jetty tu. Time ni belum cerah lagi. Baru 6.50 pagi camtu. Bila siang ramai gila amik gambar kat sini. (sebaik aku dah posing dulu di awal pagi)
Cerita pasal sebelum naik bot je dah panjang camni. Haha.

Kitaorang deal dengan pihak Sealife Inn. Naik bot pukul 9.30 pagi. Naik bot ni bergantung pada ejen masing-masing. Sebab diaorang yang akan tetapkan nk pick up kita bila.

Sebelum tu kena bayar RM 5 sorang untuk marine park ticket entrance apa tah. Lebih kurang macam imigresen kot. Lepas tu baru boleh naik bot. Bot kitaorang sederhana besar. Ada la naik dengan orang lain sekali.

Better makan pil elak mabuk laut before naik bot. Aku rasa aku ni jenis tak mabuk laut, tapi ombak kat Pulau Perhentian macam lain macam. Temabuk laut sikit aku dibuatnya.

Next perjalanan naik bot menuju Pulau Perhentian tu dalam 30-45 minit even macam laju je bot tu dah dipandu. Habis tudung weolls basah terpercik air laut. Tapi apedehal. Peratus eksaited still consistent. kah!

Kitaorang telah memilih untuk menginap di Perkampungan Nelayan. Review dari blog, google semua me-recommended-kan perkampungan nelayan. Dan aku pun highly recommended kat korang!

Sebab makanan consider still murah compared tempat lain sekitar Pulau Perhentian tu. Orang tempatan pun ramah tamah. Ada masjid besar lagi.

Sementara nak tunggu check in bilik, kitaorang selfie kat sekitar Perkampungan Nelayan. Cantik jugak view kat situ.
Kitaorang checked in bilik pukul 12 tengah hari. Sempat lunch dulu dekat kedai berhadapan laut (macam plaza, banyak jugak gerai tapi takde pilihan makanan sangat). Tercekik akak time nak membayarnya. Minum teh o ais je rm 3. Nasi berlauk rm 9. Tapi aku amik laut sotong. Patut la mahal sikit pun. Kehkeh.

Next, kitaorang rehat-rehatkan diri. Mandi, tido dan Zuhur. Pukul 2.30 petang camtu, get ready tunggu kat jetty Perkampungan Nelayan tu untuk pergi ke Long Beach dan kawasan kincir angin.

Bayar harga bot nak ke Long Beach tu, sorang rm 20. Kat sini orang panggil bot ni 'teksi air'. Korang jangan terkejut pulak bila orang sebut 'teksi'. Sebab sepupu aku terkejut bila dengar perkataan tu. Haha.

Kitaorang siap ada tour guide. Namanya Encik Ezri ke apa tah. Tapi abang tu memang sporting habis!
Ni la jalan hiking tu. Berbukit. Bawak air kalau tak haus gila. Sebab jauh jugak perjalanan
Bersama Encik Ezri.
Nak pergi kincir angin ni ada dua jalan. Tapi tour guide kitaorang suruh ikut jalan mencabar which is hiking. Hiking dalam sejam. Sebenarnya boleh kurang dari tu, 15 min pun boleh sampai puncak. Tapi kitaorang banyak stop-stop. Sebab kakak sepupu aku, semput. Huhu

Dah sampai puncak, view dia memang cantik. Nampak laut kebiruan.

Kincir angin tu just jadi monumen je. Dah tak function sekarang ni. Nothing special about it.

Kitaorang dibagi masa 1 jam setengah camtu untuk menghayati / ambil gambar puas-puas. Tu pun rasa macam tak puas. Lol

View  ni kena tengok dengan mata sendiri baru rasa terus sampai ke hati
Next, tour guide ajak turun. Tu pun kena ikut laluan berbukit. Tapi better dari mendaki tadi. Destinasi seterusnya adalah untuk pergi Long Beach. Long Beach ni macam pantai sekeliling tu dan banyak chalet. Kat situ ramai omputih seksi-seksi dan hensen-hensem belaka. Hmm boleh la akak cuci mata sekejap. Hehe

Lepak ambil angin pantai kejap. Best gila tapi ombak laut kuat gila. Ada orang main papan luncur. Stail gila. Tapi aku terbayang cite Shallow (eh? Yang ada jerung tu) akan gigit orang yang main papan luncur tu. Seriauu.

Ombak kat sini kuat gila. Tapi view masyallah cantik.

Korang boleh pilih nak stay sampai malam ke tak dekat Long Beach tu. Time malam pun ada aktiviti kat Long Beach tu. Macam pertunjukkan bunga api. Kalau nak makan-makan pun boleh. Banyak resort/restoran sekitar long beach tu. Tapi aku usha harga makanan kat situ, hmm marilah mengucap lagi. Nasi semua harga RM 10 keatas. Tempat karaoke pun ada. Rajin-rajin la usha kiri kanan sambil korang berjalan.

