Thursday, 30 October 2014

Simple words

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak mengomel pasal simple words. Simple words yang kadang-kadang bagi kita tak penting mana tapi bagi orang lain ia tersangatlah penting.

Simple words yang macamana yang aku maksudkan ni? Alaa like wish take care, I love you (bukan pada ajnabi), doakan aku (Goodluck!)

Haa se-simple macam tu..

Ni haa pengalaman aku,

Kebiasaannya aku akan text/wasap parents aku kalau aku nak exam, suruh diaorang doakan bla bla..

Selama ni aku hantar, mesti ayah aku jawab 'k' je. Ibu aku ada la jawab panjang sikit 'insyaallah' 'do the best' dan lain-lain.

Minggu ni kan aku exam, pastu aku tak call/text parents aku on that day aku exam (Pagi Isnin) sebab dua hari sebelum tu, aku dah call parents aku suruh doakan aku

So aku consider aku dah mintak restu la kat diorang. So tak payah dah la nak text/wassap lagi semua tu. Haha. Anak yang kedekut kredit~

Pastu aku pun jawab la exam. Exam English paper 1 dan Matematik.

Sumpah weh paper Math susah gila! Soalan dia macam turun dari neraka! Sob sobs.

Pastu malam tu pukul 11 lebih kot ayah aku call. Buat loudspeaker. Ada ibu aku sekali. Macam pelik je tetiba ayah aku call.

Kalau ibu memang selalu call aku. Ayah aku ni, aku miscall dulu baru dia call. (style family kitaorang memang camni)

Aku tanya la kenapa call? Kerja ke? Kat mana? Masak apa? Makan apa? Tengah buat apa? Haa tu memang soalan WAJIBul gunnah setiap kali call.

Tapi aku stil pelik kenapa ayah aku call. Selalu aku miscall dulu. 

Ayah aku cakap saje-saje call sebab tetiba teringat kat aku. Heh. Kembang sekejap.

Tapi..mesti ada sebab lain jugak ayah call. *tak puas hati

Tanya lagi sekali baru la ayah aku cakap..

Sebenarnya ibu aku yang suruh call. Nak tanya kenapa aku tak text/call macam biasa sebelum nak exam?

Haha. Terdiam aku sekejap. Speechless.

Aku cakap la the reason which is 'hari tu kan dah call. Dah mintak doakan'. 'So hari ni tak payah dah call'..

Pastu ayah aku cakap apa tah lagi tak ingat. Parents aku just wonder je. Diaorang ingat aku ada masalah. (Taktau nak kata ada masalah ke tak. Sebab masalah tu memang sentiasa ada. Cuma the way kita handle tu yang menjadikan masalah tu tak nampak macam masalah sangat)

How sweet kan? Haha. Tak sangka.

abaikan perut ayah yang buncit tu~
So kesimpulannya kat sini, aku rasa mungkin sesuatu yang simple tu boleh jadi sangat bermakna.

Aku tak pernah sangka yang setiap kali aku text sebelum exam tu, di appreciate oleh parents aku.

Simple words like take care, i love you pun boleh jadi sangat indah kalau kita wish kat orang then orang tu reply balik kat kita. Right?

Tapi jenis aku, memang TAK aku nak wish rindu, sayang dekat orang yang hari-hari aku jumpa. Awkward! (Ada kisahnya, malas nak cerita)

Kalau parents, adik beradik, kawan yang dah lama tak jumpa..memang aku tak kisah menzahirkan rasa rindu tu..

Sampai sini sahaja omelan aku. Last word, apreciates who surround you not with word only but with action too.

Friday, 24 October 2014

Nampak stress?

Assalamualaikum..

Hari ni dah hari jumaat? Cepat gilaa masa berjalan..'Masa' ni marathon 4×200m ke? Laju semacam!

Study week pun dah tinggal 2 hari je. Arghhh banyak lagi chapter tak cover. Aku rasa untuk PSPM kali ni yang paling aku struggle. Harapnya ada la hasil yang terbaik~

Semalam aku memang stress gila. Eh bukan semalam je tapi semalam punya semalam pun.

Sampai aku dengar lagu berdentum-dentum (pakai earphone la). Tak pernah wehh aku buat camtu.