Nak balik, kena naik bot jugak. Tapi bot tunggu kat tempat lain kat jetty Sharila Resort. So dari Long Beach, kitaorang kena jalan lagi sikit. Sebab tour guide kata laut bergelora, bot tak boleh parking kat kawasan Long Beach tu.

Around 6 petang lebih dah sampai Perkampungan Nelayan. Perut dah lapar. Kitaorang siap tanya kat Encik Ezri tu mana kedai yang sedap. Dia cadangkan Restoran Perhentian. Kedai tu kebelakang sikit. Dari Sealife Inn tu, jalan kebelakang ke area sebelum masjid. Sederet tu ada 2-3 kedai. Carik kedai yang lapik meja merah kuning. Dia ada jual ABC. Keropok lekor pun ada (tapi kedai sebelah dia). Harga boleh tahan. Rasa pun sedap.

ABC special
Kitaorang melantak makan sampai lepas maghrib. Balik bilik terus rehat, mandi, solat dan terus terlentang. Pukul 9 malam camtu satu bilik dah gelap. Aku orang last tido, pukul 10 malam. Malam tido lena sampai ke subuh.

Haa lupa nak bagitau bilik kitaorang TIPTOP. (Markah 4/5) Besar, luas. Ada ruang nak solat. Tandas ada dua. Satu jamban, satu tandas untuk mandi. Tapi tandas dia kecik. Muat-muat sorang je. Sorang pun kalau ko nak berpusing atau menari-nari time mandi, sila jangan! Kang tersangkut lengan kat dinding. Huhu

Ni gambar bilik. Tapi bukan bilik kitaorang. Ni ihsan google. Rasanya ni untuk lebih 10 orang sebilik kot.
Bilik kitaorang ada 3 katil queen. Satu kipas. Kipas bapak laju. Pastu ada aircond yang 5 star sejuknya. Sebab tu tido memang lena 3 hari 2 malam duduk sini. Tuala, selimut dan sejadah disediakan. Telekung, sabun/syampoo tu bawak sendiri. Seterika ada tapi kena kongsi. Jadi kitaorang bawak sendiri. Plug ada 4 kot. Tapi kitaorang still bawak extension. Sebab masing-masing banyak benda nak charge. (Hp je ada bape bijik termasuk powerbank, monopod, gopro semua benda la)

Kat Sealife Inn ni ada mesin air panas dan air sejuk. So kalau stay sini, dah jimat untuk beli air untuk minum. Kitaorang beria gila bawak 2-3 botol air masak dari rumah sebab pikir air minuman mahal kat situ. Tapi hari tu tak pasti berapa harga sebotol air.

Next keesokkan harinya, kitaorang just makan meggi untuk breakfast (jimat katanya). Pastu berkobar-kobar la nak pergi snorkelling. Tak makan ubat mabuk. Sekali ko, mabuk teruk! Kakak aku muntah 3 kali. Aku pun cam pening lalat jugak.

Ada 5 checkpoint untuk snorkelling. 3 point start dari pukul 10 pagi sampai 1 petang. Lepas tu ada gap untuk rehat dan makan. Pukul 2.30 petang kena berkumpul semula kat Jetty untuk pergi next checkpoint.

Untuk setiap checkpoint tu, bot di berhentikan jauh dari pantai. Terjun-terjun dari bot memang kaki tak capai dasar. Antara checkpointnya adalah turtle beach, turtle bay, shark point, the light house dan romantic beach.


Gambar acah paling win. haha
Untuk makluman korang, ombak kat setiap checkpoint tu boleh tahan kuat. Makin lama ko duduk atas bot (time bot berhenti), bot tu terhuyung hayang. Makin pening lalat. Sumpah. Nak termuntah.

Better bila bot tu berhenti, jangan ambil masa terlalu lama untuk terjun dalam air. Terus je terjun. Setiap bot ada disediakan tangga. Boleh guna tangga untuk naik dan turun dari laut.

Muka eksaited sebelum mabuk laut. Abaikan muka eksaited aku cam muka nak terberry dah kenapa?
Tapi kalau macam aku, aku main terjun je dari sisi bot. Tak pakai tangga. Tapi kalau korang tak berani/tak reti jangan risiko kan diri korang. Guna je tangga. Aku tak guna tangga sebab bila nak guna tangga, lama nak beratur. Sebab kitaorang satu bot dengan satu family ni. Ada budak-budak. Suami isteri, makcik dan atok. So agak lama nak tunggu diaorang sorang-sorang turun. Termasuk nak tunggu kakak aku, kawan dia, sepupu aku dah kawan dia.

Macam aku cakap tadi, makin lama duduk atas bot yang diberhentikan, aku makin pening. Better turun cepat-cepat dan berendam dalam air. 5 minit berendam pening pun hilang dan ayuh berenang mencari ikan.