Rasa macam takde pedoman dah. Lol. Haha

Aku bukan taknak dengar ayat al-quran, tapi tu la bila aku pasang..rasa sebak terus menyelubungi segenap ruangan hati~ cehh

Pastu semalam dah stress sangat, aku pergi tingkat dua. Bilik Zaha. Time aku masuk tu, dia tengah baca Al-quran. Aku terus buat muka tak malu baring atas katil dia. Sambil dengar dia mengaji tu, rasa macam nak menitik air mata. Tapi cover la. Gila kau nak nangis depan Zaha? Tak macho la.

Aku jarang nak lepak-lepak bilik orang lain. Ntah aku rasa the best bilik adalah bilik sendiri. Dari zaman asrama aku camtu. Kiranya kalau tetiba aku melepak bilik orang, hmm memang ada someting wrong somewhere.

Zaha belanja aku sekotak coco crunch. Terus aku gembira sekali. Haha.

Kitaorang sembang sikit pastu 10.30 malam aku turun, nak Al-mulk wing.

Pastu rupanya Jauna pun stress. Jauna tercarik-carik aku time aku menghilang ke bilik Zaha tu. Haha.

Memang wajib la kan nak dekat exam ni semua stress~

Maka tersebar la virus stress. 

Apa motif aku taip entry ni?

Haa nak bagitau yang aku stress! Tu je. Ngeh3

Bila nak exam ni, hmm baru la mengagau cari Allah. Aku pun perasan yang lately ni kalau stress, aku capai Al-quran, then read. Baca semuka surat pun jadi lah. Tenang sikit.


Akhir kata, doakan aku ehh? Untuk dipermudahkan segala urusan dan diakhiri segala benda ni dengan kebaikan. Doakan kawan-kawan matrik aku sekali. Trimas.

#PSPM tu Peperiksaan Semester Peringkat Matrikulasi






Saturday, 11 October 2014

Pendapat iolls #kahwinmuda

Assalamualaikum..

Pernah ada orang tetiba ajak ko kawin? Haha. Aku baru je semalam konon-konon ada orang nak masuk meminang.



Elehh orang tu main-main je. Tapi kalau betul-betul mau aku pengsan. Lol. Even main-main pun terasa bergetar jiwa dan raga. Cehh.

Nowdays memang ramai pasangan muda yang kahwin. Umur pun dok baya-baya aku..19-20 tahun. Muda kan? Ahaaa bahagia je hidup kalau aku pun tergolong di kalangan yang kahwin muda ni. Choiiii gatal nak arwah. 

Tak la. Aku tak plan pun nak kahwin muda sebab duit pun takde. Nak buat majlis semua nak pakai apa? Takkan nak hidang air kosong, nasi kicap telur goreng je dekat tetamu kan?  

Pastu nak jugak merasa pakai baju kahwin yang ada renda labuci bagai. Hmm mana nak cekau duit nak buat baju gojes macam tu? 

Nak mengharapkan duit elaun rm 250 yang kadang cukup kadang tak tu? Memang tak la kan.

Sebenarnya kahwin muda ni semua rezeki masing-masing. Allah dah tentukan.

Baru-baru ni dekat twitter ada yang bising tak suka tengok pasangan kahwin muda..what the fish la pemikiran yang tak suka orang lain buat benda baik ni?

Diaorang kata, pasangan yang kahwin muda ni bajet-bajet sweet. Pastu menggalakkan anak muda lain pun sibuk nak kahwin jugak padahal sesen duit pun takde dalam bank.

Hmm apa pendapat oulls?

Pendapat iolls pulak, biaq pi la depa nak bajet sweet pun. Dah memang sah halal dari semua aspek. Hangpa dok kalut jeles buat apa?

Yang menggalakkan orang lain turut kahwin awal jugak tu, hmm bagus la boleh elak terjadi benda bukan-bukan. Lagi satu perkahwinan tu kan melengkapkan agama.

Ahaaaa nak cakap lebih-lebih pun, iolls ni pun baru je akil baligh. Takde pengalaman bab perkahwinan ni. Ampun.

Mengikut pemerhatian, pasangan yang kahwin muda ni, kebiasaannya suami dia mesti lagi tua banyak dari si isteri. Si suami tu mesti dah ada pendapatan tetap, ada kereta, rumah. Si isteri goyang kaki je nak melangkah masuk.

Jelesnya dengan Erin Malek. Allah tahu dia dah 'bersedia'..
Anak muda sekarang bercinta je pung pang bagai nak rak, berjanji taat setia till jannah kononnya. Tapi satu hapak pun takde. Beli spentot pun still mak ayah yang tanggung.

Lagu mana tu?

Sometimes aku rasa Allah tu dah memang sebaik-baik perancang dah. Sebab apa, jom la kita tengok cermin, then telek atas bawah diri kita. Tanya kat diri, betul ke dah ready nak kahwin?

Berapa ketul je dengan yakinnya dah ready 200% ?

Tipu la kalau aku sendiri pun takde impian, cita-cita nak kahwin awal. Well iolls pun gadis suci yang ingin kan seorang pendamping~

Lol. Wekk. Geli. Gedik. Haha.

Tapi tu la masing-masing kena sedar diri. Kalau bangun pagi pun, matahari dah tegak atas kepala. Gula dengan garam pun still tak dapat beza. Takkan ko nak malukan diri depan bakal suami dan keluarga mertua?

Toksah nak pening kepala menanti si empunya tulang rusuk. Tepuk dada tanya diri dah ready ke nak gosok baju suami, nak masak untuk suami, nak basuh berak kencing anak?

For me, 

Haha. Betul. :)

Banyak lagi benda nak diperbaiki~

Sebarang pendapat boleh dikongsi. Thanks for reading.

Sunday, 28 September 2014

Pro dan cons group whatsapp

Assalamualaikum..

Sebelum menaip lebih panjang, soalan cepumas dari aku kepada mereka yang visit blog ini; korang ada join berapa banyak groups dalam whatsapp?

Secara paksarela atau sukarela? Haha.

Kalau aku, aku ada 10 groups whatsapp. Tak cukup banyak pun. Aku pernah dengar cite, ada je orang yang sampai berpuluh-puluh group whatsapp. Perghh. Mesti tak henti-henti kan phone berbunyi?


10 groups whatsapp aku tu, termasuk la group family, group kawan-kawan, group urusan rasmi, group class..dan ada jugak group yang aku hanya jadi silent reader je.

Silent reader tu hanya kes 'terpencil' yang mana aku rasa kadang-kadang aku takde function pun dalam group tu tapi sebab dah di invite, tak sampai hati pulak nak meng-removekan diri. Tu group paksarela la tu. Ngeh3

Tapi kan sebenarnya kalau fikir dari side positive, ada je input yang dapat even jadi silent reader je dalam sesuatu group whatsapp tu..

Sebagai contoh, mesti ada sebab kan kenapa admin group tu invite kita. Tak rasa sikit punya bangga ke admin tu ingat kita then invite kita? Appreciate je la niat murni tu.

Hmm lagi satu kan, korang perasan tak kalau satu minggu tu topic pasal 'kebaikan memberi makan kepada kucing'..haa nanti ada la sampai 5-6 groups jugak la forward benda yang sama..?

Sampai kadang-kadang tu, aku memang tergelak sorang-sorang sebab dalam sehari tu mau nya ntah berapa kali dapat benda sama.

Pastu terpikir, haa memang satu Malaysia ni sharing is caring ke? Pusing-pusing pun masih dapat benda yang sama. LOL.

Group whatsapp ni memang BAGUS tapi mesti akan ada pro dan cons nya. Maka kali ni, ayuh kita singkap segala benda pasal whatsapp ni.

ni dulu JBN saje tukar nama group whatsapp time aku bagitau aku jadi ketua blok. konon-konon macam nak bagi semangat la~

First, yang ni semua orang tahu. Whatsapp ni tujuan dia untuk menyebarkan maklumat. Sekelip mata terasa dunia di hujung jari. Cehh

Second, merapatkan hubungan sesama manusia. Yang duduk jauh pun jangan risau, masih boleh bergossip mak jemah. Gossip perlulah dalam berjemaah kan? Maka group whatsapp as solution nya untuk ko bejimba secara berjemaah. Haha