Ikan berselera gila makan roti Gardenia
Tak sampai 10 saat, dengan tangan kita kena gigit. Rakus masyallah ikan-ikan ni
Balik gap untuk rehat tu, kitaorang pergi lunch dekat kedai semalam (lapik meja jalur merah kuning tu). 5 orang makan RM 95. Makan nasi, tomyam, sayur dan side dish lain. Kenyang gila!

Sotong goreng tepung. Rasa macam goreng pisang.
Settle makan dah pukul 2 petang lebih. Terus bersiap untuk tunggu bot ke checkpoint seterusnya.

After lunch, kitaorang telan pil mabuk laut sebab takut pening. After makan pil tu, rasa lebih better. Tak pening sangat dah. So korang untuk preparation better makan pil elak mabuk laut tu. Highly suggested!

Checkpoint seterusnya adalah ke rumah api. Dekat situ sepatutnya kitaorang kena terjun/lompat dari ketinggian (refer gambar kat bawah ni, kan ada tangga: tula ketinggiannya. Boleh pilih nak terjun dari ketinggian yang korang suka). Korang boleh panjat tangga tu (ada 2 tangga), lepas tu buat terjunan bebas. Tapi sumpah air laut sangat bergelora. Ombak kuat gila. Tak berani weh nak lompat. Sebaik abang bot tu cakap, takpe aktiviti kat sini kita skip je. Keadaan laut tak sesuai.


Ombak macam ni, memang tak la saya nak terjun. huhu
Fuhh lega. Saya belum kawen bang. Takut tak sempat je kalau abang still nak suruh buat aktiviti ni. Hashtag sebaik abang memahami. kekeke

Kitaorang dapat 'Abe' yang baik dan sporting. Dia tau kitaorang taktau berenang, jadi 100% perhatian tertumpu pada kitaorang. Ngeh2. Dia siap offer nak ajar kitaorang berenang, tapi takpe la saya takut! Dan sekarang saya dah menyesal. Huhu

Untuk bersnorkelling, takpe kalau kita tak reti berenang. Sebab kita akan pakai safety jacket. Kita takkan tenggelam dan lemas. Cuma kita kena la pandai gerak-gerakkan kaki dan tangan untuk bergerak depan belakang dalam air. Baru la boleh boleh enjoy ourself.

Dan kena la pandai guna alat snorkelling tu. Nanti dia akan ajar cara-cara nak pakai, cara nak bernafas. Nafas guna mulut je. Dalam sejam awal tu, maybe akan takut-takut. Tapi cuba beranikan diri. Kalau tak rugi la tak boleh tengok coral. Serius best gila bila kita dah pandai guna alat snorkelling tu.



Aku memang dah pandai guna benda tu kat Sabah hari tu. So bila dekat Pualu Perhentian, dan boleh terus menjadi ikan. Haha.

So hari tu memang aktiviti air je, habis satu hari sampai ke petang. Penat gilaaaaaa tapi puas hati. Pukul 5 ke 6 petang camtu, kitaorang dah balik semula ke Perkampungan Nelayan.

Kemain kakak aku dalam air, pegang erat tangan aku. Macam taknak lepas. Haha
Kitaorang sewa waterproof camera masa snorkelling. Satu hari sewa RM 100. Gambar memang cantik. Yang cantik-cantik gambar coral kebanyakkannya tour guide kitaorang yang snapkan. Memang function gila tour guide tu (kitaorang panggil dia Abe). Dia pun banyak tunjuk spot awesome kat mana coral cantik, kat mana ikan Nemo menyorok, kat mana Shark berpusing, Turtle landing.


Shark ni kecik je. Takde pun besar macam cerita Shallow tu
Turtle ni kat dasar je. Pemalu sungguh. Taknak langsung naik ke atas. (ni Abe yang snapkan)
Tapi yang sedihnya, camera tu berfungsi separuh hari je. So kitaorang dapat refund RM 50. Ada gambar guna gopro. Ingatkan gopro tu tak cantik gambarnya. rupanya NOT BAD. 


Nemo in the house. Gambar ni dari gopro. Cantik kan?
Kitaorang sempat beli kuih donut, keropok lekor dan kuih kacang kt kedai bawah hotel Sealife Inn tu. Sedap gila kuih-kuih dia. 5, RM 2. Kat kedai tu je kitaorang habis nak dekat RM 10. Puas makan keropok lekor kat sini.

Ada kedai apam balik Pok Jid. Orang cakap sedap. Tapi kitaorang tak sempat nak rasa. Time petang balik after snorkelling tu kedai tu dah tutup. So nanti korang kalau pergi Perkampungan Nelayan sila beli dan rasa apam balik tu. Lepas tu roger aku, betul ke sedap? haha. Kedai tu bukak dari pukul 11 pagi sampai 4 petang kot.

Okay sampai sini dulu. Panjang sangat dah ni. Nanti aku sambung next entry. Stay tuned.

Banyak gila nak cerita lagi. Hehe.