Third, dengan ada nya group whatsapp, kita boleh cover malu kalau tak ingat birthday member sendiri. (Boleh pm personal yee macamana nak belajar teknik cover malu tu)

Fourth, tempat merepek merapu mengaban. Group whatsapp as medan Karok yang mana kau boleh bergegar telinga dengar suara member menyanyi macam nak masuk AF.

now JBN dah tukar nama as STALKER. well kami memang stalker yang berjaya. lol. siap dah berangan nak bukak agensi CSI sendiri. budak-budak ni memang win kalau merapu bagai~

Fifth, group whatsapp sebagai medan 'study group' di antara classmates. Segala mak nenek assingment just capture the image then forward. Bila lecturer nak tengok assingment tu, semua 'mesti harus perlu' kena buat muka tak bersalah sebab satu kelas berkongsi jawapan yang sama. Lol.

Namun begitu,  kita beralih pula pada cons whatsapp group.

First, group whatsapp ni ada ketikanya maklumat yang di share tu tak sahih pun. Orang dok main selamba badak je forward benda yang bukan-bukan. Paling rasa annoying bila something fishy bab agama diforward mengcadbury buta.

Second, jadi balik gejala text berantai di mana 'sila forward pesanan ini kepada 10 orang. Jika tidak berbuat demikian, anda akan di timpa kecelakaan'. What the fish?

Second, masa akan banyak dihabiskan memegang handphone, membalas segala whatsapp dari berbelas-belas group whatsapp.

Third, merapatkan hubungan yang jauh. Tapi MENJAUHKAN hubungan yang dekat.

Forth, dengan wujudnya group whatsapp ni menjadikan seseorang itu malas untuk berjalan mencari maklumat dengan kaki sendiri. Kadang-kadang tu, jawapan dah depan mata tapi sibuk jugak nak tanya dalam group whatsapp dan berharap ada yang akan membalas persoalan childish mereka.

Fifth, ada segelintir umat manusia ni, menggunakan group whatsapp as conversation antara 2 orang je. Pastu bersembang yang memang hanya diaorang dua orang je tahu. Ahli lain just krik-krik je. Adoi pergi la bersembang personally. (maafkan aku, kekadang aku pun ada terbuat macam ni..haha)

Sixth, agak sedih jugak bila ahli dalam whatsapp group tu dok pung-pang merepek. Tapi topic yang diperkatakan pulak macam takde kaitan dengan kita.

Seventh, ni selalu terjadi bila malam esoknya ada quiz, exam..malam tu punya rancak mak ngah group whatsapp tu. Hari-hari biasa krik-krik je. Nak join the conversation tapi risau pulak buku ke mana nota ke mana. Jiwa pun tak tenteram nak belajar.

6 & 7 tu macam keburukan untuk aku sorang je. Mehh

Ada orang memang malas nak join group whatsapp. Tapi bagi aku, selagi group whatsapp tu memberi input yang berguna..no hal. 

Macam kalau dekat group family aku, ayah aku selalu hantar video agama, video kelakar, image memberi nasihat, image yang boleh buat gelak..aku rasa tu kot cara ayah aku nak tunjuk/kongsi rasa sayang dia dekat anak-anak dia yang duduk jauh dari rumah.

Maka aku akan appreciate untuk tengok dan download apa benda yang ayah/ibu aku hantar. Kalau macam kakak aku, hmm haram jadah nak tengok.

Ok la sampai sini je dulu coretan aku. Happy reading! :)









Monday, 15 September 2014

Baiknya Tuhan dan jahatnya aku

Assalamualaikum..

Memandangkan aku tengah goyang kaki, melepak dekat rumah ni. Maka terkeluar lah idea nak buat entry yang boleh mendatangkan manfaat untuk nusa dan bangsa ni.

Cewahh.

Haa.. kali ni nak bercerita pasal baiknya Tuhan (ALLAH) dan jahatnya aku.

Sel-sel otak ayuh berhubung dan marilah memerah keringat untuk siapkan entry ni. Haha

Sometimes pernah tak kau duduk sejenak dan fikirkan berapa jahatnya kau pada hari tu?

 syaitonirrajim ni ada janggut sejemput.
 
Selalu? Tak pernah?

Ke selalu ko just fikir betapa baiknya kau pada hari itu?

Ok jawapan jujur dari aku, aku fikir both. Pehal nak fikir pasal kebaikan je, its no worth la. Hati boleh jadi riak takbur.

Aku malas nak fikir kebaikan yang aku buat sebab sometimes ikhlas tu ada tapi jauhhh. Haha

How ehh people perwatakan dia sangatlah baik? Sesuci malaikat. I wish I can be them.

Banyak nya perkara suu' (buruk) dan lagha yang aku buat setiap hari. Hmm mesti berat je buku catatan bahu sebelah kiri aku kan?

Kalau buat jahat, memang bersungguh aku buat. It's not 'jahat' like merompak, merokok, menipu and so on. I'm just bit of Nakal.

But sometimes people still considered me as 'BAIK'..Perghh ni mesti tak tau term 'baik' tu macamana ehh? LOL

Kalau la dosa tu seperti tahi yang terselit di muka, hmm pasti jelas la muka aku yang paling kotor.

Some people just consider baik tu by physical appearance. Bertudung labuh litup, baik. Berkopiah berserban, baik.

I am strongly not agree with that!

Sebab aku tau, even berstongan, berstokin sekali pun. Deep inside, you still got an evil side right?

Uhuk. Terbatuk.

It's same goes like me. Hari-hari dok terkenang dosa/keburukan yang dibuat, tapi still tak insaf. Then keep repeating benda yang sama. Huh.

Sebagai contoh, menyakitkan hati orang lain. Sometimes cakap main lepas. Sampai terlupa ada orang terkecik hati. Pastu selfish (sometimes). Mengumpat. Hmm banyak sebenarnya bad habits.

Tapi jahat-jahat macam ni pun Allah still nak tolong. Allah still melindungi aku dari bahaya. 

Makbulkan plan aku nak escape dari matrik. Eh? I work hard tau nak balik ni. (with permision actually)

Gedebuk!

Tumbuk je diri sendiri. Sebab selalu menzalimi diri sendiri. Buat benda tak fikir panjang. Baik buruk sesuatu benda.

Banyak sangat kebaikan Allah dah hulur. Tapi dalam sehari tu ntah ada ntah tak ucap Alhamdulillah.

Sebenarnya aku memang terkesan dengan pertolongan Allah time aku nak balik rumah hari Jumaat lepas. Aku dengan Jauna (roomates) memang gamble je nak balik. Tiket bas langsung tak beli. Sebab ingatkan tak dapat balik. Last minute baru dapat permision balik.

Penuh ranjau dan duri la sepanjang perjalanan balik tu. Dengan first time nya balik Shah Alam naik bas pergi TBS. Pastu sebenarnya taktau pun kena transit dekat KL Sentral. Punya la noob.

Sebaik ada sorang hamba Allah (perempuan) ni yang tolong kitaorang. Memang rasa nikmat turun dari syurga. Dengan perempuan tu la kitaorang bergantung harap.

Sedih pulak bila teringat. Sob sob. Ni aku cite sesimple mungkin. Ye la kalau tulis panjang-panjang pun ntah ada orang nak baca atau tidak.

*aku lupa nama perempuan tu apa. Dia study dekat Uitm Lendu.

Dia cakap muka aku familiar, aku pun cakap muka dia familiar. Rupanya dulu kitaorang tuisyen Delta time SPM.

Aku kan sebelum jumpa perempuan tu, tak henti baca surah Al-Insyirah supaya dipermudahkan segala urusan.

Hmm ni la manusia. Beria doa bila ada kesusahan je~

Alhamdulillah kitaorang selamat sampai Shah Alam.

Bila dah letak je punggung kat kereta. Perghh rasa segala bebanan hilang begitu sahaja.

Rasa macam nak pi habaq kat seantero dunia, happy dan syukur gila bila kaki jejak rumah.

Ni je la cite ringkas, baiknya Allah dekat aku.

Thank Allah. You sent that girl. 

And thank girl. You helped us a lot. Appreciate most.

Last but no least, I may not be perfect but kalau benda baik..tak salah kan kalau nak share?

Sunday, 14 September 2014

Being heartless..can I?

Assalamualaikum..

Hmm dah lama tak menyendeng dekat blog ni. Kesibukan segala mak nenek. Sibuk dengan urusan duniawi sebenarnya. Huwaaa.

Kadang-kadang aku nak je tulis blog tapi sekali aku menulis kat blog ni mau amik masa 2-3 jam. Haa betul tak tipu. Dengan masa sebanyak tu lebih baik dihabiskan dengan menjadi ratu tidur. Kan? Haha.

Ehh tak la. Masa sebanyak tu, rasanya sangatlah bazir kalau aku dok melangut depan laptop. Menulis benda tah pape. So malas it's the reason.

Kali ni aku nak mencoret pasal being heartless..can I?

Haha. Looks like i am depression? Huh. Absolutely.


Ntah la. Korang pernah tak rasa malas nk pikir pape? Malas nak buat pape? Rasa lantak la. Ikut je segala telunjuk orang lain. Padahal sebenarnya kau nak memberontak.

Haa tu la yang aku rasa sekarang. Serius luar nampak happy, dalam air mata darah tak henti mengalir.

Perghh amik kau perumpaan aku.

Aku rasa kehidupan aku ni fake la. Bosan. Hambar.

Sometimes rasa nak lari jauh-jauh. Stress. Sebab tu plan minggu ni nak balik, aku memang berusaha gila nak balik. Tak kira la alasan apa pun. Asalkan boleh balik!

Kenapa aku rasa macam ni?

Haa nanti ada la tu bg nasihat, dekatkan diri dengan Allah.

Hmm memang betul tu. Allah la sebaik-baik pendengar~

Aku penat nak ikut telunjuk orang. This not me.

Sometimes bila aku luahkan apa yang aku tak puas hati, orang lain pulak kecik hati.

So sekarang ni, aku nak jadi heartless. Boleh?

Biar apa orang nak cakap pun, aku telan je.

Marah macam mana pun aku, diam je.

Bila aku concern, orang tak appreciate. Tak payah nak sedih.

Rasa tak selesa pun, diam je.

Biar mereka nampak senyuman aku.

Walaupun its is totally fake?

I'm just human being. Not angel.

Sekian.







Friday, 18 July 2014

ALLAH Bagi Cuti

Assalamualaikum..

Salam 20 Ramadan 1435.. How time flies~ Bersyukur ke hadrat Illahi kita dapat merasa Ramadan kali ni. Even bermacam perkara yang berlaku sejak kebelakangan ni.

Salam takziah untuk MH17. Semoga Allah sentiasa melindungi Malaysia.

Ok kali ni aku nak share pasal HAID WANITA..


Hmm kalau dulu time sekolah rendah memang malu amat nak cakap pasal period even dengan kawan-kawan sendiri. haha. Aku la tu.

Sampai berbisik-bisik la nak ckp hal tu..Ntah la. Rasa macam rahsia kerajaan sangat kalau nak story pasal period. 

Dulu time sekolah rendah agama kan sesi petang, so kena jemaah Solat Asar kt surau sekolah sebelum balik rumah. Aku sanggup tau pura-pura aku solat even time tu aku period.

Budak-budak uzur kena tunggu kat luar, memang ketara la kita ni tak solat kalau kita duduk luar surau. Buatnya budak lelaki tau kita uzur, rasa cam malu gilos!

Perghh sanggup menipu! nampak tak matang! hihi

Tapi bila dah masuk sekolah menengah, period ni memang benda biasa. Memang semua kawan rapat dah experienced benda tu. Takde pulak istilah malu-malu.

Sampai kalau ada kawan kita yang tak haid lagi, itu pulak jadi benda pelik. Pastu bila orang tu dah period, kawan-kawan pulak over bagi tutorial itu ini. *based on experienced

Bagi korang la..isu HAID ni isu sensitif tak? Memang isu khas untuk kaum HAWA je ke? Lelaki tak payah amik peduli?

Dulu aku memang pikir macam tu..

Tapi bila dah menginjak dewasa, aku rasa benda haid ni lelaki pun perlu kisah. Ustazah kat sekolah dulu pernah cakap yang lelaki memang perlu wajib tahu pasal hal ni.

Lelaki kan menjadi ketua keluarga satu hari nanti. Kalau anak isteri tanya pasal haid, takkan nak cakap 'tak tahu' ?

Kat sekolah kan belajar BIOLOGY\SCIENCE pasal ovariaan cycle. So manfaatkan la ilmu tu.

Haid ni sebenarnya isu UMUM yang tak kira lelaki atau perempuan perlu peduli. 

Tapi lelaki tak payah la sibuk-sibuk nak tanya seorang wanita tu 'adakah anda cuti?' Diam-diam sudah~

Ok memandangkan sekarang ni bulan Ramadan, mungkin ada segelintir wanita yang berharap tidak uzur sepanjang bulan ini. Lagi-lagi untuk baki 10 malam terakhir ini.
Ada yang sampai bermuram durja\mengeluh bila didatangi haid pada bulan mulia ini. Mungkin sebab malas nak menqada'..


Atau pikir, time bulan Ramadan ni la nak buat banyak pahala sampai taknak tertinggal walau sehari pun. Nak pecut macam USAIN BOLT buat pahala~

Padahal kita semua tahu period tu fitrah seorang wanita. Nak taknak memang kena hadapi. Cepat atau lambat dalam sebulan berpuasa tu mesti 6-7 hari kita bercuti.

Takkan nak makan pil supaya tak didatangi haid? Nak minum ais gas berbotol-botol untuk cepatkan aliran darah?

TAK PAYAH! tu semua lagi menyebabkan ketidastabilan hormon~

Dan jangan lah pulak menangis\meraung sebab menyesal dicipta sebagai perempuan...alahai emosinya~

Allah berfirman:
"Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi  sebahagian yang lain (tentang harta benda,ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. (Maka berusahalah kamu) dan pohonlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (AN-NISA': 32)

Sedangkan Aishah R.A sendiri pernah menitiskan air mata kesedihan kerana berasa hilangnya peluang merebut segala ganjaran di bulan yang mulia ni.

Kalau tengah haid, bukan langsung tak boleh beribadah..kita hanya dilarang untuk solat, puasa, tawaf dan baca Al-Quran. Padahal banyak je lagi pintu-pintu Syurga yang terbuka luas untuk kaum Hawa ni.

Haid ni bukan masa untuk rehat daripada segala ibadah kerana sesungguhnya dalam sehari tu, banyak je lagi amalan yang boleh dilakukan oleh wanita haid.

1) Sediakan juadah berbuka

"Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala sepertinya dan tidak akan mengurangkan pahala orang yang berpuasa sedikitpun" (Riwayat Tarmizi)

2) Bangun sahur bersama-sama orang berpuasa

"Sesungguhnya dalam sahur itu ada BARAKAH"

3) Tadabbur Al-Quran atau mendengar bacaan Al-Quran

4) Istighfar, Zikir. Mathurat dan Selawat ke atas jujungan Nabi Muhammad SAW

5) Menyibukkan diri dengan ketaatan dan menjauhkan diri dari maksiat

6) Infaq\ Sedeqah

7) Istiqamah membuat perkara sunat yang menjadi kebiasaan sebelumnya

Pastu kan apa kata kita try tukar jadual ibadah. Means selalu kan kita guna 10 minit untuk solat fardu..haa apa kata bila kita haid, kita guna la 10 minit yang biasa kita peruntuk solat tu untuk istighfar ke, selawat\ zikir ke.

So takde la hati kita ni lalai dari ingat kat Allah.

Selain tu, kita try-try la rapatkan ukhwah dengan kengkawan yang solehah. Takkan 24 jam ko sibuk nak berjimba je kan? Insaf la. =)



Ok la aku rasa cukup sampai disini perkongsian ni. Harap dapat memberi manfaat dan menjadi pengisi poket amalan kaum Hawa walaupun terhalang dengan fitrah haid.

Terima fitrah haid ni dengan hati yang ikhlas, tidak menyesali dan tidak berburuk sangka pada Allah.

Ayuh imarahkan Ramadan dengan penuh kesyukuran kerana kita seorang wanita yang disanjung tinggi dalam ISLAM.